Julai 25, 2013

"Penunggang Motorsikal Adalah Pelesit Jalanan"

Aku dapat lesen kereta masa umur aku 28 tahun. Sebelum2 tu mana saja aku pegi, aku naik motor. Tak perlu ada kereta. Beli speaker pc pun bawak naik motor walaupun terpaksa bawak sebelah tangan aje dari Lowyat sehingga kat rumah...tah camne aku tarik clutch pun aku tak sure, tapi berjaya gak sampai.

Lepas bawak kereta lama, aku tak pernah sentuh langsung motor aku. Ada sekali awal tahun hari tu, aku try bawak gi bank, menggeletar. Risau! Gila kau baru lah betapa rasa selamatnya bawak kereta ni. Kepada orang yang tak pernah bawak motor...aku jelaskan dengan kau, bawak kereta ni senang gila. Tak kisahlah kereta manual ke, apatah lagi kereta auto. Kau stabil. Tu benda paling jelas perbezaan dia.

Bawak motor, banyak benda kau kena jaga. Balance, minyak, brek, clutch (kalau ada),gear. Kereta kalau brek kuat takde la high risk sangat nak terbang melainkan kau bawak laju. Motor ni, brek sikit aje pun kau kena maintain bermacam-macam benda.

Bila dah bawak kereta dua tahun lebih ni, aku at least dapat la jugak kiri kanan masa bawak kereta. Bawak motor ni, kau kena pandang depan aje majoritinya, selebihnya jeling sikit2 aje. Barulah aku perasan sebenarnya ramai gila orang kita ni yang bawak family naik motor. Kau pun mesti perasan punya, melainkan kau ni jenis driver yang hanya depan aje sehingga tukar lane pun main masuk aje.

Pattern family ni mesti sama aje, ayah bawak, mak peluk ayah. Bergantung kepada jumlah anak, sorang mesti ada depan kaki dalam bakul, seorang lagi dikepit antara mak dengan ayah. Kalau ada sorang lagi, dia peluk mak dia dari belakang...ikut saiz mak.

Ramai sebenarnya keluarga camni....tapi kadang2 sedih jugak bila tengok mulut orang kita. Kutuk diorang membahayakan anak-anak la, tak patut buat camtu la. Aku paham concern tu perlu ada dalam diri kau tapi sebagai seorang bapak, mungkin itu aje choice yang dia ada.

Dan sekarang ni hujan kerap pulak turun di jalan yang aku lalu hari-hari. Start aje guruh berbunyi, nampaklah brader2 motor ni berenti awal2 pakai baju hujan. Tapi ada satu hari di mana hujan turun tiba-tiba tengah aku jalan dan tepi aku, ada satu family tengah naik motor empat orang dan anak dia yang dipeluk mak dia aku rasa dalam 8 bulan camtu. Melihat reaksi diorang, aku boleh bajet bapak dia dengan pantas pulas minyak sampai habis sebab nak lajukan motor, tapi kalau dah bawak Honda EX5 dengan muatan 4 orang, berapa laju sangat la boleh lari? 70km/j? Meter laju motorsikal dengan meter kereta ni lain bang. 70km/j motor tu macam 50km/j kereta aje.

Jadi menitik lah air hujan kena kat family tu tapi diorang bernasib baik sebab ada bus stop dan aku jenguk kat cermin diorang berenti. Cuma, kena jugaklah diorang satu family rintik2 hujan selama 20 saat camtu.

Berbalik kepada cerita awal aku, aku ingin jelaskan lagi sekali, bawak motor ni jauh lebih susah daripada bawak kereta. Menunggang sorang2 pun dah susah, nak jaga kiri kanan, nak jaga balance, nak jaga supaya tak kena langgar, tak kena himpit dan kalau pemandu motor tu macam aku, setiap masa duk takut dan ingat boleh KO bila masa2. Itu bawak seorang.

Cuba kau bawak satu family kau...kau gandakan lah perasaan2 tu berjuta kali.

Ramai orang pandang rendah golongan camni sebab aku selalu dengar diorang kata "ni jenis bapak kedekut, tak mampu sangat ke nak beli kereta?" Dah kalau dia tak mampu macam mana?

Pesan dekat diri kau, lorong emergency bukan lorong motorsikal. Janganlah cucuk-cucuk dan high beam motor ni kalau diorang bawak slow dekat lane kiri sekali. Aku tau ada antara korang yang ingat lane emergency tu lane motor! Dah la tak sabar, general knowledge pun kantoi, macam mana la boleh dapat lesen?

Sabar lah. Kau ada 4 tayar. Dia ada 2 aje tayar yang berpijak atas bumi bawak anak bini. Kau cuba tengok tayar motor dan kau compare dengan tayar kereta. Sekarang bayangkan tayar motor tu la yang akan bawak bini kau yang makin lama makin gebu hari-hari sebab kau tak ada choice lain, itu saja cara yang kau mampu.

Apa yang kita boleh buat, adalah mudahkan hidup diorang ni.
Takkanlah sebab dia slow kau nak hon-hon suruh dia ke tepi bagi kau lalu?


53 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

first, aku hensem

badai berkata...

Touche. Apa yg penunggang motor sekarang perlukan adalah pemahaman/empati. Satu lg trend yg aku nampak skg asal ada orang post artikel tentang toleransi kereta-motor mesti ada orang respon dengan cerita keburukan2 orang naik motor. Makan lane la, tak bayar cukai la bagai. Seolah2 terasa orang kutuk dia himpit motor. Selalu buat kot?

Tanpa Nama berkata...

aku ada kereta. tapi aku pun naik motor hari2 dgn husband sbb husband dah x larat nak beratur time jam.
kadang2 terasa jugak tgk org lain pakai keta besar2 gi keja sedangkan kami naik motor buatan malaysia je. time kat traffic light tu rasa segann je.

Sylarius Yusof berkata...

Orang yang tak pernah bawak motor pada kebiasaannya tiada perasaan empati terhadap penunggang. Cuma orang yang pernah bawak motor je yang paham macam mana perasaan orang bawak motor tu.

Orang selalu pikir asal bawak motor je, mat rempit. Tak kira la orang tu bawak motor balik keje ke, keluar nak gi ambik bini ke, nak pegi pasar ke, mesti nak himpit pastu sumpah seranah sebab bawak perlahan.

Macamlah dia sorang bayar cukai jalan. Oh ya, orang bawak kereta kena bayar tol. Motorsikal, tak kena.

RD berkata...

gambar siapa tu ?

anti moto berkata...

Aku rasa ko kna ulas jgk penunggang moto yg bajet bawak lori atas jalan tu. Belagak nk mampos ko main masuk lane. Ko nk kena langgar ko menjerit2 marah.ko sepak kereta org.ko lupa ko tu dua tayar.kene sentuh sikit je tayar ko boleh tgolek muka ko kna lenyek tayar kereta hilang ko pny gangster. Bwk moto majority ada lah rempit xpn org biasa yg bajet bawak lori.aku rasa yg berhemah bwk moto ni xsampai 5% kot.bila ko dah bwk moto trasa laju padahal slow nk mampos ko rasa ko hebat kereta semua kna ketepi ko nk lalu.mmg tak la.dpt kat aku aku lenyek je.

Neo berkata...

Aku paling tensen bwk motor bila jalan teruk dan berlubang, nk elak kena tgok kereta kiri kanan dlu, kalau ada kereta himpit terpaksa jgk la langgar lubang atau redah je jalan x rata tu..masa tu terpaksa la berdiri atas pedal motor utk menjadikan lutut jadi absorber

Tanpa Nama berkata...

aku dulu org kg,,bapak aku ada motor..tapi skali dia accident truk la..tru stakde motor,,aku adik bradik p skolah naik beskal sorang 1,..kalau gas abis bapak aku tolak gas kat blkng beskal smpai umah...skali tu tayar pancit..jiran aku lalu buat2 tak nampak..biasalah hakikat org susah kan..mngata toksah citer la..mak bpak aku bagi anak blajar smpai smua masuk u,skrg smua dh ada keta sndiri..igt adik aku nak p matrik dulu terpaksa sewa keta..sbb nak bwk beg bosar,,aku? masuk ukm bwk 1 beg jer,,sndiri p,,,pandai2 berdikari..at least masa susah mngajar kita mnghargai masa senang..ye kan..

awe donde berkata...

Rilek la brader..gua bwk moto gak g keje..tp kt uma gua ada Camry..Xde pun nak belagak time kuar pakai keta..Hormat org naik moto jgk..Berpanas berhujan ksabaran diorg lebih diuji berbanding org naik keta..So please tolerate la..Jgn dok bangga sgt naik keta padahal bulan2 nazak gak nak byr pinjaman..Lain la ko beli cash bro..Dorh pun bayar cukai jalan..Gua dulu rempit jgk tp xkacau org..Gua xmeragut x racing..Gua minat moto ni sbb best kalo g konvoi ramai2..Hanya org yg penah bwk moto je tahu ape perasaan sebenar time bwk moto tu..

Tanpa Nama berkata...

aku pernah jadi pnunggang motorsikal walo hakikat aku bonceng je kot,,kat blkng hubby aku,,paling bnci keta yg tukar lane tak bagi signal..brapa puluh kali laki aku patah side mirror manusia yg jnis mnghimpit motor tanpa signal ni..padan muka,,tu aku naik gillera,,consider sbgai tegap juga la kan,,kalau ex5 mau terhuyung hayang nak elak,,

medusa berkata...

"Cuma, kena jugaklah diorang satu family rintik2 hujan selama 20 saat camtu"
kih kih kih ayat mantot plg skema.mcm gaya cik bedah bercerita kat tingkap dapur, sambil teman kak senah goreng ikan...kiut

lili berkata...

mak ayah aku sampai sekarang masih naik motor pergi kerja sebab tak tahan jalan jammed walaupun dah ada 2 kereta. kalau time hujan tu mesti sampai rumah lambat. kita yang kat rumah ni dok risau.
dah banyak kali diorang accident sebab dilanggar kereta(langgar lari). bahaya2 pun tetap terpaksa naik motor sebab tak larat stuck dalam traffic.

kepada driver2 semua, tolonglah bertimbang rasa.
kesian pada orang yg dh memandu elok2, tapi kena langgar sebab kecuaian orang lain.

syamean berkata...

aku dah tiga kali eksiden motor. semuanya salah pemandu kereta. bawak kereta tak fikir orang lain especially penunggang motorsikal. jangan ingat yang bawak motor nie hina.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah ak ad motor n kete,tp ak lbih ska naik mtor sbb snang nk pass jam,kreta ak bwk time ujan je.

Princess Ariyana Wira berkata...

Not my problem..:p .. Tk pernh bwk motor tpi rsenye bwk motor ne mcm nek beskl kot? EHEHEH...aku penunggng bsikl yg tegr..ehehe..:D

Princess Ariyana Wira berkata...

Not my problem..:p .. Tk pernh bwk motor tpi rsenye bwk motor ne mcm nek beskl kot? EHEHEH...aku penunggng bsikl yg tegr..ehehe..:D

Princess Ariyana Wira berkata...

Not my problem..:p .. Tk pernh bwk motor tpi rsenye bwk motor ne mcm nek beskl kot? EHEHEH...aku penunggng bsikl yg tegr..ehehe..:D

Princess Ariyana Wira berkata...

Not my problem..:p .. Tk pernh bwk motor tpi rsenye bwk motor ne mcm nek beskl kot? EHEHEH...aku penunggng bsikl yg tegr..ehehe..:D

Tanpa Nama berkata...

Ada setengah orang, marah kat motor yang bawak laju, kat motor yang mencilok buat dia terkejut. Tapi dia marah kat semua yang bawak moto, termasukla pakcik yg pakai kapcai buruk yang bawak slow. Mak ayah adik dia takde yg bawak moto gamaknya. Tak tahu bahu jalan tu bukan laluan moto, banyak paku & debris yg buat tayar pancit.

Tanpa Nama berkata...


yang naik keta kutuk yang naik motor
yang naik motor kutuk yang naik keta

macam PAS dengan UMNO..

hahaha

Tanpa Nama berkata...

kesian juga yang naik basikal :) susah woo nak lintas..

Aku ada kereta ada motor salu bawak motor jek.. biasa la save duit juga masa harung jammed..

Tanpa Nama berkata...

mai la nk lenyek.kita tgk sapa yg lunyai

aslina majid berkata...

Aku pun dapat lesen keta masa umo nak masuk 27. Selebihnya sebelum tu 4 tahun aku bawak moto. Jarak dekat, jarak jauh. Paling jauh aku bawak, penang-kuala selangor.

Lepas setahun aku bawak keta, memang aku tak nafikan cuak gila pegang moto balik. Pastu aku terfikir... Camne dulu aku boleh selamba bawak moto ulang-alik pegi kelas dari umah sewa sejauh 48km pegi balik tetiap hari. Siap terbang2 sebab tertido atas moto pun penah. Syukur masih panjang umo.

Esok family abang aku nak balik kampung dan pinjam keta aku. Kena naik moto pegi keje esok. Jenuh aku nak pikir camne nak bawak moto dgn selamat lepas 2 tahun aku tak bawak moto jarak jauh. Opis aku ngan umah dekat 30km jugak pegi balik. Huhu

Tanpa Nama berkata...

cik Aslina Majid duduk mana? meh gua tumpangkan kereta gua buatan luar negara tu.saya tak drive, ada driver! boleh la kita borak2 panjang sebelum sampai destinasi.

* masalahya, kereta gua ni ada laluan khas. dia lalu ulang alik atas jalan tu je, sebab ni LRT. tu yang ada drebar. :) eh, sok nak saya jemput kat stesen mana? hihihi....

* gua motor xde, kereta pun takde. lesen memandu apa benda pun takde!! tak pernah terpikir nak amik. LRT pujaan hati gua. dulu masa muda2, bas mini wilayah sahabat karib gua.....

Tanpa Nama berkata...

lu mmg org bandar sejati....

Tanpa Nama berkata...

aku penunggang moto....bertahun aku pakai moto....aku xde keta...aku paling x suka keta ikut rapat blakang aku....susah nk bajet keadaan....kot la ada lubang...brek dulu baru elak...kdg aku benci bila siren bunyi soh tepi....klau ambulans...bomba...aku ok...tp yg jenis puak x bayar roadtax...tau nk cepat....aku xpham spesis cmni...aku ni rakyat...ko tu wakil je..knpa aku kena mengalah?? satu lg....jalan rosak...aku tertnya2 org yg bertnggung jwb untuk baiki jalan ni xnaik keta ke...xnaik moto ke...kot naik helikopter kot....kot la lalu...ambk la tndakan....kesian la rakyat....cukai mntak...letih la cmni....penunggang moto pun manusia la...bkn lembu nfc atau ayam mahal pasar tani.....show some respect la.....jawatan je besar.....xbg helmet.free ke....?haha....

Tanpa Nama berkata...

lenyek apa.....lu igt kami rempit ke...sah la lu jenis xpenah.bawak.moto...lu tak penah rasa nkmat moto...lu hidup.dlm kerugian....tnpa moto...surat lu nk masuk u tak smpai...lu kena igt jasa moto....kami pun bayar cukai.....lori ke apa ke...lu ada brek pandai lu la kaji apa kegunaan brek.....

Ami Scott berkata...

Aku pernah merasa bermotor (as penunggang) dan aku skang bawak kete..aku kagum ngan penunggang moto yang rasa diri dah besar sangat main cilok suka suki pancung lane orang, an aku cukup geram kalau orang dok cucuk-cucuk penunggang moto yang bawak berhemah kat jalan...satu je aku nak simpulkan masing-masing kena pikir orang sekeliling, kondisi orang tu camne...mentang2 bawak kete bagak nko nak halau yang keding-keding ni ke tepi, dan yang keding-keding ni jangan la ego melangit, nak tunjuk nko pun sama hebat atas jalanraya...kalau orang saling hormat pengguna lain takde la orang sakit hati dan ada yang mati katak....

ex5 berkata...

sbg rider sejati, aku ckup menyirap dgn kepala bana yg nak lenyek org yg bwk motor tu..sembang kencang lu lenyek la kalau bran..aku ade kereta, tp enjoy riding..riding is my passion..yg bwk moto je paham.. bwk keter g keje mmg stress gile.nak2 duk di bandar besar..bukan x de keter, keter ade cume pakai seminggu sekali bwk anak kuar or g beli brg2..org yg bwk moto bile driving die tahu ape kehendak penunggang..yg x pernah bwk mmg x berapa nk coop la.. tu la nasib org bwk moto..ko hina2 org bwk moto, kau tggu la surat ko nk sampai berapa lama kalau posmen hantar pakai kereta..tlg jgn jd bengap..motor tu penting as part of transportation mode in cities particularly..same mcm fungsi lori, van dsb..msg2 ade peranan.. xkan nk angkut simen pakai kereta ye x..surat xkan nk hantar pakai kereta kan..cube be open minded la..

Tanpa Nama berkata...

yeeaaa....back up dh sampai......

plain83 berkata...

aku dpt lesen keta masa umoq 20 taun, tp lepas tu aku bnyk bwk mountain bike je ulang alik dari rumah sewa ngan uni... ntah knapa aku rasa cool n best gila naik basikal masa zaman uni, lol.. lesen keta aku berguna dlm keadaan2 tertentu saja bila kena sewa keta gi mana2 masa tu.. lepas aku grad n mula keja, baru aku officially bwk keta.. moto, stakat lesen L ja, aku tak continue sbb aku rasa tak perlu dan sbb aku agak cuak naik moto lepas aku saksikan sesuatu yg mengerikan... huhuu, mmg betul bwk moto lebih susah n risky dari bwk keta...

Tanpa Nama berkata...

dulu waktu student aku ada motor 125,kira hebat la student dpt yamaha 125 hahaha...bila bwk motor masuk lane motor atleast sebulan sekali mesti ada road block jpj tk pun trafik di penghujung laluan motor...sial sgt nk hirup duit dr org susah...superbike kompom le tk kena saman ...mana masyuk bwk superbike masuk laluan motor...

Tanpa Nama berkata...

maybe...tapi camna lak ngan pemandu kereta yang masuk emergency line?...memang betul2 tengah cemas ker?...dah bagi 3 lane x cukup lagi...bagi la satu lane kat motor...motor leh ngelak kalau ambulance/polis/tow truck tetiba nak lalu emergency line tu,kereta?...nak ngelak ke mana...sebanyak mana pun penunggang motor x penah lagi la nampak jem kat laluan motor mana2 highway...cuma yang gua suka motor ni time jem kereta tak lepas...motor lepas...time hujan kereta lepas...motor pun still lepas after pakai baju hujan...

anti moto berkata...

Aku nsb kreta baru.kalau kreta lama aku mmg aku buat.aku penah saja kuis sikit moto rempit mana ntah press2 blagak atas jalan tegolek2 mamat tu muka tseret tar.abis hilang dia pny langsi.puas hati aku.huhu

pemandu suci berkata...

Rempit pernah langar side mirror aku time jam.aku hon.dia dgn langsi ny jerit balik dkt aku.aku hon la lagi bajet dia gangster. Last2 dia turun moto nk dtg dkt aku.tgah2 dia dpn kreta aku.dgn niat pertahankn diri aku tekan minyak.tau2 gangster tu dah selamat bwh kreta aku. Alhamdulillah aku slamat.mahkamah lps polis pn back up aku.aku pertahan kn diri.terima kasih kjaan kerana ada undang2 yg jaga keselamatan kamu pemandu kereta. Kepada rempit xpyh la nk gangster sangat.mana tau nasib korg sama dgn mamat tu.ending dok bwh kreta.

anti moto berkata...

Rempit.tulis pn mcm rempit.mmg korg rempit.kalau ko nk tau la kn surat masuk u dia come in bulk so pos malaysia hantar pakai van ke kat uni sbb bnyk sangat.so xpakai moto posmen.cukai ko dgn cukai aku jauh beza so ko yg cukai stakat 50sen xpyh la nk tnjk bagus mcm ko baya cukai 2k kn? Aku break lps aku langar je moto.aku xbreak kalau rempit ada depan aku.bia diorg yg ketepi.

Tanpa Nama berkata...

Nak bawak motor kena ada konfiden tinggi.. kalau lama tak bawak CUAK weh.. lagi nak lalu tepi lori besar.. kereta laju bukan diaorang nampak kita silap-silap kena lanyak..

Banyak kali tersemrempak dengan eksiden motor ni cuak juga tapi dah biasa jadi lali cuma sentiasa beringat sentiasa ingat dan berhati-hati..

Pernah dan banyak kali juga ngantuk dan terlelap masa bawak motor hohoh.. Alhamdullilah umur panjang lagi..

Ada orang kampung balik kerja malam terlepap sedar dah kat hospital dia koma lama juga sedar sekejap lepas tu meningal.. masa dia terlelap tu dia terlangar lori yang park kat tepi jalan.. Moral, ngantuk tu baik toksah drive/bawak apa kenderaan :)

Sebab dah biasa dah lali dan latihan selalu membuat kita yakin berani :) cuma kena beringat juga risiko memang risiko bawak motor lebih besar nak harap topi keladar aje memang tak berbaloi.. :) jadi skills keselamatan mencilok dan segala skill lain harus diasah dengan baik tapi yang penting pertimbangan dan aqal yang baik perlu ada dalam menilai risiko dan membuat keputusan dengan baik..

Macam kajian yang dibuat orang yang drive dapat buat split scond decission dengan baik :) berbanding orang yang tak pernah memandu.. sebab semasa memandu kita seringkali kena buat spli second decission setiap masa..


Tanpa Nama berkata...

zalim dan kejam..........

Tanpa Nama berkata...

rempit punya pasal rider lain di persalahkn.....apa punya orang la....gila...

badai berkata...

Haha kan dah kata. Mesti muncul nya lah orang2 yg xpuas hati dengan moto. Siap pernah lanyak orang bagai. "Pikiran mengalahkan mat rempit" - Semoga terasa.

Orang cerita pasal toleransi motor-kereta, bukan cari salah pemandu kereta. Lu bagi signal, wa bagi jalan. Supaya sama2 senang. Motor agile, insyaAllah diorg pemurah nak bagi laluan. Itu mindset sepatutnya, tak payah dok terasa2. Kalau cari gaduh sampai bila tak besar.

Shahada Fauzi berkata...

ntah nye..rempit punya pasal rider lain pun kena tempias jugak..tah pape..bukan semua yang bawak moto tu rempit la..

saya walaupun pompuan hari2 ulang alik dari rumah ke tempat kerja lalu kat bridge penang tu naik moto..hari2 berdepan dgn pemandu kereta yang takde sivik..boleh je bersabar..

Tanpa Nama berkata...

subhanallah. kalau lah semua pemandu kereta baca blog ko mantot kan best.
sakit hati sangat amat bile kene cucuk tak hengat padahal jalan sempit. takkan nk redah rumput kot.

aku pernah eksiden sebab pakcik x on signal nk belok, ak celah pastuh dia langgar. ak y tergolek, moto dah hampir nazak, die bole marah ak plak.penonton y cuak lebih, die bole lepak dlm kete tengok ak terkial2 nak bangun sebab kene hempap ngan moto. nak maki, tua. tengah public plak 2.

minta semua pemandu kereta di malaysia baca post ni.

aslina majid berkata...

Gua kat penang la bro! Haha

aslina majid berkata...

Cuba ko dtg penang. Kat highway laluan moto pun penah jem. Haha. Tapi jem paling dahsyat kat laluan moto yg penah aku saksikan adelah bila sebijik keta tersesat masuk lane moto pastu buat2 langsi berenti kat laluan sambil bagi signal kecemasan.

Padahal tatau apa yg cemas, sbb dia tengah cakap phone. Memang mengamuk la semua yg bawak moto. Masa tu aku lom ada keta... Dengan aku2 skali join sesi hon2 tu. gila apa, ape lagi pemandu keta ni mahu? Wahahaha...

Tapi memang naik moto scary jugak bila ko dah biasa sangat bawak keta... Moralnya, kalo penah amik lesen moto ngan keta, kalo ada 2-2 kenderaan, cuba la try bawak 2-2 sekali sekala...

aslina majid berkata...

Mase aku blom ade keta pon brape kali aku tergolek sebab keta yg langgar aku tu...
1. Tak bagi signal
2. Tak fokus memandu. Ada yg sebelah tgn drive, sebelah tangan pegang phone. Ada lagi power, sebelah tgn drive, sebelah tgn touch up muka. Ada sebelah tangan pegang baby pon ada. Haish.
3. Kecik sangat ke moto aku sampai dorg tak perasan signal aku?

Paling aku pantang adelah, keta tu nak pegi kanan/kiri tapi duduk lorong tengah. Pastu tak bagi signal nak belok, aku yg dlm kawasan lorong tengah tapi agak ke kiri/kanan (sbb kat depan2 dah penuh) elok nak jalan straight, pommm... Kena keta dia, pasal dia membelok tetiba. Pastu aku yg kena maki tengah public. Hampir nak kena pukul pun penah. Padahal keta tu yg salah. Dah la jatuh takde org tolong.

Tanpa Nama berkata...

la...pompuan se cute ko pun ada org nk pukul...sah la org tu buta...kn salah dia.....pemandu keta klau kena yg bebal...mmg jahanam....mnyusahkn org lain...termasuk pemandu keta gak...skali lg...bebal...+ boduss...

Khairi Khamsah berkata...

Kadang2 tukar lorong x bg signal sbb x nampak ada motor. Kalau nampak insya Allah bg signal. Org naik motor jgn ler kata org bwk keta jer x bg signal. Org bwk motor pun susah nk carik yg bg signal.

badai berkata...

Mari betulkan mindset..
Ada penunggang motor yang rempit,
Ada pemandu kereta yang berhemah,
Tapi ada juga pemandu kereta yang rempit,
Dan ada juga penunggang motor yang berhemah..

Sama2 kita amalkan pemanduan berhemah. Tolak rempit/road rage kereta motor.

Hoho nampaknya ramai warga penang yg naik motor.. Yep trafik penang lain dgn KL. Lane tepi atas jambatan didedicate utk penunggang motor (ada signboard) & dibersihkan tiap2 hari dari benda2 tajam. Kadar motor kereta lebih kurang 50-50.

Tanpa Nama berkata...

ada mat motor yg bawak mcm bangang...ada gak ramai yg bawak ok je..ada yg terlebih berhemah...
ada yg bawak kreta mcm bangang..ada gak yg bawak ok..ada jugak yg terlebih berhemah...
yg bawak kreta tak tak piker pasal org yg bawak motor...teringat aku satu nasihat yg aku dengar dari mulut seorang pak cik yg kena langgar di present 15 ngan satu awek muda keje pegawai IT kt kementerian pendidikan di putrajaya – “pakcik harap satu aje..satu hari nnti anak kamu belajar dan kamu hanya mampu berikan sebuah motorsikal kt anak kamu..masa tu kamu akan berdoa banyak2 agar anak kamu menjadi penunggang berhemah dan suma pemandu kereta takde yang perangai macam kamu”..
dah la tukar lane tak bagi isyarat..dah langgar pak cik tu kata pak cik tu menyusahkan orang dan tak layak guna jalan raya di putrajaya (pak cik tu bawak sayur dalam bakul besar bahan basah tuk kedai makan rasanya)..
setelah kitorang tahan teksi, pak cik di hantar ke hosp serdang...saje je aku Tanya kawan doctor aku kt A&E Hosp Serdang..pak cik tu dah ok...kaki kanan masuk besi..skang dah bole berlari kot...still Nampak dia berulang alik angkut bahan basah tu kedai dia...
Duke

Tanpa Nama berkata...

Riak nak mam...

Tanpa Nama berkata...

Tol an..salu tayar pancit ats hiway..:(

Tanpa Nama berkata...

aku mmg abang lori..biasa nye yg selalu msuk bawah perut lori adalah driver keta yg mcm ko la..

Tanpa Nama berkata...

nasib baik kn..haha no keta ko brape nnti klo jumpa aku baling kunci mangga kt cermin depan hihi..sial punye org