Julai 10, 2013

Ramadhan Adalah Bulan Berbuat Baik, Syawal Adalah Bulan Partying

Bulan Ramadhan...

Aku suka bulan Ramadhan. Banyak peluang terbuka...untuk kurus, untuk berenti rokok, untuk save duit. Kesan keunikan Ramadhan adalah sangat menakjubkan kepada personaliti manusia. Semua orang berubah tiba-tiba,  ke arah kebaikan.

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana dengan tiba-tiba semua orang jadi jujur dan berani mengaku kesalahan mereka. Paling penting, bulan Ramadhan mengembalikan semula perasaan malu kepada ramai orang. Yang pemarah jadi sabar, yang garang jadi lembut. Itulah keunikan bulan Ramadhan ini. Paling unik, yang Melayu dengan tiba-tiba jadi Islam.Yang free hair tiba-tiba pakai selendang.Yang selama ni jantan pakai rantai disimpan dulu buat sementara dalam almari.

Tapi bila menjelang aje Syawal....kita jadi macam biasa balik.

Kenapa kita takut nak buat salah dalam bulan Ramadhan? Apa bezanya sebenarnya kesan Ramadhan ni kepada psikologi orang Melayu? Kenapa kita take care pasal Ramadhan tapi Zulkaedah ke, Muharram ke...kita tak ambik berat sangat pasal kelakuan kita. Couple yang nak dating pun segan2 nak dating bulan puasa, kan? Kenapa ya? Apa bezanya bulan Ramadhan ni dengan bulan-bulan lain?

Kau dating sambil tengok wayang boifren gelfren dalam bulan Safar hukum dia still haram. Tak ada beza pun sebenarnya dengan dating dalam Ramadhan. Mungkin kau takleh makan minum aje la kot. Lagi ok apa kalau kau dating bulan Ramadhan? Gila banyak kau boleh save duit kat situ....lagipun, kau pegang tangan awek bulan lain dengan pegang dalam bulan Ramadhan, dosa dia sama aje kot rasanya.

Kadang2 kalau difirkan, seolah-olah, ramai orang di luar sana, yang lebih hormatkan bulan Ramadhan, berbanding pencipta Ramadhan itu sendiri, kan?


13 ulasan:

dukun berkata...

pertama kali komen first.terima kasih krn memberi peluang.

sentap last skali

mecha_praline berkata...

aku pernah dengar dari ustaz. (kena rujuk buku agama semula) buat baik dalam bulan ramadan digandakan pahala. buat jahat dibulan ramadhan pun digandakan dosa. sebab tu ramai orang bersedekah bulan ramadhan berbanding bulan lain. tak sure sahih atau tidak. kena google semula untuk confirm.

Tanpa Nama berkata...

Agak2 korang najib dgn rosmah sahur x pg td?????

Tanpa Nama berkata...

Ntah la mantop ko rasa camtu ke?

Cuba ko pergi bazar ramadhan silap-silap leh habs pahala posa hohoho.. bukan setakat selerea perut mata semua ada..

Nak save duit tak juga dengan berbuka pelbagai benda dengan juga persiapan raya bukan-bukan.. save ke??

mungkin kalau nak kata pasal masjid penuh kot.. ramai orang pi.. Dosa lebih kurang je.. ada juga orang dataing.. :) cuma mungkin letih posa orang kurang tenaga nak dating hahaha..


hanafijaafar berkata...

Masa bulan puasa, tempat paling ramai pakai baju seksi2 adalah pasar ramadan.

Tanpa Nama berkata...

Kn sebb buln rmdn ne, buln yg noble n dose brtmbh2 if wt?

Tanpa Nama berkata...

saya juga turut berfikir demikian.

Tanpa Nama berkata...

ayat terakhir tu paling power. hormatkan bulan ramadhan lebih daripada pencipta ramadhan.

mungkin kita perlu mula fikir ramadhan sebagai bulan tarbiah, bukannya bulan ibadah.
kita cuma lebih beribadah(baca: buat benda baik) dalam bulan ramadhan,which is bagus.
tapi kenapa kita tak jadikan ramadhan sebagai guru untuk kita beribadah dalam bulan-bulan seterusnya.

Tanpa Nama berkata...

X perlu laa question intention orang lain..yg kau nampak tu sikit je dr apa yg dia buat..

focus on perbaikkan diri sendiri

kalau ada benda baik yg perlu dikongsi, kongsikan..supaya org lain boleh manfaatkan artikel kau..

husnuszon is the way to go

Tanpa Nama berkata...

Husnuszon? then Mantot should probably change the title to ' Praising Malay'.

Isn't it ironic, don't you think?

Shahrul Yusof berkata...

Pada sesetengah pandangan orang Melayu, syaitan diikat semasa bulan Ramadhan. Jadinya, ada dorongan untuk Melayu Muslim untuk tidak berbuat kejahatan walaupun niatnya itu sudah ada. Lagipun, orang Melayu majoriti bermentaliti, 'nanti apa pulak orang lain kata'.

''Time takda setan pun perangai kau melingkup, entah macam mana lah kalau masa syaitan dilepaskan lepas bulan puasa nanti,''

Tanpa Nama berkata...

Cursing Malay on Ramadhan?

Tanpa Nama berkata...

Aku penah baca komen kt dlm sorg blog ustaz ni. tak ingat bwh tajuk apa.
Dia kata g umah sewa membe dia, sekali tgk kwn2 umah membe dia sorg2 tunggu turn mengerjakan sorg minah ni. Relax je minah ni. 8 org doo...ni masa dah raya. katanya bln posa tak boleh...

Ni baca blog ustaz, bkn baca mangga.gila. Aku dh blh phm bila aku dah start dgr org ckp, "aku dh taknak dok kt dunia ni lagi"...