Jangan takut membaca tajuk cerita ni.Ini bukan cerita porno yang mengisahkan bagaimana Rajan di "bang" oleh lelaki2 gagah atau sebuah cerita yang mengisahkan bagaimana Rajan diletupkan untuk menghasilkan bunyi BANG! Cerita ini juga bukan sebuah kisah family mengenai seorang abang yang bernama Rajan.
Ini sebuah cerita sejarah Thailand.Ini cerita benar.Mungkin ada ubahan sikit tapi dari apa yang aku baca sebelum aku tengok filem ni,boleh kata agak accurate dari segi timeline.
Filem ini secara ringkasnya mengolah semula mengenai perjuangan sebuah kampung bernama Bang Rajan yang sedaya upaya mempertahankan tanah mereka dari jajahan tentera Burma (Myanmar sekarang ini dan yes,Burma adalah satu kuasa kuat satu masa dulu untuk sesiapa yang tidak tahu,skrg diorang lagi gemar datang bekerja di Malaysia daripada menjajah)
Apa yang istimewanya mengenai sebuah kampung ini adalah kerana hanya mereka ni lah sekumpulan rakyat Thailand yang memulakan penentangan terhadap Burma.Yang lain,lari,cabut.Hanya mereka ini aje yang lawan balik.
Aku tak nak cerita pasal storyline dia sebab memang ikut sejarah apa yang terjadi.Ending dia pun sama.
Apa yang membuatkan aku kagum tengok cerita ni adalah kepada set dia.Boleh dikatakan apa yang anda nampak tu sedikit sebanyak memberikan gambaran bagaimana sengsaranya kehidupan diorang.
Rutin hidup nak kena teruskan macam biasa tapi mereka ni sentiasa hidup dalam berjaga-jaga.Macam mana diorang tonjolkan kehidupan masyarakat Thailand yang sangat beradat,bagaimana kaum wanita Thailand ditonjolkan dalam filem ni,isteri yang sangat taat dan sayang kepada suami mereka.
Perasaan bagaimana seorang lelaki terpaksa pergi berperang dengan menggunakan senjata mereka yang agak primitif berdepan dengan meriam2 Burma,sambil otak risau memikirkan isteri dan anak yang ditinggalkan di belakang berjaya ditonjolkan dengan agak berjaya.
Subtitle DVD ni mungkin agak sedikit mengecewakan sebab aku tak berapa dapat tangkap emosi pelakon2 dia,kekadang muka punyalah sedih tapi subtitle dia ayat biasa-biasa aje.Editing filem ni pun agak mengecewakan sebab nampak editor ni memang hebat mengedit scene perang tapi bila scene romantik pun dia main bantai fast cut,potong situ,potong sini.Mood ada sikit potong la camtu.
Apa yang paling best dalam ni adalah scene perang yang sangat realistik dengan kepala bersepai dan tangan berterbangan merata-rata.Darah mencurah bergelen-gelen banyaknya.Agak simpati aku bila ada satu scene menunjukkan banyak mayat wanita dan anak-anak kecil digantung dipokok untuk dijadikan "exhibition kuasa" oleh Jeneral Burma.
Terlalu banyak filem Thailand yang makin lama kualitinya makin bagus,membuatkan aku rasa jauh betul kita ke belakang.Dengan identiti filem yang kadang-kadang aku tak pasti filem Malaysia ke filem dari seberang (padahal filem kita)membuatkan kebanyakan filem Malaysia seolah-olah habuk dan debu-debu jalanan.
Bayangkan,budget filem ni 50 juta baht.Kita convertkan ringgit kita dapat Rm5 juta (Rm1=10 baht),filem kita yang berjuta-juta harganya pun tak pernah dapat realisasi yang sebegini rupa.Takde ke sesiapa yang nak buat cerita pasal Mat Kilau ke,perang Naning ke?(Perang Naning mungkin akan difilemkan tapi dah ada yang bersuara pasal bajet yang besar)
Orang Thailand boleh filem buat dengan budget yang sebegitu,props yang bagus dan sinematografi yang cantik,kenapa kita tak boleh?Adakah semua benda dekat Malaysia ni overpriced?
Kepada sesiapa yang nak tengok lelaki muscle tak berbaju dan berlumuran darah,tengoklah.Kepada sesiapa yang suka "300"dan "Apocalypto" tengoklah jugak.Agak inspiring dan membuatkan anda rasa nak jadi rakyat Thailand
Rating Filem - 8/10
DVD dia baru aje keluar kat Speedy Video.Sebelum ni ada VCD aje.Harga DVD RM19.90.

2 ulasan:
hoho sibbaek aku keturunan Siam.. so xyah jadi rakyat Thailand pun xpe :P
Bang = Kampung
Catat Ulasan