September 03, 2013

"Baguslah Minyak Naik. Duit Aku Banyak Sangat Tak Terpakai Ni," Kata Seorang Ahli UMNO

Semalam,TV mengeluarkan berita pasal Rosmah Mansor gesa orang ramai patriotik. Tergelak besar aku ketawa melihat gelagat Rosmah Mansor.

Ramai orang mempersoalkan kenapa ramai rakyat Malaysia tidak ada semangat patriotik. Adakah aku patriotik? Tidak. Aku tidak patriotik. Serius...aku tak.Sebab aku rasa tidak ada apa2 yang perlu aku banggakan mengenai pembangunan Malaysia sekarang.

Kerajaan sekarang ini patriotik ke pada kau?

Satu masa dulu masa aku kecik aku "patriotik" sebab masa kecik, aku hanya menurut sahaja. Tapi dah besar, aku tak patriotik. Adakah aku salah kalau aku kata aku tak patriotik? Perlukah kau bahan aku kalau aku mengaku macam tu? Sebelum kau bahan aku mari aku jelaskan dulu, kenapa aku tak patriotik.

Aku tidak politik kerana semangat patriotik sudah bertukar. Semangat patriotik sudah jadi semangat partipolitik. Ini semua aku dah ceritakan beberapa hari yang lepas. Tapi, kenapa sebenarnya aku tak patriotik? Semua ini berpunca, sebab aku rasa, walaupun mereka kata kita ini rakyat merdeka....kita sebenarnya tidak. Kita merdeka, tapi sebenarnya jiwa kita tidak merdeka.

Kau boleh lihat sendiri dalam bab-bab politik. Mentaliti kerajaan kita yang digunapakai amat jelas dan terang,"You help me,I help you. You don't help me, I don't help you." Mentaliti itu jika digunapakai sesama seteru politik, tidak apalah....tapi bila dah melibatkan rakyat sendiri, susah la camtu.

Kenapa wujud tekanan politik pada penjawat awam? Cuba jawab dulu sebelum kau claim diri kau merdeka.

Kenapa perlu diwujudkan Pengerusi JKKK di negeri yang mana pembangkang menang sedangkan penduduk setempat dah melantik seorang ketua kampung yang dipersetujui sesama mereka? Cuba jawab ini dulu sebelum kau claim diri kau merdeka.

Kenapa kau takut nak mengaku ideologi kau lebih berat ke arah pembangkang jika kau bekerja dalam Jabatan Kerajaan? Bukankah kecenderungan politik itu hak individu dan selagi tidak menjejaskan tanggungjawab asal petugas awam? Kau orang merdeka kau kata?

Even dekat urusan2 sekolah2 yang negerinya menang dekat Pakatan Rakyat sekalipun ada wujud tekanan supaya pihak sekolah ketepikan wakil rakyat yang menang dan panggil "wakil rakyat tidak rasmi" lantikan Pihak Pembangkang Negeri yakni BN....jika tidak.....nama Pengetua/Guru Besar mungkin akan "tercalar."

Begitulah dalamnya kuasa politik dekat negara kita.
Kau claim kau merdeka lagi?

Kemerdekaan tulen adalah kemenangan ke atas politik. Kemerdekaan adalah waktu di mana kuasa politik tidak mampu tekan kau dan kau berdiri sebagai seorang rakyat sebuah negara. Kemerdekaan adalah waktu di mana tidak ada kepentingan parti dan penjawat awam mampu mengeluarkan pendapat yang dia tak setuju langkah2 kerajaan sekarang ini lebih kepada membazir duit, secara terbuka.

Itu adalah kemerdekaan. Kemerdekaan adalah keupayaan kau mempunyai pandangan sendiri yang mampu membangunkan negara tanpa risiko dihukum atas sebab kau mempunyai pandangan sendiri yang berlawanan dengan pihak tertentu.

Dan pada ketika ini, patriotik hanyalah satu alat supaya kau tunduk ke arah satu parti politik. Itu bukannya kemerdekaan. Itu kecibaian. Yang kau still nak bangkitkan alasan "alah..kalau Pakatan menang pun diorang nanti sama aje!" Tak mustahil Pakatan akan cuba buat benda yang sama kalau mereka memerintah tapi masalahnya, BN memang dah terbukti buat benda ni. Kau Tuhan ke yang kau boleh tau benda2 yang bakal terjadi?

Dan parti pemerintah kita ni, makin lama makin mengarut membuatkan aku mencarut. Fuck them. Cara mereka handle kenaikan minyak semalam jelas menunjukkan, kerajaan kita ni lemau. Takde direction, takde idea nak create mekanisme yang elok untuk bantu transition kenaikan harga minyak. Mungkin kerajaan kita suka orang ramai keluar beratur beli minyak. Nampak meriah. Baru terasa mood merdeka barangkali?

Kau sebagai kerajaan, kau adalah collective minds orang2 yang sepatutnya geliga dan bijak pandai, tapi jika itu adalah method terbaik yang kerajaan rasa untuk announce kenaikan harga minyak, aku ucapkan terima kasih banyaklah. Sekarang ni, kau boleh nampak jelas, masyarakat kita terbahagi dua....yang tak sokong kerajaan, akan mengeluh pasal kenaikan harga minyak. Yang sokong kerajaan, akan mengeluarkan pelbagai alasan untuk mengiyakan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi minyak.

Kepada yang sokong kerajaan dalam bab ni, aku tanya kau, "kau ni bangang ke?" Kau boleh sokong benda ni? Seriously, jika kau sokong benda ni,  ada something wrong dalam kepala kau dan kau sebenarnya, tidak merdeka.Kau nak cerita pasal ekonomi? Pasal kewangan? Pasal struktur tax? Pasal faedah jangka panjang?

.......kau ingat semua benda tu penting ke dekat orang susah?


13 ulasan:

Mr Freak ; gatal tengkok mu berkata...

sedih sial..
aku udah la menganggur,
keje takde lagi..
baru nak start
hidup bekerja dah
kena tibai dengan
harga minyak naik la,
rumah mahal dah..

nak suruh kami isap
ibu jari pemerintah ke
baru dapat rasa hati gembira?

ibrahim rabani berkata...

1 Malaysia Endless Possibilities itu amat dalam maknanya, kan mantot?

Tanpa Nama berkata...

Memang aku tak pernah rasa merdeka walau takde peperangan. kerajaan skrg useless n they dont really care about the rakyat except for themselves. celaka lah pemimpin yg menzalimi rakyat,walau secara halus. Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

Even dekat urusan2 sekolah2 yang negerinya menang dekat Pakatan Rakyat sekalipun ada wujud tekanan supaya pihak sekolah ketepikan wakil rakyat yang menang dan panggil "wakil rakyat tidak rasmi" lantikan Pihak Pembangkang Negeri yakni BN....jika tidak.....nama Pengetua/Guru Besar mungkin akan "tercalar."

aku ingat masa PR menang kat Perak dulu. Ruang gambar MB kat dinding dibiarkan kosong sampai la BN ambik
alih kerajaan. Demokrasi la sangat!!

Unknown berkata...

Terima kasih BN, terima kasih Malaysia...inilah contoh salah satu negara yang mengamalkan 'politik menentukan ekonomi' haaa naikkan lagi harga beras ke, gula ke, tepung ke minyk masak ke...naik lagi...x payah makan

Syakir Zainol berkata...

brilliant, artikel yg sangat brilliant!

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju....dan sesiapa yang kata dengan kenaikan petrol dan diesel sebanyak 20 sen tidak memberi kesan kepada kehidupan rakyat adalah orang yang amat bangang. Kenyataan yang amat "kecibaian"..

Amy berkata...

Akak setuju sangat dengan artikel ini..akak copy masuk dalam blog akak
ya....

Tanpa Nama berkata...

Salah satu sebab aku x minat nak join gov sector...aku x rasa merdeka.

Tanpa Nama berkata...

setakat naik petrol 20sen xde hal..yang sebenarnya buat rakyat benggang ..takut ..phobia..ialah kesan kenaikkan 20sen tadi pada benda2 lain..petrol naik 20 sen tambang bas naik 30 percent..wtf..tu belum cerita harga ikan dan ayam..semua transport pakai diesel & petrol,,menteri cakap ..masih murah ..masih murah dari negara lain ..kepala hotak dia..petrol dia pun rakyat bayarkan..

Tanpa Nama berkata...

ntah la tot...meh aku tmbah skit...najib ckp alasan mnyak naik ni adalah utk tngkatkn jumlah brim...aku rasa...tolak jmlah brim yg nk d tmbah tu xjd masalah...brim ttp 500 mnyak ttp cmtu...1.90...tp aku rsa..ni mngkin taktik najib nk dptkn kepercayaan rakyat...najib mntak rakyat bg cdngan untuk bajet 2014...mngkin mnyak akn turun....tp aku rasa x kot..biasa la..pru dh blnja byk..prk lg...byk dh habis....aku mmg stress dgn pemimpin negara kita...ramai yg bodoh..bung mokhtar..menteri ayam tu...bab ekonomi fail...bodoh nk.mampus....cdangan bg sakit ht rakyat ja..tp xpa..yg penyokong....sama bodoh...serius aku kasihan kt org kmpung....diorg dpt brim..hepi ja...tp xtau apa yg jd...mngkin ank2 diorg dh tau...nk jelaskn pun dh terlmbat..kita tnggu ja efek berangkai...dn gst...ke mana hak kita??

SDHC 8GB

Tanpa Nama berkata...

Ron 97 = RM 2.85 (bebas cukai + xde subsidi)
Ron 95 = RM y + RM x(cukai)- RM 0.63(subsidi) = RM 2.10(harga kawalan)

Dari sini https://www.facebook.com/penerangan/posts/10150890628148884

perbezaan harga Ron 95 & 97 = 0.20/L

So.

Y=RM2.65
X=RM0.08

Kenapa masih ada nilai "X"? Subsidi sebenar = RM0.55?

*semua nilai RM adalah per liter.

Tanpa Nama berkata...

I really wish that someday the opposition will get the opportunity to rule Malaysia. Then u can just compare & decide whether u are just an 'ungrateful creature' OR a 'rightful person'. peace no war. =)