Ogos 29, 2013

Rakyat Malaysia Yang Menyokong Pembangkang Harus Taubat dan Mandi Air Bunga

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat kesal dengan tindakan segelintir guru yang terang-terangan berkempen untuk parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, beliau hanya merujuk perbuatan segelintir guru terbabit menentang Barisan Nasional (BN) kepada Pejabat Pelajaran di kawasan Parlimennya sahaja dan tidak membawa kes tersebut kepada Kementerian Pelajaran bagi tindakan lanjut.

“Memang setiap rakyat bebas menyokong mana-mana parti yang mereka sokong. Tetapi, para guru yang berkhidmat dengan kerajaan BN seharusnya menyokong komponen BN.

“Mereka boleh dikenakan tindakan berat jika dirujuk kepada pihak kementerian. Namun, saya tidak berbuat demikian memandangkan tindakan tersebut boleh mengganggu periuk nasi mereka,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi sekolah-sekolah kawasan Sri Aman di sini petang kelmarin.

Pada majlis itu, Masir menyampaikan cek MRP bernilai RM5,000 kepada setiap 40 buah sekolah menengah dan sekolah rendah di sekitar kawasan Sri Aman.

Beliau juga mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman. Selain itu, Masir mengingatkan segelinitir guru yang sudah terlanjur menentang BN pada PRU13 lalu agar jangan mengulangi perkara yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Beliau juga memohon guru terbabit memberi fokus terhadap usaha mempertingkat prestasi akademik dan kokurikulum murid-murid menerusi peruntukan yang diberi kerajaan atau wakil rakyat BN.

“Saya berharap agar peruntukan yang disalurkan wakil rakyat BN ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya pihak sekolah untuk memajukan taraf akademik murid-murid,” katanya.

Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Bihud Apok dan penolongnya, Mohd Yusop Lugom, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman Louis Aom, para Pengetua Cemerlang di Sri Aman iaitu Joseph Junting, Mering Jok, para guru besar serta kakitangan sekolah di sini.

............ 

Kadang2 bila kau baca berita kat Malaysia ni,
susah nak bezakan mana berita yang sarcasm dan mana berita yang serius.

Banyak betul berita yang isi dia macam sarcasm 
tapi sebenarnya serius. Macam berita kat atas. Makin lama aku rasa Malaysia ni
dah menghampiri negara komunis corak pemerintahannya.

Ayat paling takleh tahan
"Selain itu, Masir mengingatkan segelinitir guru yang sudah terlanjur menentang BN pada PRU13 lalu agar jangan mengulangi perkara yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti."

12 ulasan:

AzmanV2 berkata...

Bila nak sambut ulang tahun kemerdekaan ni, kita sering diingatkan tentang kekejaman komunis, betapa jahatnya komunis dan komunis tu musuh negara.

Tapi, pemerintahan negara tak ubah serupa komunis.

ironi.

Tanpa Nama berkata...

kepala hotak dia

Tanpa Nama berkata...

Apa hak Masir?

Prince of Noob berkata...

nampaknya aku terpaksa bertaubat sekarang... tapi aku bukan guru

Unknown berkata...

taubat dan mandi air bunga?

bila terfikir air kt umah free 20m3...

Tanpa Nama berkata...

tak faham la mamat cakap.macam org hilang akal jer..

Master Yoda berkata...

Mamat ni memang sengal baghal..tapi org yg pilih mamat ni masa PRU lepas lagi baghal dan sengal..kah kah kah

mecha_praline berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
wan kc berkata...

mp pun tak paham konsep democracy... payah la camni... mungkin sebab malaysia mengamalkan demecrazy aka mereka gila...

Tanpa Nama berkata...

Cakap macam takda demokrasi kalau tak buat apa dia bertanding pilihanraya.. leh menang automatik je kan.. lol..

Pegawai kerajaan ni kena sokong partikerajaan je ke hohoho.. Sian parti lain rakyat undi pun tak diiktiraf sebagai pegawai kerajaan.. Kerajaan Penang dan Kelantan tu bukan sebahagian keranana Malaysia ke hohoho..

Siapa la yang pilih dia ni jadi wakil rakyat tak demokrasi sunguh..

Tanpa Nama berkata...

Menyokong pembangkang sama ertinya dengan menentang kerajaan

boyish berkata...

waklu r..suke hati r nk sokong sape even kite kerje ngn sape pon an...the hell..cmtuh org keje swasta moh ramai2 skong pmbngkang la...kite ni ngr demokrasi bukan ngr pemerintahan kuku besi...jwtan tggi tp bodoh pon same tinggi ni