Mac 16, 2009

Cukai-Cukai Noda Yang Kita Hisap dan Kita Togak

Anda ada beli rokok baru-baru ni?(Kalau anda perokok la..)

Aku tak tau brand lain dan ada ke tidak tapi kalau beli brand Marlboro,yang baru ni ada diletakkan gambar2 mengerikan atas kotak rokok tu.Yang aku beli ada gambar tekak berlubang siap ada ketumbuhan apa tah.Yang lain aku peratikan ada gambar paru-paru,gambar jantung dan gambar mulut.

(Sambil aku menaip ni,aku pun menyalakan sebatang Marlboro..)

Aku siap borak dengan tokei kedai Cina tu,"Wah,ini baru ka?"

"Ya,ya,ini baru punya packaging,"jawab dia.

"Isk,takut aa tengok ini,"kata aku sambil tunjukkan dia gambar tekak tu.

"Diorang letak gambar ka,letak warning ka tadak guna jugak.Kalau mau suruh orang stop beli,jangan jual saja,"membebel dia sorang-sorang."Ini pasal untung,banyak tax still kasi jual,mereka tau orang akan still beli punya."

(Aku termenung sekejap lalu menyedut rokok,sejuk2 ni memang rasa sedap betul,layan je rasa dia..)

Aku selalu hairan.Sebab kerajaan kita seolah-olah bersusah payah betul nak suruh orang jangan merokok,membuatkan aku rasa kerajaan kita seolah-olah support orang yang minum arak.Ye lah,cukai rokok dinaikkan masa budget tahun lepas,arak tidak.

Takde pun gambar atau notis atas tin arak ke,botol wiski ke,botol scotch ke yang tulis "Minuman Ini Haram Untuk Orang Islam" ataupun rangka undang-undang payahkan orang Islam nak beli arak.Letak poster besar dekat bahagian alkohol kat pasaraya,"Setiap titisan minuman dalam bahagian ini mengakibatkan 40 hari amalan anda tidak diterima.."

Kalaulah bacaan sumpah para menteri ada mengandungi "Saya tidak akan minum arak jika saya seorang yang beragama Islam,jika saya ditangkap berbuat demikian,saya hilang kelayakan sebagai seorang Menteri di Malaysia dan saya patut dilucutkan jawatan"

Ok apa buat cam gitu?Kita kan "negara Islam?"Jadi menteri-menteri (especially Perdana Menteri) kenalah ikut hukum.Tak ikut hukum,tak ikut agama,hilang kuasa.

Kita pulak?

"ARGHH BABI AA KERAJAAN NAIKKAN HARGA MINYAK!KERAJAAN HARAM JADAH!....Bro,Jack Daniel sebotol!Kita minum malam ni nak lupakan masalah minyak!Sebotol baru RM300 lebih!Wahahahahha!"

(Oh,sedapnya hisap rokok...Aku dah tukar semua rokok aku masuk kat kotak rokok lama,jadi takde la takut sangat rasanya)

17 ulasan:

Najmi Hayat berkata...

merokok amalan hidup!

EQUILIBRIUM berkata...

dunhill belum lagi hehehehe ngeri ke gambor tu? tapi kat packaging cigar takde kot gambor2 ngeri tu. nanti org kaya geli nak beli muahahahaha

semua kerajaan dlm dunia ni hipokrit pasal rokok. deme tamak dgn tax rokok. kalau nak haramkan penjualan deme boleh buat. nape singapore boleh haramkan chewing gum?

Tanpa Nama berkata...

semporna masih takde lg ...bukan basa basi

The Ultimate Sense of Me berkata...

I've never seen people whom have the highest level of unsatisfactory like you.if u think u r too great and noble; stop condemning but come out with at least easy reading online written text because i believe you do not have any prestige to write any serious matter especially regarding national issue. i felt like to vomit when u touch abt PPSMI issue.I am sorry to say this kind of words but please stop babbling.

Mantot berkata...

there are many more things that u can read on the internet that are written by many other established writer.

i am not trying being noble,i am just making fun of things because,we do realize that eventhough all our struggle,we will never win here in Malaysia.

if u are trying to read about serious and thought provoking article,pls,go somewhere else and read from someone else.

sometimes i write serious things,most of the time i just like to be sarcastic.

We can never win,eventhough we didn't like somebody.Like Americans,they dont like Bush,they make fun of Bush in every single way they could think of.

What's wrong with writing for fun?Don't take it serious all the time man.

About the PPSMI,why?You don't understand the dialogue?That's the truth.Majority Teachers DO NOT SUPPORT PPSMI and this is THE REACTION from the reprsentative ENGLISH teacher in the Central Area (KL,Selangor,Negeri Sembilan)

They dont like it.
What the fuck are you saying that i am trying to be noble?

If you want to read for something serious ALL THE TIME,please,go somewhere else.

But still you are coming back here?Why?Did I bother you or because my opinion are going against your believe?

Che underscore Lee berkata...

hehehe nice comeback Tot!

rfq,
kalau xnak baca gi ler tempat lain, buat la blog sendiri dgn tulisan sendiri utk menyedapkan hati sendiri or gi la baca blog2 yg mengampu dan kiss ass kerajaan. this blog is for us to have a relaxing reading at & at the same time make fun of the govmt

Mantot berkata...

RFQ,since u hv comment here twice already,

if u really feel something is not right,then do tell me which part?give me some specific things man.

Bagitau je la terus terang senang aku nak perjelaskan.Kalau boleh dalam BM,aku tak tere English

Tanpa Nama berkata...

rfq.....

kita perlukan "kerajaan bertuankan rakyat". sila kupaskan perkara ini...yg aku nampak B-end kangkang, kepit kan rakyat adalah...ha ha.

Blogger berkata...

dah2. jgn gadoh2. isap rokok dulu. boleh jugak sedekah kat yahudi sket. :p

Mantot berkata...

hahah..
pelik gak kan.takde pun org kecoh pasal rokok ni,philips morris ni kompeni mana aa?

Tanpa Nama berkata...

rfq,

aku pon pelik apasal ko masih menyemak jugak kat sini...dulu lu dah komen sekali,kalau lu tak suke blog mantot lu blah la...ke lu punye blog takde follower lu jadik tensen sbb mantot banyak follower blog dia...

teroskan mantot.. lu punye idea tahap respek punye

Mantot berkata...

hoih,lek aa.takpe2,bagi dia peluang bersuara.aku nak gak tau apsal dia tak puas hati sangat.

aku nak sangat tau apa maksud dia pasal "prestige" tu?

mungkin aku bukan berdarah bangsawan kot jadi aku takde "prestige" tu?

milo boyd berkata...

mungkin memang blog ko ber'prestige' la tot..tuh pasal org mai sini maki2 hang..

*bukan aku yg tulis..stone yg tulis ni..aku takkan puji dan support ko!

Tanpa Nama berkata...

milo boyd ni sape plak? another hater ke? siap ckp cenggitu

Mantot berkata...

haha,dia lah HATER aku paling cilaka.kutuk depan2,mulut laser kalah azwan ali

kucai berkata...

utk sesiapa yg rasa dia cerdik tahap babun depan kedai mamak nasik kandaq subaidah, hangpa pi la bt blog sindri..dok bt hingaq kt cni btpa.toksah dok bt terrer kt cni..milo boyd ka.frq ka..nak hingaq pi msuk karaoke..kalu hangpa cerdik sgt jdi la pm..nie dok jdi kuli gak..
cakap pandai, dlm kpala kosong gak..

aku sapot hang mantot slagi aku bleh..

peace...

Mantot berkata...

hahahah..isk isk..

milo tu member aku.kesian dia ko cakap camtu,nangis kang dia,dia dah la berhati lembut