Mac 04, 2009

Khairy Jamaluddin,Legenda Bolasepak Negara


Agak kelakar bila seorang jurulatih pasukan liga Malaysia digantung kerana mengkritik teknik ujian tahap kecergasan yang dijalankan oleh FAM dan persatuan negeri.Kepada yang tak tahu,jurulatih Felda United,Reduan Abdullah telah mengutuk cara ujian kecergasan yang diwajibkan oleh FAM semasa satu sidang akhbar.Pada dia,ujian tu tak berkesan dan sewaktu ujian,pihak2 yang bertanggungjawab tak ambik seriusJadi,dia sekarang digantung setahun,denda RM4,000 dan tugas dia diambik alih oleh penolong dia.

Aku selalu nampak apa yang crap pasal kerajaan Malaysia ni sama lah juga dengan apa yang terjadi dekat Persatuan Bolasepak Malaysia.Kita boleh nampak,sesiapa saja yang try melawan kemahuan FAM akan digantung,contohnya legenda bola sepak Kedah,Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang telah mengkritik pengurusan bola sepak Malaysia dan pihak2 yang bertanggungjawab satu masa dulu,yakni siapa lagi..FAM.

Tapi kita cuba tengok orang-orang yang memimpin FAM tu sendiri.Aku malas nak komen banyak pasal penglibatan Sultan Pahan dan anaknya,takut nanti dituduh derhaka pulak tapi kita tengok Khairy Jamaluddin.Siapa itu Khairy Jamaluddin dan apa yang dia tau pasal bola sepak ni?

Dia dengan mudah sahaja dapat menjadi TImbalan Presiden FAM dan pada aku,dia tak layak langsung mendapat jawatan tu.Sebab,dia tak pernah pun terlibat dengan pembangunan bola sepak sebelum2 ni (kecuali projek My Team yang suam-suam kuku,itupun jalan sebab dia yang keluarkan idea) dan dengan tiba-tiba,dia menjadi antara orang paling berkuasa dalam arena bola sepak negara..Siapa Khairy?

Terlalu banyak benda yang silap dalam pentadbiran bola sepak kita.Setiap persatuan negeri ditadbir oleh Menteri Besar (kecuali kelab2) dan jika selepas pilihanraya berlaku pertukaran Menteri Besar atau Kerajaan,akan bertukar jugak la tampuk pemerintahan persatuan tersebut.Contohnya macam Perak,sekarang ni siapa Presiden Persatuan Bola Sepak Perak?Nizar atau MB Haram itu?

Kenapa nak digabungkan kedua-dua benda ni,politik dan bolasepak?Tak boleh ke dibiarkan aje bolasepak Malaysia bebas daripada crap2 kerajaan?Kenapa diberikan title penting FAM kepada orang yang tak layak?Apa yang Khairy Beruk boleh sumbangkan selain daripada idea-idea yang selalunya tak ada bezanya idea itu dengan idea pakcik2 dekat kedai kopi berborak-borak.

Jadi,apa yang tak kena pasal FAM dan bolasepak Malaysia?

1) Pentadbiran paling atas dipegang oleh orang-orang yang tak patut ada di situ macam Khairy Beruk

2) Presiden Persatuan bolasepak negeri dipegang oleh politician-politician yang aku rasa tak pernah ambik tahu pun pasal bola Malaysia dan kalau berlaku perpindahan kuasa,akan terencat la proses pembangunan bola sepak negeri kalau Presiden baru nak run team ikut vision dia pulak

3) Pengurus-pengurus persatuan kebanyakanya adalah orang-orang yang mempunyai gelaran Datuk-Datuk,jadi aku tak rasa ramai yang betul2 komited dengan pembangunan bolasepak Malaysia.Lebih ramai yang nampak ruang nak buat duit

4) Ramai bakat-bakat yang tak dapat peluang sebab wujudnya dasar pilih kasih dalam pemilihan skuad.Contohnya,rumours yang didengari adalah kenapa Fadzli Shaari still dapat main Malaysia walaupun dia tak perform waktu tu.Atas padang apa yang dia memang tere buat adalah tanduk bola dan betulkan balik rambut supaya nampak smart.

5) Tiadanya kawalan permakanan yang ketat kepada pemain.Tidak ada penggunaan jurulatih permakanan dalam Persatuan Negeri mengakibatkan ramai player badan kurus kering tak cukup makan.Kena tolak senang2 dengan player foreign.Kalau tough pulak,tak tere mana.Sekadar reti merempuh orang.

6) Ramai pemain yang merokok dan minum arak.Kalau aku bagi contoh,Arsenal mengharamkan player hisap rokok dan kalau nak minum arak ada sukatan yang dibenarkan.Lebih dari tu kena denda potongan gaji.Player-player juga tidak dibenarkan menunggang motorsikal.

7) Kalaupun Alex Ferguson datang jadi pelatih team Malaysia,dia jugak akan gagal kalau semua benda kat atas ni tak diubah dulu.Tengok nasib B.Sathianathan,aku kesian tengok dia.Tiba-tiba dapat kata dua,team kalah terus kena pecat.Yang bagi kata dua dari atas tu buat apa,apa sumbangan anda dekat bola sepak tu?

8) Infrastruktur dah bagus,stadium memang besar.Jangan lah marah penyokong yang malas nak datang ke stadium.Siapa nak buang masa tengok dua team main takde taktik lawan ataupun nak datang stadium tengok Malaysia kena belasah?Bila kitorang boo player Malaysia masa lawan China kat Bukit Jalil (kalah 5-1,ke 5-0,aku tak ingat) semua player muka hangin je.Mana tak hangin,player China tu saiz takde la besar mana pun.Badan player Malaysia lagi berisi compare dengan player China.Tapi,cepat betol takde stamina.

9) Team-team Malaysia tidak ada identiti sendiri,siaran langsung mcm nak tak nak buat,jersi pun setiap player dapat sehelai,koyak kena jahit dan pakai balik.Dah la jersi buruk,takde nilai komersial langsung.

Nampak tak persamaan macam mana FAM diurus dan macam mana Kerajaan Malaysia dijalankan?Selagi kita campurkan crap-crap politik dengan bola sepak kita,selagi tu lah bola sepak kita akan berada satu level yang masuk bawah kategori crap.Dengan Timbalan Presiden adalah sebiji crap,tak mustahil pasukan Malaysia akan bertambah crap.

Like Vice President,Like Team.
Sayangi bola sepak negara kita.

6 ulasan:

EQUILIBRIUM berkata...

selagi persatuan sukan di malaysia dikuasai oleh org politik dan kerabat diraja selagi itulah sukan malaysia tak ke mana.

mana org bawahan berani nak bersuara jika ada yg tak kena dgn perjalanan sukan atau persatuan itu.

cuba tengok persatuan bolasepak negara eropah adakah org politik terlibat dlm organisasi mereka?

Papa Chang berkata...

dalam bab FAM nie mmg tungggu presiden berambus jerr... itu je kunci utame.. selagi ade presiden tuh.. selagi tuh la 'star2' Pahang dok main dlm team kebangsaan ekekeke

di perak tidak otomatik MB jadik presiden.. so Nizar still Presiden Pafa.. mane berani MB haram tuh nak jenguk muke kat stadium Perak beb!!

Blogger berkata...

Sultan Pahang tu bile nak mampos ea? Nyampah tul lah aku. Mampos la cepat sikit. Bagi pengurusan FAM kat orang lain. Derhaka ke aku cakap macam tu? Pedulik ape! Aku bukan dak Pahang.

Aku tak kisah politician pegang sport kalau diorang minat nak majukan. tapi politic malaysia yg cam sial dan tak stabil ni. Bila masa nak jaga sport, bila masa nak jaga politic. Sibuk jaga sport kang musuh politic tikam belakang. Tengok cam arwah Datok Harun Idris.

Sy's Den berkata...

waa...musti amik contoh Arsenal gak ye Tot? hehehe

mmg, selagi suma mende politican pegang, takdenye nak maju bola sepak Malaysia ni..bagi je jawatan2 tertinggi kat org2 biasa yang betul2 tahu bola sepak..abis citer

Mantot berkata...

hahaha..arsenal je la contoh yang aku tau dan aku memang baca.team2 lain aku tak ikut

mcm contoh baru2 ni,robin van persie kata semenjak dia kat arsenal,dia tak dibagi makan daging sbb daging boleh melemahkan otot,sbb tu die selalu injured.jadi diet dia hari2,ikan.

team2 kat malaysia mane ada buat dan jaga bende2 camtu

Tanpa Nama berkata...

Gua nk bg tau u org smua.. sbb apa u all tau x, ini kj punya hal u org jgn risau. once i jd itu PM aar, i kasi kick sama ini orang busuk. Tp sekarang msh x blh la, psl gua msh jilat itu Pak Lah punya montot. So lu smua org sila bwk bertenang, jgn terburu2 membuat tindakan marah2 ini org. manyak kesian woo dia. tp aa, lama2 gua tgk ini KJ aaa, bnyk kacak jgk apa.. Blh la nnt jd gua punya future boy. opps, rosmah. cover, cover.