Sham dan Emy duduk di kerusi mereka sambil pasangan-pasangan lain mula memenuhi bilik yang sederhana besarnya. Di sebelah mereka adalah sepasang suami isteri yang datang dari Kepong, Karim dan Suzi. Di kiri mereka, Meor dan Nina.
Seronok rasa Emy kerana dapat bertemu dengan geng-geng seangkatan dengannya. Suami isteri yang dalam proses mahu jadi ibu dan bapa. Kandungan Emy sudah lebih 5 bulan, sekali-sekala mengah juga Emy kerana pertama kali merasa ada makhluk kecil dalam perut menendang-nendang. Sakit, memang sakit tapi mereka berdua sangat bahagia.
Seorang lelaki memakai serban masuk dari pintu dan terus ke arah meja di depan sekali. Beliau menekan-nekan laptop di meja dan menyalakan projektor. Terpampang besar tajuk kelas hari tu "Anak Adalah Ibarat Kain Putih."
"I ingat kelas keibu-bapaan ni cover practical things only...rupanya ada jugak kelas camni," bisik Sham pada isterinya. Emy hanya mengangguk. Emy berpusing memandang sekeliling, semua pasangan yang datang adalah Muslim.
"Assalamualaikum semua! Nama saya Rahman, penceramah untuk anda semua hari ini. Saya tak suka bercakap banyak...jadi, hari ini, kita melukis sajalah," jelas Encik Rahman dengan ceria. Serentak dengan itu keluar dua orang pembantu Encik Rahman membawa bersama mereka set lukisan berisi cat warna air,berus dan kertas lukisan.
"Apa yang ada depan anda semua sekarang adalah alat2 untuk melukis. Saya tak nak beritahu anda apa anda kena lukis, terpulanglah kepada anda nak isikan kertas tu dengan apa pun," senyum Encik Rahman sambil berkata.
"Saya tak pandai melukis Cik!" sahut seorang lelaki dari belakang. Gelak satu bilik itu mendengarnya. "Tak apa, buatlah apa yang terbaik yang anda boleh buat.." Pakat ramai-ramai mengangguk."Tapi saya ada satu syarat, anda mesti lakarkan sebuah rumah dalam lukisan anda tak kiralah macam mana,saiz apa, warna apa, jenis apa...rumah kayu,rumah batu, kondo, flat...tak kiralah apa pun mesti ada rumah."
"Kalau tak buat rumah?" tanya Karim.
"Anda tak layak sambung kursus2 yang lepas ni!" tegas Encik Rahman menjawab. Kaku sebentar peserta. "Serius ke ni Encik? Kami dah bayar!" Encik Rahman senyap. Dia merenung peserta yang bertanya. "Ya, saya tak pernah main-main..Setengah jam dari sekarang."
Peserta-peserta pun tekun memulakan kerja mereka walaupun ada bercampur baur dengan rasa tak puas hati. Emy dan Sham mengambil keputusan mahu melukis pemandangan sebuah keluarga yang beraya di kampung di hadapan sebuah rumah kayu yang mempunyai rekaan bercorak klasik. Sham menjenguk di sebelah dan dia nampak Meor dan Nina melukis seekor burung sedang bertenggek di dahan sambil di belakangnya ada sebuah rumah kecil.
Semua peserta tekun menyiapkan lukisan mereka sehinggalah waktu mereka tamat.
"Wah, baguslah awak semua ni,selalunya saya bagi setengah jam tak cukup. Mesti meleret ke sejam lebih!" Encik Rahman memberikan komennya."OK, baiklah,semua boleh tak angkat lukisan masing-masing dan tunjukkan pada semua."
Mereka lalu mengangkat lukisan mereka. Ada yang melukis seorang bayi sedang bermain di depan rumah, ada yang melukis sebuah rumah dan didalamnya ada buaian bayi. "Apa yang anda nampak?" tanya Encik Rahman.
"Semua lukisan ni tak sama tapi dipengaruhi oleh faktor kami tengah expecting?" jawab seseorang.
"Betul. Semua lukisan awak tak sama, tapi sebab ini adalah kelas parenting, awak akan lukis sesuatu yang berkait dengan parenting..." ulas Encik Rahman. "Bayi, adalah seperti kertas putih yang awak lukis tu. Semua orang, ada cara idea masing-masing apa nak dilukis dan macam mana nak melukisnya...membawa maksud, walaupun awak boleh belajar bermacam cara dengan orang lain, tapi decision dan faktor paling penting, adalah diri anda sendiri."
Sambung Encik Rahman, "faktor-faktor pengaruh yang berlaku kepada anda akan mempengaruhi anda, anda semua adalah parents in waiting jadi semua lukisan anda reflects benda tu. Ini, adalah pengaruh hidup. Ini adalah faktor luaran kepada macam mana cara anda nak besarkan bayi anda tu nanti...ada orang influencenya elok,eloklah cara dia. Buruk pengaruhnya,buruklah cara dia.."
"Baik atau buruk perangai dan penjagaan bayi itu, adalah bergantung kepada anda,cara anda dan apa yang mempengaruhi anda nanti.Dia lahir ke dunia bersih, tugas anda semualah nak lukiskan dia supaya jadi macam mana nanti..." Ramai peserta yang mengangguk-ngangguk kan kepala tanda paham."Anda lukiskan dia buruk,cincai boncai, jadilah dia cincai boncai." Encik Rahman sengih. "Saya ada satu soalan..."
"Apa benda yang sama dalam semua lukisan?" tanya Encik Rahman. "Rumah..." jawab seorang peserta. "Betul. Tapi kenapa semua orang lukis rumah tu?" tanya Encik Rahman.
"Sebab Encik suruh!" jawab seorang bakal bapa.Tergelak satu bilik itu. Encik Rahman senyum. "Kalau tak buat pun tak apa kan? Bukannya saya boleh hukum kamu pun sebenarnya. Awak masih lagi akan jadi mak dan ayah," Encik Rahman bertanya dengan lantang. Terdengar dua tiga orang mengeluh kurang senang. "Tapi, kan tadi Encik cakap..."
Encik Rahman hanya berdiri tegak. "Siapa lah saya ni...yang awak semua ikut cakap saya jugak kenapa?" Ramai wajah terpinga-pinga mendengar kata-kata Encik Rahman.
"Dengar sini wahai bakal ibu dan bakal bapa, perintah Tuhan dah kata, bila anak umur dia 8 tahun, paksa dia solat. Jikalau dia enggan, pukul dia. Soalan saya, berapa orang kat sini ada perancangan nak ikut benda tu? Arahan saya anda semua boleh ikut, jadi simpan dalam diri perintah Tuhan pun perlu diikut!" Tegas Encik Rahman ketika itu.
"Kita boleh cuba lukis anak-anak kita sebaik mungkin, kita boleh cuba berikan dia pengaruh yang paling baik dalam hidup, tapi kalau bekalan paling penting dalam hidup kita tak mampu nak sediakan, apa yang berlaku dekat lukisan anda?" Semua orang diam terpinga, panas telinga. "Tak mencukupi syarat!"
"Nasib baik saya suruh lukis rumah, kalau saya suruh lukis lembaga menakutkan macam mana? Dia hanya mintak kita buat benda baik-baik tapi kenapa ibu bapa zaman sekarang lebih mementingkan benda lain yang Dia tak mintak pun untuk diberikan kepada anak?" Sedikit mengah Encik Rahman ketika itu.
"Dia dah suruh tapi berapa orang yang nak ikut? Tengoklah masyarakat kita sekarang. Janganlah kita nanti pun tak memenuhi tanggungjawab dan syarat utama yang Dia dah berikan kepada kita semua, tau. Ok! Assalamualaikum!" Serentak dengan itu Encik Rahman pun melangkah keluar dengan cukup bergaya macam Rajnikandh, hero filem Tamil.
Emy dengan pantas cuba merapatkan jaket lembut yang dipakainya supaya tidak terlalu mendedahkan dada, terasa panas telinganya sebab barulah rasa segan sedang menjalar dalam jiwa.

12 ulasan:
best..terbaek..
Deep.
Woh.. :| Kalu aku pun terkedu..
Benda ni bukan untuk ibu/bapa yang baru dapat anak tapi untuk yang dah ada anak lagi dalam :)
Tk Fhm?
Semoga objective class itu tercapai dan semuanya mengambil iktibar, bukan hanya sekadar panas telinga sejam dua ^^
Saya dan suami adalah produk yang lebih kurang sama. Produk ibubapa yang bekerja. Kami ambil keputusan untuk buat sesuatu yang di luar kebiasaan orang zaman sekarang. Iaitu saya melepaskan kerjaya saya dan membesarkan sendiri anak saya. Mula-mula goyah jugak dengan pandangan masyarakat sekeliling, tapi kita kena kuat untuk buktikan apa yang kita rasa betul.
kebetulan saya baru coretkan kisah keputusan untuk berhenti secara tiba-tiba. Sudilah menjengah ke blog saya yang baru beroperasi =)
http://myparentsmybestfriend.blogspot.com/
hahah aku cuma rasa ustaz tu..patut 1 jam..tapi dia hanya ajar 30 minit je..other 30 minit tgk org melukis.
hehe
steady mantop!
Best amat..terasa ke lubuk hati yang paling dalam * sambil tgk muka anak aku*
terbaekk la tulisan ni
Mantot ni kan macam tau2 je aku ni salh sorang parents in waiting.
juegos gratis
Catat Ulasan