November 27, 2008

Berbelanjalah Sekarang,Lupakan Masa Depan Anda

Lepas dah konfemkan yang caruman EPF kita nak dikurangkan kepada 8%,aku terus gi Finance ofis aku.Aku tanya la minah yang jaga tu "Camne?Dah ada ke borang tu?"

"Belum lagi,mungkin kita akan start benda ni Januari camtu.Kalau ada nanti we all inform."Pastu dia sambung,"Kira itu borang aa,for whom aa?The one who wants the 8% or 11% ?"

"Yang nak 11%" aku jawab.

"Haiyaa..saya ingat itu borang for those who wants to be on 8%!Stupid!Stupid!Menyusahkan orang aje,"komen dia lagi."Its supposed to be the other way around.Easier to manage,less hassle."

"Now there is just more work to be done,why do they asked the one who didnt want their EPF to be less fill up the form.Stupid government!"

Terus dia komen macam2 lagi dengan member dia kat sebelah tu.Aku angguk je la.Sebab aku setuju.Buat apa nak deny.Baik aku simpan duit daripada ada duit lebih sikit aje buat belanja.Ini hanya short term solution yang hanya akan merugikan anda semua dalam jangka masa panjang.Mungkin diorang nak kurangkan jumlah dividen yang kena bayar kot ni?Kalau gaji anda RM1200,11% anda dapat RM1068.Kalau ambik 8% dapat RM1104.

Dapatlah anda "Belanja Untuk Kesenangan Hidup Sebulan" RM36.00.Beli makan,isi minyak habis.Bila tua baru la terkenang RM36.00 tu.

RM36 x 12 bulan = RM432
Darabkan dengan 2 tahun (sebab benda ni untuk 2 tahun) - RM864.

RM864 tu kalau anda biarkan aje dalam EPF, 2 tahun at least ada gak dia bertambah dengan dividen.Jadi,siapa yang untung tak kena bayar dividen tinggi dan siapa yang rugi saving yang sepatutnya dah bertambah hilang buat belanja?

Rakyat jugak yang akan rugi sebab orang yang uruskan benda ni takkan nak tanggung rugi.Stupid government.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gamen nak rakyat ada wang saku lebih dengan mengurangkan potongan caruman EPF. Lebih spending power konon. Tapi pi tambah tax 40sen seliter petrol? Tak logic.

Tanpa Nama berkata...

Hohoho..Tu yg den kato, pakcik kat Hulu Bendul blh la depa tipu...

zain aziz berkata...

Yo Mantot!

Aku mmg x berapa gembira dgn prestasi kerah-jaan sepanjang 20 tahun ni..

Tapi, part and parcel yang dijangkakan daripada isu ini adalah pengaliran RM 6 billion (terkumpul) bakal berada di pasaran. Hence increasing total accumulated domestic spending power.

just looking into the bigger picture.

Tanpa Nama berkata...

bagi aku ada pro dan kontranya..aku nak cerita dari sudut positif aja dan tindakan positif bagi semua yg setuju nak potong 3% tu..apa yg aku nampak (kena disiplin skit la bab ni) dari potongan 3% tu aku cadangkan duit tu jgn guna utk belanja tp simpam kat ASB...hg pun tau kan ASb mcm tahun lepas depa bg 8.8% (kalau tak silap aku) tp EPF depa bg 4.9% aja (pun kalau x silap aku) jd duit 3% tu jgn la guna..tp kena rajin2 pi bank simpan dlm ASB..dapat lebih drp apa yg EPF bg.. topup la skit lg bg jd RM50..tp kalau dah malas sgt nak pi bank aku x bleh nak buat apa la..hang pa isi ajalah borang EPF tu jd kekal 11%..borang tu pun bukannya susah mana pun nak isi..

dan dalam masa sama aku nak cdg kan kerajaan BN ni atau kerajaan apa sekali pun yg memerintah Malaysia nanti naik la skit lg caruman majikan drp 13% kepada 15% ka..atau lebih lg baguih..hehehe..

Tanpa Nama berkata...

muka najib dalam gambar ni merah macam babi

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...aku suka baca banyak post ko, sebb mmg terang2 ko suka fire kerajaan, tapi view ko dlm hal ni dah di butakan dgn perasaan benci.hahah
Dlm hal ni kerajaan tak memaksa, just tu satu opsyen pada majikan ko. utkpengetahuan ko, klu ko pilih 11%, mmg gaji ko banyak ditolak skit, tapi jgn lupa, majikan ko pun kena potong banyak utk masuk dlm akaun ko, klu ko pilih potong skit, maka, caruman majikan kedalam akaun ko pun akan jadi sikit_jadi dia untung banyak.(dlm hal ni cuba ko renung2 kan, kerajaan yg bodoh atau ko cuba diperbodohkan org kerani ko?)erm..jadi, rasionalnya awk kena la fikir dalam2 sebelum membangkang, klu nak bangkang mulakan dulu bangkang majikan ko dulu(hahaha..sebb dia nak perbodohkan pekerja dia). Kerajaan hanya beri opsyen potongan tu dikurangkan bagi menyerap kos kerugian bagi mana2 syarikat yg rugi, tapi klu syarikat ko untung dan preatasi ok, n klu union korang kuat, korang leh fight tuk nak 11%. sebb tu hak korang. kerajaan takd er kait mengait, dia hanya beri dasar pilihan, terletak pada majikan korang dan kehendak korang sendiri nak caruman berapa banyak..dan ingat kerani kau tu punya ayat sebenarnya menunjukkan dia yg malas nak buat kerja.