Setiap hari bila aku lalu kedai majalah,seimbas lalu aku tengok majalah-majalah dan komik-komik yang ada.Kebanyakannya komik Jepun,majalah Malaysia ada tapi beridentitikan Jepun.Seolah-olah tidak ada beza lagi komik Malaysia atau Jepun.Bukan dari segi rupa luaran atau lukisan yang terkandung di dalam,tetapi dari segi penceritaan.
Terlalu banyak komik sekarang ini yang terlalu taksub dengan negara matahari terbit,penuh dengan adegan lawan-lawan dan dialog-dialog sampah seperti "kipas susah mati" (ape kejadahnya bahasa camtu?) dan tiada langsung identiti Malaysia.
Aku dan kanak-kanak zaman aku sangat-sangat beruntung,sebab kami membesar dengan Gila-Gila.Hahaha,Gila-Gila sekarang ni dah macam hidup segan mati tak mahu.
Aku seorang budak berumur 8 tahun dan aku suka membaca mengenai kisah karakter Ujang dalam siri "Aku Budak Minang (ABM)."Kepada sesiapa yang tak pernah baca,ABM penuh dengan cerita masalah sosial,masalah gejala dadah,mat motor racing,kes curi,bertumbuk dan masalah keluarga.Itu realiti sebenar masyarakat kita waktu itu dan aku rasa tak berbeza pun realiti nya dengan zaman sekarang,bezanya mungkin hanya pada astetik luaran dan gambarannya.ABM menonjolkan penceritaan yang sangat mudah dengan gambar sekeping dan ditepinya dipenuhi teks-teks penceritaan yang dikarang oleh kartunis Ujang.Mungkin Ujang ingin menceritakan sesuatu berdasarkan kisah silamnya,bit-bit kehidupannya satu masa dulu.
Identitinya tak pernah lari.Karakternya masih budak kampung Juasseh yang terikut-ikut dengan budaya,terikut dengan haluan masyarakat dan dia tidak pernah lupa,dia orang Juasseh.Betapa kuatnya identiti Malaysia yang ditonjolkan dalam kisah Ujang itu.
Cuba kita lihat pula komik-komik Malaysia sekarang.Dengan watak-watak yang bermata besar dan sukar nak dibezakan mana satu jantan,mana satu betinanya,seolah-olah kita,masyarakat Malaysia masih lagi dijajah fikirannya.Mana cerita rakyat Malaysia?Mana cerita masalah sosial Malaysia?Adakah semua yang ditonjolkan dalam komik-komik sekarang menonjolkan kehidupan seharian kita?
Komik mampu mempengaruhi pemikiran seseorang kanak-kanak dan mungkin sebab itu walaupun aku baca dan ikut,dalam hati aku masih ada sedikit rasa kecewa melihat terlalu banyak majalah-majalah yang menggambarkan kehidupan Malaysia ala-ala kebaratan tapi stroke-stroke lukisannya penuh identiti ketimuran Jepun.Mungkin ini identiti masyarakat Malaysia yang dimahukan,mungkin juga kerana paksaan trend permintaan.
Jadi,kanak-kanak generasi kini akan membesar,lebih biasa dengan percakapan ala watak-watak anime,lebih kenal Naruto berbanding Professor Serba Tau,ingin bergaya rambut ala Son Goku,pandai menari ala-ala kumpulan SMAP dan mungkin mereka akan membesar tanpa pernah membaca "Kartini","Tan Tin Tun" atau "Abe."
Adakah apa yang aku ceritakan ini semua sudah out dated?
Ya,pada generasi sekarang,semua ini benda lama,sudah klasik,sudah tahap fossil dinasour.Biarlah apa-apa yang nostalgia pada aku ini orang lain gelarkan out dated,sekurang-kurangnya ia masih memperjuangkan identiti masyarakat Malaysia,ia masih layak dipanggil produk orang Malaysia.
Jadi,berapa lama lagi budaya masyarakat Malaysia akan bertahan,kalau yang tinggal memperjuangkan budaya dan bahasa Malaysia adalah golongan-golongan berjanggut panjang seperti A.Samad Said?Berapa lama lagi sebelum kita kita lupa,kita sebenarnya orang kampung,asal pun dari kampung dan kampung kita namanya Malaysia?
11 ulasan:
aku rasa dalam banyak2 komik kat malaysia ni, aku paling respek kat anak-anak sidik.... lukisan, gambar n jalan cerita menggambarkan malaysia.. tapi dah susah nak carik komik ni skarang.... time aku kat sekolah agama dulu, berubut2 nak pinjam komik tu n kene baca sorok2 takut ustaz rampas... haha
umah aku dulu ada kumpul gila2 dari tahun 30an...
mmg menarik aku budak minang tuh...
teks penuh kat tepi...
pastuh gambo satu jek kat tepi teks...
3 dara pingitan pun menarik...
tapi katon2 dari datok lat pun terbaik gak...
kampung boy ngan town boy...
adoi...
typing error...
gila2 tahun 80an...
sori2...
aku rase idup aku lalu sume fasa yg ang cakap tu.. mase kecik layan gila2, ujang, apo.. sanggup pi curik kt kedai hajee store dkt2 rumah aku.. hajee, mintak ampun.. tp skrg duk layan manga jepun je.. bukan ape, mmg komik kt malaysia ni mmg dh tak best. takde lg siri mcm kartini,abm, dan abe..oh tp aku boring ngan kartunis gayour pnye cite.. komik jepun pulak skrg nih boleh download je hehe..
err... klu jumpe bdak2 dlm gambar tu sila lempang ye. bangang gile. ingat cool ape
aku pernah nak buat thesis pasal character cartoon melayu..jadi..apa sebenar character melayu?...
hidung besar gedabak lah kot?..
tapi kalo difikir..komik jepun mata besar2..depa smua mata sepet..tapi kenapa bleh established style dan menamakan style itu gaya jepun?
sebab kita taknak buat style sendiri dan popularkan style kita sendiri..yang kita tahu..tiru..cam budak2 dlm gambaq hang tuh..depa cuma tau "wow ini trend..jadi mari kita tiru.."
benci tengok budak2 lam gambar tu. siyes benci. kalo anak aku, aku bagi penampaq je.
ok annoying giler tgk pic budak2 wannabe tu weih...
dan yes, aku juga baca Gila-Gila dan suka ABM, Atuk dan Aca...
uih aku sgt sokong la.menyampah aku tgk bebdak malaysia skrang..takda identiti sendiri untuk dibanggakan. sedangkan malaysia byk budaya yg boleh di banggakan.jd aku pilih tajuk ni utk aku buat research tesis aku, sbgi budak art n design aku harap dpt menaikkan martabat budaya n bangsa melayu
bro, btul tu..budak2 zaman skang tak tau majalah macam gila-gila,Variasi,Gelihati dsb (komik tulen Malaysia)..cuba lihat je dari segi stroke dan basic artwork ciri2 malaysia..
Skang ni majalah stail manga ni x best juga sbb stroke artwork cam manga tapi isi lawak malaysia..cam sial
kartunis macam Zint, Slaium ok pe.
aku suka komik zint yg under 18 tu..memang meresap ke jiwa la aku baca..
Catat Ulasan