Mac 12, 2009

Interview With The English Teacher (About PPSMI)


Tengahari tadi,aku pegi lunch dengan awek aku.Dia baru balik dari kursus guru-guru bahasa Inggeris dekat KL ni,kursus apa?Kursus untuk melatih guru-guru Sains dan Matematik untuk mengajar dalam BI.Maknanya,awek aku,seorang cikgu BI,kena melatih cikgu SnM dalam BI untuk PPSMI.

Perbualan kitorang lebih kurang camni (tapi aku sedapkan sikit dengan ayat-ayat romantik dan panggilan I&U):


Aku : (Tengah makan bihun goreng ada ayam goreng) Slurp,slurp,sedapnya bihun.Sayang tak makan ke?

Ayang : Tak.U tau ke PPSMI memang akan dijalankan?Tunggu masa nak announce je ni.Jabatan semua memang dah tengah ready aje.(tetibe muka hangin,mungkin dia jeles tengok aku makan ayam,dia takleh makan ayam,nanti allergic)

Aku : (Apsal tetibe cerita pasal PPSMI lak ni?)Mana tau?

Ayang : Tadi,kooordinator kursus announce.Siap pesan kat semua cikgu,"Biarkan dia semua bergolek atas jalan ke,,merusuh ke,berperang ke,yang penting tugas kita jalan ikut arahan"

Aku : Bior benor dia cakap camtu.Cikgu-cikgu takde ke cakap apa-apa?

Ayang : Takde,semua senyap aje.Menurut perintah.

Aku : Sayang,U rasa PPSMI ni berkesan ke?

Ayang : Tah la baby,kalau ikut statistik,sekolah-sekolah kat bandar result dia memang maintain,cuma sekolah2 luar bandar dengan sekolah jenis kebangsaan yang makin teruk.Result memang menjunam jatuh hancur.Memang budak2 tak paham.

Aku : Apa yang kerajaan buat?Untuk support PPSMI ni?

Ayang : KPLI dah dijadikan full english masa belajar.Lepas tu cikgu-cikgu SnM dihantar kursus lebih kurang sebulan untuk memantapkan lagi English diorang.

Aku : Pada pendapat U lah,berkesan ke PPSMI ni?

Ayang : Mcm I yang kerja kat kampung ni,I nampak budak2 memang makin takut.Nak tanya soalan tak berani,nak cakap pun tak berani.Jadi bila diorang tak paham,diorang diam je.

Aku : Cikgu-cikgu suka ke mengajar dalam BI ni?

Ayang : Kalau ikut majoriti nya tak suka.Ye la,kita dah biasa dengan bahasa pengantara kita.Jadi,bila tetiba nak berubah,memang rasa pelik la,benda jadi makin susah.Ramai cikgu bantah sebenarnya,tapi sebab terpaksa buat,kitorang buat aje la.U nak tahu tak satu benda?

Aku : Ye sayang,apa-apa yang U cakap I akan dengar dan I memang nak tau.

Ayang : Setiap guru SnM ni akan dihantar sekali seumur hidup untuk ambik exam yang dipanggil Proficiency Test.I pernah jadi fasilitator untuk kursus nak ambik exam ni sekali dulu,ingat tak yang I pernah pegi Melaka 3 minggu tu?U nak tau apa yang mengejutkan?

Aku : Apa dia baby?

Ayang : Proficiency Test ni sebenarnya adalah test untuk menguji tahap kemampuan English cikgu-cikgu SnM ni.Yang menyedihkan,soalannya sebenarnya datang daripada test English budak darjah 6,kirenye soalan level UPSR.

Aku : ...And?

Ayang : Ramai cikgu SnM ni tak boleh nak jawab,bayangkan soalan tu level darjah 6.It's shocking!(Sambil tangan buat gaya kena kejutan elektrik,Bzzz,Bzzz)

Aku : Apa jadi dengan Cikgu yang fail test tu?

Ayang : Diorang akan ada chances la ambik balik test tu.Tapi bila sampai berapa kali fail jugak,maknanya diorang akan hilang kelayakan mengajar SnM.

Aku : Walaupun diorang ada Degree in Chemical Engineering ataupun Degree in Hardcore Mathematics?

Ayang : Yups.Diorang akan dianggap tak layak mengajar dan akan dibagi subjek-subjek lain sebagai ganti.Dekat sekolah I,result SPM cikgu-cikgu ni pun kebanyakannya English dapat 9,8...camne la dengan kursus sebulan nak repair benda yang dah berapa tahun tak berapa cerdik.

Aku : Sayang la,sebab qualification dah ada tapi sebab tak bagus English,habis.Makin kurang la golongan cikgu yang berkualiti mengajar SnM ni nanti.

Aku pun menghirup milo ais aku dengan tenang,sambil otak berpusing berfikir.Mata aku dengan pantas melihat sekumpulan gadis-gadis melayu yang berpakaian ketat menampakkan tubuh badan.Awek aku perasan jadi aku terpaksa meneruskan perbualan....

Aku : Jadi,sayang,pada U,are we ready for PPSMI?

Ayang : Nope.Cikgu memang tak ready dan tak suka mengajar dalam English kalau ikut respons masa kursus. Ramai membangkang tapi tak berani nak berusara,maklumlah,pekerja Kerajaan.

Aku : Jadi,PPSMI memang akan diteruskan?

Ayang : Ya,kalau ikut kata-kata orang Bahagian Pendidikan,PPSMI akan diteruskan.Tapi tak sure,tunggu masa je kot nak announce,decision dah dibuat rasanya,nampak gaya macam diteruskan.Kursus I baru balik ni pun,kan pasal penerangan macam mana peranan guru2 English untuk membantu menjayakan PPSMI?Jadi,nampaknya,PPSMI ni memang akan maintain.

Aku : Baguslah.Boleh kita namakan anak kita nanti Kate Beckinsale binti Mantot.Takdelah masyarakat memandang serong dekat kita nanti.

Ayang : U pandai kan?SPM Gred 1 kan?

Aku : Ak aah.(Muka bangga)

Ayang : Apa dia perkumuhan dalam Bahasa Inggeris?

Aku : ....err.....er......digestion?

Ayang : Itu pencernaan,mangkuk!U stupid adorable big man!Kalau U pun tak tau apa lagi budak-budak sekolah rendah.

P.S - Jadi,soalan kuiz untuk hari ni,tanpa bukak internet buat research,apa dia "perkumuhan" dalam Bahasa Inggeris?

Aku tau apa aku tulis ni nampak macam tak serius tapi yg penting point dia...dan perbualan ni bukan rekaan aa.Memang situasi PPSMI ni kepada seorang guru membuatkan guru-guru berasa tertekan.,guru Sains dan Matematik ke mahupun guru Bahasa Inggeris.

Itu lah yang aku dapat tangkap dari muka awek aku tengahari tadi.Dia tertekan sbb dia tengah sambung master,dia still mengajar full time kat sekolah..dan dia akan kena pegi mengajar cikgu-cikgu SnM ni tanpa dapat apa-apa imbuhan kecuali claim duit minyak.


Dan aku tidaklah seromantik dialog yang aku tulis tu.

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehe. Saya tahu jawapannya.

Perkumuhan - Excretion!

*peace*

Mantot berkata...

wahh..laju2.
aku pun tak tau apa itu perkumuhan dalam BI

terime kasih kerana berkongsi ilmu

Tanpa Nama berkata...

perkumuhan?
perkhemahan aq taw la..
perkhemahan - camping..
;-)

Tanpa Nama berkata...

gw cuba nak layan series posting lu nih. ...

gagal. haha

Tanpa Nama berkata...

siut. detail btl minit2 perbualan. apa, stiap kali dating ko record ke?

Miss Taeyong berkata...

good info tapi dialog macam dlm gerak khas jer.. xpon skrip tv pendidikan. ;)

Tanpa Nama berkata...

ko taip cepat sgt...bersuara jadi berusara...bahasa ingeris jadi bahasa melayu...dierang pun mmg patut bg step by step english class...jgn main seru sekali libas..nilah takdir generasi depan...org luar takda duit...era globalisasi...setup company kat sini...nak kena pakai buruh murah....sapa buruh murah??KITA la...bayar gaji hanya 300USD...macam 300 inggit la rasanya..tu yg gelojoh nak ajar inggeris tu...tp yg takda bakat/metabolisme tingi mmg leftout gile babeng...

Tanpa Nama berkata...

Tot...ape yg awek nko cakap tu betul. Takde tande-tande nak mansuhkan PPSMI. Aku pun English teacher, dan attended kursus yg awek nko pegi tu. Aku jugak yg jadi S/U dan nak kejor cikgu-cikgu yg dpt band 1 dan 2 dlm proficiency test diorang. Aku belum lagi mule buat ape pun, sepatutnye dah lame aku bantu diorang. But then, kalau cikgu2 ni pun tak brape minat, aku takleh buat ape pun. Ye, aku ni mkn gaji dgn kerajaan dan penah sain akujanji akan setia pd kerajaan. So ape keje kerajaan suruh buat terpaksa ikut. No choicela, man!Tp kalau tiba bab PPSMI ni, aku dah jadi maleh sbbnye aku mcm awek nko juge, mengajar di luar bandar. Udahle english teruk ni kene belajar M3 dan Sains dlm BI.Just imagine..aku ajar anak murid aku yg rata2 org kampung biasa..buat satu dua sentences dlm BI, banyak salah. Puncanya sikap...kalau dah perut melayu, fikiran melayu...susah juga nak fikir mcm orang puteh....

kae berkata...

perubahan mmg susah, menyakitkan dan memeritkan.

bangunlah melayu. ubah sikap dan cara fikir kita.

orang lain dah kedepan. kita ramai lagi yg terhegeh2 liat nak berdiri tegak.
hakta masuk kelas/seminar pun suka sgt duduk belakang2. memalukan.

atitude sesetengah melayu yang terlalu pesimis,sensitif tak bertempat dan tidak rasional yang makin membarah terutama kita, akan menjerat survival anak bangsa kita hari esok.

kalau tak percaya, tunggu lah 10/20 tahun lagi. pedatang hari ini akan menjadi bangsa malaysia yang halal dan lebih berjaya.

bukan senang nak senang.n bukan susah nak susah.

goodluck utk semua guru2. jgn putus asa.ni jihad kita semua utk kuasai ilmu.demi survival kita.

jangan takut,alah bisa tegal biasa.

Opah Sue berkata...

Setuju sangat ngan Milo. Buddy Support System tu untuk bantu guru2SnM improve proficiency. Kalau cikgu2 tak proficient, jangan salahkan sistem atau pelajar kampung. Saya pun mengajar kat ulu - Felda lagi. Kenapa peratus exam boleh makin meningkat? Guru2 di sini ikhlas nak menambah ilmu dan meningkatkan kecekapan, tak degil dan memberontak tak tentu hala, atau ikut2 orang lain memberontak.

Module BSS yang baru ni (EMS2) memang ada penambahbaikkan dan InsyaAllah dapat membantu guru dan pelajar.
Sebenarnya kita patut tanya diri kita, bagaimana kita boleh menyumbang untuk bangsa, bukan tanya apa yang bangsa dan orang lain buat untuk kita.

Lagi satu, menghapuskan PPSMI bukan cara untuk memartabatkan BM. Kalau nak memartabatkan BM, perkasakanlah BM. Ini tidak, kosakata pun nak pinjam bahasa lain. Walhal perkataan tu ada dlm BM. Papan tanda semua nak dalam BI. Guna BM dan jawi salah ke?

Guru2 SnM yang dapat elaun 10% (sek rendah) dan 5% (sek men) patutnya guna duit tu pergi improve BI, bukan beli rim baru, sound system baru atau buat down payment rumah. Semasa jadi pemeriksa PTP speaking tahun lepas, saya jadi cuak. Cikgu2 macam ni ke yang nak ajar anak2 aku? Anak aku punya BI pun 10X lebih baik dari mereka.

Jangan takut kepada perubahan. Kaum lain berlumba2 nak jadi bilingual dan trilingual atau lebih. Orang Melayu nak kekal bengap. Bukan suruh ikut cara hidup Inggeris. Belajar bahasa untuk tambah ilmu.

Lu pikir la sendiri.

Tanpa Nama berkata...

ble aku nk keje ni..

Tanpa Nama berkata...

aku tak kisah kalau cikgu2 nak improve proficiency mrk...tp nak ajar subject maths and science dlm bi..tu menyusahkan budak2 sekolah. kenape tak diperbanyakkan kelas bi? galakkan budak2 sekolah memahirkan dan menguasai bahasa tu..dan satu lagi ubahla sukatan bi skrg ni....ni dalam kelas dok asyik tekankan grammar, grammar, grammar tp budak2 kita vocabulary dan speaking hampeh! boringla...aku pun boring!

Tanpa Nama berkata...

mantot
ko rasa diaorg yg bekerja jadi guru tu memang ikhlas nak mengajar atau nak gaji je.
kalau ade kemahuan mesti ade cara penyelesaian
kalau takde rasa tanggungjawab untuk mengajar.ko bagi la imbuhan beribu.mesti tak jadi punya.

dan ape pendapat ko seorang anak nelayan di kelatan bleh score spm die???sebab bapak die ckp orgputih kat die??duk berjiran ngan org putih??

Tanpa Nama berkata...

Apa yang penting kena faham bahasa dulu barula boleh paham content. BI perlu diperkasakan dulu. ni tak pasal-pasal nak aplikasi terus.sekarang ni nak mengajar sain dan math ka nak mengajar BI ni??? apa kata sejarah diajar dalam BI?

Tanpa Nama berkata...

saye suke unsur2 romantik dalam rencane kali ini.
saye bagi 3 setengah per 5.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya yg kita perlu perjuangkan ialah tulisan jawi kerana ia adalah identiti yg sememangnya sinonim dgn bangsa melayu.sbb org dulu2 mengunakan tulisan jawi sebagai bahasa penghantar.cuma telah ditukar apabila kedatangan org british.
Kenapa baru sekarang hendak memperjuangkan bahasa melayu yg sememang nye takde identiti nye sendiri.
atau perjuangan ini memihak pada sebelah pihak shaja??

Tanpa Nama berkata...

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

wahai rakan2 cuba anda melayukan perkataan diatas???
mungkin inilah sebab ppsmi mesti di teruskan sebab kebanyakkan ilmu,kajian, artikel dan dsb, sains dan math banyak di hasilkan dalam bahasa inggeris.

Tanpa Nama berkata...

"aku tak kisah kalau cikgu2 nak improve proficiency mrk...tp nak ajar subject maths and science dlm bi..tu menyusahkan budak2 sekolah.
Anonymous said...
aku tak kisah kalau cikgu2 nak improve proficiency mrk...tp nak ajar subject maths and science dlm bi..tu menyusahkan budak2 sekolah. kenape tak diperbanyakkan kelas bi? galakkan budak2 sekolah memahirkan dan menguasai bahasa tu..dan satu lagi ubahla sukatan bi skrg ni....ni dalam kelas dok asyik tekankan grammar, grammar, grammar tp budak2 kita vocabulary dan speaking hampeh! boringla...aku pun boring!"

March 14, 2009 6:27:00 PM MYT


SETUJU!! SETUJU!!!BEBUDAK SEKOLAH PUN JADIK SAIKO.....

Tanpa Nama berkata...

buat sang anonymus, jawapan pada perkatan perkataan (dari blog chedet) tuh ada dalam buku teks kimia tingkatan 4 dan 5 sebelum buku teks diubah semasa dasar PPSMI diimplemen.

beza antara keduanya ialah, hampir 90-100% pelajar yang belajar boleh memahami konsep asas(basic n fundamental) kimia tersebut, berbanding 20-30% sahaja daripada 55,000 pelajar yang akan paham jika PPSMI diteruskan.
maka matlamat asal untuk memahami konsep asas sains pon tak diperoleh. akibatnya berlaku keciciran dan kemerosotan teruk pada subjek SnM berdasrkan keputusan SPM setelah 6 tahun dasr PPSMI dijalankan.
(mengikut statistik kajian GMP yang bersumberkan dari MOE sendiri)...

Tanpa Nama berkata...

jd perkara terbaik ialah dgn melatih guru2 agar mereka boleh mengajar murid yg keciciran ni.tetapi guru2 pulak taknak belajar untuk improve diaorg punya english pasal takde elaun2 yg secukup nye.mcm ne la nak naikan peratusan tu klu guru2 pun membantah??klu bahasa melayu murid tak betul adakah salah cikgu sains??atau cikgu bahasa melayu yg tak pandai mengajar??tak gitu wak???

Tanpa Nama berkata...

kan lebih baik kita tumpu/ubati terus subjek english, ubah sistem pembelajaran,tambah waktu belajar untk subjek english...cikgu cikgu tak payah susah susah nak diberi latihan english lagi sbb dah mmg cikgu english yang ajar english...tak payah elaun elaun tambahan, elaun tak cukup la...

after all 'objektif' ASAL diperkenalkan PPSMI ni pon untuk improve english...jadik dah 6 tahun implemen, adakah keputusan subjek english tu dah improve atau keputusan SnM pulak yang merosot.. dan dalam masa 6 tahun implemen tak kan takde numbers untuk tunjukkan tercapai ke atau tak objektif ASAL PPSMI ni dijalankan, sbb yang jelasnya numbers yang ada ialah kemerosotan yang signifikan dalam subjek SnM setiapkali keputudan diumumkan..

Mantot berkata...

hah,terime kasih le Wak kerana paham apa yang aku cuba cakapkan.

awek aku mengajar english dah 4 tahun,dia selalu cerita kat aku perihal budak2 sekolah luar bandar dan result yang makin lama makin teruk sbb keadaan pembelajaran yang tak kena dengan gaya hidup diorang.

jadi,bila result UPSR keluar,budak2 yang ada kemungkinan result dia ok,akan jadi tak ok,result budak yg teruk akan jadi lagi teruk.

ini awek aku cerita seniri dan dia mengajar kawasan luar bandar.

point yang aku bangkitkan,apa yang PPSMI buat nak balancekan kedua-dua kawasan bandar ngan luar bandar.mentaliti family dah lain,pengaruh mak bapak dah lain.

jangan la ambik nik madihah tu,dia sekolah kat kota bharu,golongan yang beruntung jugak la walaupun family susah.

yang tak beruntung yang duduk dekat hulu,tengah hutan,yang mak bapak penoreh getah,duk harap anak masuk U nak bantu family..dapat result kantoi sbb tak faham apa yang dia belajar.last2,jadi la penoreh getah jugak,habis punah harapan mak bapak.

apa kerajaan buat nak seimbangkan benda ni?benda dah jalan,camne nak bagi peluang dekat student2 yang ada potensi tapi tak paham langsung English?

nak biarkan camtu?
diorang perlu korbankan masa depan diorang?

Tanpa Nama berkata...

yup betul tu
tp klu takde support dr guru2 pun masalah jugak
dan guru2 ni lah yg memantau prestasi murid,
mungkin dr segi pelaksanaan belum mantap tp kerajaan kene laksanakan jugak sebab ini adalah perancangan masa panjang.klu kerajaan membatalkan PPSMI ni skali pun, ianya telah berjalan selama 6 thn dan berapanya duit telah dibelanjakan untuk melatih guru2 dsbnya.
kan jd pembaziran name nye tu???
aku akui ade kepincangan dgn pelaksanaan dan tidak diteliti dengan dgn lebih luas.tp bende ni mesti jugak diteruskan.kalau tak bila lg.

Tanpa Nama berkata...

siann laa bebudak yg jadik eksperimen utk 6thn dan(mungkin smpi bila2 kot)...terus malap masa depan....

aku yg bukan cikgu tapi adik beradikku cikgu, sume mengajar kt felda yg berlainan...sian bila dengar citer2 bebudak yg felda2 nih...

Ingatlah, kita mempunyai kehidupan, pemikiran, cara hidup yg berbeza.

"dulu aku berpikiran spt penyokong PPSMI" tapi bila tgk realitinya....tidak lagi.
lagi baik cari formula untuk memstikan minat mereka yg boleh membawa kejayaan....bukan sekadar akademik semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

yela...dah 6 tahun masih takde statistik yang tunjukkan putik putik kejayaan pon dasar PPSMI ni, yang ada cuma result SnM yang makin menjunam,cuma dimakeup oleh pihak tertentu aje...
ok la kalau kata nak teroskan lagi...nak tunggu dan lihat lagi....berapa tahun lagi? so macam mana dengn adik adik, anak anak yang sedng lalui fasa tunggu dan lihat tuh...berapa lama nak jadik kan budak budak ni eksperimen semata mata nak tunggu jugak 'kejayaan' yang diharap harap daripada dasr ni..macam mana dengan nasib budak budak yang kantoi yang patut bole teruskan belajar lagi tapi sbb faktor SnM hancur...tak bole nak pegi mane mane...brapa banyak batch lagi nak kita jadikkan eksperimen?

aku bukan sorang pejuang bahasa, thus aku takkan cakap pasal penguncupan bahasa melayu macam pak samad,jatidiri melayu atau perkembangan bahasa... aku sorang saintis, so aku betul betul tengok pada nombor dan statistik... nombor yang ada sekarang ialah kemerosotan prestasi SnM yang ketara dalam masa 6 tahun ni (yang belum diubahsuai ikut citarasa menteri pelajaran)...nombor yang ada sekarang jugak menunjukkan prestasi english takde le meningkat...
so pikir le berapa lama lagi....

Tanpa Nama berkata...

dont worry mantot...aku paham apa yang ko cube sampaikan....

Tanpa Nama berkata...

skarang ni bukan masa untuk eksperimen.seharusnya guru2lah yg menjadi barisan hadapan untuk memastikan kejayaan ini tercapai.klu sokongan dari guru2 ni takde memang la teruk prestasi murid2.
sepatut guru2 yg 'saya menurut perintah(dalam hati saya yg menyampah)sama2 membantu untuk memastikan murid ini berada pada tahap yg terbaik waima murid felda,hulu atau asli.
kalau sokongan dr guru2 ni takde memanglah bende ni tak jd dan akan tetap menjadi bahan eksperimen sampai bila2.
dan kenapa pibg/pengetua tak mengambil langkah untuk mengadakan kelas tambahan untuk murid2 yg dirasakan tidak punya potensi(sepatutnya ada sebab PPMSI)??
benda takkan berjaya klu takde sokong dari semua.
mungkin perlaksanaan tu terlalu tergesa2 tp sekarang ni bukan masa untuk patah balik.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah satu tu dasar jelas gagal,tak tercapai objektifnye, dan takde hasil macam diharap serta dah korbankan beberapa batch pelajar punye masa depan untuk 6thaun berturut turut...
aku rasa takde masalah dan lebih mulia kalau kita start balik dasar pembelajaran yang awal, daripada teros menerus kita korbankan masa depan pelajar dalam subjek SnM ni semata mata nak tunggu dan lihat kejayaan dasar yang masih tak berjaya lagi ni..

kenapa ko nak alih kegagalan dasar ni kat cikgu cikgu pulak,ko ingat cikgu cikgu tu taknak ke anak murid dan pelajar diorang berjaya?ko ingat cikgu goyang kaki je ke.

kenapa ko tak nak pikirkan pasal penambahbaikan silibus bahasa inggeris yang aku cakap tuh, sedangkan matlamat nya sama macam PPSMI cuma lebih fokus pada bahasa inggeris tanpa perlu korbankan dan eksperimenkan mana mana subjek yang boleh menggugat depan pelajar,win win situaton...takde sape rugi...takde sape akan bising malah semua orang,budak bandar,budak luarbandar,budak felda semua dapat benefit..

kenapa ko tak nak bukak mata tentang cubaan menipu oleh pihak tertentu yg menurunkan peratus lulus dan peratus untuk dapat markah A semata mata nak 'buktikan' dasr ni 'berjaya'. tanyalah mereka mereka yang duduk dalam MOE yang tak berkepentingan (tender laptop, cd,buku dll), adakah betul betul transparent result yang diorang kompang sana sini dalam akhbar 5 tahun sblm tu adalah result yang betul betul asli tanpa ditambah perisa untuk menyedapkan hati hati pak menteri yang ada share dalam 'bisnes' PPSMI ni. adakah kita masih nak teroskan dengan dasr ni.

sbb tuh aku cakap orang yang menyokong dasr ni penting kan diri sendiri,cuma tengok kejayaan orang orang sekeliling diorang yang hanya berapa percent aje yang berjaya, yang tu la yang nak dijadikkan modal...tak nak tengok pada keseluruhan kemerosotan yang terjadik dalam sistem pendidikan negara. terpulanglah ko nak nilai macam mana lepas ni...

aku dulu masa nak diimplemen dasr ni, aku pon setuju,aku rasa ok la kot bila baca kat paper tentang result yang student dapat (UTUSAN dan NST), tapi lepas tiga pat tahun sembang dengan member dari dalam yang terlibat dalam uruskan keputusan peperiksaan ni,aku jadik panass... rupenye realiti tak macam dalam paper, ramai student sangkut, subjek SnM merosot gile gile...bilangan yang cemerlang terlalu sikit sampai diorang terpaksa adjust margin untuk naikkan peratus prestasi pelajar... amacam? bolehke kita sabotaj masa depan student cara macam ni sbb subjek SnM penting untuk lanjutkan pelajaran, kalau dah sangkut camane pulak?..

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju cadangan wak supaya syllabus BI diubahsuai. sekarang ni JPN dan PPD nak result. sikit2 headount. kalau result turun, satu PPD atau satu JPN serbu sekolah. result BI yang meningkat tu tak menggambarkan kebolehan pelajar bertutur. ULBS (ujian lisan) cuma 10% je dalam SPM.
Jika nak pelajar boleh bercakap dlm BI, kena ajar communicative English, bukan apa yang kita ajar sekarang ni. Aku memang boleh buat student aku yang paling bengap lulus BI. sebab aku tau strategi nak kasi dia lulus. Tapi hakikatnya, hancur.
Tolong la, kalau ada orang2 yang kerja kat KPM terutamanya PPK, ubahlah syllabus BI ni. Kertas BI SPM memang senang sangat nak lulus.

Tanpa Nama berkata...

salam..
sok sy de paper socio in edu,msuk final psl PPSMI..
pd pdpt sy lak,leh je nk jlnkn PPSMI nie but kne rncang btl2 dr dlu r..
nie x,tup tap tup tap trus dlksanakan..
adk pmpuan sy 1st batch yg wt math n sc in eng thn 2003,mse 2 die PMR..
alhmdulillah,math n sc die A..
but,pkirkn bdk2 yg yg korng ckp 2,yg duk rural area yg xbrpe fluent in eng..
ksian gk kt diaorg..
spatutnye nk implement bnda nie kne rncng btl2..
strt from standart 1 in primary school or form 1 in secondary school..
bru r xkelam kabut mcm nie..hurm..
btw,pray 4 my sucess in my socio paper 2 morrow k!tq=)

Hani. S berkata...

Dua2 mak ayah aku ngajar pedalaman (sabah), kalau setakat tak pandai buat ayat english aku boleh terima lagi, yang tak pandai buat ayat melayu pun ada sebenarnya. aku ni batch first yang belajar SnM in english masa form 1, aku rasa aku takde hal, tapi bila aku bukak mata aku tgk orang2 kat pedalaman yang baju sekolah pun kena sponsor, nak pegi sekolah pun naik jip toyota color hijau tu, aku kesian kat dorang ni. boleh menitis air mata aku. Hakikatnya mmg agak sukar bagi mereka atas faktor2 yang pelbagai, terutamanya persekitaran. MMg la nak berubah, tapi cara biar kena, berkesan kat semua.