Ogos 30, 2013

Beberapa Fakta Sejarah Yang Anda Boleh Belajar Dari Filem "Tanda Putera"


1. Sebenarnya, sejarah penubuhan Proton bermula semasa Mahathir Mohammad sedang berlari ketika dikejar oleh Cina mengamuk. Dia terfikir, "kenapa aku berlari? Kenapa aku tidak buat motokar aku sendiri?" Ternampak lah beliau sebuah kereta yang mempunyai design yang amat unik untuk zaman itu. Jadi, ilham itu diterjemahkan 15 tahun kemudian, dalam tahun 1984 dengan penubuhan Proton. Rim yang mempunyai rekaan sama berjaya dihasilkan pada tahun 2004 dalam model Proton Gen 2.


2. Teknik menggunakan CCTV sebagai alat keselamatan sebenarnya sudah digunakan pada zaman pemerintahan British lagi. Pada waktu itu, kebanyakan CCTV dihasilkan oleh syarikat Amerika yang berpengkalan di Arizona. CCTV tersebut mampu merakam visual selama 30 minit menggunakan pita video yang tidak dapat di tulis semula. Sebenarnya, semua yang terjadi pada tragedi 13 Mei 1969 telahpun dirakam oleh CCTV. Kerajaan tidak mahu mengeluarkan rakaman tersebut kerana mereka sangat prihatin dengan perasaan orang ramai dan tidak mahu membuktikan apa yang mereka dakwa selama ini betul, rakyat yang sebenarnya salah.

3. Selak pintu style itu telahpun diperkenalkan di negara kita ketika zaman Parameswara lagi apabila Parameswara mengadu pintu istananya mudah terbuka lalu saintis istana telah mereka cipta selak pintu jenis besi yang bullet proof. Parameswara bertanya kepada saintis, "apa itu bullet proof?" Saintis itu sendiri tidak tahu apa itu bullet tapi kerana ingin impress Parameswara, beliau menyebut beberapa perkataan yang tidak ada maksud (pada ketika itu.)

4. Pada tahun 60 an, sudah wujud pengaruh muzik alternatif ke atas corak pemakaian anak muda zaman tersebut. Jeans ketat, kasut kain dan baju kotak-kotak adalah norma pakaian pada ketika itu.


5. Sebelum Tenaga Nasional Berhad diswastakan, mereka dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara atau LLN. Pada 1967, seorang artis grafiti yang bernama Man telah pun menconteng kebanyakan pencawang elektrik LLN dengan dua garisan berwarna merah dan biru, kerana berang letrik rumahnya diputuskan. Semua pekerja LLN di Kuala Lumpur diarahkan untuk memadamkan garisan berkenaan. Oleh kerana masa yang terlalu lama diambil untuk mengecat kembali semua pencawang, seorang lelaki telah mengeluarkan idea supaya semua pencawang dilukis garisan sama berwarna merah dan biru. Lelaki itu masih lagi bekerja sebagai seorang petugas TNB sehingga sekarang.

6. Anda nampak kereta merah itu? Pada waktu itu, harga kereta tersebut hanyalah $8 ribu.

7. Watak Riezman Khuzaimi dalam filem adalah orang pertama di Malaysia yang menyalakan lampu motorsikalnya pada waktu siang. Ini memberikan inspirasi kepada kerajaan mengeluarkan akta supaya semua motorsikal wajib dinyalakan lampunya pada waktu siang dalam tahun 90-an.

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

spoil, proses editing yang terlupa persekitaran :)

Tanpa Nama berkata...

Filem ni ada kelas maa... Taraf kelas JAMBAN je.

Tanpa Nama berkata...

Benda ni nama nya anachronism goof.benda ni selalunya jadi kat filem-filem sejarah.filem hollywood pun banyak jadi benda ni.so,tak perlu nak pelik sangat.

Tanpa Nama berkata...

adus kenapa tak boleh baca habis kau tulis apa?

point no nam tu apa?

Tanpa Nama berkata...

Ini LOL

Tanpa Nama berkata...

filem ni tergesa dibuat untuk ge13..pasal tu jadi camni..bukan standard macam cerita tokoh antarabangsa macm filem gandhi..lincon ,dibuat bertahun tahun dikaji wataknya..props pun sama macam keadaan waktu tu..kalau nak buat cerita patriotik ..cerita bukit kepong pun masih yang terbaik..

Wak Labu Farm berkata...

pe yang nak di hairankan, dah memang filemtu di tujukan khas untuk penonton UMNO sahaje.

Yang menghairankan Wak ade pule kunun nye yang nangis-nangis di sepanjang mase nonton filem tu - sekali lagi Wak tak hairan kerang umno2 yang nonton filem tu hampir semue dalam kumpulan IQ-zerooooo!

Mak Enon berkata...

Sokong.... Bukit kepong masih yg terbaik wp kemudahan perfileman pd masa tu tidak sehebat sekarang.

CGI kan ada... apalah salahnya keluar peruntukan sikit bg buang benda2 yg xberkaitan tu.

Mmg betul filem sejarah omputih pun ada goof nya jgk. tp rasanya tidaklah terlalu ketara mcm ni.

Ini namanya filem tangkap muat.

Baa cak! berkata...

Tahun depan mesti kuar tiwi,time Raya

onlajer berkata...

cepat pula ulasan review kau untuk sesebuah filem kali ini haha

Tanpa Nama berkata...

Orang pertama di Malaysia yang menyalakan lampu motorsikalnya pada waktu siang lol..

Dia terlupa off sebab suasana getir sangat.. Zaman sekarang lampu ni takleh off.. :)

Tanpa Nama berkata...

bagus..bagus..aku mmg suka org yg meng"kantoi"kan kesilapan sesuatu pilem...hehehe

Tanpa Nama berkata...

LOL...

Tanpa Nama berkata...

Jubin lantai kawasan pejalan kaki ini telah memberikan idea kpd DBKL untuk pasang semula (awal millenium) bg gantikan jubin interlocking pavers (80an).

angel_baik berkata...

Hahahahahahaahahahahhaahhahaahahha..

Itu jer nak cakap.

Tak heran pun diorang tak mau tayang dekat penang.

Tanpa Nama berkata...

Mantot... ko terlupa penggunaan kereta Toyota KE20 pada tahun 1969. Setau aku KE20 launching kat Jepun pun tahun 73. Kalau tak silap la.... Ko cuba carik scene tu...

yong berkata...

hahaha... bangang lah jugak untuk gambar yang first tu.

Tanpa Nama berkata...

Filem SAMPAH!

Zara Aulia berkata...

Nak cepat masuk pawagam sebelum kena cantas..nak collect cepat la...wawawaw...

Tanpa Nama berkata...

Memperkenalkan filem terbaru arahan sutratakdara agung datin padugong shuheime babe, hayatilah Filem bersejarah abad ini TANDA BANGANG. Dipersilakan

Tanpa Nama berkata...

TANDA BANGANG : filem ini sangat serasi dengan perjuangan bangang dan BEBAL UMNO. yang menjiwai semangat juang keling keling perasan melayu dalam umnu

Tanpa Nama berkata...

macai umngok xde mlm ni..hahahah....ni la filem taik...habis duit ja buat cita cmni...lyn bedah tong gas bleh bg smngat la...hahahah....klau somi baba tau..aku rsa dia balik nangis dlm jmban rmh dia...tu la..riak ckp filem bagus...patriotaik....puii...epik apa cmtu...ajak la najib tgk..kn bapak dia..haha...cite district 9 bleh lawan avatar wlaupon xde promo....ni cite bodoh cmni...kebodohan jelas terpancar..nasihat aku buat somi babi..eh..baba....jgn riak sgt..tgk apa dh jd...jgn plak marah umno...nnt najib bg bantuan tiket..bt1m.....hahha.....bleh la cover balik duit tu..hahaha...tanda putera ka??haha....

kelaka sangat..hahaha berkata...

Rasenye filem ni patut tukar name die jadik 'Tandas Putra'...

Tanpa Nama berkata...

mmg byk tanda filem ni......

Tanpa Nama berkata...

1. Fesyen rambut wanita
2. Desain tingkap bangunan
3. Barang bawah pokok
4. Revolver polis
5. Canopy gerai
6. Pagar

Tanpa Nama berkata...

Tak dak parang terbang pun...

Tanpa Nama berkata...

1. Corak baju
2. Talipinggang
3. Pokok di tepi bangunan
4. Scooter
5. Kasut
6. Tiang lampu
7. Jubin

Mantot berkata...

"Tak dak parang terbang pun..."

Akhirnya...ada gak yg perasan. Kau tau kenapa?

Sebab filem Tanda Putera ini fiksyen.

Tanpa Nama berkata...

Realitinya ada kan.....kah kah kah. Tp aku x blh ckp apa sbb aku mmg x pernah nonton filem melayu.

Tanpa Nama berkata...

Apapun selamat membayar untuk kenaikan minyak sebanyak 20sen :)

Terima kasih pengundi minoriti anda semua memang banyak duit..

Tanpa Nama berkata...

Haha..biasela tu..kalo filem hollywood siap ad laman web, moviemistake.com xsilap.. Movie yg tahap box office meletup2 pon ad gak kesilapan2 yg ketara...so, xyahla kite nk condemn sgt..cintakan perpaduan tu lebih baik drpd bergaduh hal remeh temeh. Macam suami isteri, drpd nk bercerai berai dek atap rumah bocor, lbih baik pertahankan rumahtangga tu jgn bg goyang.,, utamakan yg lbih utama..tq

Tanpa Nama berkata...

Ala cerita tu bukan 100% original pun moral dia nak perpaduan jangan gaduh2 je..

Tanpa Nama berkata...

Mungkin lepas ni nak shooting filem2 sejarah kena pinjam mesin masa doremon utk kembali ke lokasi asal. LOL.

Tanpa Nama berkata...

Baru aku tahu regakan LGBT ni dah menular dari tahun 69 lagi, aku nmpk org pakai v-neck kikiki

Tanpa Nama berkata...

Apa jadi kepada filem vilage ala-ala holywood yang menyediakan props dan set ala-ala holywood..

So boleh la create scene 40an 50 an dengan baik..

Sebab kita takd aprops sempurna la terpaksa mengolah guna props moden untuk cerita klasik.. jadinya fantasi.. lol..

Tanpa Nama berkata...

NAMPAK sangat "mereka" sebenarnya mengakui ketulenan jalan cerita tersebut kerana enggan mengkritik jalan cerita sebaliknya mengkritik grafiknya. Sesungguhpun begitu, amatlah malang kerana mereka cuma "mengkritik" berasaskan poster semata-mata tanpa menelitinya terlebih dahulu di pawagam yang sudah dibuang kesalahan grafik tersebut. Beribu-ribu tahniahlah kerana sang pengkritik adalah orang sendiri. Berbahagia mereka kerana kemarahan mereka boleh diuruskan oleh orang-orang yang mahyun nih. Bersusah payah mereka meneliti setiap kesalahan untuk jadi bahan ketawa tanpa pula mengkritik grafik filem lain terutama The New Village yang jelas memperkecilkan Askar Melayu yang mati untuk tengok anak cucu senang lenang sampai kecilkan perjuangan sebangsa sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Hahahahahaha..lu mmg lawak bro mantot..syabas..mgunakan ayat pnyata yg serius utk wat org ketawa terbahak2..i like yo style..