Julai 02, 2013

The Joy of Smoking

Aku hisap rokok sejak umur aku 14 tahun. Rokok pertama yang aku hisap main2 adalah rokok bapak aku yang dia dah buang tapi still menyala lagi, brand Benson n Hedges. Letak aje dekat mulut dan sedut sekali terus terbatuk2 dan mak aku start sound aku on the spot. Rasanya aku darjah 4 waktu tu.

Tapi sebab kita adalah anak dan anak memang naluri dia akan try apa yang mak bapak dia tak bagi, jadi masa aku tingkatan dua, aku hisap rokok, officially. Pada mulanya aku saja suka-suka nak try. Apa rasanya? Apa yang bestnya? Kenapa ramai kawan aku yang nak belajar hisap rokok ni?

Jadi, pada satu hari, Sabtu tak silap aku, aku duduk dengan member aku, hisap rokok. Aku duduk asrama, jadi merokok adalah sesuatu kes yang sangat serius sebenarnya...jadi merokok pun dalam keadaan takut-takut. Sejak dari hari tu aku mula start sket2..sket2..lama-lama jadi bukit. Macam mana kitorang merokok? Ramai2 duduk dalam bilik air dan hisap sebatang dikongsi dalam 7-8 orang. Tepi kitorang dah prepare ubat gigi kalau tiba2 kena rush, kononnya dapat cover bau. Pass2 la sebatang rokok sesama kitorang. Budak form 2 masa tu.

Aku rasa aku mula start serius merokok sejak family aku pindah Kedah dan aku selalu kena lepak Pudu Raya. Waktu tu, kalau time cuti balik kampung, sekolah kena clear dalam pukul6..kau dah kena keluar. Jadi selalunya tiket bas aku dapat pukul 11:30 malam camtu, keluar dari pukul 2 petang, nak buat apa lagi? Kemudian bila balik ke KL balik, sampai pukul 3 pagi,4 pagi, sorang2 dekat Pudu Raya...apa benda nak buat sorang2 pagi2 buta camtu? Bas start jalan pukul 6:30...nak naik teksi balik ke sekolah mahal. Jadi aku selalunya duduk la sorang2 kat Pudu Raya. Kalau nasib baik,janji dengan member aku, ada la geng pagi2 buta tu.

Aku cuba penuhi dengan beli komik tapi berapa lama sangat komik dapat isi masa lapang. Nak tidur dekat Pudu Raya pagi2 buta dulu2 adalah sesuatu yang kau buat kalau kau tak sayang barang. Aku tak pernah pergi Pudu Raya sekarang tapi dulu terlelap aje kau, Insya Allah beg kau hilang. Ramai jugak yang tidur depan surau dulu sambil peluk beg tapi dah tertidur, macam2 boleh jadi. Ada brader sorang tanya aku, ada nampak tak wallet dia sebab wallet dia kena seluk masa dia tengah tidur.

Jadi, rokok adalah peneman aku waktu tu. Aku tak ada rokok, memang sangap gila nak tunggu masa.

First time aku beli rokok, pergh, berdebar-debar. Aku beli Marlboro 7 batang. Waktu tu baru RM1.70 tak silap aku. Hisap punya hisap selalunya aku tinggalkan dua tiga batang untuk jadi stok kat sekolah, nak bawak masuk sorok dalam stoking sekali dengan lighter.

Aku terus merokok sehinggalah raya tahun lepas,jadi kiranya dalam 17 tahun aku hisap rokok secara serius di mana selepas beberapa kali aku cuba nak berhenti, akhirnya aku berjaya bulan 9 tahun lepas. Sebelum2 tu, banyak kali jugak la aku try stop tapi paling lama dapat dalam 2 minggu kemudian start balik. Jadi, bulan puasa lepas, aku try hadkan diri aku, lepas bukak puasa, hisap dua, sahur hisap satu. Memang plan dah terbaik dah tu!

Tapi sayangnya tak jalan gak.

Sehinggalah satu hari, dalam tengah bulan Syawal di mana aku hisap rokok dengan adik aku sambil tunggu adik aku lagi sorang turun dengan suami dia. Plan kitorang nak gi rumah Pak Long aku kat Kelana Jaya. Sampai rumah Pak Long aku melantak makan dan kemudian adik aku kata dia keluar hisap rokok kejap. Pak Long aku terus sound adik aku (secara bergurau) dan kemudian dia sebut satu benda,"itu semua dalam kepala hotak kau aje. Kalau kau dah setkan kau tak nak berenti, memang kau takkan berenti.."

Aku macam terjaga time tu. Nilai balik diri sendiri, tanya balik, apa aku dapat sebenarnya hisap rokok. Time tu jugak niat nak gi join adik aku hisap rokok aku stopkan.

Sampai la sekarang...

Bila orang kata susah nak berenti rokok ni, memang susah. Tapi sebenarnya semua tu jadi susah kalau minda kau still ada rasa takut kau hilang kebergantungan dengan rokok ni. Once mind kau dah set kau nak bebas, kau sebenarnya boleh berenti cold turkey tanpa ada bantuan apa-apa pun.

Cuma part permulaan dia tu memang seksa sket. Kau akan batuk2, kau akan demam dan kau akan rasa nak mengamuk. Benda2 tu memang normal sebab itu tandanya badan kau tengah adjust balik, apa yang paling penting time ni adalah sabar....apa yang aku buat time ni adalah tiap2 kali aku rasa nak hisap balik, aku refer balik timeline faedah berenti rokok dan aku setkan dalam diri," dalam sebulan aku mesti dapat rasa dada aku kurang penat.." dan seterusnya.

Sebab faedah2 tu kau akan rasa sendiri...cuma benefit dia datang with time. Kena sabar.

Tapi sebab dalam dunia yang mementingkan wang ni, akan adalah unsur2 yang membuatkan kau lemah semangat. Macam iklan Niquitin kat TV, bila dia kata kau kena beli pil dia untuk bantu kau berenti merokok sebab hanya 3% perokok berjaya berenti tanpa bantuan apa-apa. Ataupun pengaruh member2 kau yang akan merokok tiap2 kali lepak dan membuatkan kau rasa tersisih. Mungkin juga pengaruh minda kau sendiri yang takut dengan kemungkinan2 yang kau tak nak hadapi. Macam aku, aku cukup risau takleh buat kerja sebab selama ni aku buat kerja sambil ada rokok. Nanti tak feel.

Bullshit gila semua tu.
Apa yang paling penting adalah sama ada kau nak berenti atau tidak.

Once kau dah set minda kau nak berenti, kau akan berenti, cold turkey. Itu aje. Takyah ubat, takyah pil, takyah bantuan. Sebab manusia tak dilahirkan memerlukan nikotin dalam badan dia. Semua benda tu jadi susah sebab kepala otak kau dah set benda tu akan susah...jadi badan kau pun akan turut sama susahkan proses tu.

Samalah macam kau beli semua makanan bullshit macam Kopi Tongkat Ali atau air isotonik yang memberikan tenaga. Semua tu membohong semata-mata. Macam mana 100 Plus, air berkarbonat elok untuk kesihatan siap diendorse oleh Majlis Olimpik Malaysia? Itu semua effect placebo aje. Kau yakin benda tu mampu memberikan kau tenaga nak berjimak dengan isteri berulang kali jadi zakar kau akan kekal tegang lebih lama.

Aplikasikan benda sama kalau kau nak berenti rokok. Mind control! Kau nak control mind kau atau kau nak biar syarikat2 tembakau control mind dan financial kau? Bulan puasa dah dekat. Minda kena clear. Jangan takut2. Bila kau dah sedar, barulah kau tau betapa berbezanya hidup kau, dari segi kualiti life dan financial kau. Tiba-tiba baru lah kau sedar, kau sebenarnya kaya raya. Itu satu benefit yang kau takkan nampak selagi kau tak berenti...

Tak masuk lagi wajah kau akan kembali kemreah-merahan sebab pucat kau hilang.
Kau akan makin hensem atau cantik kalau kau berenti rokok.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaik la bro!! aku baca artikel ni sambil dengar inception backgroud karya hans zimmer!! wahaha feel gila...btw aku x hisap rokok...

Prince of Noob berkata...

how about rokok daging?

Tanpa Nama berkata...

Mmmg betul. Kalau nak berenti tu datang dari hati. Kalau mulut kata nak tp hati tak pasti mmg tak la.

Aku berenti merokok since 2009. Sampai sekarang steady je. Tak teringin pun nak isap rokok lagi.

ady.ahmad berkata...

terbaik karya kau ni *sambil hisap rokok..

Tanpa Nama berkata...

marlboro 7....legend rokok nih...hehe...

onlajer berkata...

apa pulak marlboro 7 duhill 7 lah keras sikit,haha. Tapi betul mantot gua dulu set dekat kepala kalau gua kahwin jer terus berhenti, memang benar sekali dan sekarang duit rokok aku je dah selamat selama eh 9 tahun jugalah kau dan aku nih

Tanpa Nama berkata...

semalam ko sound aktivist isap rokok tapi dok lawan kapitalist apa sume...rupa2nya, ko pun bekas golongan tu? sib baik bekas...bekas pun bekas la, ada can pulak hentam yang masih isap.hehehe....

so sapa2 yg butthurt, korang stop la isap rokok ni.byk pekdah kat korang sendiri. Apa yg mantot ckap ni betul.aku sokong. pas tu turn korang lak kutuk2 yang masih isap smpai dorang butthurt. dorang tak kan ada alasan nk defend nye...hehehe

Tanpa Nama berkata...

Terbaik la bro...perangsang bagi jejaka berenti merokok

Tanpa Nama berkata...

sori bro.. aku suka post ni.. tapi aku terpaksa mengaku.. aku berhenti merokok dgn bantuan vapor.. aku start vapor dr ngam2 raya cina hari tu, stakat ni aku dah 5minggu brenti.. dan alhamdulillah aku bleh lepak dgn member hisap rokok atau vapor dn pada masa yg same secara machonya menolak pelawaan diorang utk merokok sama.. nak tau camne? nanti aku share.. malam ni malas tulis.. nak tgk citer korea malam ni.. hahaha puihhh!!

Tanpa Nama berkata...

YES! 100 plus! ada orang perasaan! Cantik!

firdaus m berkata...

ko ckp ni betul especially bab mind tu.
tahun 2011, dekat 9 bulan lebih x isap rokok, sbb nyer busy keje kat site, so byk sgt benda wat smpi actually tak terfikir ketagih tu.

ada quote kat buku NLP psl ni (walaupun NLP ni still pseudoscience):-
1st ko try imagine pasal rainbow..then lepas kau imagine tu selepas 10 saat, ko bgtau mind kau "not to think about rainbows"..mesti kau tak boleh.

sekarang kau cuba pikir pasal kereta..nama2 kereta, body kereta..

masa kau fikir pasal kereta tu, actually kau da x pikir pasal rainbow lagi...so tu cara utk x nak pikir psl rokok ialah dgn pikir benda lain, instead of telling "aku nak berenti rokok" yg menyebabkan ko masih pikir pasal rokok.

firdaus m berkata...

oh ye..balik pada Tuhan juga, doa byk2 mintak dpt berhenti rokok. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

aku perempuan dan aku pernah smoking. lama gak aku smoking tapi sebelum aku kawin la. senang je aku nak berenti masa tu. maybe sbb faktor gender kot. perempuan lebih senang berenti smoking. aku terjebak pun masa zaman rock n roll..pegi giglah, itulah, inilah..Alhamdulillah, skrg dah ada 2 anak yg insyaallah sihat dan suka bergusti.

husband aku pun dan berenti smoking about 5 years dah. masa anak 1st aku baby lagi. dia pulak berenti smoking mendadak so effect dia ialah sakit dada smpi husband aku suspect dia ada heart problem. tapi bila check doc ckp husband aku berenti mendadak. so mcm kau ckp, badan nak adjust balik ke non-smoking. especially the lungs la.bila kita smoke, paru2 kita mengembang.

anyway congrats to those who managed to quit.

wan kc berkata...

akan menyambut ulang tahun pertama berhenti merokok ramadan ini.. dulu perokok tegar selama hampir 30 tahun... jimat duit rokok dalam rm500 sebulan.. banyak tu... cuba la berhenti ramadan ini.. it is easier than you think..

Evagurl Izma berkata...

::thumbs up::


adik ko da berenti blum?

Ridzuan K berkata...

Cite pasal rokok aku tak terasa lagi..tahu2 ko masuk 100plus..damn terasa siak..tapi aku tak bergantung sangat ngan 100plus nih..minum pun bila turun KL..sebab banyak berjalan dan berpeluh.

koalabear berkata...

aku sokong pendapat ko pasal cold turkey, sbb itulah teknik yg aku gunapakai bila aku rasa nk benti. bila aku nk brenti aku brenti, bila aku isap pun bukan atas dasar dikuasai rokok, tp sbb aku saja mmg nak isap. besok sehari tak isap pun tak mati. aku bli rokok sebulan sekotak 20 btg je.

tp bro, bila lu ckp kopi tongkat ali placebo, i beg to differ on this one ocassion. horny lebih sket kot? lol

Tanpa Nama berkata...

jejaka yg x hisap rokok ibarat barangan edisi terhad.....

hoya berkata...

rumah pakcik kau yg dkt rumah parent blanko ke tot?

hareez.net berkata...

Paling susah nak elak bila kat opis sbb ramai kaki smoking..Aku, alhamdulillah dah 1.5 years berenti. Semoga boleh terus istiqamah..