Keperluan,memang la keperluan.Tapi kereta tu bukan la barangan mewah,sepatutnya benda tu jadi sangat affordable.Cuba bayangkan kita ni terpaksa berhutang semata-mata nak beli kereta,kereta nasional pulak tu.Bukannya kereta import.
Sesiapa nak kata aku salah katalah,aku tak peduli.Tapi negara kita dengan taraf income yang sangat rendah (Rm1500 taraf miskin) masih mampu membeli kereta yang berharga Rm35,000.Gaji kita berapa?RM1200,1500 kebanyakannya.Kalau kat US,kereta harga dalam lingkungan $10,000,gaji diorang $2,000.Kat Australia kereta harga AUD15,000,gaji diorang AUD2,000.
Nampak tak apa aku cuba tunjukkan ni?
Kita adalah rakyat yang terpaksa berhutang sebab negara kita adalah satu negara yang sangat makin lemah.Satu masa dulu gaji kita mungkin Rm1000 tapi harga kereta kita masa tu hanyalah RM10,000.Satu masa dulu kita mampu kerja setahun setengah dan beli kereta baru CASH.
Tapi kenapa margin harga barang2 kat Malaysia ni dengan gaji tak munasabah?Kenapa kita masih senyum berhutang 9 tahun semata-mata nak pakai kereta?Apa gunanya ada kereta nasional kalau rakyat tak mampu nak beli kereta tu dengan mudah?
Kenapa takde orang yang jadikan benda ni satu isu yang besar?Setakat mintak tol turun berapa sen sangat la tol tu.Aku mintak tolong dekat pembangkang,tolong jadikan benda ni satu ISU YANG SANGAT BESAR.
Kereta sekarang adalah keperluan.Jadi patutnya sesiapa pun mampu beli.Aku tak suka tengok family laki bini bawak anak 2 orang naik motor.
Kesian aku tengok.Bini peluk baby anak kecik duduk kat bakul.
Waktu hujan lagi tu.Diorang takde tempat nak berenti.
Aku masih memerlukan sumbangan dan cadangan untuk "Pengguna Genius" Sila emailkan kepada pengguna.genius@gmail.com
9 ulasan:
Mantot,
Nice posting.
Well, aku agree dengan apa yang ko tulis. But, actually there are 2 very big different things we need to understand.
First, PROTON sucks, well, aku rasa most of Malaysian agree dengan bende ni. but, do we ever know that PROTON itself is trying their best to make a better product. The big issue with PROTON now is not PROTON itself, it's the vendor. How I wish I have time to do some research on those PROTON vendor (Aku harap ko rajin), because I am quite sure that those vendor company is own by those bastard politician. Then, aku rasa aku tak perlu elaborate banyak, bila vendor tu milik ahli politik, makanya, mereka paksa PROTON untuk beli produk mereka. And rules of thumb untuk peniaga ialah memaksimumkan untung dan meminimakan modal. put this to equation then you will get product with very low quality. On the other hand, PROTON needs to get their parts from this vendor, due to political reason.
As a Malaysian, untuk menyalahkan PROTON totally is unfair. sebab, it's a proud of our nation. Cuba la pergi kemana2 ceruk didunia ni, and then ko nampak kelibat Proton Waja, then you will be proud of it. I have a German office mate, he is from Bavaria, we have a chat few days ago, and I told him that PROTON is Malaysian, and then this guy commented, 'they have a good design. PROTON is only 15 years, it takes more than that for BMW to be who they are today, if I have faith for your national car at least another 15 years, you should have better faith than that'. Itu bukan aku reka, itu kawan aku yang cakap. When I went to Australia few yars back, Satria GTI is having a very good sales.
Untuk membiarkan PROTON hancur is really memalukan. No matter what happen, I am quite sure we need to protect PROTON, sama macam US Goverment trying to protect GM, sebab GM is american. So, no matter CEO GM pergi jumpa treasury untuk mintak bail out tapi naik personal jet which cost USD20 000 per round trip, no matter GM is not agree to put into chapter 11, American Government will try their best to save GM. It's the american legacy. sama la macam PROTON.
Secondly, comparing the price few years back dengan harini is unfair. When we do the comparison, it should be apple to apple comaprison, then it make sense. Why I said so, the currency exchange is not with us. Remember back on our school days, the time we try to 'fly' from school, errr... watching City of Angel and then get caught by girang and then gantung sekolah 2 minggu. damn... ok, back to apa yang aku nak cakap, masa tu USD1 = RM2.50, GBP1 = RM4.00. So, when we try to compare about berapa yang rakyat malaysia dapat gaji dengan american of briton, aku rasa is unfair. an average Malaysian dapat gaji RM2000, average briton dapat gaji GBP2000, an average american dapat gaji USD2000 and an average Norwegian earn NOK20 000, The number is more or less the same, but kuasa membeli is totally different.
This is due to the capitalism economic system and kita tak bole lari dari sistem ni. we are bond to it. This kind of wang fiat replacing the gold, and make the money value tie to the market is what make our RM really bad. Plus, having a bad goverment make things worse! Apa yang kerajaan kita bole buat? European and US economy is in really bad situation. As what we saw, ringgit is getting better compare to GBP and USD. beleive me not, in every bad situation there must be a point yang mana kita bole guna kelebihan yang ada untuk menaikkan kita. Asian economic can't hold it any longer, tak lama lagi the wave will arrive. there is only two options, prepare for the wave, and biarkan ia hentam kita or prepare the wave and ride it like a surfers kat surfers paradise.
So, in conclusion, masalah utama kita bukan PROTON, bukan RM lemah, bukan gaji kita kecik, tapi ahli politik kita, pemimpin kita yang sucks.
So, apa yang pemimpin kita bole buat? kalau aku, aku soh PROTON open tender vendor, tidak dimonopoli oleh satu syarikat je. kalau aku jadik menteri kewangan, aku akan kumpul semua pakar ekonomi rakyat Malaysia yang ada. break into few teams, give them 1 weeks untuk figure a way to ride the wave. these teams consist of economist, accountant, Stock Exchange guy teamed up, and the task is,
1. Find the best solution to make RM closer to GBP.
2. Find any loophole in this economic turmoil that we can use as our advantages on our economic.
3. How to strengthen local market in benefits to the Malaysian economy in particular and to Malaysian in general.
4. How to dominate Asian market and get rid of Singapore in Asian stock domination?
5. Find a way to optimized all our facilities KLIA, PTP, North Port, West Port to attract investor to divert from high cost singapore facility to our cheaper, effient and modern facility.
6. How we can ride this world economic turmoil wave handsomely?
Ala, aku pasti giler kalau kita ada berpuluh ahli ekonomi, given this task and have a very encouraging discussion, we can. Losing is only words that you can find in losers dictionary. So, kalau pemimpin kita pekak dan tak bole lagi berfikir untuk memerintah negara, they are totally loser with shit head. Makan gaji buta.
iskandar shah im so agree with u, our politicians is sucks couldnt agree more.
Kita boleh salahkan Proton sebab kita sendiri sedia maklum Proton dan Perodua mendapat protection kerajaan. Deny lah camne pun yang kereta nasional tak dapat protection,tapi jelas dan terang,protection memang ada.
Kita tengok kereta Ford Focus dengan Toyota Corolla dekat US.Dua-dua model harga sama USD16,000.US government takde pun markup kan harga kereta Toyota tu.Itu satu bentuk protection yang kerajaan Malaysia bagi kat kereta nasional kita.
Tapi kita membayar harga penuh untuk sebuah kereta nasional.Dengan apa yang kita bayar untuk sebuah kereta nasional tu,contohnya kalau Proton Gen2,kita juga sedang membayar sebuah Honda City sebenarnya.Tapi,mana satu yang Rakyat Malaysia mampu?Apa yang kita dapat daripada sebuah Proton Gen2 berbanding dengan Honda City?
Open market la kalau berani!Biar harga semua ikut harga market tapi mampu ke Proton jual kereta diorang lagi murah dekat Malaysia?Sebab kalau tengok apa yang kita bayar,kereta Proton sepatutnya jauh lagi murah dari harga jualan.
Proton memang bagus sebab kita boleh bangga tapi...
Itu aje lah yang kita bangga.India pun cuba buat kereta yang rakyat dia mampu beli agar semua orang mampu pakai kereta.Kalau family dengan pendapatan bersih RM1500 nak beli Proton Saga baru dan Perodua Viva,itu aje dah makan Rm500 bulan2 nak bayar installment dan minyak.Hidup pun kais pagi makan sehari.
Jadi,mana satu kereta rakyatnya?
akum bro..
anyway aku salah seorang yg suke mengkaji perangai org melayu..
Malaysia ni negare kite.. ape2 yg berlaku bukan salah negare.. tapi salah penduduk tu sendiri..
ape kemajuan bangse melayu sejak kite merdeka? ade.. tapi bape ramai je yg berjaya.... mane yg lain? kenape yg lain tak berjaya..? sbb mentality org melayu ni salah... semue harapkan kerjaan... semue nak mintak biasiswa... mmg aku tau ramai tak kaye... tapi org2 yg miskin tu.. bape ramai yg sanggup keluar kerje... nak banding kan dgn org2 yg miskin .. dok umah lepak... mai dam kat kedai kopi... salah kerajaan jugak? contoh lagi satu.. felda kasi berkilo2 baja kat petani.. petani MELAYU... ape dorang buat? nak duit cepat.. jual semue baje tu kat cine.. last2 ladang cine gempak2.. ladang kite ade ape? ade lalang..
masalahnye semue datang dari bangse kite sendiri... jgn salah kan bangse lain.. atau org lain... jgn selalu nampak kelemahan org lain... tapi carik salah sendiri.. aku sendiri pon tak perfect.. tapi as malay.. kene same2 la pikir.. aku pon malu tgk bangse sendiri.. kene gelak ng bangse lain... mat rempit la... paling takleh blah.. kat tempat aku..blaja.. kebanyakkan melayu takleh speak english very well... kene gelak lagi.. padan muke melayu... tapi itu bangse aku! aku syg bangse aku... jadi.. melayu kene bangun.. jgn harap nak mintak tolong org je..
nak swiftt nakk swifttt!!! mantot..belikan utk aku..plis?
ok laa aku tak paksa..pinjam 50..nak beli dvd.. :-s
pasal proton ni. ada org sakap proud of the nation. well hhehe quality of life come first before the proud...just for me.
apa guna bangga dgn proton kalau terpaksa bayar mahal. kalau murah boleh gak bangga.
nak tambah sikit. masalah sebenar adalah market. berapa banyak penduduk malaysia untuk proton? market kita kecik untuk proton dijual dgn banyaknya. dari itu proton terpaksa dijual dgn harga agak tinggi utk kekal hidup.
kalau proton boleh diexport dlm jumlah yg banyak mungkin harga proton dapat dikurangkan. teman pernah terbaca dlm utusan meloya hujung tahun 90an yg mengatakan proton adalah kereta yg buat untung plg besar untuk sebuah kereta. tak salah teman dlm rm5000.
jauh lbh besar dr mercs yg cuma rm 2000 je sebuah.
betul2... aku setuju.. sedar atau x, cukai tuk kereta import ke negara malaysia nak dekat 300%, kereta nasinal 150%... padahal kalau kereta nasional kita ni diexport ke luar harga lagi murah n kualiti lagi tinggi... sbb tu gaji x cukup.. patut kita boleh mampu beli kereta nasional tanpa perlu berhutang sampai 9 tahun berpandukan pada purata gaji malaysia.. tapi kerajaan tamak.. nak wat cemana.. bygkan kereta evo kat luar sana, harga cam kereta saga kita.. pekerja proton n perodua sendiri complain pasal ni..
konon dah disubsidise kan.. ceh, minyak nak naik lagi plak tuh.. cukai mcm2 kita kene bayar.. apa yg x cukup x tau la.. 108bil dah ilang br la wat2 terkejut.. padahal.. dah baper puluh tahun dah duit tuh ilang setiap tahun..
Catat Ulasan