April 06, 2011

Aku Mahu Taib Mahmud Jadi PM Semata-Mata Kerana Aku Mahu First Lady Malaysia Yang Hot

Beberapa minggu ni aku rajin tengok berita RTM.Banyak benda kelakar dalam tu sekarang,semua benda pasal Sarawak.Untung orang Sarawak.Rasanya kalau mintak biasiswa belajar oversea pun boleh dapat sekarang ni.Apa yang kelakarnya adalah mengenai berita mengenai satu kampung ni yang akhirnya selepas beberapa tahun telah duduk di atas tanah adat mereka,telah diberitakan berjaya mendapat geran hak milik yang telah sekian lama tertangguh akibat daripada proses birokrasi yang macam haram.

Adalah interview beberapa orang penduduk kampung yang mengucapkan "terima kasih lah kepadak kerajaan dan Perdana Menterik keranak telah menyelesaikan masalah2 yang telah kami hadapi selamak inik!1Malaysiak!"

Adakah pakcik tu tak terfikir yang masalah tu timbul daripada kelemahan pentadbiran kerajaan yang telah sekian lama memerintah Sarawak?Kenapa perlu dia berterima kasih kepada kerajaan yang tak buat kerja dia bertahun-tahun dan kemudiannya bila datang pilihanraya baru muncul nak menyelesaikan masalah rakyat?Nampak sangat benda tu mampu disetelkan kalau betul2 ikhlas nak setelkan.

Bila tengok RTM membuatkan aku terfikir,adakah Malaysia ni lembap dan lemah sistem pentadbirannya kerana disengajakan.Maksud aku,banyak masalah sengaja diholdkan dulu solutionnya khasnya di kawasan-kawasan kritikal untuk dijadikan "hadiah" kepada rakyat supaya sedar "Kerajaan mampu solve problem mereka" bila time pilihanraya?

Aku selalu kata kerajaan BN hanya nak bekerja bila ada kepentingan.Aku tak pernah sangsi dengan kenyataan aku tu.Bila masalah geran tanah penduduk kampung hanya mampu disetelkan bila datang pilihanraya....aku pelik,apa sebenarnya yang diorang buat selama ni?Main golf?Buat video porno?

Tapi yang lagi memelikkan,orang-orang yang dah berapa lama menghadapi masalah geran tanah yang tak dapat2 tu akan terus pangkah wakil yang sama sebab pada diorang,savior dah sampai.Masalah dah setel.Buat apa nak cuba try pangkah orang lain?


Kalau time pilihanraya,cuba jangan pandang projek-projek jambatan instant,projek tar jalan atau bantuan sekolah yang tiba-tiba datang mencurah-curah dan anda akan nampak sebenarnya,kita mundur bukan sebab kita tak mampu,kita mundur sebab kita bodoh pangkah dacing.Sampai bila kita nak pangkah kerajaan yang kita kena tunggu pilihanraya baru dia nak laksanakan tanggungjawab dia?Negara maju hapa kalau menteri nak Rolls Royce gi mana-mana dan budak2 kena naik bot pegi sekolah?

Sedih aku tengok pakcik makcik tu yang gembira baru dapat geran tanah diorang sehari dua tapi terpaksa tunggu punyalah lama nak selesai masalah tu.Umur pun dah makin lanjut.Lepas pilihanraya nanti,hantarlah permohonan nak namakan waris tanah tu dekat anak beranak,ya?Isi borang,pastikan semua dokumen cukup,hantar la kat agensi yang berkenaan.Kemudian..tunggu...dan tunggu...dan tunggu lagi.

Tunggu la pilihanraya akan datang kalau nak setelkan.

Itupun kalau umur masih ada dan sempat nak proses semua2 tu.Kemudian pangkahlah,pangkahlah kerajaan yang sangat cekap berkhidmat itu lagi sekali dan ulangi proses yang sama dalam memastikan anak cucu anda juga mengalami masalah yang sama.

....................

ps - Dah baca pasal Noh Omar kata usahawan pertanian Sarawak pendapatan dia RM100 ribu setahun?Aku quote dari Bernama ni,"Noh berkata dengan bantuan itu, usahawan kecil yang dulunya berpendapatan bawah RM100,000 setahun diharap dapat meningkatkan pendapatan kepada RM1 juta setahun."

Rupa-rupanya kita memang dah berpendapatan tinggi....

33 ulasan:

1Rakyat berkata...

"Kenapa perlu dia berterima kasih kepada kerajaan yang tak buat kerja dia bertahun-tahun dan kemudiannya bila datang pilihanraya baru muncul nak menyelesaikan masalah rakyat?."

Sebab rakyat Malaysia terlalu bodoh.

Norain Ishak berkata...

memang kelakar~~

TeratoMan berkata...

Anak-anak Sarawak, saya rayu kepada anda supaya memberi pencerahan kepada ibu bapa, atuk nenek dan kawan-kawan yg belum dicerahkan tentang teruknya pentadbiran kerajaan Barisan Nasional skrg.

Sampai menyampaikan secara hati ke hati amat perlu. Cakap dengan lembut, beri fakta-fakta yg mudah difahami (seperti harga barang yg semakin mahal, konspirasi buruk kerajaan utk menjatuhkan lawannya, perbelanjaan negara yg disalahgunakan eg. FLOM, Taib Mahmud kronisme dan macam2 lagi), janji ia mudah utk difahami.

Marilah bersama lakukan perubahan. Kita beri peluang pada org lain utk mentadbir dan kita tengok dia boleh ker tak. Kalau lepas 5 tahun hancur gak, kita pilih yg lebih baik!

Ayu berkata...

xder org k'jaan baca entry ni ke tot? org k'jaan yg 'atas-atas' tu...??
sbb skang ni kan heboh nk tangkap blogger yg tulis psl k;jaan..?
tapi aku ttp suka ...

jaypark berkata...

last week kat tv3(yg sy tgk) dah ada berita seumpama ni, tp kat tempat lain kot. diorg kata dah 60 thn tggu, baru skrg ni dpt geran. pemberita tu punya ayat "ini membuktikan kerajaan menjalankan tugas dan tanggungjawab" well HELL-O, selepas 60 tahun?? apekah diorg ni punya pemikiran?

Munn Jaafar berkata...

aku dh lama pasan psl ni. bila ada pilihanraya kt sesuatu tmpt x kira kecik ke bsr, dlm brita x habis2 tnjuk menteri mlawat org miskin kt tmpt tu,bg bantuan la,dana la,buat jln la..lau xde pilihanraya senyap sunyi,smpai nama tmpt tmpt pelik2 pn xpnh dgr. sblm ni kat melaka,skrg kt sarawak plak.hari2 dgr tmbalan pm mlawat srwk bg itu ini. xkan la org lain pun xpasan? dok pangkah lg?? hurm....

Call me, Eyka berkata...

suara pendapat pun kalau kena tangkap jugak susah ah. semua dah bersetongkol -__-" haih tak paham.

p/s : tak dapat aku bayangkan kehidupan generasi aku di masa akan datang. fuh~

Khairi Mohd berkata...

aku pun tengok berita tu mantot. aku siap snap lagi satu gambar, tp guna henpon adik aku, hilang point aku nak taip post blog.

gambar yg aku snap tu menunjukkan seorang pakcik diinterbiu. kat bawah kan selalu ada tulis2 kalau berita tv ni. jd kat bawah tu dia tulis penduduk berterima kasih kerana kerajaan umno telah menyelesaikan masalah yg menghantui mereka selama 50 tahun.

aku pun garu jubo, sebab gatal.


50 beb? wtf?

Hell with umno, politik macam cilake.

zalizalu berkata...

akuuu beerharappp wakil rakyat kawasan aku mampos cepat..
aku nak mintak baiki jalan tar kawasan umah aku... susah sangat nak mintak kerajaan... takde bajet katanya,.. mampos laa cepat2

Tanpa Nama berkata...

Yup, aku rasa kebanyakan rakyat yang ada akses internet, sure dah terbuka mindanya. Tapi kalau depa pangkah PKR, adakah akan menyelesaikan masalah? Hmm..next time aku nak vote calon bebas, parti kunci

Tanpa Nama berkata...

cuba korang tgk perangai pemuda ini pula..orang sibuk cerita CRIME ZERO..dia duk marah pembangkang. Tergelak-tergelak aku tgk prangainye

http://www.facebook.com/najibrazak/posts/10150144117345952

buruh berkata...

babi ah tot. aku kerja Bernama!

Tanpa Nama berkata...

sungguh keji politik malaysia

Erm berkata...

Aku dah 2 tahun menetap di Sarawak. Dari sudut kesedaran politik terutamanya di klgn BUMIPUTERA, masih seperti kita di Semenanjung 20 thn yg lalu.

Mereka tidak ada rasa membantah, mereka tidak kisah hidup susah, walaupun bumi sarawak ini kaya dgn hasil minyak, balak dan kelapa sawit.

Sejak 50 thn lalu mereka membayar barangan runcit lebih mahal dr kita di Semenanjung, mereka tidak kisah. Mereka terima sahaja.

Kalau ada pemimpin BN hulurkan bantuan, mereka terima, bersyukur dan ucap terima kasih. Walaupun hidup miskin dalam rumah setinggan, jalan tidak berturap dan bekerja kais pagi makan pagi, mereka tidak salahkan sesiapa. Pendeknya mereka memang tidak kisah.

Yang menariknya, sesusah-susah hidup mereka, pasti ada sebiji parabola dan piring astro di tepi rumahnya.

Norma Jean berkata...

Salam,

As a Sarawakian, i am hurt for the statement "Rakyat Bodoh" yang kat atas tu.

what can we do even though we stand up and fight for our rights? contohnya my ancestor, adik beradik ibu saya berusaha sedaya upaya mempertahankan tanah adat mereka yang dirampas kerajaan untuk kononnya membuat pembangunan dan memberi pampasan. tapi kami sudah fight habis-habisan dan akhirnya apa kami dapat?

tidak dinafikan terdapat golongan kapitalis yang memonopoli segala kekayaan di Bumi Sarawak ini dan kami sebagai suara minoriti. apa yang mampu kami lakukan setelah berkali-kali Ketua Kampung, Wakil Rakyat cuba memberikan terbaik untuk anak-anak buah mereka? sebagai contoh terdapat sebuah rumah panjang tidak mendapat subsidi baja untuk pertanian mereka gara-gara ada sebilangan 'org kaya' yang memonopoli terus subsidi tersebut. maka yang kaya tetap akan kaya, yang miskin tetap jatuh miskin.

apapun kami bersyukur isu racism sgt kurang dan kami berbagai kaum boleh duduk semeja berbual seperti adik beradik. tiada isu "kau Kayan tidak boleh kawan dengan kami orang Iban".

kami selalunya tidak pernah kisah membayar barang runcit yang lebih mahal. dari apa yang saya perhatikan rakyat bumiputera tetap akan menyokong pemimpin bumiputera sendiri. saya tidak pernah dengar rungutan dan bantahan walaupun tidak mendapat bantuan mahupun subsidi. rakyat Sarawak terus juga bercucuk tanam dengan kudrat sendiri instead of mendapat bantuan kejenteraan, perladangan, subsidi etc seperti yang terdapat di semenanjung. even bila datang ke pejabat berkenaan jawapan yang kami dpt "oh, di Sarawak tak provide kemudahan subsidi seperti di Semenanjung bla bla". salah siapa?

dari segi mentaliti golongan tua di Sarawak, mereka sangat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan hingga kini mereka tetap merasakan bahawa Kerajaan sangat membantu mereka dan tetap bersyukur walau bantuan lambat kerana masih dapat menikmati kemudahan yang lainnya. mentaliti yang kuat ini dapat dilihat jika anda sendiri datang lihat sendiri ke Sarawak.

Walaupun Sarawak masih tergolong dalam kategori Negeri termiskin, saya masih bersyukur dan gembira menjadi rakyat Sarawak :D

Tanpa Nama berkata...

pangkah parti pembangkang pun susah jugak..takut jadi macam pulau pinang..tu lagi dahsyat..melayu di halau slow2..hehe..

Tanpa Nama berkata...

salam wbt..

sy juga merupakan anak Sarawak yang dapat pendedahan tentang salah laku kerajaan dsb apabila berada luar dari Sarawak.. sy sangat3 bersetuju dengan Sue Andy..

bagi sy, kekurangan di pihak pembangkang untuk fokus kepada gerak kerja kat Sarawak antara yang 'menguatkan' kerajaan..

mak sy sendiri, apabila sy cuba ceritakan sedikit2 tentang isu rasuah dsb tetap menyokong kuat BN.. katanya, semua menteri pun rasuah.. ^^"

Unknown berkata...

bagus la penulisan kau ni,syabas.haha
teruskan menulis :)

Ann berkata...

nmpknye cm ssh nk tukar persepsi org sarawak...

TeratoMan berkata...

Biar benar melayu dihalau dari Pulau Pinang?

Sepupu aku duk sana, rileks jer, takde pulak balik kampung dia kat Perak nun.

Mantot berkata...

btol la apa dia ckp tu,
sbb tu ramai Melayu lari beli rumah kat Putrajaya,situ je org Melayu mampu beli rumah murah

Tanpa Nama berkata...

stuju mantot.aku keje gomen,bos aku penah ckp kat aku 'MB kata kita xboleh kuar cpt sgt geran ni, nnti takde isu masa election'

mummy_icha berkata...

jap.aku confuse, apa kena mengena tajuk entry ni dgn isi kandungannya? haha

Tanpa Nama berkata...

bkn nak kutuk. tp ramai kwn aku dr sarawak tak mau pindah tempat kerja kat sana klu dh keja kat semenanjung. knp hah???

Tanpa Nama berkata...

to anon 9;17:oo..umm...setau aku org semenangjung yg lama dok kt swk yg salu xmau blik sjung blik dah..hum...

-mico-

Tanpa Nama berkata...

Mantot,

Murah ke rumah kat Putrajaya?

Mahal kot aku tengok..

Mantot berkata...

murah bang!
kat situ harga semua mmg org melayu mampu milik!

Tanpa Nama berkata...

Kat Presint mana?

Setahu aku kat Desa Pinggiran Putra rumah masih murah plus rizab melayu.
Desa Pinggiran Putra under Selangor bukan WP Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

aku pun org Swak gak. bagi aku, nak ubah mentaliti tu agak susah la. lebih2 lagi kat luar bandar. ye lah. brape ramai yg ada kemudahan internet mcm kat kwsn bandar? so they all rely on TV. stesen mana yg kutuk kerajaan i ask u?
probs ngan swak ni mentaliti je. and taib.

Tanpa Nama berkata...

Biasa la RTM, bile Kelantan, keluar rancangan kelantan dalam gerhana, terengganu, keluar rancangan ganu kite. Semua brainwash untuk yang berkenaan. Pendapat aku stesen tv kat malaysia bukan media arus perdana. Korang boleh tengok masa perhimpunan umno, semua set dan penyampai berita pakai serba merah.

PRK - kalau BN menang, penyampai berita di lokai atau studio pastinya senyum sampai ke telinga walaupun keputusan belum diumumkan. Kalau pembangkang menang, muka takde perasaan @ masam je

TanpaGraviti berkata...

Kesian kan?

Ketua menteri dan anak beranak KAYA GILA BABI harta berbilion2 (menantu dia tuntut RM400 juta, takkan la dia lagi 'miskin' dari anak dia kot kan? pffffttt),
rakyatnye masih naik rakit, tiada keperluan asas eg. elektrik, air dan masih RAMAI yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kalau lah (kalau) kekayaan Sarawak tu diagihkan secara sama-rata...

Pastu leh lak kuar statement, "Saya tak salahguna kuasa. Saya kaya sebab bisnes saya di luar negara."
Eh hello si BODOH, yang anak ko bolot abih jawatan2 penting kat company2 beso Sarawak tuh tak salahguna kuasa ko cakap?

Tanpa Nama berkata...

Aku org Swk.
Bkn aku tidak kisah.
Bkn aku tidak bijak memilih.
Tp situasi politik di Malaysia skrg seperti "Diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Aku org Islam.
Bkn menegak benang yg basah.
Bkn juga mencari kesalahan.
Tp tuduhan tanpa bukti itu adalah suatu fitnah.

Aku org Melanau.
Bkn hendak membangga diri.
Bkn enggan mengubah mentaliti.
Tp aku bersyukur pada Illahi atas nikmat & kurniaan yg tidak terhingga.

Aku manusia biasa.
Bkn pasrah dengan keadaan.
Bkn tiada usaha ku lakukan.
Tp hanya pada Allah tempat ku menyerahkan segalanya.

My point is, not that I'm satisfied with how our government rules Malaysia, it's just that I'm glad that Sarawak now is still in peaceful situation as it has always been before. We Sarawakians DO know what is better for us and our future generations. We also have the RIGHTS to vote for whoever we think is better. So pls stop poking your nose into our business I'm asking politely. By the way, what choice do we have anyway? If politics nowadays are all polluted with corruptions, why bother voting? I'm sorry if I write in English. But, Malay is not really my first language. But I'll try anyway.

Bkn kami tidak pernah menyoal tentang corak pemerintahan di Swk. Ya kami pernah duduk berbincang mengenainya. Kebykan dr kami neutral, liberal, ada jg yg krg berpuas hati. Tp, kt manusia biasa, mmg tidak pernah puas dgn apa yg kt ada. Dan saya pula, lebih suka berdiam diri & mendengar. Klu salah cakap nanti berdosa pulak kan.Ya saya setuju, byk ketidakadilan berlaku. Mungkin krn rasuah? Ntah la. Sy lebih suka menyerahkan kpd yg Maha Esa pd sesuatu yg di luar pgetahuan sy. Lapang dada. Apa-apa pun, kt kan ada akal, baik kt guna akal drpd guna nafsu. Buruk padah klu ikut nafsu ni. Adios!

*Maaf, kpd ssetengah pengomen, pls don't be rude. :)

Unknown berkata...

Comment di atas ni di tulis oleh saya.