Mac 03, 2009

"Teacher,May I Go To The Toilet Please?"


Hari ni waktu lunch,aku dengan kawan-kawan berborak la pasal isu-isu semasa.Banyak jugak topik yang keluar,antaranya isu nama Allah,isu lelaki Malaysia carik gadis Thailand dan isu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Aku cukup suka baca apa yang A.Samad Said cakap pasal hal ni,bagaimana dia mengajak orang mengelakkan pihak-pihak yang tidak memperjuangkan Bahasa Kebangsaan kita.

Dalam hal English dalam Sains dan Math ni,terlalu banyak bertukar-tukar akta.Kejap jalan,kejap tak,kejap mansuh,kejap jalan,terlalu flip flop.Mungkin kajian ada dibuat tapi adakah kajian yang dibuat tu benar-benar menunjukkan masyarakat kita khasnya orang Melayu benar-benar dapat menguasai pembelajaran Sains dan Math (SnM) dalam English?

Aku terus terang,walaupun aku bersekolah di sekolah yang agak ok dulu dan aku boleh kata lepas la tulis English, tapi aku sedar,semenjak aku bekerja kat tempat aku sekarang ni la aku jadi fluent sikit cakap English.Bercakap English dengan menulis English lain benar!Ada orang boleh menulis essay-essay English yang berjela-jela panjangnya dengan grammar yang betul dan ayat-ayat yang mantap bunyi penulisannya.Tapi cuba suruh dia speaking sikit...besar kemungkinan berterabur percakapannya.

Sama jugak macam cikgu2 SnM ni,besar kemungkinan cikgu-cikgu ni kebanyakannya bangsa Melayu dan bangsa Melayu tidak ramai yang melatih diri sendiri dan anak-anak di rumah untuk bertutur Bahasa Inggeris ni.Jadi,majoritinya lidah kita keras nak sebut dan otak kena berfikir baru boleh bercakap.Tengok menteri-menteri kita pun kita dah tau,ramai yang cakap English lintang pukang walaupun ada PHd dan sebagainya.

Jadi,apa persediaan yang dibuat sebelum pelaksanaan dasar pengajaran dalam Bahasa Inggeris ni dilakukan?Adakah cukup dengan menghantar guru-guru ni pergi berkursus English selama seminggu?Habis kursus sure tak ramai yang teruskan penggunaaan English kat rumah.Paling kuat pun "Daddy,Mommy,Go Sleep dan Good Boy."Belum masuk cerita student-student nya lagi yang memang haru biru English mereka.

Sukatan pelajaran English kita pada peringkat menengah dan rendah adalah sukatan pelajaran yang terlalu bergantung kepada penilaian penulisan,jadi kita melahirkan manusia yang tau pasal grammar,boleh cerita pasal verbs,nounces tapi kita tak dilatih bertutur.Paling kuat aku kena test dulu pun masa ujian oral English,kena baca teks satu paragraph lepas tu examiner tanya sket2 soalan nak tengok aku boleh jawab ke tidak.

Pada aku,English aku berterabur,kadang-kadang bila nak bercakap kena berfikir dulu.Kadang2 tersalah gak sebutan.Itu cerita aku yang hari-hari memang kena bercakap English.Apa pulak cerita dekat cikgu sekolah yang hanya bercakap English pada waktu Sains dan Matematik dan pada hari English Day?Murid-murid pulak bila masa diorang nak praktis,belajar bercakap dan belajar faham perkataan diucapkan on the spot?

Jadi,daripada ambik risiko merosakkan masa depan budak-budak yang tak paham apa cikgu diorang cakap dan tak reti nak tanya sebab diorang tak tau macam mana nak cakap,lebih baik kita stick dengan bahasa yang kita biasa dulu.Kemudian kerajaan boleh try ubah sukatan matapelajaran English tu supaya lebih kepada praktikal test,bukan sekadar bergantung kepada written exam.Benda ni kena biasakan,kena jadi kan dia sesuatu yang normal baru kita implement sket2 mula kecil-kecilan.

Selagi menteri-menteri khasnya menteri pelajaran sendiri berbahasa English berterabur,lebih baik kita stick dengan bahasa yang kita kenal dan kita cintai iaitu Bahasa Malaysia/Melayu.Selagi orang yang genius sangat nak implement benda ni English mereka berterabur,selagi tu lah kita hanya berdolak-dalih menyalahkan orang lain kalau akta tu tak berfungsi.Cuba dengar Hishamuddin cakap English,nampak benar kena berfikir."Errmm..errr..ermmm..errr."Cakap English kejap je.Bile cakap Bahasa Melayu hilang terus gagap (Link - Tengok Kat Minit ke 8:00).Aku tunjuk video tu pun sebab aku expect Menteri Pelajaran kita punya English sangat-sangat fluent dan lancar,rupanya...biasa-biasa aje.

Tu menteri pelajaran kita yang nak laksanakan benda-benda ni.Cikgu-cikgu kita macam mana pulak?Murid-murid?

Baik kekalkan bahasa Melayu/Malaysia tapi push lagi penggunaan pertuturan English dalam sukatan pelajaran,pertuturan harian,di rumah dan juga di sekolah.Sebab English itu penting dan kita kena tahu.Tak rugi kita pandai English,yang penting kita jangan lupa "mother tongue kita."

44 ulasan:

Padin Ace berkata...

aduhai..what the heck u merapik2 ni bro..topic ni elit sgt la utk minda2 kami..

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

salam.. saya ni student BATCH PERTAMA yang guna SnM dlm English. sekarang sudah 19 tahun. sila dengar pendapat kami :

banyak bantu kami. siriyes.
sangat membantu. tolonglah jangan ubah. biarlah kekal english.
cuma cara pengajaran yang perlu ubah. perlu ikut kesesuaian dan tahap kemahiran student dalam english. saya tidaklah mahir sangat english. tapi dari awal kami dah di ajar dalam english jadi x menjadi masalah sebab sudah biasa. menjadi masalah pulak pada kami bila cikgu2cuba menukar kepada bahasa melayu. contoh mudah : bayangkan kami sudah belajar sejak awal integration tiba2 cikgu tukar pengamiran? pening bukan? sungguh menyusahkan. jangan lah tukar bahasa melayu. let it be.

kucai berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kucai berkata...

tolong la pikiaq skit..
bukak minda luas2..
awat bangang sgt ka bebudak yg blajaq sains ngan math dlm bhasa melayu..
jgn la sesuka ati nk tukaq bm pi bi..
dlu msa zaman portugis mak bapak kita elok ja blajaq dlm bi..
skolah king edward,penang free..
dlu cikgu bi amik dr london(dsb)
tpi bla bn menang smua tukaq jdi bm..
patriotik la konon..
tpi yg jdi mangsa org melayu..
yg jadi mangsa adek aku..(pmr sains ngan math smua c, yg len a )
sbab cikgu melayu yg ajaq kbnyakannya ckap bi berterabur cam umah pendatang haram..

tlong la pikiaq budak yg bru nk membesaq..
jgn dok pikiaq psl diri kita ja..
bgi depa lpas spm dlu..
pastu nk wajibkan bi bru ok..

-aku pon budak u.tgh bt praktikal. stat blajaq bi msa matrik..xdak masalah pon..zairy x kesah.

sKywAlkeR berkata...

Aku tetap bantah PPSMI.. BI dlm Sn n Math mcm nk menyekat perkembangan pengetahuan org2 Melayu..Memang ada yang ckp,diorg da biasa ngn Sn n Math dlm BI,tp perlu diingatkan bahawa orang2 yang macam kamu hanya minoriti.Sedangkan ramai lagi yang tak mampu jadi mcm kamu..

rfq berkata...

salam,
i hate math and science coz for me its too challenging and complicated. but i still remained to complete my study during my school time, though english does not take place at that moment. so b4 i end up my final year in university i was required to complete my thesis which is "The Implementation Math & Science in English". So aftr doin some research i find language is not a major factor of failure in math & science;actually it's abt our students attitude, culture and interest. dun u realize the results of UPSR previously show a rise in percentage rgarding this two subject.it means our effort to implement eng in these two subjects are so -called success.i believe no matter what you do it must be follow by pro and con.Please Do Not Keep Changing!! your kids are real victims in such a horrible political game.

wargadunia berkata...

PPSMI patut dimansuhkan!!!
apa yang perlu dibuat tingkatkan pembelajaran bahasa Inggeris di Sekolah... Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran...

Benrauf berkata...

ade ramai kawan2 aku dan kawan2 korg yg tercicir. masih lagi tercicir. dengan adanya PPSMI maka lebih ramai lagi yg tercicir. lebih ramai yg xnak dtg sekolah. nak suruh budak ke sekolah bukannye senang. tapi menteri nak menyusahkan lagi. benda tu yg aku marah sgt 6 thn lepas. bukan masalah bahasa inggeris ni bahas penjajah ke ape. kalau diorg rasa dulu diorg boleh berjaya walaupun dorg skolah inggeris, cube diorg pikir balik kawan2 sekolah diorg yg melayu yg tercicir zaman tu. mana lagi ramai pakcik?

Benrauf berkata...

yang perlu dipertingkatkan adalah pemahaman dalam sains dan math.

kehidupan berkata...

jepun buleh maju ngan bahasa dia semata-mata.

same goes to germany.

and also spain.

so tade alasan utk malaysia gak.

maka, math n science dalam bahasa melayu pun leh sukses gak.

tok tot berkata...

hahaaa....
aku x tau la nak kata.......
tot apa kata ko wat survey dulu kat budak2 skolah......
pi tanya....x guna kita wat spekulasi sendiri. yang bodoh kita dgn spekulasi sendiri.

ini pendapat aku. bagi aku aku sokong ppsmi nih. aku tgk adik aku sendiri. bla dah kena blaja math n sc dlm bi skaligus dier usaha tok perbaiki bi dier coz dier tau kalo dier x leh kuasai bi dier akan gagal or x dapat keputusan yang elok tok 3 subject. kalo x macam aku la...x kisah pun bi brapa coz 1 subject jek....itu pendapat aku. aku sokong coz skang banyak U kat ng kita skang da beralih dalam bi. contoh terdekat UITM. periksa semua da dalam bi. so apa salah kalo dapat pendedahan awal dalam bi dari skolah lg. lagi bagus.

satu lagi aku nak ulas pasal ayat ayat klise org2 kita pasal ppsmi ni. jepun german bley maju guna bahasa dier.......xkan org kita x bley. hahahaa......aku rasa lawak. cuba perhatikan adakah disiplin kita macam org jepun. kalo masuk keje punch card pukul 8 kita sampai kol brape? reha brape kali, ngelat lagi.....dari segi kebersihan lagi adakah kita macam org jepun/german. huhuhu........pk la...

n satu lagi...aku nak tanya. brape banyak buku2 sc n math yang da DBP da translate dalam bahasa melayu???
x payah la sc n math...aku yang dok blaja art n design ni pun 90% rujukan aku aderlah dalam bahasa english....payah tot...time aku blaja add math dulupun byk istilah pelik2 bla translate bahasa melayu.kekadang tukar huruf je...kalo c dlm bi jadikan k dalam bm...

yang paling baik aku rasa...kekalkan ppsmi tapi perbaiki kaedah penyampaian or pengajaran serta pembelajaran...bukan kita nak musnahkan bangsa sendiri. kita kena sedar bangsa kita ni asyik nak salahkan org lain. nak sama tinggi dgn org lain tapi usaha n disiplin x plak nak sama dgn org lain.....

x der kena mengena patriotik dgn isu blaja n mengaja dalam bi nih.

pandangan aku je.

kerik berkata...

to rabiatul adawiyah, if you are now 19 then i guess you started when you were in secondary school and pretty much knew english better than any standard 1 student. in the reasoning that PPSMI should be abolished because students cannot cope with it, i dont really oject PPSMI if it is implemented at the later stage of our education system. i angers and hurts me so much seeing standard 1 students in my secondary school )which in rural area) trying to learn to maths and science in language they have never encounter before! it's not that they are stupid in maths and science, it's the language that hinder them from getting the knowledge. however following recent GMP movement i began to see the bigger truth about this PPSMI. Thanks Pak Samad, now i'll fight too for our beloved and beautiful bahasa kebangsaan!

apistempur berkata...

aku dah lama cakap pangkah pasal ni...english ni lebih pada penguasaan, math n sains lebih pada pemahaman...dua bende yang berbeza...dgn ajar PPMSI ni kita tutup peluang banyak budak budak luar bandar untuk pergi jauh dalm study...sebab dah sangkut kat SnM...lebih haram lagi, KPM keluarkan statistik yang 'telus' nak cover line cakap prestasi matapelajaran SnM ni makin naik tahun demi tahun semenjak diimplemen PPMSI ni...jadik buat sesape yang percaya statistik tu, sila korek betul betul sumber statistik tu..jangan la telan bulat bulat angka statistik yang keluar kat surat kabor tu..time skolah dulu takkan takde membe membe yang terer gile math dgn sains tapi tak berepa terer english... setiap batch setiap generasi mesti banyak punya yang macam ni..kenapa nak pancung bebudak yang boleh bawak SnM ni...

kalau yang problem nye english, apa salah rombak balik sukatan english tu sendiri...bebudak yang nak study gi jepun , kalau pegi kelas persediaan 2 tahun tu, bole berhabuk cakap jepun, budak study kat german masuk kelas german bole tulis dan ckap bahasa german,ni contoh, so kenapa tak apply intensif punya training speaking/writing/ english untuk atasi masalah ni...cuma jangan kacau SnM, masalah sekarang ialah nak tambah daya saing pelajar lepas abis belajar supaya mudah bersaing dapat kerja sebab boleh bertutur dalam english, so yang nak kene ketuk, kene polish cuma english la, kenalkan english dari awal sekolah rendah, silibus ajar sekali bebudak berbual dalm bahasa BI... apasal pegi 'ketuk seme sekali'...tekel pada subjek yang bermasalah je la..nak atasi masalah A tapi tapi pegi tekel B... dah kacau bebudak yang bole study B, jadik A tak dapat B pon tak dapat...dedua tak dapat...

memang kita akui ada budak budak yang bole bawak....ye mmemang ada tapi untuk buat sesuatu keputusan, buat la cara holistik, jangan kerana dua tiga kerat je mampu, terus assume seme bole mampu...masalh ni bukan org melayu je yang tercicir, ramai yang tercicir, cina ,india , sabahan,sarawakian, bebudak rural areas seme...pada budak budak yang rasa ke kononnye takde problem blajo SnM ni dalam BI, bole bawak la kononnye... jangan la weh pentingkan diri sendiri, sebab percentage (ewah english pulak!) yang bole bawak subject ni dalm BI jauh lebih teramat la kecik nak banding bebudak yang tercicir especially luar bandar...

Tanpa Nama berkata...

Ini pandangan aku sahaja. Spt Tot tulis, betapa pentingnya kta boleh bercakap dlm english wlupun dr segi penulisan agak kurang. Subjeck english mmg sarat dgn vocub nya, grammarnya, spelling nya dn mcm2 lg. Manakala PPSMI pulak adalah langkah yg kedepan utk memantapkan lg pengetahuan kta dlm english. betul kata sdri Rabiatul, cuma cara / corak pengajaran perlu diubah. Jepun adalah negara Maju, mereka sudah mempunyai beribu2 pakar bahasa yang boleh mengalih bahasakan buku2 sastera english sekalipun, termsuklah penulis terknal 'Mr. William Shakespear'.
Skurang2 nya pulak, sedikit sbyk bhasa english dlm math dan sains boleh membantu kta berkomunikasi dlm english waktu temuduga mahupun bekerja. Skiranya selepas usia 18 thn bru nk mula blaja english kesempatan itu menjadi sempit sbb tidak smua yg dpt masuk IPT/IPTS.Dan org melayu kna ingat, etnik2 di M'sia ini sungguh pelbagai dan kebanyakkan mereka terutamanya Cina dan India menjadi bahasa utama mereka adalah english..mcm mana kta nak bersaing bla nak bekerja nanti?..jgn lak kta marah panel interview tersebut pilih bulu.
Tp saya tetap dgn pendirian Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan yg wajib dituturkan dlm mana2 majlis formal. Manakala subjek2 lain yg terdapat di sekolah dikekalkan malah diperkuatkan.

Sekadar renungan: saya kerap terjumpa ustaz/ustazah ssh menerangkan ilmu agama dalam english bla seorang mualaf terutamanya cina dan india bertanya sesuatu perkara yg sukar mereka fahami.

Jangan marat Tot, aku tetap sokong pendirian ko yg lain..teruskan ber blog tot.

amir berkata...

siapa kata Malaysia takde sumber rujukan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu? dah berpuluh-puluh buku DBP keluarkan, baik untuk UPSR, PMR, SPM dan STPM.. itu tak termasuk lagi keluaran dari UKM.. ilmu dalam bahasa Melayu tu banyak.. tapi kita terlalu bergantung pada bahasa Inggeris..

kalau PPSMI dilaksanakan, makna nye, bahasa Melayu menjadi semakin sempit.. tak percaya? korang takkan lagi dengar perkataan tambah, tolak, darab, bahagi, pengamiran, pembezaan, jantung, paru-paru, lilitan, bulatan, tekanan, ketumpatan, halaju, pecutan dan banyak lagi.. makna nye bahasa Melayu akan berpusing kat dalam pasar je.. "ayam ni sekilo brapa ringgit?" berbanding "how much this chicken for 1 kg?"

Tanpa Nama berkata...

sayanglah bahasa ibunda,jgn jadi filipina,kat matrikulasi kami diajar latih tubi utk jawab subjek sn dlm bi,bila masuk uni,banyak yg hancur sbb tak ada spoon feed lagi,nasib baik ayah antar aku kat british councell blajar bi,.kekadang kesian kat kawan2 aku,bila lecturer tanya nak blajar dlm bi ke bm,ramai jawab bi,trutama bebudak perempuan,lepas tu kna bi berabuk,mula kata lecturer tak pandai ajar.yg benarnya mreka ingat mcm kat matriks nota tak payah cari lagi.

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

to kerik and mat tempur : erm saya budak luar bandar.. boleh je berjaya dgn SnM dlm english.
even semua kawan2 saya yang dulu sama sekolah pun membangkang bila tahu kerajaan nak mansuhkan. sekolah kampung ok.
jangan campur aduk politik dengan hal pendidikan.
kawan saya kata : kita susah2 dulu, senang2 kemudian. biarlah susah2 belajar dalam english pun, kalau kau rajin boleh berjaya. jangan jadikan bahasa sebagai alasan.
bangsa lain boleh belajar banyak bahasa, kenapa x bangsa melayu? jangan jadikan bangsa melayu malas.

Mantot berkata...

oh wow,
satu perbincangan yang hangat!

benda ni payah nak implement sebab gap antara pelajar luar bandar dengan pelajar dalam bandar terlalu besar.

dan skill guru-guru tu menjadi satu faktor yang sangat penting.

aku bagi contoh,awek aku.awek aku seorang cikgu,dia mengajar kawasan luar bandar yang boleh dikatakan sangat2 dalam kawasannya dan boleh dikatakan berada dalam golongan miskin.

awek aku keluar maktab dengan kelulusan seorang cikgu seni sebab dia memang suka pendidikan seni lalu dia pun posting la kat sekolah tu.jadi,dia masuk sekolah tu dia pun kena la mengajar seni dan...bahasa inggeris sebab terpaksa,cikgu inggeris sekolah tu sebelum dia masuk ada sorang je dan mungkin sebab guru besar tengok rsult english dia ok,dia kene cover sekali.

point aku,selagi kepakaran pengajar tu tak digunakan dengan betul atau tak cukup tenaga pengajar nak mengajar subjek2 kritikal ni,jangan la memandai nak implement benda ni.

selagi jabatan pendidikan tak betul2 bersedia dengan orang yang betul2 cukup handal dan tenaga pengajar yang mencukupi,jangan la dijalankan lagi bende ni

Tanpa Nama berkata...

Saya ttp sokong Rabiatul...semua perkara kena ada permulaan waima kta bersedia atau tidak. Kta yang mulakan demi anak2 masa depan. perkara pertama kta lakukan pasti pincang, lepas tu akan baik bertambah baik.

Mmg bagus pendirian semua, tp kta harus sahut cabaran ini. Klu cabaran naik 50 kali gunung everest tak yah lah ikut kan..

Tot truskan usaha..

Vendetta berkata...

aku sokong sgt ngn cdgn ko ni..ramai yg failed subjek SnM sbb ajar dlm BI. Jgn la diseksa budak2 tu. Alahai...leader skrg smakin bangang..

dubeisdelony berkata...

hello.....
i'm here to put my views across...

saya first batch gak sains dan math diajar dlm bahasa inggeris. saya berterus terang, memg usaha kerajaan bagus gila! gila pon x bagus..
haha

tau x sebb apa? sebab....

1) cuba u cari kat mana2 kedai buku/perpustakaan, ada x buku rujukan sains dan math dalam BM? ada? x byk bro... klu ada pon, sikit and limited. ok klu u ckp ada buku rujukan S n M dalam BM, terbitan fajar bakti, longman n etc, tapi cuna u fikir klu pelajar mahukan maklumat tambahan. terpaksa gak tengok n cari buku dalam english sebb biasanya buku rujukan S n M in english complete n memg dipercayai.

2) senior MRSM saya ckp, kat universiti, dorg kena belajar balik terms sains dan matematik in english-iaitu terms2 yg budak tingkatan 1 dah belajar!! malu r... n membuang masa..klu kita dah belajar terms sc and math in english kat sek men, so x PAYAH membuang masa belajar balik basic sc n math in enslish kat universiti, seperti abg2 n kak2 senior saya. dorg kata bertuah n beruntung kitorang blaja sc n math dlm english.

3)bahan P&P untuk sc math kebanyakannya in english. cuba la search kat internet. cikgu saya ckp, terlampau sedikit bahan belajar n pengajaran sc n math in BM. sume in english!

ok..............?


>>ni lagi 1, klu u ckp pelajar melayu susah nak faham english n dorang paham dlm BM, n u plak cadangkan cikgu supaya mengajar sc n math dlm bm agar pelajar2 fhm, adakah sistem or environment pengajaran sebegini dapat diteruskan di IPT? u nak suruh pensyarah plak ckp n mengajar dalam BM agar PELAJAR UNIVERSITY faham pengajaran pensyarah? haha jgn nak buat kelakar... klu pelajar 2 xfaham pengajaran sc n math in english kat sekolah, they have to face it! improve their english! ini adalah salah 1 cara untuk boost or force themselves to improve their english. klu sc n math x diajar dalam ENGLISH, so bila lagi dorang nak berjinak n seterusnya improve their english??? tell me.... nak x nak dorang(pelajar2) mesti kena terima sebb kat university dorang still kena belajar dlm ENGLISH. takkan nak blaja gak dlm bm?

>>secondly, u cakap sistem pembelajaran english mesti kena ubah dari written exam/test style to practical test. hahaha bukan ke skang dah ada presentation untuk matapelajaran english dan diambil markah di sekolah KERAJAAN? itu bukan practical test ke? kerajaan dah buat, tapi cikgu n pelajar yg x nak...(bukan semua la..) tup...tup... u suruh kerajaan wat practical test yg dah sedia ada!! huahuahua kelakar la...

>> ketiga, u sibuk ckp perdana menteri kita ckp english berterabur.. n saya rasa dia ckp english lebih baik dari awk... klu ye pon perdana menteri kita cakap english berterabur, biarlah... dorang 2 dah ada BANYAK DUIT DAH PON,HIDUP PON SENANG. yg awk? yg juga english berterabur(awk gak ckp dlm blog awk..)apa yg awk ada? byk DUIT n hidup yg mewah mcm perdana menteri kita?? diorang sebenarnya nak tolong kita, rakyat malaysia... supaya ikut perubahan n flow semasa iaitu upgrade kan sc n math (matapelajaran penting untuk pembangunan bangsa n negara) ke dalam english version untuk sistem pelajaran kita.. dia xnak kita punya bangsa mundur.. n dia nak tengok supaya rakyat malaysia termasuk awk ada byk duit, keje bagus.

ok...........?

saya nak mintak maap klu saya guna bahasa yg kasar. klua wk x puas hati, visit blog saya at http://dubeisdelony.blogspot.com

dubeisdelony

dubeisdelony berkata...

orang yg membangkang usaha kerajaan(pembelajaran s n m in english) adalah melayu yg berfikiran mundur, terlampau manja n cepat putus asa!! bodoh nye la... mmmmmm melayu yg berfikiran macam ni la yg memundurkan lagi malaysia bukan lagi membantu malaysia!! konon nak selamatkan mother tounge!! org melayu yg cemerlang adalah orang melayu yg dapat menguasai byk bahasa tanpa melupakan mother tounge dorang...!!

Mantot berkata...

orang melayu yang paling baik adalah orang melayu yang nak belajar english tanpa perlu ada orang lain paksa diorang belajar english tu.

dan kalau ko betol2 paham apa aku tulis,aku ada kata mmg exam praktikal test tu ade,tapi still pembelajaran masih lagi pentingkan kita menulis bukan?

kenapa tak diseimbangkan?
menulis dan berkata2 sepatutnya sesuatu yang sama penting

milo boyd berkata...

amm..aku rasa s&m in english perlu kot..sebab aku ingat dulu masa masuk U..smua dlm english..termasuk math..giler terkial2 nak kasik pass subject tuh..banyak giler term baru nak kene hapal dah laa memang bengap math..yg dalam BM pon hancur..inikan in english...

so aku rasa from skool lg mmg patut dah terapkan s&m english..org ckp nak melentur buluh tuh biar dari rebung. pasal nak slamatkan bahasa ibunda tuh..banyak lagi cara lain boleh preserve..yg paling penting kalau melayu betul2 kenal diri tuh melayu..takkan melayu hilang dkt dunia nih..apatah lagi bahasa melayu..

Mantot berkata...

1) ko komen kata buku2 rujukan dalam bahasa melayu tak banyak,kenapa tak byk?jadi,bila dah tak banyak kita tutup terus peluang bahasa melayu nak berkembang,itu ke langkah yang betul?

2)aku tergelak membaca pasal ko tulis perdana menteri nak tolong rakyat.hahaha,ko ingat dia kaya sebab english dia bagus?tolong bace betol2,aku tulis situ MENTERI PENDIDIKAN,kalo ko tak paham aku translatekan Education Minister.

3) ko seolah2 terlalu mengagungkan penggunaan english,dengan erti kata lain pada ko,kalau tak reti english,mesti akan mundur,otak sempit,takkan maju.itulah yang orang macam aku bantah sebenarnya,orang melayu yang punya pemikiran jika dia can speak english,they are superior

4) ada aku insult ko yang ko mesti kene insult aku?apa kaitannya kerja dan duit dalam benda ni.ko kaya sangat ke?pak lah bagi ko elaun bulan2?ko mesti selalu kena pegi BTN masa sekolah sebab tu ko rasa kerajaan tu bagus

5) ko sekolah MRSM,ko jangan bandingkan diri ko dengan budak2 lain.aku pun sama,aku budak SBP jugak,tapi ko cube bayangkan nasib budak2 yang tak seuntung ko,yang hanya sekolah kampung,yang nak beli buku rujukan BM tu pun susah.yang memang takde exposure langsung dengan dunia English yang hebat2

6) ko tak rasa terhina ke bila Menteri Pendidikan yang mengeluarkan akta-akta ni pun English dia kelam kabut.

7) tolong la jangan nak promote2 blog ko dalam ni,nak promote pandai2 la carik jalan lain.aku bukan kedekut cuma aku nampak ko sukakan attention bila ko endingkan ko nye komen camtu

tok tot berkata...

untuk semua.......

aku rasa topik yang best....
tapi ader unsur2 kepolitikan dalam hal nih...apapun terpulang pada pandangan masing2. aku rasa bukan kita nak gaduh org nak maki hamun sesiapa dalam hal ni...just bagi n terima pendapat. coz topik yang menarik dari pandangan tot.

cuma bagi aku kena kekal ppsmi ni.cuma cara pembelajaran n pengajaran kat ng kita nih kena tukar. dari skolah sesaja tok lulus exam ke skolah yang lebih yang lebih praktikal.

kalo sesapa rajin g tgk la ader rancangan field trip to usa kat 8tv taun lepas. mcm mana skolah diaorang kat c na. lebih santai n menekankan cara pembelajaran yang praktikal. x macam kita kat c ni balaja cozz nak lulus periksa. sebab tu ramai yang meniru.......yang da masuk U pun still bawak toyol masuk dewan periksa.

walaupun aku balajar kat U dulu kurang sket amik tau pasal SC n Math ni...tapi dalam study aku banyak guna BI. batch aku last batch yang guna periksa dwi bahasa...lps tu semua guna BI.

sebab,falsafah seni yang aku belajar banyak term2 guna BI. lecturer aku pun main translate sendiri direct ke BM. bunyi pelik bla cek dalam kamus dewan x der...kan ke masalah. tu baru aku blajar seni. byangkan mereka2 yang belajar kimia or math n statistik...mesti term2 tu jadi pelik bla tukar jadi dlm BM.

kalo kita guna BM, sapa kata kita x kan maju. cuma aku kurang setuju kalo kita bila nak maju guna BM kita akan amik contoh jepun n german la....cozz attitude org kita x mcm mereka.

bagi aku bangsa lain x der masalah ttng psmi ni. sebab bangsa lain memang da mantop BI dier. cuma org melayu ni dalam apa bidang skalipun tetap nak bising.

politik,ekonomi,sosial......semua org melayu juara. tapi apa yang ader....kita sebenarnya semakin kehilangan kuasa,ekonomi mmg da lama da hilang n sosial mmg da juara dari dulu.........

kalo korang kata kerajaan x telus apa kata gi wat survey sendiri. gi masuk 5-6 skolah luar bandar n bandar....baru dapat hasil sendiri. sbb kita suka sgt ulas benda dari org lain. puas ati kita mula nak maki org lain.kerajaan mmg ader agenda sendiri mcm kita juga...ader agenda bila kita buat sesuatu topik.

aku bg pendapat berdasarkan survey aku kat sekolah rendah n menengah kat kpg aku SARAWAK. mmg luar bandar...giler. 3jam dari bandar kuching.

so baik korang wat survey korang dulu dari menghentam org lain.

pendapat aku n x payah la nak ulas2. sama2 utk kita berfikir.....

teruskan usaha ko tot...x der topik hangat lain ker?

Mantot berkata...

hahaha..takde topik hangat la.seminggu satu cukup la

Mantot berkata...

eh,encik tok tot,
apa hasil survey dekat sarawak tu,kenapa tak diceritakan sket kat sini?

Tanpa Nama berkata...

btol tu tot...

sbb cikgu² skang kene ajor BI dulu sblm ajor maths...sedangkan waktu mengajar matematik adalah terhad...

contoh nye, dulu cecikgu leh terus ajor 1+1=2..tp skang dioang kene kenalkan nombor dulu... O.N.E = 1

kalo dulu kite cuma ingat satu = 1, tp bebudak skang satu=one=1...

pastu plak soklan maths bukannye sesimple 1+1=2..ade gak soklan penyelesaian masalah...mereka ni bergelut menterjemahkan soklan untuk mengekstrak maklumat yg ada dlm soklan tersebut dalam usaha menghasilkan output...

kerana ape...?? kerana penggunaan BI yang x praktikal...

padah nye..kelas maths pun jadik klas english...wape banyak maths yang dpt diajar...?berapa bnyk plak yang pelajar faham...?? dan... berapa bnyk pelajar yg faham..??

ps: igt x menteri penerangan yang dulu...yang kene interview ngan al-jazeera tu...x igt lah nama dier...perghh fluent habisss ckp BI...mulia lg hishamudin dr dia...

apistempur berkata...

"Pendapat daripda tokoh-tokoh pendidik yang telah membuat kajian dalam tahun 2006 menyatakan bahawa 500,000 pelajar akan tercicir akibat daripada pelaksanaan PPSMI. Begitu juga dengan satu kajian yang dibuat oleh UPSI menyatakan bahawa 60 hingga 70 peratus mereka yang terlibat dengan PPSMI ini tidak memahami konsep sains dan matematik"

pikir le sendiri...
kepada bebudak baru naik yang poyos yang cakap "aku ok , kengkawan aku ok belajor dlm BI, aku fist batch ok aje...aku budak luar bandar ok aje"...ko tu tergolong dalam peratus yang bole bawak...tapi ada 60-70 peratus lagi yang tak bole bawak PPSMI ni...tak payah le pentingkan diri sendiri...

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

ini bukan hal pentingkan diri.
ini hal bangsa melayu yang takut dengan perubahan besar.
yang hanya ingin malas2 dan berjaya dengan mudah. sedangkan kejayaan nak capai perlu usaha. x kiralah susah macam mana.
sungguh ramai je yang aku tengok kawan2 yang x berjaya tu diorg yang malas. bersosial lebih. buat maksiat sana sini. lepas tu bila mak ayah tanya kenapa x lulus : alasan dalam bahasa inggeris. ntah apa2.
kalau nak berjaya guna bahasa apa2 pun boleh. yang penting usaha.
Allah sentiasa tolong hamba dia yang berusaha.

apistempur berkata...

lantak ko la...malas layan manusia selfish ni...ko tu tergolong dalam peratus yang bole bawak PPSMI, tak semua student yang beruntung mcm ko...tak semua student ada talent macam ko...(waah sedap nye kesimpulan ko kalau keciciran tu maknanya malas berusaha)

sbb tu aku ckp yang kene perbaiki ialah sistem pembelajaran BI..drill student untuk mahir bertutur bahasa inggeris, intensif kan lagi subjek BI kat skolah, perbaiki silibus subjek BI.. tambahkan lagi waktu (learning hours) subjek BI...rombak balik penilaian subjek BI supaya tak berorientasikan exam semata mata..yang nak diperbaiki mutu penguasaan english ...apa daaaa...

kalau english dah mantap,InsyaAllah bila baca rujukan dalm BI pon takdehal...waima bidang apa pon takdehal, sains ke, math ke, akaun ke, ekonomi ke,sastera ke, law ke...tak kira le berapa banyak term/jargon yang ade pon takdehal... tu yang aku cakap, nak tekel problem, tekel pada rootcause bukan tekel bende lain yang belum tentu selesaikan masalah asal..

Mantot berkata...

lek lek,jangan gaduh.tak baik gaduh lelaki ngan pempuan ni,hahahah

mArc The Great berkata...

Saya sokong ajar S&M dalam BM..
takder masalah..bley jer skor A...masuk U pun bley gak skor..takde masalah la... Takyah la nak gaduh2..bagi aku tu sume bergantung pada budak yang blajar...dia rajin dapatla skor malas tak dapat la..tak kesah la dalam bm ke english...

Tanpa Nama berkata...

smkn hangat plak topc ni..last tme i check bru 10 comments je..btw..cam ada unsur2 politik gak dlm topic ni..tp xpela..kte tgok dr suma sudut..sume yg d perkatakan mmg btul2 belaka..baik yg menyokong baik yg xmenyokong..sbb yg mnyokong adalah yg yakin melayu bleh buat sume tu n dan xmenyokong mungkin prihatin dgn nasib bdak2 yg xleh bwk dah subjek dlm bi..tp dlm sume hal kte bleh tau,kte xleh nk puaskan ati sume org.ive 2 agree with tok tot..gn bm xsemstinya kte xmaju..tp apa salahnya kte gn kan bi dr awal..cume mungkn cr dieorg laksanakan 2 xberapa cekap..tp xpe..kte bleh bg peluang.buat kajian bukan bleh shr 2..mungkn kesian pd yg dah lepas amek tp kn pk gak yg generasi akan dtg..pd apistempur jgn la emo..lek la..heh heh heh..

dubaidelonely berkata...

apahal si dubeisdelony tu. cuba tgk kat blog dia...dia tulis "ada ke dia (referring to mantot) ckp psal matapelajaran sains n matematik xbagus??"

bongek ke apa mamat ni. dahla it's too obvious that he's trying to do some self-promotion and cheap publicity here. aahahhaa. geli ketiak aku.

Apparently he's not pure Malay, so I believe that's the reason why dia agungkan English more than Bahasa Melayu. (And I bet he speaks Malay with English accent)

Tetiba rasa nak thrashing orang. Sorry dude. Lari topik. Hehe.

Mantot berkata...

bile ko ckp camtu baru aku bukak blog dia.hahah,terkejut aku,rupanya part time model.aku pun part time model gak (model ubat diet yang gambar "sebelum makan ubat")

bile mase aku ckp bende tu bende tu tak bagus?aku tak pernah kata camtu,aku cuma kata benda tu rushing sbb pelajaran English kita masih lagi exam oriented.tenaga2 pengajar tu pun aku rasa tak redi betol2 bersedia nak mengajar dalam english..

leah berkata...

PPSMI akan menyebabkan bahasa Melayu tidak akan sama sekali menjadi bahasa ilmu. Sebab? Orang tidak lagi akan menggunakan istilah-istilah Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, sebaliknya menggunakan bahasa Inggeris.

Bahasa menunjukkan bangsa. Bukan hendak membelakangi bahasa Inggeris, tetapi biarlah kita membawa bersama bahasa Melayu di mata dunia. Bukannya megah dengan bangunan-bangunan yang direka oleh orang asing, dan dibina juga oleh orang asing.

leah berkata...

Kalau kita tidak mahu membandingkan dengan negara-negara maju seperti Jepun, Jerman, US, Perancis dsb, bagaimana jika kita membandingkan dengan negara-negara membangun yang sedang pantas mendahului Malaysia?

Negara-negara membangun (yang telah memintas Malaysia) yang menggunakan bahasa ibunda mereka seperti Korea (Korean), Taiwan (Taiwanese), Norway (Norwaegian), Denmark (Danish), Sweden (Swedish), Finland (Finnish) lebih maju dari Malaysia. Tidak perlu membandingkan dengan negara maju, kerana orang Melayu tidak suka dibanding-bandingkan dengan orang lebih maju, sebalik nya suka dibandingkan dengan orang yang lebih mundur seperti Zimbabwe.

Negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sehingga hari ini tidak maju. India (sehingga nampak ketara jurang antara kaya dan miskin), Filipina, negara-negara Afrika merupakan sebahagian yang menggunakan bahasa Inggeris untuk diajar di sekolah-sekolah termasuklah di sekolah luar bandar dan perkampungan.

alifmimyanun berkata...

saye ade bincang dulu pasal ppsmi ni dalam blog saye.

kesimpulan yang saye boleh bagi.
ppsmi dijadikan option.
pilih nak belajar dalm english ke atau dalam bm.
kalau dari dulu belajar dlm english, teruskan jikalau takut shock. yang lain tu, bm.


2.pedagogi subjek english di update. 4 kemahiran ditekankan, terutamenye speaking+listening.
ujian lisan perlu dimasukkan ke dalam perikse umum.

dubeisdelony berkata...

"orang melayu yang paling baik adalah orang melayu yang nak belajar english tanpa perlu ada orang lain paksa diorang belajar english tu." mantot said

orang melayu yang xnak dipaksa belajar english 2/dalam kata lain kiranya nak belajar english bila ada mood atau kemahuan, memang baik campak kat komodo island kat indonesia or jadi bibik or buruh je. macam bodoh sombong je. nak tanya, de ke syarikat yang nak tima orang yang x reti cakap english? ada? klu ada, mungkin 1 2 je kot. mungkin kat syarikat akhbar bahasa melayu tempatan? itu pon kena pandai english sebb nak extract n translate berita dari luar negara or wat rumusan akan berita luar negara. orang melayu yang xnak dipaksa belajar english yang x pasti cerah masa depan itu yang awk kata bagus? nampaknye macam nak menjatuhkan nilai orang melayu je....ntah apa2.even let's say, orang kampung yang reti berbahasa melayu sahaja, buat business then ditakdirkan dapat meluaskan pasaran, at that moment, baru nak belajar english ke? sebb as we know, untuk business, memg kena bertutur dalam english ngan clients luar. patutnya kamu la kena bagi nasihat kat dorang jangan lupakan english disamping belaja sc n math in bm, (since ko bangkang sc n math in english)sebb english adalah bahasa antarabangsa. somehow, kena tau gak. klu x tau, kena mein2/diperkotak katikkan jela ngan orang luar/foreigner. wat malu je!


"dan kalau ko betol2 paham apa aku tulis,aku ada kata mmg exam praktikal test tu ade,tapi still pembelajaran masih lagi pentingkan kita menulis bukan?" mantot said



hahaha lawak. abis 2, ko nak suh kerajaan wat speaking-based exam gak? ooo klu gitu, kena hire ramai la cikgu, since students akan diberi kertas soalan, n speak depan cikgu, or pemeriksa 2...gitu? c'mon! memg la exam kena bertulis. kan kerajaan dah wat presentation test/exam untuk markah speaking? n lagi 1, x perlu untuk exam je, kan cikgu english dalam kelas interact ngan students in english? n pelajar pon reply in english? itu dah memadai. the rest, dorang kena berlatih sendiri la. lagi 1, cikgu2 gak ada diberi modul untuk mengadakan forum dalam kelas in english. x cukup lagi? mungkin. abis 2, takkan sampai ke rumah cikgu nak datang n bagi modul lagi untuk dorang? kerajaan dah cuba untuk tolong kat sekolah. kat rumah, ibu bapa lak main tanggunggjawab.

dubeisdelony berkata...

"ko komen kata buku2 rujukan dalam bahasa melayu tak banyak,kenapa tak byk?jadi,bila dah tak banyak kita tutup terus peluang bahasa melayu nak berkembang,itu ke langkah yang betul?" said mantot

so, ko stress on nak membuka terus peluang untuk bahasa melayu berkembang? ok, klu gitu, suh book publishers kat malaysia wat buku rujukan untuk UNIVERSITY STUDENTS in bahasa melaysia (especially untuk sc n math). hahaahah baru lah leh berkembang bahasa melayu 2. klu ko suh bagi peluang untuk book publishers publish buku rujukan sc n math in BM untuk budak sekolah rendah n menengah saja x memadai. hahahaahahahah somehow, xdapat berkembang sangat, agak terbantut la kot.


"aku tergelak membaca pasal ko tulis perdana menteri nak tolong rakyat.hahaha,ko ingat dia kaya sebab english dia bagus?tolong bace betol2,aku tulis situ MENTERI PENDIDIKAN,kalo ko tak paham aku translatekan Education Minister".
said mantot

aku kesian ngan kesempitan akal ko. u dun have a right mind. kesian. kiranya ko nak cakap perdana menteri kita ni bodo, xde education backgrounds yang hebat, english dorang dapat D, or E masa sekolah lu?? cuba bagitau aku, menteri2 negara mana yang terdiri daripada orang yang bodoh n memiliki education background yg teruk? of coz la education backgrounds dorang bagus n excellent klu nak jadi menteri. bila education backgrounds dorang bagus, automatik la BI dorang bagus!


"ko seolah2 terlalu mengagungkan penggunaan english,dengan erti kata lain pada ko,kalau tak reti english,mesti akan mundur,otak sempit,takkan maju.itulah yang orang macam aku bantah sebenarnya,orang melayu yang punya pemikiran jika dia can speak english,they are superior"


untuk makluman ko, aku bukan mengagungkan english. tapi aku menggunakan semaksimum mungkin n mementingkan penggunaan bahasa international iaitu (english) since aku ada cita2 yang besar. sebb kita disuruh untuk interact globally, so leh interchange opinions with people across the globe n seterusnya memajukan sesebuah negara dan bangsa. pada orang yang xde cita2 besar, lantak dorang la klu x nak belaja english pon. n mungkin pada orang yang ada cita2 yang beso pon, tapi malas nak belaja english, lantak jugak la dorang, mungkin dorang ada style sendiri ataupon ada syarikat bapak dorang sendiri.hahaaha ko pegi la ke kampung, bila orang2 kampung tahu yang pemuda or pemudi 2 pandai speaking english, terus dorang klu leh nak wat menantu. so, x superior ke pemuda pemudi yang pandai cakap english 2 di mata orang2 kampung?? or even kat bandar pon lah, sama je. dorang akan pandang tinggi pada orang yang reti cakap BI.


"ada aku insult ko yang ko mesti kene insult aku?apa kaitannya kerja dan duit dalam benda ni.ko kaya sangat ke?pak lah bagi ko elaun bulan2?ko mesti selalu kena pegi BTN masa sekolah sebab tu ko rasa kerajaan tu bagus" said mantot

hahaah lagi,, statement orang pemikiran sempit. ko tanya aku apa kaitan kerja n duit? wei, ko compare gaji pekerja kilang n pegawai pejabat pos? adeiii semua orang tau la gaji yang beso untuk pangkat yang beso. lain la orang yang berniaga, ada income sendiri. so skang aku kata menteri banyak duit, so salah ke statement aku? cuba la bandingkan menteri ngan ko (errrr ko keje apa ek)? CEO? or president syarikat beso? ooo klu gitu leh la tunjuk act sikit ngan menteri!!!!!! hahahaahah ha? pasal ayah aku, kitorang leh la hidup senang n selesa setakat ni n dari dulu lagi. alhamdulillah. as long as, ayah aku x la berlagak ngan menteri macam ko. nak kutuk2. macam bagus sangat! hahahaahaha


"ko sekolah MRSM,ko jangan bandingkan diri ko dengan budak2 lain.aku pun sama,aku budak SBP jugak,tapi ko cube bayangkan nasib budak2 yang tak seuntung ko,yang hanya sekolah kampung,yang nak beli buku rujukan BM tu pun susah.yang memang takde exposure langsung dengan dunia English yang hebat2" said mantot

hahaahahah ko x tau ke yang cikgu2 yang order sendiri buku rujukan khas untuk pelajar kampung, like fajar bakti,n pelangi, n pihak publisher akan datang sendiri hantar ke sekolah pendalaman 2 (ni kawan aku cite la, yang sekolah kampung n pendalaman) siap ngan diskaun lagi. see? sume orang berganding bahu nak tolong pelajar pendalaman. so, pelajar2 beli ngan cikgu je buku rujukan 2.xperlu kayuh basikal ke pekan or bandar..ini menunjukkan budak sekolah kampung/pendalaman memang di tatang bagai minyak yang penuh. bantuan yang dorang time x putus2 (i mean untuk basic facilities
yang cukup untuk keselesaan balajar) n lagi 1, dorang ada rombongan untuk ke kempen2/kem motivasi 4 exposure 2 english, kat bandar2. so, itu yang ko nak kata dorang xde exposure? ke ko nak dorang expose to english lebih2/hari-hari?? suh dorang pindah ke bandar la, bawak sekali rumah dorang 2. hantar ngan DHL, or FEDex.hahahaahahahaha

"ko tak rasa terhina ke bila Menteri Pendidikan yang mengeluarkan akta-akta ni pun English dia kelam kabut".

ko fikir dia punya english kelam kabut? apa yang aku dengar dia cakap grammar betol je. takkan dia cakap english sekejap then follow up ngan BM ko nak kata english dia kelam kabut??? no! ko yang pk macam 2. mungkin dia saja nak cakap in BM after speaking in english 4 a bit while. ko tuhan ke tau sume isi hati dia? like ko dengar dia cakap dalam hati "alamak, aku x tau la nak describe perkataan ni dalam english, english aku kelam kabut, ah...lantak la, aku cakap dalam BM lagi senang". ko memg x layak digelar malaysian/malay aku rasa. tau nak kutuk orang sebangsa/sekaum je. aku malu ngan ko. bukan perdana menteri/menteri pelajaran/bekas menteri pelajaran.

"tolong la jangan nak promote2 blog ko dalam ni,nak promote pandai2 la carik jalan lain.aku bukan kedekut cuma aku nampak ko sukakan attention bila ko endingkan ko nye komen camtu" said mantot

wei, aku ada blog, so aku fill la url aku. aku ada blog, wat la cara ada blog. aku ada hak. aku bukan teringin nak glamour dengan bagi komen kat blog ko yang berfikiran sempit ni. aku hantar komen sebb aku pk aku ada hak n a responsibility untuk share opinions untuk 'post' ko yang pasal 'pembelajaran sc n math in english'. klu x pasal post ni, nak baca blog ko pun aku x ingin yang asyik nenyumpah seranah bangsa sendiri(melayu)je. tapi ada kawan bagitau pasal ko came out with this post, aku pon apa lagi. jangan perasan la bro. ko bukan artis pon untuk aku nak tumpang glamour. g jalan la!

dubeisdelony berkata...

kepada dubaidelony, aku bukan nak wat cheap publicity.
aku pon dah puas n penat dah dapat publicity masa wat part time modelling lu. n kat myspace pon penat dah aku asyik balas komen n msj n friend request. jangan ingat blog ni blog artis, sampai orang lain nak tumpang popularity. aku just bagi komen untuk post ni. 2 je. c'mon la
geli ketiak? hahahaahah
macam orang x matang je.

dubeisdelony berkata...

aku xpasan lak yang aku terlepas nak komen kat post ko ni.
dah makin rancak n yang pasti aku lupa nak bertempur ngan ko. aku ingat reply kat blog aku. rupanya komen kat blog sendiri. yela, sibuk ngan pekse. 2 miss it all up. take it up bro....
jangan x balas lak. i'm looking forward to reading ur comments. ada orang nak cari pasal lak ngan aku, dubaidelony ek? ko garu n cuci la ketiak ko yang geli 2. disgusting la mamat siot 2! hampeh!