Julai 15, 2013

Industri Komik Melayu Tempatan Merudum Kerana Surat Khabar Pun Menerbitkan Artikel Komedi

LAWAK SATU

KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

LAWAK DUA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal buat masa ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, ini bagi menggelak sebarang penyalahgunaan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Katanya, warna dakwat yang diguna juga tidak diketahui oleh mana-mana pihak sehingga hari mengundi.

"Kalau kita bagitau siapa syarikat yang membekal dakwat, nanti semua orang pergi beli dakwat, (dan pada masa pilihan raya) celup jari dan berbaris. Cakap dia dah celup jari mahu minta kertas undi sahaja. Ini soal keselamatan," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Khamis.

Mengenai dakwaan bahawa dakwat kekal itu tidak kekal, beliau berkata pihak berkuasa hanya menerima 1,469 aduan atau hanya 0.0113 peratus daripada 13 juta pengundi pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

"Saya mengesyaki ada pihak yang berniat jahat dengan menyapu bahan-bahan kimia lain ke atas jari mereka untuk menghilangkan kesan dakwat itu," katanya.

LAWAK TIGA



...........

Memang terbaik minum anai2 yang diberi makan ayat2 Quran mampu memberikan keberkatan. Aku cukup suka baca benda2 merepek yang usahawan Melayu yang tah mana2 muncul gunakan pelbagai gimik untuk jual produk yang researchnya mana datang tah. Mana datang teori sains yang membolehkan produk tu dikeluarkan entahlah...aku tengok makmal kat UKM,UPM semua perlu orang ramai untuk dapat outcome yang agak lama research dia...tapi usahawan Melayu....tiba2 dapat idea bagi anai2 makan Quran, terus digelarkan air sakti!

Nano hydronium lah...
Anai2 makan Quran lah
Air hujan malam Jumaat 10 Muharram.
Cendawan ajaib!!

CENDAWAN AJAIB!

Kelakar! Kelakar! Hujung zaman ni ramai benar orang guna agama nak cepat kaya. Harga jualan, RM240 untuk 24 botol! Kah kah kah kah!

Lagi murah kalau kau import masuk air zam-zam dari Mekah!
Ada gak faedahnya.




29 ulasan:

mdazlnshkni berkata...

luls

Shahrul Yusof berkata...

Bila aku bagi pendapat yang rakyat Malaysia sedang dipimpin oleh segolongan dungu, ramai yang marah kat aku kata aku tak bersyukur dapat hidup kat Malaysia ni.

Tapi bila baca kat suratkhabar, macam betul jeeee pendapat aku ni.

Tanpa Nama berkata...

Yang lawak paling last...memang aku gelak guling-guling...sape nak minum air anai-anai memang cerdik macam anai-anai tu....

faza berkata...

kulat susu harimau.. haha.. 1st time dangar...

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah daging RM20 per KG, mampus aku... baik ayam dari daging klau mcm tu.... Makan sayur lh kite

bik mama berkata...

Baik rebus je alquran tu wat minum air die..lagi mujarab..hahaha

Tanpa Nama berkata...

mantot sila komen pasal 2 org manusia ALVIVI tu yg bagi ucapan puasa dgn bah kut teh tu... nak dengar skit.. diorg tu condong ke PR sebelum ni... ke ko nak cover baik punye sbb sebulu dan seangkatan pakatan...

Tanpa Nama berkata...

kulat ni mmg ada....cma nma je la....susu harimau....sbb kulat ni dlm hutan tebal ja ada...tp xtau la kot ada melayu ternak ke......woi...jom pakat ternak anai2...hahahahaha.....melayu bangang x sudah........pening ah nk pk.....

Tanpa Nama berkata...

tot...baik ko yg jd menteri klau cmni...xreti aku nk pk....nk kata bodoh pun menteri....xtau la aku....totally bullshit.....daging dgn ikan lbh mahal dari ayam la 'cerdik'........letak la jawatan......alzheimer dh tu......

mecha_praline berkata...

tersenyum riang aku baca post ni. patutlah cikgu aku cakap nak tahu taraf mentaliti seseorang tu lihat bahan bacaan yang selalu dia baca. kalau berita macam ni yang selalu dibaca rakyat malaysia, lagi 50tahun lah umno bn kekal memerintah. oh ya. yang last tu paling erkkk

Nik Zulkhairi berkata...

nano hydronium nokharom..

Tanpa Nama berkata...

cikgu selalu pesan ..membaca menambah ilmu,..membaca membekal ilmu untuk hari mendatang..kalau baca paper camni tiap2 hari boleh jadi sawan..macamana orang macamni boleh jadi menteri..?

mohd. hafidz berkata...

Aku duk JB...

Sebulan sebelum Ramadhan, aku pi makan Chicken Chop kat Bistro Jalan Yahya Awal, harga chicken chop situ murah, Rm5 jerr...

Tengah makan tu, dalam lebih kurang kul 11.30 malam, ada sorang lelaki berkopiah datang, pegang beberapa botol air mineral 1.5liter, tiba2 tegur tu...

Dia tanya, "boleh saya duduk?"

Aku sememangnya rasa tak selesa dah... "Aduh, kacau nie, aku baru balik kerja, nak makan, nak relax kan diri, datang salesman pulak dah..."

Tapi aku ajak juga dia duduk... Dia kenalkan diri bagai.... bla, bla, bla... Dia hulur kad nama, katanya datang dari Bandar Baru Uda... Dia tolong jual air mineral nie secara sukarela...

Yang buat aku terkejut sangat tu, air mineral tu, berat dia 1.5liter macam air mineral yang lain gak... Katanya, air tu dibacakan yasin dan tahlil semua laa... Harga air mineral tu Rm12...

Kau bayangkan air mineral 1.5liter, sama jer macam air mineral lain2, cuma dibacakan tahlil dan yasin, harganya Rm12!!!

Aku takder tanya apa, beli la just nak dia pi cepat2 dari meja aku... Then aku terpikir apa yang menyebabkan air mineral tu Rm12?? Sedangkan air mineral yang miliki berat 1.5liter yang sama, Rm5 pun tak sampai....

mohd. hafidz berkata...

Oh, ya!!

Air mineral yang harga Rm12 tu, nama yang tertulis kat botol tu, Al-Hafiz...

Tanpa Nama berkata...

apabila menteri cap ayam bercakap tentang ayam hahaha . apabila menteri bercakap dia mewakili pemerintah , apabila sape tu ckp ? pasal 2 org manusia ALVIVI tu ? itu masalah individu chorrrr . adoi haiii , yg aku tau die pernah pegang bendera BN sambil berbogel .alahaiii ....

plain83 berkata...

cendawan ajaib... LoL!!!

tikar terbang ajaib ada? pintu suka hati ker...

Unknown berkata...

Marahkan Alvivi, sarang anai2 diminum Melayu.

error 404 logic not found.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mecha_praline berkata...

firdaus, boleh jadi tonik tu. lagi satu dalam mengata cina suka menipu, melayu sendiri pun menipu melayu. air hujan malam jumaat 10 muharam. berapa banyak dia tadah?

pensel kayu berkata...

untung jadi ayam

Tanpa Nama berkata...

rugi jd lembu nfc...

Tanpa Nama berkata...

WTF!??air anai2 makan al quran?

onlajer berkata...

air zam - zam bukan untuk dijual lah tot, dekat botol dia pun ada tulis cuma mereka mengangap upah atau tambang untuk membawanya sahaja

Tanpa Nama berkata...

gua dari kecik wat bisnes cendawan ajaib ni. makan puluh tahun jugak nak jaga. ajaib la katakan.La ni produk dah matang, tapi bini gua sorang je boleh makan. cara pengambilan senang je. rendam dalam air, tunggu beberapa saat, tu dia kembang dah naik! dari sekecik 2 inci boleh jadi 7 inci,khasiat dia? bini gua dah anak 2 lepas mengambil cendawan ajaib dalam sukatan yang dibenarkan.

kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

lawak 1 - Ikan pon mahal la Datuk Hassan eh.. ko dapat free boleh la cakap..

lawak 2 - har har har.. mari kita beli dakwat pastu minta kertas undi hohoh.. macam2 lar.. tu la sape suruh spr celum dulu baru bagi kertas undi.. polis yang jaga kat pintu masuk tu buat apa? Apa la bengong punya alasan.. Kalau cakap syarikat tidak didedahkan demi keselamatan pembekal dan bekalan dakwat dari di sabotaj logik juga.. lol.. ni la masalahnya bila cakapikut sedap aje.. tanpa fikir..

3 - ni namanya jual agama.. :) sape nak makan anai-anai haha kulat susu harimau hohoho.. powang magik magik sunguh dia ni.. merapu takda dalam quran pon kalau madu ke apa ada juga dalam quran..



Tanpa Nama berkata...

Ada org kata, kalau ko rasa bodoh dan stress, tgkla komen menteri2 or org politik msia. Nescaya ko akan rasa cerdik dan ceria kembali.

kah kah kah!!!

Tanpa Nama berkata...

yee bila kena puak sendiri jd masalah individu... bias le ko ni

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahkah... Sarcasm level 999

wawa berkata...

bukan takat air anai2 dah...leni serunding yg dibaca dengan zikir dan ayat quran pun ada juai..tah brapa rm taktau lah.cube carik kat mudah.my