November 18, 2008

Malaysian Malaysia


Hari Sabtu lalu,akibat daripada desakan nafsu ingin makan sushi yang wujud pada member aku,dia ajak la aku pegi beli sushi dekat Jaya Jusco Taman Maluri.Punyelah lama aku tak dtg sini,last sekali aku rase waktu aku still belajar dulu.

Memang dah berubah dah Jusco ni.Member aku kate sushi situ best dan aku bukan pakar sushi,aku iya kan je lah.Mungkin member aku tak pernah makan lagi sushi budak sekolah aku yang dibuat khas masa dulu yang diuli dengan kaki dan macam-macam lagi.

Jadi aku ambik la barang2 yang aku nak beli,softener baju dengan dua benda makan.Beratur punyalah panjang dengan cashier tak cukup.Depan aku,satu couple Cina,banyak jugak barang dia beli.

Bila sampai turn couple Cina ni (diorang muda lagi,dalam 30 an) suami dia ni pun atur la barang2 dekat roller tu.Tapi dia pegang aje satu benda ni,tak lepas2.Aku ingat ape tah.Rupe-rupenye benda tu daging babi dalam tin.Bila sampai turn nak scan tin tu,dia pun tunjuk la dekat cashier tu (lelaki Melayu) "Saya scan aa?"tanye dia.Cashier tu angguk2.

Suami dia scankan,pastu masukkan dalam plastik sendiri.Aku mungkin tak pernah perasan benda2 macam2 tu selama ni, tapi pada aku,benda2 kecik macam tu menunjukkan yang tak semua orang Cina tak reti nak hormat agama orang lain.

Yang melayu pulak bila nak mula?

Mungkin kita boleh mulakan dengan tidak mengecop semua pemandu bangsa Cina tu kurang ajar.Bukan ke biasa nya kalau kita nampak aje driver kurang ajar,kita mesti tanya "Cina ke?"Ingat Melayu bawak semua kereta semua sopan santun dan bertatasusila ke?Macam anak haram bawak kereta ramai jugak Melayu.

Bila nampak ada sorang mamat tergolek kat tengah jalan,jangan la hon suruh bangun gerak ke tepi.Aku pernah kena dengan seorang lelaki Melayu bawak Mercedes .Sampai sekarang aku doakan dia mandul.

2 ulasan:

anti-illuminati berkata...

Yg membezakan manusia ialah BUDI bukan agama, bangsa, dan warna kulit.
Bukan semua Cina baik, dan bukan semua elayu baik. Semuanya terpulang pada individu.

Tanpa Nama berkata...

If everyone do their part I can't see why no reason for us to stand united against the evil regime.