Mac 10, 2009

Kenapa UMNO,Kenapa Bukan PKMB?


Adakah aku membantah pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik (SnM) dalam Bahasa Inggeris?Tidak.Tidak sama sekali.Aku bukan tak bersetuju dengan pelaksanaan.Aku cuma tak bersetuju jika pelaksanaannya terlalu kelam-kabut.Sebab terlalu banyak benda yang kerajaan kita buat secara membabi buta tanpa mengira sama ada ianya praktikal atau tidak.

Buat masa sekarang ni,aku hanya nampak terlalu besar dan hebat jurang antara pelajar-pelajar luar bandar dan pelajar-pelajar bandar jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang duduknya di ceruk2 kampung.Rakyat kita,khasnya orang Melayu masih ramai lagi duduk di kampung-kampung,yang ibu bapa mereka berada dalam golongan miskin,mungkin TV pun tak ada di rumah,kalau ada pun,boleh tengok RTM dan TV3 aje.

Jadi,kepada anda yang bertuah sebab tergolong dalam golongan yang menjadi daripada PPSMI,baguslah,anda berjaya dan anda memang berbakat.Tapi bagaimana nak membantu golongan-golongan yang tak berapa berbakat?

Segelintir daripada masyarakat kita ni,yang tak mampu nak membeli buku Harry Potter atau tak pernah pun tau apa itu High School Musical,mereka ini memang sudah sedia susah.Dengan pelaksanaan PPSMI ni,mereka akan terus jadi susah,tertutup peluang mereka untuk memajukan diri.Gagal dalam SnM,habis tertutup peluang ke Universiti,duduk di rumah meneruskan kesinambungan hidup ibu bapa yang memang sudah susah.Jadi,peluang untuk maju sudah ditutup dan benda ini tentu akan berulang ke generasi-generasi seterusnya.Nak dibiarkan aje yang susah terus jadi susah dan yang senang makin senang?Sebab tak faham English,jadi keciciran?

Aku pun pernah mengalami nasib yang sama.Lecturer aku dalam subjek IT dulu adalah seorang warganegara India.English dia HANCUR sebab aku tak faham langsung apa dia sebut mengakibatkan aku tak faham langsung ape dia ajar.Itu akibat daripada slang dia,ni kalau sebutan pun slang pelik2 dan Englishnya berterabur...camne la hasil student tu.

Kita diajar bila nak menggunakan grammar dalam karangan,dalam penulisan tapi kita tak pun dilatih untuk menggunakan grammar dalam bahasa pertuturan.Mana ruang nak create fluency tu?Jadi,pada aku lah,jangan gopoh,kita buat persediaan.Sepatutnya PPSMI ni tak dijalankan lagi.Beri masa 5 tahun,kita buat persediaan lengkap dulu:

1) Tukar sukatan mata pelajaran yang menitik beratkan 50% penulisan dan 50% pertuturan.Wujudkan oral exam yang lebih mencabar,bukan sekadar membaca satu paragraph text.

2) Wujudkan kursus khas untuk guru-guru Sains dan Matematik yang belajar sepenuhnya di maktab dengan menggunakan Bahasa Inggeris.Apa-apa pun yang diorang belajar,praktikkan dalam Bahasa Inggeris.Mungkin sesetengah maktab perguruan boleh dijadikan fully English Learning Centre.

3) Wujudkan Gred Tangga Gaji berasingan kepada guru-guru yang telah lulus kursus di atas dan yang akan mengajar SnM dalam Bahasa Inggeris.Berikan imbuhan dalam RM100 sebulan,ini untuk menarik minat lebih ramai calon guru memasuki kursus tersebut.

4) Wujudkan sekolah aliran berasingan yang belajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris untuk subjek-subjek yang sesuai dan beri pilihan kepada ibu bapa untuk memilih

Jadi,bagaimana kita nak merapatkan jurang perbezaan yang ketara antara student yang exposed dengan student yang tak exposed dengan English?Kita tak boleh expect semua pelajar-pelajar kita terdedah dengan spoken English setiap hari.Untuk merapatkan jurang antara student-student yang biasa dengan English dan tidak biasa tu lah yang paling payah sekali.Tapi kita boleh gunakan saluran media massa,aku fikir contoh paling mudah,hahaha.Guna benda popular sebab ini salah satu cara nak tarik minat masyarakat Melayu.

1) Setiap rancangan Bahasa Melayu,letak subtitle English.Ini untuk menggalakkan masyarakat membaca dan sekurang-kurangnya kenal perkataan.Memang dah ada yang buat tapi tak menyeluruh.

2) Jangan dialih bahasakan rancangan kartun English macam Sponge Bob Squarepants tu.Letak subtitle Bahasa Melayu supaya budak2 akan biasa dengar perkataan-perkataan tu disebut.

3) Dengan pengaruh Akademi Fantasi ni,apa kata diadakan satu episod khas di mana rancangan akan dijalankan fully English.Memula start satu episod,lepas tu banyakkan lagi.Kita tahu aje lah pengaruh AF ni dekat masyarakat Melayu kita ni.Mesti ada yang terikut-ikut.Cikgu2 pun ramai yang layan AF ni kan?

4) Kenapa Ultraman dialih bahasakan menjadi Bahasa Melayu?Apa kata kita alih bahasakan cerita Ultraman dari Jepun ke English.

5) Satu-satunya ruangan Bahasa Inggeris dalam paper Utusan Malaysia adalah bila ada paper kecik untuk budak2 UPSR,PMR dan SPM.Kenapa tak diintegratekan kolum-kolum khas untuk penulis menulis dalam bahasa English,tak perlu banyak,sikit pun cukup.Kalau mak bapak memang tak reti English,macam mana anak-anak nak dapat baca paper English,mak bapak tak belikan.

6) Aku tak dengar radio sangat jadi aku tak sure pasal benda ni tapi kebanyakan radio popular hanya terhad kepada penggunaan satu bahasa.Aku rasa ok aje kalau radio HotFM ke ERA ke wujudkan slot "Let's Talk English" berformat dwi bahasa dalam 1/2 jam sehari.Bantai la DJ tu English merapu ke melingkup ke janji dia try.Slot tu bole jadi mcm interview,DJ A interview DJ B,dia salah jawab,DJ A betolkan.

Aku rasa tak mustahil kita boleh mewujudkan masyarakat yang fluent dalam English tapi still menggunakan bahasa kita sebagai pengantara harian.Cuma persoalan dia, adakah kanak-kanak Melayu kita ni dah ready untuk terima semua perubahan yang berlaku dan still maintain diri mereka sebagai seorang Melayu tulen pada masa hadapan,sebab yang aku nampak dekat keliling kawan-kawan aku yang handal speaking English masa sekolah menengah dulu,sama ada diorang ni genius ataupun anak orang kaya.Yang anak orang kaya ni pulak biasanya hidup style barat.Sebab tu diorang tere English dan hidup pun macam Englishman.

Kalau rasa tak ready,baik kita mulakan dulu dengan subjek Pendidikan Jasmani,hanya sebagai titik tolak.English dia pun senang je."Boy,you are too slow!","Run!","Give me 10 push up now!" dan "Okay,take the ball and go play.After time,come and inform me.I'll be at canteen,ok?"

Dan lastly,cuba kita try2 tanya ahli-ahli UMNO,apa nama UMNO dalam Bahasa Melayu.Rasa-rasa ramai ke yang tau?Tergagap-gagap translate-kan maksud UMNO tu.

35 ulasan:

qayyum berkata...

jika bukan skrg ingin merubah,bile lagi??...kite cakap next 5 tahun..nape perlu amik masa begitu lama utk berubah..ke camne blogger??..mengapa takut utk berubah??..sama jgk nanti next 5 tahun,nanti takut bahasa pupus la,budak luar bandar still takleh cope la..so bile nk start??....

qayyum berkata...

lagi satu lagi blogger,bile kite mahir bahasa lain,IQ meningkat...org melayu hanya tau bahasa melayu je..tgk org cina n India,tau byk bahasa..subtitle tu berkesan ke blogger?dah berapa tahun kat tv ada subtitle cite omputih ke bahasa melayu.takde kesan pun nmpk..blogger nk tau ke nape org cina n india maju dari org melayu,sbb IQ diorg lagi tinggi sbb mereka paham byk bahasa.org melayu cuma satu bahasa.bahasa arab pun tak tau..lagi2 org melayu mmg perangai dia nk mudah je suma,taknak sikit pun belajar benda susah..dude,cuba la kite lihat negara2 lain,how education diorg,lagi mantap..dats y mereka lagi boleh maju,kite ni just nk alihkan bahasa msia ke inggeris pun dah kecoh,tu pun dalam exam,boleh tulis dalam bahasa melayu..

Benrauf berkata...

aku tak kisah kalau benda menjadi. masalahnye benda tak menjadi. pastu tipu orang lagi dgn data2 yg direka. memang bastard. baik kita buat satu lagi aliran. sjki (jenis kebangsaan inggeris). bukan masalah kan? everyone happy. aku pun nak anta sume budak dalam circle aku kat situ. masalah skang ni, budak2 melayu yg x reti baca sampai darjah 6 pun belambak-lambak tetibe je kena suh blaja dalam bahasa inggeris. wtf?

nyamuk berkata...

to qayyum,

Adakah jika kita menguasai kesemua 6800 bahasa yang ada di dunia ini, secara automatik IQ kita akan menjadi super power genius?

bangsa mana dalam dunia ni IQ nya tinggi? Amerika? Jerman? Perancis? Jepun? Russia? Korea?

bukankah IQ itu dipengaruhi oleh faktor pemakanan, pemikiran dan persekitaran? Sejak bila pula IQ dipengaruhi oleh bahasa? Kenapa Adiputra yang tinggi IQ nya itu belum lagi menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya?

Wak Giman berkata...

Panas ni topik ni. Wak nk mencelah jgk. Pd wak, nk bljr bahasa apa pun lantakla, yg pnting bkn bahasa nya itu, tp pemahaman trhadap subjek. ngerti x? Jadi , perlaksanaanya perlulah cukup rapi dr segala aspek gitu. Disini wak nk tekankan,yg tukang ajarnya itu yakni gurunya betul2 mahir dgn bahasa yg satu itu atau, masih jgk merangkak2 sama dgn muridnya. Perkasakan dulu gurunya sblm dilaksanakan program ini ya. itu aja yg wak nk pesan. guru best anak murid pun jd best. guru nya hancur, anak murid , ntahlah, wak pun x tau.

buruh berkata...

(Ini pandangan peribadi, aku bukan suka politik)

Sudah la,
Bende dah buat, biarkan
Susah sikit pun nak bising
Kalo nak ubah balik ke BM, apsal dekat Universiti belajar dalam English?
Kalo nak tukar BM, biar Math & Sc dekat Universiti pun tukar BM.
Kasi tukar semua.
Ini tidak, dah belajar Math&Sc dalam BM, masuk U.
Udah terngaga nak faham terms². Kan lebih senang terms dalam fizik ikut English?
Contoh: A=acceleration, kalo BM "pecutan".
(salah satu sebab aku susah nak ikut formula)

Lagi satu,
Kerajaan dah abis berjuta² ringgit tukarkan BM ke English.

Kalaulah dikira kerajaan dah silap tukar English kepada Bm, tapi aku rasa tak rugi sesen pun.
Untung budak² jugak.Lebih advance. Lagipun sekarang nak kerja pun semua kena tau English. Bukan kerajaan boleh tolong pun. Kena tolong diri sendiri gak.

Nak tukar balik kepada BM?
Dah projek sebelum ni juta² dah abis, nak di pusing balik ingat free ke?
Rugi.Dah la barang mahal tahap anjing. Nanti kerajaan jugak carik alasan sebab nak tampung balik projek English ke BM.

YANG KORANG KENA USAHA IALAH MEMPERKAYA SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SASTERA.
MEMPERBANYAKKAN USAHA MEMPERKENALKAN BUKU-BUKU BERKUALITI.

banyak lagi nak cakap tapi ni blog mantot, bukan blog aku.
hahahaha

buruh berkata...

eh, macam emo pulak dah tadi.
tapi aku bukan emosi sangat pun.
aku cuma kasi pandangan je.
jom jemm

rfq berkata...

why we should waits for next five years to implement ppsmi? time does'nt wait for us and same thing happened to this subject. This's not the matter of time anymore we have to change due to global changes. if u do a research, ppsmi has been started implement since 1998 and now it's almost 11 years in our educational field. I believe MALAYSIAN can do it!!

Mansuh berkata...

mantot harap ko tak delete ni...dari tulisan faisal tehrani..

Bagi sesiapa yang ingin menjawab blog-blog penyokong PPSMI yang semakin bercambah, saya berharap ia dilakukan dengan tenang dan rasional. Saya lihat mereka suka membuat kesimpulan:

1. Ia bermotif politik.

2. Pejuang bahasa pun cakap Bahasa Inggeris, jadi, kenapa nak tentang PPSMI?

3. Pejuang BM anti Bahasa Inggeris.

4. Anak, anak sedara, adik sedara, anak sepupu sepapat, anak dua tiga empat pupu, suka PPSMI, jadi, anak orang lain, anak sedara orang lain, adik sedara orang lain pun akan suka PPSMI.

5. Pakcik makcik sepupu sepapat dua tiga empat pupu papat mengajar Sains dan Matematik dalam BI suka PPSMI, jadi, kenapa pejuang Bahasa tak suka PPSMI?

6. PPSMI akan membantu pengajaran BI.

7. PPSMI tidak akan menganggu-gugat BM; dan banyak lagi persepsi cetek.

Ternyata mereka tidak membaca sebarang kajian. Kita ingin mengingatkan pejuang bahasa bukan bodoh wahai Datuk Seri Hishamuddin, kita bertindak selama enam tahun dengan penuh kesabaran sambil melakukan kajian mendalam. Dan pihak beliau telah menutup jalan rundingan, sehingga Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said yang diketahui bersikap berkecuali dari segi politik telah memilih pentas politik.

Saya ingin menyarankan sesiapa yang bertemu dengan blog-blog penyokong PPSMI untuk memautkan kajian/pandangan alternatif seperti contoh di bawah ini:

1. Kajian Akademik

2. Profesor Shaharir Md. Zain

3. Bahasa Melayu untuk Sains, Matematik tetap realistik

4. Profesor-Profesor Melayu dalam Bidang Sains yang Menentang PPSMI

5. Kosmologi Bahasa

6. Menjawab Gabungan Pro PPSMI; dan meminta mereka berfikir lebih dalam lagi.

mansuh2 berkata...

perkara 13 dalam memorandum GMP...

13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu 'sudah berjaya' atau 'akan berjaya', para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C).

Kalau cara yang 'mengelat' ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.

adila lalala berkata...

benda bising2 ni patut buat before benda ni di implemented..sekarang da lambat sgt..tergagap2 budak kat skolah..cikgu2 pon x fluent..xtau,,xyakin,,mcm ne nak ajar budak2,,,cuba tanya budak2 yg sedia bijak kat boarding school nu,,cikgu banyak guna cd..tu tera cikgu yg dikhas ajar budak2 terer,,budak2 kat kg mcm ne la nasebnya,,..

kalo la IQ meningkat..adakah sebab boleh berbahasa banyak,,selaen satu?

kalo la betol..sepatutnya,,subjek english tu yg diberi penekanan,,enrich kan dia pya format dan silibus,,x semestinya kena guna dlm SnM..

bila da cekau english,,boleh la tukar format SnM dlm english,,contohnya time kat matrix,,sebab masa tu budak2 ni lebih bersedia,,

ini..sama2 nak blajar ckp good morning,,tyme tu la nak blajar pkataan2 superb yg kdg2 susah utk budak2 tambah2 yg xda exposure..

aku mansuh berkata...

buat penyokong PPSMI..yang tak abes abes menjadikkan diri sendiri 'model terbaik' hasil 'kejayaan' dasar PPSMI ni, yakin ke mutu S n M anda tu bukan tergolong dari mutu SnM yang telah direndahkan... yakin kah anda A yang anda dapat untuk subjek SnM tu betul betul A, atau sekadar B atau B- yang telah di'upgrade'...


yeah....mari kita 'sokong' PPSMI ni...'data' setelah 7 tahun implementasi telah menunjukkan dasar PPSMI telah 'berjaya'....
kalau 7 tahun masih tak cukup namapak 'kejayaan', tambah lagi lama lama...ala markah lulus dan markah cmerlangkan boleh diubah ubah...

sKywAlkeR berkata...

hahahaha..aku nk gelak gak..Kalo kite leh kuasai byk bahasa,IQ jd tinggi?hahaha...
Dan hahahaha lagi skali...Appa raa..Tolong la realistik cket..

Bagi aku,S n M buat masa skang kene diajar dlm bahasa melayu.Tempoh 5 taun yang En.Man ckp tu merujuk kpd tempoh "persediaan",bukan tempoh "menunggu"..

Tanpa Nama berkata...

IQ tinggi langsung tak dak kena mengena dengan sebab banyak tahu bahasa.

Kalau nak sebut pasal bangsa IQ tinggi,bangsa Jerman,Perancis,Yahudi dan Jepun la paling tinggi IQnya walaupun hanya tahu bahasa ibunda saja.

India IQ tinggi???Hahahaha...nak tergelak aku.Cina pula lebih kepada banyak berniaga,kuasa ekonomi serta belajar.

Dan satu lagi kepada mereka yang berhujah senang belajar sains sebab persamaan F=ma di mana F tu daya,m tu jisim dan a tu pecutan,tak salah kalau nak tulis
D=JP ataupun huruf jawi "dal"="jim" kali "pa".
Jawapan akhir dia tetap sama juga.Nak bukti?Nah aku bagi bukti:

jisim=5 kg,pecutan=2 ms-2
F=ma=5.2=10N

Kaloau aku guna
d=jp=5.2=10N

Tengok.Jawapan akhir tetap 10N juga.Mana buktinya kau akan mundur kalau belajar dalam BM?

Mantot berkata...

encik qayyum,
anda menulis benda ni..aku tertarik dengan kenyataan ko..

dude,cuba la kite lihat negara2 lain,how education diorg,lagi mantap..dats y mereka lagi boleh maju,kite ni just nk alihkan bahasa msia ke inggeris pun dah kecoh,tu pun dalam exam,boleh tulis dalam bahasa melayu..

jadi,skrg ko admit sistem pendidikan kita tak mantap?

bukan ke itu point yang aku cuba timbulkan?point aku mudah,kita kena tukar sukatan mata pelajaran English kita dulu..bagi masa dalam 5 tahun,biar benda tu jalan dan semua orang selesa.Kemudian baru kita laksanakan pembelajaran SnM dalam English sbb waktu tu budak2 dah bersedia.

wak cakap jawa berkata...

qayyum kata:...bile kite mahir bahasa lain,IQ meningkat...org melayu hanya tau bahasa melayu je...

aku pon nak tompang gelak.... mari kite reramai cube carik persamaan yang cube dibuat oleh mat qayyum ni...

'tahu banyak bahasa= IQ tinggi..'

patut la mahadzir lokman tu jadik surgeon dan jurutera sayap airbus selain jadik pengacara dan jurubahasa...

patut la altantuya jadik peguam, jurutera kapal selam, pakar ekonomi serta saintis selain dari jurubahasa (dan model-sbb ada org cakap dia model)

patut la IQ org jerman seme rendah sbb tau bahasa german je... kereta pon tak berkualiti sbb yang buat tu seme yang IQ rendah sbb belajar dalam bahasa dia je...

patut la banyak org jepon yang baghal...IQ diorang rendah rupenye...bahaya jugak teknologi jepon ni

ooo patut la ramai cendekiawan dari negara negara afrika...negara pon dah mencapai tarap negara maju.. mereka tau banyak bahasa...

qayyum-lu mmg best...point ko dah merungkai beberapa persoalan aku selama ni.TQ very much

(IQ aku pon mungkin tinggi gak kerana aku gunakan TQ very much dan bukannya terima kasih)

wak cakap jawa berkata...

point aku di atas ialah...semua orang ada pendapat dan hujah masing masing sebab menolak dan sebab 'menyokong'.

tapi kalau nak berhujah bior le hujah yang berilmu sikit,hujah yang boleh dibawak ketengah...jangan le bagi point yang bertaraf bahalol punye hujah...

Benrauf berkata...

index TIMMS math & sci Malaysia antara sepuluh terburuk di antara 54 negara kajian. Math jatuh 34 mata dan Sci jatuh 40 mata. Kemerosotan paling signifikan yang sangat besar berbanding negara-negara lain yang kebanyakannya meningkat. Silalah di bongok-si bongok sekalian merujuk perbandingan di antara sebelum dan selepas PPSMI.

Soalan aku. Mana lagi penting wahai si bongok. Bahasa Inggeris atau Sains? Bahasa Inggeris atau Math. Apa yang kalian cinta sangat dengan bahasa Inggeris tu.

Kalian tahu kan, negara yang paling mencintai bahasa di dunia ialah Bangladesh. Hari Bahasa Dunia disambut sempena hari kemerdekaan Bangladesh. Tapi lihat negara mereka.

Persetankan bahasa apa pun. Yang penting kefahaman dalam ilmu. Kenapa mahu dipaksa kanak-kanak belajar dengan bahasa yang mereka tak pernah tahu sebelum ini. Kalian bloggers memang senang berbahasa inggeris. Anak-anak kampung yang ramai buta huruf, bagaimana nak belajar kalau bahasanya pun tak difahami.

Lihat SJKC-SJKC sampai hari ini masih mengekalkan pengajaran di dalam bahasa Cina. Hanya SK-Sk orang Melayu shj yang bongok dan semakin bongok.

Mantot berkata...

err...lek,lek,jangan gaduh.
bagi panas takpe,jangan gaduh sudah.

Din lipat berkata...

itulah kejayaan PPSMI sebenarnye...kemerosotan yang teruk..
berikutan dari situ gred cemerlang dan gred lulus pun akan direndahkan semata mata untuk menyatakan jugak yang PPSMI ni telah 'berjaya'

anda boleh dapat A walaupun anda dapat 75 sahaja

atau anda tetap lulus walaupun anda hanya skor 30 sahaja.

nah! peratusan yang lulus dan cemerlang pon meningkat...umumkan dalam suratkhabar...kejayaan PPSMI ni..hehe

waaah PPSMI berjaya!

brader bob jamming pandan berkata...

wow.
ko dah boleh buat blog lain ni mantot!

paloi bin mulau berkata...

sbb bunyi amno tu jauh lebih sedap dr pkmb. lagi pun kalau pkm tu kominis dah ambik dulu dari amno muahahahahahahha

statistik boleh dimanipulasi utk mendapatkan keputusan yg kita mahu. org yg belajar statistik pasti tahu ini.

kalau mahukan peratus yg lulus tinggi set kan standard utk lulus 20% je. kalau mahukan peratus dapat A tinggi set kan markah mininum hanya 50%.

apa susah mahu tunjuk ppsmi berjaya...tak gitu hisamudin?

iskandar berkata...

Mantot,

Ko rasa2 ruang komenan ko leh hit 100 komen tak?

Aku rasa mamat yang cakap pasal IQ tinggi berkadar terus dengan bahasa tu, dia terlalu ekstrem dgn teori tu, pada aku simple je, aku agree yang belajar banyak bahasa, kita akan generate otak kita untuk berfikir, but pada fasa bila? Kalau dah tua bangka, aku tak rasa la membantu sangat, tapi kalau budak umur setahun sampai 6 tahun, diberi pendedahan dengan 2 3 bahasa, tak mustahil dia mampu untuk rangsang otak. It's not about language totally, it's about merangsang otak kanak2 untuk berfikir, takkan la budak umur 2 taun nak soh buat matematik darjah 1, the best is gunakan bahasa untuk rangsang otak kanak2 tu. Tapi, kalau dah tua bangka, dah sekolah rendah, nak belajar bahasa buat apa nak rangsang lagi, matematik dan sains tu dah merangsang otak. But, it's not 100% faktor dia, pemakanan, persekitaran, semua ni mainkan peranan.

So, it's not fair untuk mengatakan kalau belajar banyak bahasa tak rangsang otak seperti mana kita kata kalau makan examo tiap hari, tak tentu genius gak kan. Sebab tu kita punya banyak cara, salah satu mungkin.

Kenapa perlu ajar SnM dalam english, ajar la subjek lain, alam dan manusia ke, seni ke, pendidikan jasmani ke, andai kita nak rakyat malaysia belajar english, gunakan la subject lain, kenapa kalau guna subjek lain, english dia lain ke? kalau setakat saintific english, A=acceleration, M= Mass, and so on.

Apa salahnya kalau gunakan english untuk subject lain, math and english nanti kalau kantoi, nak masuk U pun susah. Kalau masa sekolah dah didedahkan dgn english, nanti masa matrix, englishkan jelah.

Aku sayang bahasa Malaysia sebab hanya kita orang Malaysia je guna bahasa ini. Ini bahasa ibunda kita.

Satu bende aku belajar kat Norway, satu masa dahulu, diorang mmg sangat english driven, segala2nya dalam english, but harini, diorang realized satu bende, sapa yang nak guna bahasa diorang kalau bukan diorang sendiri? Akhirnya, sekarang ni segalanya dah dalam bahasa diorang. Kerana diroang sayangkan bahasa diorang, mmg Sweden, Denmark and Finland guna bahasa yanglebih kurang, tapi tak sama, macam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

BTW, skrg ni panggil Bahasa Malaysia ke Bahasa Melayu?

Tanpa Nama berkata...

erm...
aku rasa bahasa malaysia...
tapi tak patot...
sbb aku lebih sokong bahasa melayu...
da mmg bahasa pertuturan ni berasal dari melayu...
jadi...
bahasa melayu la sepatutnya...

Real Guest berkata...

aku setuju ngan qayyum sikit,mantot sikit dan iskandar sikit...commenter yang bila bercakap ada cam unsur2 politik terus tu aku tarik diri...gosoklah mata sikit..

SyDen berkata...

still, bila anime2/kartun2 dialih-bahasakan pegi BM punya la buruk....tak ngam lgsg...

Tanpa Nama berkata...

"Dan lastly,cuba kita try2 tanya ahli-ahli UMNO,apa nama UMNO dalam Bahasa Melayu.Rasa-rasa ramai ke yang tau?Tergagap-gagap translate-kan maksud UMNO tu."

dalam bahasa melayu disebut PAKEMBAR

kahkahkahkahkahkahkah
kahkahkahkahkahkahkah
kahkahkahkahkahkahkah

nyamuk berkata...

aku rasa bersyukur kerana zaman aku dulu tiada lagi PPSMI. Fizik dan Mat aku dapat A, Kimia dan Mat Tam aku dapat B. Tetapi, BI aku hancur, dapat D.

Kini aku mula bayangkan. Jika zaman aku dulu dilaksanakan PPSMI. Mungkin Fizik aku akan dapat D, sebaris dengan penguasaan BI aku.

i dun give a damn berkata...

tepuk dada tanya selera

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

erm rasenye sekolah rendah bahasa melayu. sekolah menengah english. ok kot?

Tanpa Nama berkata...

a'a ek... aku baru perasan UMNO tu nama penuh dia dalam english...

hafizshinchan berkata...

secara peribadi saya bersetuju bahwa kerajaan memang mempunyai pandangan yang jauh (yeke, heeeeee) tapi pelaksanaan PPSMI agak kucar kacir...

Saya mengibaratkan pelaksanaan PPSMI seperti hero remaja Kai Jay cuba membangunkan bolasepak negara, heeeee.(PPSMI niat suci, tapi pelaksanaan perlu disempurnakan)

Malaysia Boleh

Tanpa Nama berkata...

muahahaha.. aku dari sekolah rendah blaja dalam bahasa melayu result aku o.k jer... dapat first class lagi kat universiti... takde masalah pon blaja dalam b.m... cume aku akui yang banyak rujukan dalam english... habis tu kalo kite nak jadikan english ni bahasa untuk belaja subjek2 kritikal macam sc n math, nanti korang rasa ade ke buku rujukan in malay???

tudc berkata...

secara jujurnya..setelah 6 tahun aku pindah dari ngajar di penang balik ke kampung aku di pendalaman perak..aku ngajar bahasa inggeris
org kelantan cakap inggeris bunyi scottish
orang perak bunyi cam jerman
orang kedah bunyi cam french
hahahahaahah..
masalah lain ialah term penggunaan bahasa inggeris tu
ade english for communication, ader english for science,ader english for math,ader tech english..budak2 ramai takleh bezakan penggunaan dan waktu guna istilah english yg sesuai.contohnyer tadi aku dapat sms kawan aku.dia tanya makna "i'm counting on you"..mati2 dia ingat suruh tolong kira, sbb count kan lam kamus makna kira.so faham je la,kalau org tua pun konpius.apa lagi budak yg baru nak tumbuh bulu

Tanpa Nama berkata...

Stuju dgn paloi n iskandar...statistics is the key..statistik bleh dguna utk kaji faktor2 yg affect penguasaan subjek2 kt skolah...dlm dunia sbnr bkn 1 faktor je yg mempengaruhi sesuatu...mcm kita blaja statistikla (inferential statistics) nak carik significant factors that affect certain responses (factorial design,RSM, Box-behnken etc..)...kdg2 dpt byk significant factors kdg2 dpt sket tp the combined effect of factors pn significant jgk...tetapi experiment perlu mgelakkan bias supaya conclusion kita pn nti x bias...patut diorg gunala statistik sbg tool utk kaji the effect(s) of manipulated variables bkn utk manipulate pemikiran org (secara bias)...-statistik spastik