Ogos 02, 2013

Awkward Agama : Kau Pilih Nikmat Masa Tengah Makan atau Masa Lepas Makan dan Kenyang?

Ada seorang Ustaz tengah berceramah dalam TV. Aku tak sure apa tajuk dia.Mula-mula aku buat endah tak endah aje apa Ustaz tu cakap sebab aku tak plan nak tengok pun tapi aku duduk situ, bersandar kat sofa dan layan sambil fikiran menerawang kepada benda lain.

Lalu Ustaz tu tanya dekat aku, yang tengah mengadap TV. "Siapa sini benda pasal ibadat ni, dia create dalam imaginasi dia, satu bentuk checklist atau senarai?"

Aku tersentak. "Oh, sayalah tu Ustaz!" Jawab aku dalam hati.

"Tahukah anda, apa yang anda buat tu walaupun elok tapi tak betul sepenuhnya?" Beritahu Ustaz tu macam dia tau apa aku fikir.

"Eh, apsal pulak? Betul la. Kan aku solat lima kali sehari," fikir aku. "Jadi dalam kepala ada senarai Subuh,Zohor,Asar, Maghrib, Isyak. Lepas habis aje solat, aku akan tickkan dalam kepala aku checklist achievement aku sebab aku dah fullfill solat tu.Macam hari ni (hari itu) Subuh, kosong, Zohor, OK!"

Ustaz tu pun sambung lagi,"Kita solat bukan sebab kita nak penuhi checklist tu. Kita solat sebab kita suka apa yang kita solat tu...sebab tu di luar sana, ramai yang solat tapi dia cepat2 solat sebab pada dia, solat tu adalah satu benda yang dia kena buat...tapi masalahnya pada dia, itu aje la solat ni. Sesuatu yang dia kena buat. Ramai buat tapi tak ramai yang suka buat..."

Bang bang!
Headshot tepat kepala aku.

Aku, bab solat ni, benda yang aku happy adalah bila aku berjaya tick semua lima waktu solat dalam kepala aku ni. Walaupun kadang2 ada lubang2 jugak tapi kalau satu hari dapat lima-lima, rasa bahagia habis dah. Tapi rupanya bahagia aku tu bahagia yang luaran aje. Kebahagiaan sebenar pasal solat ni datang MASA KAU TENGAH SOLAT bukan masa kau dah habis solat.

Dan aku sure korang sendiri ramai camni. Benda ibadat ni, kita buat, kita suka kalau kita dapat fullfilled perintah Dia...tapi kita tak dapat nak reach level di mana semuanya ada erti dekat kita.

Kita tengah puasa ni dan kita mesti rasa gembira dapat puasa 30 hari cukup, tapi apa sebenarnya yang kita rasa masa kita tengah puasa tu? Aku pasti tengah puasa, majoriti kita fikir, apa nak makan berbukak nanti, baju raya nanti kaler apa, malam ni tarawikh kat mana atau sempat ke tidak bersama isteri malam ni supaya sempat mandi kemudian solat Subuh.

Kita sekadar solat. Kita sekadar puasa. Sebab pada kita, amal ibadat itu adalah checklist yang perlu kita penuhi. Ibadat pada orang2 kita ni adalah satu tugasan yang kita perlu penuhi dan ramai antara kita yang gembira lepas menunaikan ibadat dan bukan ketika melaksanakannya. Sama macam kerja. Kerja, kerja, kerja...hujung bulan dapat gaji hepi. Kemudian murung balik, kerja, kerja, kerja.

Ibadah bukan kerja. Tapi ramai antara kita ni yang anggap ibadat ni kerja jadi kita lebih pentingkan hasilnya berbanding proses tu sendiri dan jelaslah dalam zaman masyarakat kita, cuba tanya apa bukti kau itu Islam? Kau boleh keluar IC, kau boleh tunjuk surat beranak, kau boleh tunjuk mak abah kau orang Islam. Tapi betul ke kau itu Islam?Islam pada mulut, semua orang boleh cakap. "Aku Islam, dia Islam, kau Islam" tapi Islam dalam kehidupan? Tak ramai orang berani mengaku.

Kerana apa? Sebab pada aku dan kau, ibadat itu, adalah kerja. Kita tak rasa seronok masa solat...tapi kita gembira lepas beri salam. Sebab kita tau kita dah penuhi sesuatu. Apa yang kita penuhi?

Majoriti orang tak makan dan minum dalam bulan Ramadhan tapi berapa orang yang betul2 puasa? Tapi macam mana pun, untuk orang2 kebanyakan macam aku ni, worst come to worst, lebih baik buat daripada tak buat. Pakailah dulu checklist dalam kepala dan berharap satu hari nanti solat itu mudah pada aku.


26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pertamax!

firdaus m berkata...

betul tu mantot

kita upgrade slow slow insyallah dipermudahkan.

Sylarius Yusof berkata...

Nak dapat feel dalam solat ni, berat sikit. Lagipun, life kat Malaysia ni mentaliti kita adalah achievement. Cara nak capai achievement tu, gasaklah ikut mana pun. Falsafah 'matlamat menghalalkan cara', tak kira benda elok atau tak, janji cepat dan siap.

Tanpa Nama berkata...

sbb tu ramai solat kelam kabut, nak siap cepat..asal buat, dh rasa tenang..penghayatan xde..
kusyuk xsampi 30 saat, lepas tu dh menerewang dh...

termasukla aku dlm spesis2 ini. huhuhu

badai berkata...

Dalam Al-Quran sentuh spesifik pasal ni sebagai 'golongan yang lalai'. Rasanya sebab tafsir dia macam tu, orang yg baca tak rasa berat. Sebab semua orang pun lalai...

'ghofilun' / ghaflah / heedlessness ni memang normal pd muslim zaman sekarang.

AfendySaid berkata...

Bagi aku kualiti lagi penting dari kuantiti; biar sembahyang lubang-lubang tapi bila sembahyang hati puas.

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan ostad. Tapi solat ada 5 waktu wajib. Kalau ada lubang bersedia utk berlubang kat kubur. Bagi aku ceramah ustad tu nak ajar erti kusyuk. Baru la datag kualiti 100%.

Tanpa Nama berkata...

susah betul islam ni. dah buat sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa sebulan pun masih lagi dipertikaikan, senang lagi aku tengok agama kristian, sembahyang seminggu jer sekali. takde nak persoalkan sama ada ko cukup ker tak.

Malas Login berkata...

Wahai, Anon di atas. Be careful with what you typed.

plain83 berkata...

"Saya bukan ostad. Tapi solat ada 5 waktu wajib. Kalau ada lubang bersedia utk berlubang kat kubur.." - anon 6:18PM

bagus komen anon ni, aku sokong... bak kata mantot, lebih baik buat drp tak buat, sambil2 tu kita perbaiki la ^^

CubaFikir berkata...

Betul tu mantot kalau ada nikmat bersolat kita akan rindu dan selalu ingin bersolat maka tak perlu risau solat yang 5. Dahtentu akan cukup punya.. macam orang kekasih yang rindu dan suka buah hatinya memang nak jumpa selalu :)

TAPI jangan lupa dalam Islam ad-din ni ibadat tu luas, ibadat BUKAN SOLAT saja.. hidup ini sebenarnya satu ibadah kalau kita lakukan kerana Allah S.W.T. Kerana Allah jadikan kita didunia ni untuk beribadat kepadaNya, memakmurkan Alam ciptaannya ini untuk Dia.

umumnya tolong orang pun ibadat tulis dan menasihatai orang dalam Blog pun ibadat. :) Jadi yang utama kena faham dan dalami maksud tujuan hidup kita. maksud ibadat itu sendiri secara keseluruhannya. Apa tujuan hidup dan maksud kita dihidupkan di dunia ini.

wasalam.


Tanpa Nama berkata...

Ramadhan ni kem mendidik dan Bulan yang Allah sediakan buat umat Islam untuk menguatkan jiwa umat Islam.

Allah beri berlipat ganda ganjaran untuk mengalakan Umat Islam berlumba-lumba berusaha mendidik hati menguatkan Iman, bahkan Syaitan pun diikat di bulan ramadhan, pintu neraka ditutup pintu syurga dibuka.

Semoga kita dapat menguatkan hati kita, jiwa dan iman supaya bile keluar kem habis bulan Ramadhan kita akan jadi Insan yang kuat.

Tapi kalau dalam bulan Ramadhan yang syaitan diikat pun tersungkur bulan lain tak tahu la.. jadi mari kita sama-sama beramal..

Tanpa Nama berkata...

wow ko dah ada anak dan ko ada lobang2 solat? btol la ada ustat ckp dkt malaysia ni 2% je yg solat penuh, xsangka pulak aku dlm tulisan2 ko nmpk mcm ko golongan 2% tu dgn bini ko mcm pakai tudung labuh semua, mesti dia pn sama kn mcm ko golongan 98%? btol org ckp pemakainan muslimat tp xsemestinya muslimat sejati, solat pn blobang. mcm tu ko nk tnjk dkt anak ko? solat ko blobang maknany ko xamek berat pn pasal solat, xpa tngal,ko amek mudah semua tu,tu yg anak ko akan nmpak dan buat jgk nti,jd la generasi xjaga solat,salam

Tanpa Nama berkata...

bia solat lobang2 tp asal solat puas hati? ckp mcm xde agama, solat tu wajib mana boleh lobang2 mat, bnda tu tuhan tny ko first yg tu pn ko fail mcm mana? boleh ckp xpa lobang2 aku rasa ko kna pg mgaji agama balik ni, ko dah sesat lain la ko syiah boleh tgal2 solat, buat2 mgucap la bos ko dah tsimpang solat pn kp xboleh jaga ko ingat mcm kristian ke suka hati bila nk pg gereja,skali pg bia puas hatui?kamon bai, jgn la pmikiran sesat mcm tu.

Tanpa Nama berkata...

solat mana boleh xpa kita slow2 solat 5 waktu,mula2 lobang2, mana ko blaja semua ni?subhanallah melayu ko pk apa ni hukum Allah amek mudah, pk la ko dah ada anak semua mcm tu ke ko nk tnjk dkt anak? kena istiqamah la mana boleh lobang2 pergi kerja xde pulak ko brani lobang2 kn semgu skali ponteng takot dgn bos ko ni nk mgadap Allah branipulak ko blobang2, kamon melayu dgn tuhan sdiri xboleh nkdisiplin jgn harap nk bnda lain

Hikaru Yui berkata...

Kepada 3 anon di atas, pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Sementara Ramadan tak habis lagi ni.

komen judgmental gila. tah apa2 punya anon.

hanafijaafar berkata...

zaman aku sekolah dulu, para ustaz dan ustazah buat satu list dalam bentuk buku. suruh tandakan setiap waktu solat yang dah buat, setiap hari.

tapi takde siapa ambil kisah, dan aku rasa pun idea tu tak mantap.

Tanpa Nama berkata...

Mana bly bfran mcm ni bro

Tanpa Nama berkata...

Bwa mgucp atas apa yg anda ckp.silap hbln,bly trkluar akidah.

Tanpa Nama berkata...

Mana ada smartfon tu ada apps leh tanda setiap hari list solat pastu buat statistik :)

Kalau Allah cakap sekecil zarah manapun akan dikira kenapa tak boleh pulak kita detailakan cara hidup kita.. :) kadang benda kecik la buat kita sangkut..

firdaus m berkata...

salam hanafijaafar,

bro, tanya sikit kenapa blog anda hanafijaafar.blogspot.com tu bila klik ia redirect ke http://s1.fibox.ws/chat.php?8158

?

firdaus m berkata...

salam anon August 3, 2013 at 3:41:00 PM GMT+8

adik,
tolong register ID kat google ke atau letak la nama identity, baru la berdisiplin kat sesama manusia ni.

*note* sbb dia komen "kamon melayu dgn tuhan sdiri xboleh nkdisiplin jgn harap nk bnda lain"

firdaus m berkata...

salam anon August 3, 2013 at 3:41:00 PM GMT+8

bila ada identity, automatic ada responsibility bila nak mengomen.

bebudak yg lahir belum ada sijil beranak je yg selalu dipanggil ikut tarikh dan waktu = August 3, 2013 at 3:35:00 PM GMT+8

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah..aku setuju betul post kau kali ni.

Kita mmg jaga solat, tapi kita buat benda tu sbb kita 'kena' solat.

tak ramai yg rasa nikmat solat itu sendiri yang mana setiap kali masuk waktu, tanpa ada perasaan terpaksa dan prasangka, akan bersolat, dgn tenang.

Ramai yg akan bersolat sbb rasa kena buat. bila dah buat, rasa selesai 1 bab. pastu boleh carry on blk dgn life. "at least aku dah solat" detik dlm hati. cycle ni akan berulang balik bila masuk waktu seterusnya.

aku juga di kalangan org sebegitu. kdg2 aku rasa terpaksa nak bersolat. tapi nak xnak kena juga solat.

tapi aku percaya, perjuangan melawan kata hati utk taknak bersolat atau melawan kemalasan itu sendiri akan mendapat pahala. dan aku cuba perbaiki solat aku dari masa ke semasa.

aku doakan kalian semua, warga muslim Malaysia, yang bersolat dan membaca blog cursingmalay supaya berjaya dalam solat anda.

taqobalallahu minna wa minkum.



Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..post macam ni mmg bagus mantot..

sama2 lah kita bermuhasabah.. yang aku risaukan, mcm mana aku nak fahamkan/terapkan perkara yang sama kpd bakal anak2 aku..

harap2nya melalui tauladan lah..insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

Mantapp!! Tqvm for sharing bro