Masuknya hari ini dah lebih 2 bulan negara kita selesai mengadakan pilihanraya. Esok dah puasa. Rasa masa betul2 berlalu dengan terlalu cepat kadangkala. Aku tengok jam, sedar2 eh-eh..dah pukul sekian2.
Secara jujurnya, aku agak sibuk kebelakangan ni. Perasaaan ingin menulis aku dah tak berapa ada. Aku tak tau kenapa tapi mungkin sebab BN masih lagi menang pilihanraya.....dan sehingga sekarang pelbagai isu yang pelik2 timbul. Mungkin hati aku kecewa kot sebab kelakar sangat rasanya dalam diri aku bila baca isu2 ni sebab, kalau kau negara lain, pilihanraya akan diadakan semula kalau terlalu banyak isu yang meragukan terjadi.
Aku dah tak peduli pasal SPR. SPR pada aku adalah sebuah jentera politik yang ada tuan.
Oh, kalau kau tak tau lagi, negara kita akan mencapai status negara maju lebih awal. 2018! Ketawa aku sebentar bila tengok Najib announce benda tu minggu lepas. Kita akan maju dari segi infrastruktur tapi dari segi sahsiahnya....kita akan masih lagi ditakuk lama. Tipikal Malaysian masih lagi memandu melebihi had laju, tak pulang balik troli lepas shopping dan tak paham apa itu petak kuning atas jalan raya. Maju, tapi otaknya tak berapa ke depan.
Aku nak menulis hari ini kerana ada satu benda yang aku perlu ceritakan sebab dah lama aku pendam dan kadang2 benda ni menghantui aku. Aku ada seorang kawan. Kawan aku ni hidup dia tak tentu arah. Serius shit hidup dia tak tentu arah. Kahwin, dah cerai. Anak 2 orang, dia let go. Kerja, tak menentu sebab dia tak suka buat apa yang dia kena buat, dia hanya nak buat apa yang dia nak buat. Dia cerai pun sebab ada perempuan simpanan...biasalah, lelaki gatal mulut manis. Yang aku peliknya, pasal bab perempuan, dia ada duit untuk spend. Magik!
Jadi sebelum pilihanraya hari tu, aku jumpa dia. Dah makin stylo sekarang. Awek pun dah tukar, sebelum tu awek lain. Dia cerita dengan aku....dia dah bukak company.Sekarang tengah buat proposal untuk bermacam projek. Siap offer kalau aku berminat.
"Woah..macam mana kau dapat bukak company?" tanya aku. "Tu la kau, hari tu kan Najib ajak semua ahli persatuan meeting....dan-dan kat situ jugak, dia bagi peruntukan grant, kan ada aku bagitau kau!" jawab dia. Aku tau benda tu berlaku tapi aku tak nak pegi.
"Kau tau Si Polan bin Si Polan? (seorang kenalan kitorang) Dia dapat 2 juta...terus bukak ofis kat Damansara.." Aku angguk aje la, separa jeles. "Aku dapat 300 ribu.." beritahu dia. Aku angguk lagi. Tak tau nak respon apa.
"Habis tu ni kau pangkah Najib la lepas ni?" tanya aku bergurau. "Bukan ke selama ni kau pembangkang ke?"
"Mesti la...kita sekarang ni, yang penting, pilih siapa yang bagi duit kat kita aje.." jawab member aku ni. Aku terdiam.
Lepas tu kitorang pun borak la pasal bermacam benda tapi aku terganggu dengan jawapan dia. Jeles, memang la jeles. Tapi aku tau, kalau aku attend perjumpaan persatuan tu, dapatkan untuk diri sendiri dalam 40 ribu, 50 ribu aku akan rasa dah langgar prinsip aku. Memang la sedap dengar banyak duit boleh dapat, tapi setakat itu aje ke kita punya pegangan ni?
Adakah orang Melayu ni begitu mudah dibeli? Siapa boleh bagi dia duit, dia akan beri undi kepada orang tu. Setakat itu aje ke nilai Melayu ni? Berapa nilai kau?
Kenapa peruntukan dana tu tak dibagi sebelum2 tu dan hanya 2 minggu sebelum pilihanraya, baru lah si Najib ni beriya-iya nak tolong orang2 Melayu muda macam aku buat company untuk galakkan perniagaan? Aku cukup tak suka orang camni sebenarnya. Mulut cakap dia ikhlas tapi kelakuannya lain cerita.
Tapi yang paling aku marah sebenarnya bukan dengan Najib aje tapi mentaliti yang cuba diterapkan oleh kerajaan sekarang. Mentaliti vote buying with money bila diperlukan. Bila benda tu dah jadi common practice negara kita, kita bukannya sekadar meruntuhkan moral masyarakat malah kita akan melahirkan satu kerajaan yang dependant on money to be in power. Not on eligibility, not on capabilities. Tah la...pada aku, aku menyampah sebenarnya tengok benda2 ni. Tapi sebab amalan tu memang dah digunapakai setiap hari, jadi benda tu dah jadi tak salah.
Mungkin sebab kita Islam, jadi expectation aku tinggi.... "You help me,I help you," kata Najib.
Seorang PM.
PM kau dan aku.
Jadi, selepas pilihanraya, sambil aku buat analisa aku mengenai pilihanraya, aku merumuskan satu benda. Malaysia is a fucked up nation dan aku kena terima hakikat the system dah terlalu gripping sehinggakan Malaysia akan roboh kalau sistem ni cuba diubah tiba-tiba. Kroni dah terlalu lama disalurkan bantuan jadi sistem akan disrupt kalau kroni tiba2 tak dibayar.
Mungkin luarannya nampak baik, ada MRT, ada smart tunnel, ada KLCC, ada Litar F1. Based on economic punya growth, cantik Malaysia ni. Sebab itulah yang dicanang oleh pemimpin2 kau setiap hari. FDI tinggi! Investment tinggi! Pelancong masuk ramai! Tapi dari segi etika nya, moralitynya, atas ke bawah, kotor. Ramai yang mampu tapi maintenance nya tak ada. Semua berebut nak spend, sebab kita mampu, tapi kualitinya kurang. Sahsiahnya zero. Dan sekarang ni, makin ramai pulak yang tak mampu dan sahsiahnya pun turut sama zero.
Bila seorang pemimpin terpaksa buat meeting dengan penggiat seni 2 minggu sebelum pilihanraya semata-mata nak pancing sokongan, guna angka besar, guna duit yang tah dari mana sumbernya, itu hanya menunjukkan most of the time, this current government is just trying to hold on to power for the sake of holding to power.
Aku harap, orang UMNO akan menjatuhkan Najib. Lepas pilihanraya, kuasa nak mengubah Perdana Menteri dah tak ada dalam tangan orang ramai lagi. Jadi terpulanglah kepada orang2 UMNO ni....tapi pada aku, aku harap, tolong jatuhkan Najib.
"Siapa nak ganti Najib dalam UMNO?" tanya kau. Fucked up gila keadaan ni kan? Nampak benar betapa lownya kualiti UMNO zaman sekarang ni sehinggakan PM yang mempunyai pelbagai jenis excess baggage dan isteri yang cuba overrule suami sendiri pun terpaksa dikekalkan...semata-mata sebab tak ada calon lain yang boleh gantikan dia. Buat apa ada Timbalan Presiden kalau camtu kan? Agaknya dia perhiasan semata-mata. Tapi personally, aku sendiri tak nampak Timbalan Presiden UMNO ada tokoh nak jadi PM.
Gila! Satu negara sekarang ini dependent dengan sebuah parti yang pemimpin nya tak ramai yang cukup layak nak jadi PM sehinggakan kita terpaksa kekalkan Najib jadi PM.
"Dah tak ada choice, nak buat macam mana!" kata ramai ahli UMNO sambil tunggu siapa mampu bagi bantuan peruntukan yang lagi besar sebelum mereka memilih, siapa yang akan jadi Presiden UMNO dan memilih sama ada mahu kekalkan atau tukar PM sekarang ni.
Pilih pemimpin based on nilai duit melahirkan negara yang kucar kacir. Aku takde pun jumpa dalam Al-Quran bagi kita panduan macam tu atau mungkin, dalam Kitab-Kitab Orang Melayu ada bab tu...aku tak sure la. Budaya "You help me, I help you.." ni, pada aku, tak sihat. Melahirkan masyarakat yang buat aje apa-apa, mesti nak mengharapkan reward. Atau lebih teruk lagi, kena dapat reward dulu baru boleh start kerja.
Kita boleh tengok benda tu berlaku setiap hari kalau kita rajin tengok. Kalau kau tak nampak, itu maknanya kau adalah sebahagian daripada sistem tersebut. Cuba kau tanya sekumpulan pelacur boleh ke tak jadi pelacur, semua akan jawab boleh dengan pelbagai alasan diberikan nak justify boleh jadi pelacur.
Selamat berpuasa semua.

19 ulasan:
Malaysia Boleh..
Bersihkan hati kita minda kita dan doa semoga kita semua dibersihkan..
Allah berikan kita kekuatan untuk meribah diri keluarga masyarakat dan negara kita ke arah lebih baik dan lebih diredhai..
Selamat berpuasa Noob..
Haha Silap selamat berpuasa Mantot..
Negara maju? Harap2 tak jadi negara bermasalah le. Najib (Malaysia) sekarang suka guna taktik make-up. Segala benda nak dicantikkan tp jangka masa panjang boleh ke sustain? Kat youtube skg ada iklan promosi ETP sblm, kena klik 'skip ad'. Dia explain, dlm industri elektronik rancangan dia satu je, tarik FDI. Padahal byk MNC stay/tak jadi keluar sebab insentif je. Berapa lama nak bagi duit?? Industri elektronik atanra yg tertua kat malaysia, ~50thn, tp mana produk sendiri? 1Malaysia tablet?? Konon made in malaysia tp hakikatnya tablet china yg overpriced yg akhirnya fail sbb tak boleh compete dgn 'real' stuff. Itulah dia make-up. Ekonomi pun kalau main2 pun nt jd camtu. Yg nak amik degree E&E, rajin2 la baca ekonomi jgn tertipu dgn Rancangan Najib especially part 'memerlukan 50,000 saintis & jurutera'. Malaysia tak perlu sebenarnya.
Nak negara maju cepat! Kenalah cepat spend duit. Bolehlah cepat makan komisyen. Jangan jeles pada yang dapat duit tu bang...Tak ke mane nyer..Dengan duit tulah nanti mereka lingkup..Kalau tak pun keluarga anak cucu mereka yang kena..Biasanya gitulah balasan di dunia...
Artikel yang menarik, Tot oi..
Hahaha..
@Anon 7:24:00 AM
selamat berpuasa gak... belum start puasa dah silap camana nih hahaha
btw based on personal opinion aku pun, aku pun berharap najib akan mengundur diri dan bagi laluan kepada orang lain seperti mana pak lah dulu. he has done too many damage to the country and umno itself.
bagi aku serius aku nak najib kekal. how long? lagi lama lagi bagus. the problem is the system. bukan susuk tubuh. kalau tukar najib tapi naik orang dari sistem yang sama pointless.
Semua pegawai atasan (& mana2 staf yg ada 'kuasa') jabatan kerajaan perangai sebijik mcm Najib. U keje bagus tapi kalau tak kipas, tak back stab, tak spin, u mati. Kita bkn ada sorang Najib, kita ada berpuluh ribu Najib di Malaysia ni. Bravo!
salam, selamat berpuasa.
aku dah giveup tunggu change di malaysia.
aku buat change sekeliling aku je la, tapi klu ada peluang migrate, aku akan migrate.
Seram baca entry kali ni. Meremang abes bulu.
Aku benci apa yang ko tulis ni...sebab ko zahirkan apa yang mata aku tengok dan hati aku rasa tapi aku konon2 buat tak tahu...
Sedih+kecewa+rasa cam tak leh buat ape = fakap...
Semoga Ramadhan bawa kedamaian dan harapan. Hope,that's my only way out..
Mantot, kenapa kau dan aku tak boleh jadi salah seorang pejuang melayu? sesatkah kita? Aku sentiasa salahkah diri aku sbb tak mampu nak jadi pejuang melayu. dan aku benci walaupun ramai pejuang melayu yang lain tapi melayu masih jauh ke belakang jugak... kemudian pejuang-pejuang melayu kata ini semua salah bangsa lain especially cina. aku benci mantot sbb aku baca dalam buku tentang success kita akan terus gagal apabila kita terus tuding jari pd orang lain kerana kegagalan hidup kita sendiri. apa pejuang2 melayu tu perjuangkan sebenarnya? mantot aku rasa hopeless mantot. kau telah tambahkan rasa hopeless aku dengan apa yang kau tulis..... salam ramadhan, semoga ramadhan kali ni lebih baik dr ramadhan yang lepas2
Samala seperti yg dkatakan Prof yg mengajar aku...
terlalu dalam sangat kronisme nie..bygkn la klu harga kete/rumah turun, then bank pn kena adjust blik pnjmn die, interest die semua,seller pn kena adjust balik nk dptkn keuntungn, nk memuaskn ceo2,shareholder semua berlipatganda..mmg deep sgt2!..Malaysia ni mmg da berat sgt dengan rasuah dan kronisme...
tot,apa kena ngan blog kau ni?
Ntah la.. apa yang perlu kita buat?
najib adalah simbol politik yg digunakan kerana dia adalah seorang PM sekarang. sama macam mahathir dulu. kenapa dulu takde sape betah najib? sbb dia belum jadi PM. so kalau digantikan dgn org lain, anwar ke muhyiddin ke guan eng ke siapa2 ke, bende yg sama tetap akan jadi. percayalah. because thats how the world works. sebab politik itu kotor. ada ke parti politik yg suci kat dunia ni? puihh.. even arab much more corrupted. berhenti mengeluh. just save our family from any politics agenda.
to Anonymous July 13, 2013 at 12:25:00 AM :
kau ni tak baca sejarah ke apa? politik mana ada kotor bro.. POLITIK TU BERSIH BAK ANG! ORANG YANG BUAT DIA KOTOR! mcm ne zaman nabi org boleh berpolitik smpai ke rom pelbagai, berperang tapi hal ehwal rakyat dia terjaga? mcm ne kan? tak pelik kan? politik apa dia main time zaman tu? atau kau memang tepu melayu yang malas membaca bro? tak pn kau minat baca utusan melayu, berita harian dgn metro? bro, tu smua bullshit! tolonglah wahai anonymous yang rasa diri awak tahu serba-serbi. kitaorang yang dkt blog mantot ni adalah org yg dh lama fuckup dgn goverment. Fedup tau? and one thing, utk kau yang kurang bergaul dgn org wahai melayu tepu. Arab tak semegah mana yang kau sangka. apa serban pelbagai? janggut panjang? nampak warak? tu luaran je.datang sini tayang rambut, tayang sana tayang sini. kau blh tgk la dkt bb mcm ne arab dress up. tau kau memang tak prnh prgi BB? Arab ni dia tak beradab pnya bangsa kau tau tak? orang melayu lagi beradab aku rasa tp bukan melayu mcm kau lah, tepu! malas membaca, tak suka ambik port politik which is membuat tak peka current issue. Oh satu tot, kau lupa tambah najib tgh memupuk sifat mengharap kepada kerajaan. kerana kerajaan bagi bantuan dan peruntukkan. Ni tgh jadi budaya ni utk kekal kuasa dia. Relax lu.. lama lagi dia nk chow. Orang UMNO smua skrg tgh fat ni. Maklumlah, peruntukan kan ada. Dorg ni lah mkn duit yang konon nya nak buat projek apa benda pelbagai lah. Bullshit! mentaliti letak dkt lutut dorg ni. bangsa sendiri dilabu-labikan oleh bangsa sendiri kan? rasa bodoh gila kan? tak tau lah si anonymous ni hidup senang ke susah smpai blh comment mcm tu. Untuk pengetahuan awak si anonymous, kalau awak bangsa melayu lah, bangsa awak lah skrg paling ramai homeless. tak percaya? pergi puduraya. pergi lah mana-mana area kl yang awak berkenan. hahahaha. tengok bangsa kau! smpai mcm tu skali pemimpin kau buat dkt rakyat dia. HOMELESS! di negara yang dikatakan mendapat status maju pada 2018! ajaib bro? HOMELESS di negara yang maju? hahahahaha! ironik! kita dah jadi mcm US! materials is everything! yang kaya, kaya gila babi. yang miskin, miskin semiskin homeless tu ha! fikirlah bro. jangan tak ambik port sgt politik ni. nnt keluarga awak dilabikan si kerajaan ni. mana la tau kan? Enough said!
Selamat Berpuasa.
https://www.facebook.com/photo.php?v=678828838810588
mmg terbaeeekk,haha...
Aku ada dgr ceramah sorg ustaz ni, taktik org kafir dulu yang memusuhi Islam sebelum ni adalah dgn "melaparkan" pejuang2 agama. Pejuang dulu lagi struggle, bila aku ingat tu, apelah sgt kita ni kan. Kalo zaman skrg mungkin tak dpt job etc kalo tak ikut telunjuk mereka.
Masa nk dkt election,mcm2 org offer soh g amik, aku bt tak tau, sbb aku taknak ajar diri aku kejar benda2 mcm tu. Biarla ada prinsip eventho ko undi PR pun. Aku cuma kesian sgt kt org susah.
Orang yang mudah ikut telunjuk ni orang yang "bodoh,lapar dan miskin". Walaupun kau orang kaya tapi ko ada 3 ni maksudnya ko belum kaya, kaya hati.
Aku selalu doa pada Allah bagi cukup segala keperluan, kalo berlebih bagi kat orang. Sapa lg nak tlg sesama kita kalo bkn kita,xyah nk hrp sgt pemimpin. Bkn dah putus harap, tp cari jalan alternatif dan elak dari jadi pesimis.
Bila fikir balik, kalau naik pemimpin parti lain pun, aku pun tak pasti apa jadi. Sebab masyarakat kita dah dididik "u help me, I help u".
Bila masyarakat dah terdidik dgn nilai agama, barula diorang nak dokong negara Islam, pandangan akula. Ikut rakyat sgt pun tak kena kalo kehendak dunia rakyat agak giler.
So, aku start ngn diri aku, punca rezeki aku nk clean dulu. Riba dosa besar, sapa amal riba, dia istihar perang dgn Allah,berani? Aku ptg credit card walaupun ada point, amik yg islamic,layaann...ptg ATM kad yg conventional, amik yg Islamic.Walaupun org kata islamic sume ni backdoor riba, tu tanggungjwb pemerintah, aku dah cuba mencari alternatif. Aku keje sungguh2 dan tak berkira sgt. Kurangkan nk tgk salah org dan Alhamdulillah, rasa bahagia sgt...aku ubah apa yang aku blh ubah,cubalah.
Pada zaman ni betapa aku sgt rasa ingatan Nabi yang suruh ikut Al-Quran dan As-Sunnah. Itu yang dia tinggal kat kita. Sebelum wafat sebut "ummati,ummati",betapala zaman kita ni mmg gila. Suruh kita "gigit dgn gigi geraham" sunnah baginda.
Kita ketap gigi sungguh2 biasanya apabila dalam suatu keadaan yg genting kan? InsyaAllah tak lama. Ini zaman fitnah, belum dajal lagi yang kuar ni. Jom baca al-kahfi stp jumaat.
-aku yang benci apa yg ko tulis-
bilakah revolusi akan berlaku?mungkinkah? jika ini akan membawa negara kita lebih baik pada masa akan datang,,jika anda sayang pada generasi akan datang? fikirkan apa yang diorang akna dapat.
Catat Ulasan