Mac 25, 2009

Bahagian 05 "Mentaliti Dunia Kelas Ketiga"


Aku rasa,dari segi kapasiti mental,orang Thailand dan Indonesia jauh ke depan berbanding kita.Kita ambik benda paling mudah sekali kenapa aku katakan mentaliti orang Malaysia ni jauh ke belakang.Pemakaian helmet yang selamat oleh penunggang motorsikal.

Masa dulu2,helmet full face aku hanya aku gunakan bila aku balik kampung sebab nak jalan jauh 500km lebih.Jadi,untuk aku pergi kerja tiap-tiap hari,aku pakai helmet biasa aje la.Orang takde pun memandang aku dengan perasaan pelik.

Satu hari,helmet aku kena curik.Jadi,aku pun pegi la dekat kedai member aku pinjam helmet dia untuk membolehkan aku balik ke rumah.Nasib baik kat rumah aku ada helmet sebijik lagi,sebijik helmet full face.Semenjak hari tu aku start pakai helmet fullface aku ke mana-mana saja.

Bila aku jalan sambil pegang helmet aku ala-ala mat motor,ada la yang tanya,ko bawak motor besar ke?Aku jawab tak,aku bawak motor biasa je.Terus brader tu buat muka pelik kononnya aku tipu dia.Dah berapa puluh kali jadi camtu.

Pelik kan?Kenapa masyarakat kita memandang seseorang yang memakai helmet fullface ni kena bawak motor besar dan memandang hina dekat mat-mat motor kapcai yang nak pakai fullface?

Selepas hampir 3 tahun aku ubah pakai fullface,aku dah tak berani nak pakai helmet biasa.Rasa sangat2 terdedah,seolah-olah tak selamat langsung kawasan dagu aku.Bila aku pakai helmet biasa bawak motor, aku rasa takut sebab aku tau dagu aku tak diprotect,membuatkan aku terasa seperti berbogel.Aku pun cek la mana la tau aku terlupa pakai seluar ke,baju ke.Aku dah tak rasa selamat pakai helmet biasa...

Apa salahnya kita contohi jiran-jiran kita yang kebanyakan penunggang motorsikalnya memakai helmet fullface walaupun menunggang Honda EX5?Kan lagi selamat?Aku pernah jatuh tergolek-golek dekat Highway Karak dan helmet aku tu la yang menyelamatkan dagu aku daripada bercalar-balar atau mungkin juga patah.

Apa yang dimalukan?Pandangan orang ramai?Pedulikkan semua itu.Yang penting anda rasa selamat dan anda jauh lagi selamat.Pegilah ke kedai,beli sebijik helmet fullface dan pakai.Bukannya mahal sangat,paling murah RM120.Kalau nak sedap dan ringan,belilah macam aku punya,full fibreglass,Rm350 lebih.Kalau takut susah nak isap rokok,beli yang boleh flip up.Ni mahal lagi la,paling kurang RM350 ke atas.

Keuntungan memakai helmet fullface ni sangat-sangat lah besar jika anda seorang kaki motor.Cuba aje lah beli dan pakai dalam masa 2 minggu,pedulikan ketawa sinis mangkuk2 ayun yang gelak.Aku pasti,korang takkan nak pakai helmet biasa balik.Dah la helmet fullface membuatkan anda nampak jauh lebih hensem daripada rupa sebenar.Kalau kurang yakin dengan penampilan anda,pakai aje helmet tu ke mana-mana,insya Allah,gadis-gadis akan assume anda hensem.Cuba bayangkan,kalau Suria Perkasa Hitam dulu bawak motor pakai helmet separuh,tak ke nampak tak selamat nak kejar mengejar dengan raksasa Gorgom? (Kepada yang tau,mungkin anda bukan dilahirkan dalam zaman 80an)

Kerajaan pulak sepatutnya menggalakkan pemakaian helmet fullface ni,kalau nak lagi bagus,mewajibkan terus.Insya Allah tahap kemalangan maut penunggang motorsikal ni dapat dikurangkan,sekurang-kurangnya kalau insiden tu melibatkan bahagian kepala dan dagu,helmet fullface ni jauh lagi selamat dibandingkan dengan helmet2 setengah ni.

Bila aku bukak topik ni mesti akan ada yang berkata,"lagi senang la peragut nak meragut,susah aa nak cam muka lepas ni."

Siapa yang terfikir camtu,anda adalah seorang yang mempunyai mentaliti dunia ke tiga.Sila tingkatkan lagi tahap mental anda.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nanti kalau orang ingat aku superhero camne? takpun pakai helmet angkasawan tu ok gak kan?

*cube utk menjadi manusia mentaliti dunia ke 4.

Mantot berkata...

hahaha,ok aje.orang malaysia tak ingat ko superheo punya aa..diorang ingat ko perompak nak rompak bank

Tanpa Nama berkata...

boleh sape2 beri pendapat pasal ni tak.. cabaran media massa dalam merentas atus globalisasi ke arah mendidik masyarakat..thanks..

Tanpa Nama berkata...

boleh sape2 beri pendapat pasal ni tak..cabaran media massa dalam merentas arus globalisasi ke arah mendidik masyarakat..thanks..

Tanpa Nama berkata...

best jugk pakai fullface ni. aku pun nak try la pasni.

tapi pemakaian helmet kat Malaysia ni aku rasa lebih baik daripada kat negara jiran, Thailand tu. kalau tgk kat sempadan, depa ni pakai helmet budak-budak ja. Mainan.

Tanpa Nama berkata...

salam.. urmm~ saya belajar kat jogja skarang neh..majoriti jln2 kat sini dipenuhi ngan motor2...
saya da biasa da tgok situasi org pakai helmet fullface walopun moto biasa je.. perempuan berskuter p0n banyak pakai helmet fullface.. itu la yang terbaek rasenye.. stuju la ngan encek.. watpe nak malu.. yang penting safety..

kalerzlab berkata...

btol2..aku tak faham kenapa org slalu gelakkan aku bila sejurus aku masuk kereta aku tarik seatbelt..

Tanpa Nama berkata...

agaknya tak matching kot...kaler ke...wuhahaha...

Tanpa Nama berkata...

betul2, org pun gelakkan aku sebab pakai helmet masuk keter.. safety kan?

Nad berkata...

kalau kne lenyek ngn treller, kepala maintain fullface, bdn ilng tah mane.. safety~~

ps: lawak la kalo helmet besar moto kecik...xkena...

Tanpa Nama berkata...

x perlu nak malu...
x kisah r motor besar atau kecil..
keselamatan perlu diutamakan..
asl plak org bawak rally pakai helmet FF x gelak..
tp bila penunggang kapcai pakai helmet FF kita gelak..
x patut..