Kadang-kadang bila jalan, aku saja suka masuk kedai baby. Seronok tengok barang-barang dalam tu. Rasa innocent. Menurut pandangan aku yang daif ini, barangan mommy dan baby adalah benda2 paling overprice dalam dunia dengan term investment paling cekik darah. Contohnya, kalau kau beli car seat jenis bassinet, boleh pakai sampai anak setahun aje....harga...dekat seribu jugak la sebab trend zaman sekarang, kalau ada bassinet, kena ada stroller. Jadi, manufacturer combine dua benda tu sekali.
RM1000 untuk benda yang pakai setahun! Gila! Aku takde la nak beli benda2 camtu. Mesti kau nak kutuk aku sebab aku kedekut nak spend untuk anak. Tapi aku tanya aje la kau balik,"siapa yang ajar kau spend banyak untuk anak tu tanda kasih sayang?" Iklan TV barangkali?
Mak bapak generasi aku ni....lagi banyak dia spend untuk anak, lagi bertambah lah kasih sayang dia. Ada tak mak bapak camtu? Ada bro! Itu tak masuk lagi rip off paling besar dalam dunia...breast pump! Harga Rm1600 untuk dua vacuum pump dan padding getah!
RIP-OFF TAHAP MAHADEWA! Tapi orang kita beli...diorang mampu...jadi, siapalah aku ni nak kutuk2...aku hanya mampu belikan wife aku vacuum cleaner yang digunakan sebagai breast pump....sayangnya, dia tak pernah pakai. Jadi aku gunakan vacuum cleaner tu hanya sebagai vacuum cleaner.
Kau jalan, survey macam2 barang pasal budak2 ni..kau perasan tak satu benda. Apa dia? Majoriti peralatan safety untuk baby dan toddler ni tak ada cop SIRIM. Helmet? Ada. Barang elektrik? Ada. Tapi untuk barang budak2....tak ada cop SIRIM.
Kenapa?
Mungkin sebab market tu tak pentingkan faktor keselamatan sangat agaknya. Apa sangatlah kalau ada baby tersepit dengan stroller atau car seat yang mampu press budak....budak, besar mana la sangat.
Bagaimanapun, secara ikhlas, kenapa tak ada penarafan SIRIM diwajibkan untuk barang2 seperti ;
1. Stroller
2. Car seat
3. Carry On Bassinet
4. Tricycle dan mini bicycle
Kita duduk dekat negara yang import masuk barang separa grade. Maksud aku, kebanyakan barang yang kita beli, datangnya dari negara China dan kualitinya tak sama dengan apa yang China produce untuk negara maju. Apa yang banyak kat negara kita, adalah produk2 yang aku tak sure sama ada research dia tu, sahih atau tidak. Siapa designernya? Adakah produk tu di design dengan structure yang betul? Betul ke selamat letak anak dalam angle camni? Sesuai ke material yang digunakan untuk cuaca kita yang panas ni?
Yang kau boleh tengok, produk2 safety baby kita ni..banyak yang nampak macam barang knock off. Brand pun yang aku tengok ramai pakai brand Sweet Cherry sebab murah. Tapi kau sure ke barang2 tu selamat?
Untuk barang2 import macam Graco dia ada Euro punya certification tapi yang lain, mana ada. Design pun selalunya diorang cedok orang lain punya design jadikan brand diorang sambil letak nama macam power, ala-ala Itali atau European.
Kenapa, car seat dan stroller budak tidak perlu melepasi piawaian SIRIM? Sorilah kalau sebenarnya ada tapi setakat yang aku tengok, tak ada. Even sticker MC (Malaysian Standard for Plastic) pun kadang2 tak ada. Kita kecoh pasal BPA dalam botol susu tapi ada banyak lagi benda yang kita perlu still perjuangkan.
Tu tak masuk lagi design tricyle budak2 yang bermacam fesyen. DAH LA BURUK GILA DESIGN macam di-design oleh seorang yang tak tau apa langsung design sense dan kaler pun bukan main striking sampai pedih mata tengok. Kau cuba jalan2 kat kedai dan kau akan jumpa pelbagai jenis tricycle yang kebanyakannya tak ada brand. Ada satu aje yang ada brand, company Malaysia nama My Dear...yang tu produk dia agak ok sket tapi kebanyakannya...agak menyedihkan. Bila aku tengok choice yang ada untuk aku beli tricycle dekat anak aku, aku jadi sedih sebab jelas benar....kita duduk dalam market yang cuba jual barang knock off tapi over price.
Kau cuba tengok tricycle kat atas tu, kau cuba bayangkan, kalau anak kau tengah kayuh, terlanggar something kemudian terhantuk ke depan.
Menurut budaya Malaysia, sudah terhantuk, barulah kita nak bertindak. Jadi, ada ke anak sesiapa nak kena jadi mangsa dulu baru badan berkenaan nak tersedar, yang basikal macam tu banyak dijual kat Malaysia. Kau nak beli tricycle ni untuk anak kau? Price range dia aku tengok RM60 ke RM89
Merata2 tempat jual..cuma mungkin, kualitinya buruk sikit.
Kalau ada design Mickey Mouse, Mickey Mouse dia mesti nampak terencat sket.

17 ulasan:
Setuju sangat...banyak brg yg ada kat malaysia sgt teruk kualiti... baby stuff u name them....overpriced. so good for us adik beradik we bought yg mahal n rotate the stuff.. baby stroller, play pen, court, even baju til now....ada yg dah rotate belah ipar coz quality yg bagus... sharing is caring coz pakai sekejap sgt.. tapi kena jaga betul. frust pernah bg kat ipar... dah kata nanti nak rotate....coz bukan murah... tapi tak hargai... so tak bg dah....rotate dgn yg lain.
Org kita biasanya dh jd sesuatu baru kecoh.hehehe.kelakar lah pasal breastpump tu sume.tp mmg betul pon.hhhehe.
breast pump aka vacuum cleaner? wtf?? hahahaha eh, ke benda ni memang wujud? tak leh nak imagine..... hahahaha
yang kau kesahkan mainan budak..heh..
ko tak pikir lak kenapa makanan kita takde piawaian mcm yg sirim buat kat barang2 letrik..
wajibkan semua bahan makanan import amek cop halal..
mana yg tak lepas, letak non-halal..
takde cop halal or non-halal takleh jual..ada beran jakim?? jibby??? bapak dafi????
setuju ngan botak chen. aq pernah kje supermarket..dkt tin pork bole ade cop halal.. cmne tu.. spe yg x buat keje??
Setuju giler...pastu ko kena sogok dgn iklan pastu peer pressure org tak braaper kuat iman konfirm meroyan kalau tak dpt beli...
aku beli stroller anak sulung aku yg leh jadi baby carrier+car seat skali...rega dekat dua ribu...skang yg sulung dah masuk 2 tahun...so,dia just guna stroller je..baby carrier tu dah diturunkan ke adik dia pulak...utk kakaknye aku beli pulak car seat recaro....rega dia lagi mahai dari seat original volvo aku...pasaipa aku sanggup spend camtu...bukan sbb sayang kat anak terlebih....tapi sbb produk yg aku beli utk anak2 aku,aku akan research dulu tang safety features dia....tu no 1,brand,design,kaler tu semua tolak tepi...breast pump...dari yg murah smpi la yg rega dekat stgh bulan gaji aku dah aku belikan utk bini aku....paling murah,bini aku kata menyakitkan,up sikit lagi,single pump avent,ok tapi lambat,dlm dok proses yg satu..yg satu lg dah meleleh...kesian kat dia satu badan dah bau susu...so,ambik yg dual pump...handsfree...baru la aku tengok dia boleh buat keje lain sambil proses stok susu utk anak aku....bila aku pikirkan balik...aku invest beli pump mahai tu pun,kira2 balik,boleh cover duit aku dari kena beli susu formula selama 2 thn...dari anak yg sulung sampai la ke baby yg latest ni...alhamdulillah....
Ala kita dulu takda benda tu semua hidup gak jadi manusia.. dapat juga masuk universiti garduate bagai :)
banyak barang memang tak sampai setahun pun pakai anak aku stroller ada la sebulan kot lepas tu dia tak mau duduk dalam tu dah..
tricyle? tak beli ada la orang bagi tapi tak sampai tiga bulan jemu dah..
So tak perlu beli mungkin kita kena buat perkhidmatan sewa je la.. hohoho
breast pump patut tax free dan ada subsidi supaya semua ibu boleh menyusukan anaknya
AKU PENAH NAK BELI WALKER UTK ANAK
KAT KEDAI ANAKKU RM80 KALAU X SILAP
TP BENDA YG SAMA KAT KEDAI APEK RM25
BEZANYA KAT ANAKKU ADA TAMPAL STICKER BRAND ANAKKKU, YG KEDAI APEK TAKDE JENAMA..TP ITEM MMG SEBIJIK SEBIJAN
Fuhyooo..ada ke vacum cleaner yg bole guna sbg breastpump??? Ada ke??? Meh tunjuk kat aku..mcm pelik je...???
RD ni sampai kagum dengar vacum sebagai brest pump
ada kalau tak silap dia sedut untuk sedut susu.. kecik je mesin dia.. leh pakai jadi vacum cleaner gak la sedup hampagas hoho..
Gambar ntah le cuba google.. jenis2 breast pump..
Montot - Brest pump tu boleh gak buat teraphy montotkan buah dada hahaha.. :) atau apa2 yang nak dipump dan besarkan kakakaka.. Tapi tak semua orang selesa pakai brest pump ni..
ak suka dgn tajuk kau..wat org teruja nk bc isi penulisan kau..hehe keep it up..tq
Beli breastpump mahal tu utk keselesaan mak. Tak semua ibu yang mampu jadi surirumah sepenuh masa, tp dlm masa yg sama nak jugak berikan susu terbaik utk anak. So, kalo beli yg manual nanti lambat. Kerja banyak, masa sikit. Kalo beli yg murah nanti sakit, kalo sakit nanti stress kang susu terus tak keluar. Bagi aku itu still satu keperluan dan berguna walaupun mahal. Yang mahal tak bertempat seperti kereta mini, haaa... itu betul la tak logik kalo nak tunjukkan kasih sayang.
Tepuk dada msing2lah kan..
kdg2 ikut kemampuan. Tp mostly kalau aku nk beli barang2 kperluan, aku ikut kperluan la. Aku pkai pump manual, alhamdulillah stok susu ada je, rajin x rajin je lah ikut diri sdri. Stroller pun sama gak, beli stroller yg btul2 logik dr segi rege n kperluan. Xde makne nk belanjakan 3ribu utk beli stroller yg tentu2 ank2 aku btul2 nak duduk dlm tu 3,4 bulan je. Pastu lipat berhabuk dlm stor.
ko bercakap psl breast pump 1600 tu ialah medela freestyle kan....
kalau aku ada duit pun aku beli...hehe. untuk ibu yang berazam nak exclusive breastfeed anak dan dlm masa yg sama bekerja, breastpump amatlah penting.
medela freestyle tu cool sbb motor die kecik, so ko x yah duduk satu tempat. sambil pump, smbl masak, jemur baju.
tp sebab aku x ada duit sangat, aku beli rumble tuff je. ko punya wife exclusive breast feed tak?
tapi aku suka ayat ko yang siapa ajar spend banyak ialah tanda kasih sayang!
aku suggestkan bagi yg baru nak timang anak pertama beli la barang yg kualiti aka mahal. sbb boleh pakai lama n turunkan pada anak2 selepasnya.
contoh; stroller, car seat, baby carrier, breast pump. Pada aku semua ni keperluan dan memudahkan parent. Tapi tatau la aku kalo mak bapak sanggup dukung pakai tgn anak2 die kalo outing.
Kalo breast pump tu RM1600.. kalo fully utilized, fully breastfeed anak die.. 4,5 bulan dah boleh cover balik sbb jimat tak payah beli duit susu.
Catat Ulasan