Disember 01, 2008

Orang-Orang Sabah Patut Berterima Kasih Dengan Kerajaan Persekutuan

Piala Monsun ke Sabah?

KOTA KINABALU - Kementerian Pelancongan bercadang menganjurkan kejohanan Piala Monsun Malaysia di Sabah tahun hadapan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan perkara itu.

"Pada 7 Disember ini, saya dah jemput Datuk Masidi Manjun (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah) untuk ke majlis penutup Piala Monsun di Terengganu dan di sana nanti kami akan berbincang mengenai hal ini dengan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas di Sutera Harbour Resort semalam.

Beliau berkata, kementerian berpendapat acara antarabangsa seperti Piala Monsun itu tidak harus diadakan di negeri yang sama pada setiap tahun sebaliknya patut memberi peluang kepada negeri lain untuk mengendalikannya.

6 ulasan:

Tora Aman berkata...

Ada makna tersiratkah post ini?

Tanpa Nama berkata...

a'ah..ade ke makne tersirat post ni?ptt berterima kasih dgn kerajaan perseketuan?sbb piale je?

Tanpa Nama berkata...

cantik laaaa azalina kat banner website dia: http://www.menteripelancongan.com/?page_id=16

'cantik' sangat. edit sampai tak kenal rupa asal.

Mantot berkata...

hehehe..ada

Tora Aman berkata...

boleh bagitau x?huk3..curious nih.

Tanpa Nama berkata...

Baguslah..ngam bah itu kalau boleh itu kilang elektronik pun bagi-bagilah kat sabah supaya orang sabah tak pi semanjung keja kilang kat sana ,keja kilang elektronik kat sabah ja pas tu tengok piala monsun....heheheh