Disember 11, 2008

Sehari Yang Samar-Samar

Hari Ahad hari tu,kakak aku call aku,bgtau aku satu benda sedih.Sepupu aku seorang meninggal dunia.Eksiden motor kat Shah Alam.Ape yang jadi,aku pun tak sure lagi sempat cerita betol aku tak dengar lg.

Jadi aku pun bergegas lah ke rumah Pakcik aku.Sampai kat sana,tengok rumah bertutup aje.Pelik pulak aku,salah rumah ke.Aku sure rumah ni betol,call kakak aku,dia kata mungkin aku salah rumah.Aku pun duduk aje la atas motor melopong camtu.

Pusing 2 3 kali area tu,aku pun balik ke tempat yang asal.Park motor aku tepi jalan,bukak helmet.Pakai kopiah.

Mungkin sebab ada akak sorang tu yang tengah sidai baju kat luar tu perasan aku duduk pusing2 area tu,dia pun tegur aku."Eh dik,awak ni nak pegi rumah itu kan?Yang anak dia eksiden motor tu?"tanya dia dengan slang Indonesia yang pekat.

"Ak aah,takde orang pun kak."aku jawab.

"Diorang dah balik kampung tapi sebelum dia balik,makcik ada datang sini bagitau apa yang jadi.Menangis-nangis makciknya"

Aiseh,cepatnya.Aku cepat2 gi rumah kakak aku.Kakak aku pun tatau apa cerita.Jadi aku pun tunggu je la kejap.Pakcik aku sorang ni pun call,ceritakan apa yang jadi.

Arwah ada dekat Hospital Kuala Lumpur,tengah prepare nak hantar ke Kuala Pilah,simpan dekat sana.Tak sempat dah ni aku nak ke HKL.Nak ke Pilah pulak lagilah aku tak tau kat mane kampungnya sebab aku seniri tak pernah pegi ke kampung Mak Ngah aku ni.

Jadi,aku pun balik.Terasa agak down sebab lama dah aku tak jumpe dia dengan adik beradik dia.Bila aku balik kampung dulu ada kenduri dekat Gemas,yang ada cuma ayah dia aje (Pak Ngah aku) sebab dia dah duduk asing,dah mula kerja.

Aku bawak motor pun dah jadi agak paranoid sekarang ni.Dah 2 orang dah dalam family aku yang meninggal sebab eksiden motor.

Semoga rohnya tenang dan dicucuri rahmat.
Al Fatihah

2 ulasan:

Muhammad Fahmi berkata...

dulu aku pakai motor EX5 gak. 2 kali eksiden yang agak serius. first aku eksiden masa potong bas, ingatkan bas tu nak terus rupanya bas tu masuk ke simpang belah kanan. nasib baik kaki tak putus. second aku langgar cina tua yg salah cara nak masuk kanan. nasib baik cina tu tak mati tapi ada org cakap dia siap berpusing di udara. last sekali bila tengok banyak sangat eksiden kat simpang nak masuk area kilang tempat aku kerja terus aku decide jual motor tu. skrg ni pakai kapcai, tu pun buat ronda dlm kampung je... nasihat aku kalau nak travel jauh2 guna la kereta.

Che underscore Lee berkata...

innalillahi wainna illahi roji'uun

dah sampai ajal..