Julai 22, 2013

"Sayang Lebih Redha Abang Beromen Dengan Dia Asalkan Abang Tak Kahwin Dengan Dia!"

Ashraf oh Ashraf...apa yang kau buat adalah perkara tipikal yang lelaki akan Melayu akan buat; kalau tiba-tiba terasa nak kahwin.

Jika aku bertanya kepada anda, apakah kesilapan paling pertama yang lelaki akan lakukan bila berkahwin? Mesti jawapan pusing-pusing berlegar antara kahwin awal sangat, duit tak mampu lagi, kerja tak stabil atau "kau pilih orang yang salah." Semua tu salah!

Kesilapan paling besar yang orang lelaki boleh buat adalah "berjanji dengan awek atau isteri yang kau takkan nak kahwin atau carik lain!"

GILA KAU NAK BERJANJI BENDA TU! Pada aku la, benda paling pedih aku rasa adalah kena mungkir janji ni...jadi aku sendiri, tak pernah janji dengan isteri aku...aku takkan kahwin lain. Sebab aku tak tau masa depan! Hati ini sentiasa berkocak...Sedangkan pantai pun boleh berubah, apatah lagi hati lelaki yang sentiasa tercari-cari ni.

Dan kini, Ashraf Muslim dah join kelab2 lelaki yang kelentong isteri semata-mata sebab nak kahwin lagi sorang dua. Samalah macam Pakcik aku, pakcik wife aku, ayah kau, uncle kau yang hidup dia penuh dengan langkah berjaga-jaga sebab takut wife tau ada wife lain selain dia. Susah gila hidup nak cover yang sebenarnya kau ada family lagi satu dekat tempat lain...macam-macam cerita nak kena reka semata2 nak bolehkan kau gi jenguk keluarga kau yang lagi satu.

Dalam bab-bab perkahwinan ni ada satu bentuk penipuan yang dibolehkan oleh ramai lelaki. Orang Melayu panggil ni "bohong sunat"....apa yang sunatnya, aku tak tau. Orang putih panggil benda ni "white lies."

Dalam bab2 penipuan terhadap isteri ni, aku rasa lelaki Melayu ni sebenarnya ramai yang anggap benda tu boleh...padahal, agama dah ajar dah macam mana nak buat, kalau betul2 nak dan mampu. Memang la tak salah....tapi bila dah masuk terpaksa menipu isteri tu....benda tu dah jadi salah la kan?

Menipu ni pun ada dua jenis. Menipu bila isteri tanya "baju ni cantik tak?" dibolehkan sebab kadang2 pada aku, aku sendiri tak berapa peduli apa isteri aku pakai, asal dia pakai baju. Jadi aku jawab aje la "cantik." Tapi menipu dalam benda2 yang agak besar....pergh, tak sanggup aku. Lagilah nak berlakon kononnya "dialah satu nya isteri aku dalam hidup."

Kelakar la jugak baca respon orang dengan Ashraf Muslim.
Kau kena cuba baca!

Aku tak tau mana datangnya budaya orang Melayu ni yang galakkan orang lelaki sorok keinginan nak berkahwin lain, hinggakan lelaki takut nak berlaku jujur. Siapa yang start agaknya? Mungkin dulu2 pernah ada kes isteri belasah suami separa mati bila suami kata nak kahwin lain...membuatkan ramai lelaki jadi takut dengan potensi isteri mengamuk....dulu2 aku rasa selamba aje seorang lelaki kahwin dua tiga. Siap adik beradik tiri saling kenal mengenali dan rapat lah ikatan diorang. Cuba kau tengok generasi mak abah kau...

Ingat balik bila kau kahwin, apa benda yang kau wish dengan pasangan kau? Kita harap dia jujur, ikhlas dan sayang dengan kita. Tapi kalau dah terpaksa menipu semata-mata sebab nak membina masjid baru, macam mana la nak claim diri sendiri mampu bina dua masjid sekaligus?

Bini tak bagi? Takut bini?

Takpe la. Itu hak dia tak nak bagi. Tapi benda yang paling baik yang kau boleh buat dengan dia adalah berlaku jujur dan ikhlas dengan dia. Once kau dah menipu dan ditangkap pulak menipu, susah la perempuan itu yakni isteri "lama" kau nak percayakan lagi.

Nasib baiklah Tuhan balancekan alam ni cukup sempurna dan Dia buatkan wanita-wanita ni sangatlah pemaaf dan jenis yang kuat dalaman diorang. Kalau tak, ramai gilalah duda-duda pervert berlegar merata-rata tanpa hala. Tipulah perempuan berapa kali, tertangkaplah kau beromen dengan jiran kali ke berapa pun, walaupun hati dia sedih, tapi dia akan masih ada.

Orang lelaki nak terima balik isteri yang ditangkap ringan-ringan dengan laki lain? SILAP BESAR LA! Perempuan? Walaupun berat, lama-lama hati diorang redha. Bila dalam kes macam ni, lelaki yang gatal akan salahkan wife dia. Sebab tak best ke, tak ganas k, hanya pandai baring dan diam ke....tapi perempuan...dia akan salahkan diri sendiri. Gila hebatnya wanita ni! Psikologi dan mental, memang perempuan jauh lebih advance berbanding lelaki.

Jadi, daripada menipu diorang, lagi baik berterus terang bila masa tu datang. Manalah tau, Tuhan tetapkan...kadang2 bukan kita cari pun, dah tertulis jodoh kita bukan seorang. Ditangkap menipu, macam mana la semua keluarga nak hidup riang? Kalau mula dah jujur, walaupun pedih, rasa sayang tu kekal la dipegang.

Tapi orang kita ni, yang dia ikut dan pegang, menipu ni la jalan paling senang.

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alah cakap je kat bini kau dah jodoh, dia faham la tot..

Tanpa Nama berkata...

entahlah x abis2 pasal poligami...padahal hidup kita ni dalam lingkungan takdir,,jodoh , mati, rezeki, perbuatan, tempat tinggal telah ditentukan kita boleh berusaha dan merancang (qada)..dan hasilnya pula akan menjadi qadar...memang x selalu apa yang kita nak dapat..tapi x payahlah keluar kenyataan macam manusia ni boleh kontrol takdir dia sendiri..

Foster berkata...

Bila isu Asyraf ni naik, geng 'anti poligami' ambik kesempatan besarkan isu ni, siap ada yg cipta puisi kononnya dari isteri pertama beliau. Sejak tu, berduyun2 Asyraf kena kutuk padahal mereka pun x tahu cerita sebenar.

Tanpa Nama berkata...

memang bermadu lah bini kau..

Tanpa Nama berkata...

Bila bab poligami, ramai yg melompat dan bersuara lantang kutuk2 suami yg berpoligami. Tp bila kes isteri dizalimi suami, isteri x diberi nafkah, bicara kes perceraian smpi bertahun2, mereka senyap jer. Takde pun pegi bising kt pjbt agama supaya ambik tindakan tegas pada suami yg zalim, desak utk cepatkan perbicaraan utk bercerai.

Tp apa nk buat, ramai jgk ustazah 'berkempen' utk bermonogami. Keluar bermcm2 dalil utk 'mengharamkan' poligami. Kes2 wanita dizalimi tu awak punya psl la, yg penting suami aku tidak kawin lain.

Kalau rsa poligami tu haram utk suami kamu, jgn la berkempen utk haramkan poligami utk suami lain pulak. Juga pikirkan juga utk selesaikan masalah andartu, janda terbiar, isteri dizalimi

Suria Lekatlekitgurl berkata...

perkara yang menyakitkan hati seorang perempuan bergelar isteri adalah laki main perempuan lain & tipu.. laki kawen lain & tipu.. laki ada skandal & tipu.. laki @ suami ni kalau dalam hati depa ada perempuan lain tak kira la buat stok geli2 ker.. atau memang dia berniat nak buat bini.. mesti di susuli dengan menipu. Menipu tu la benda paling menyakitkan hati perempuan. Tak semestinya dia jujur confirm dapat cawangan kedua ketiga @ keempat.. tapi at least sakit hati kena tipu tu takde la.. tp sakit hati jugak sebab nak kena madu.

Tanpa Nama berkata...

tulah dr dulu lg aku ckap dlm hati bini pertama dia tu x cun mcm tak sesuai dgn si seraf ni. yg kedua ni nmpak cun!

Tanpa Nama berkata...

aku rasa isu sekrg bukan poligami tu..tapi KEJUJURAN..Memangla pompuan ni typicalnya susah nak terima madu tp berapa lama la sgt dia punya marh tu...mrh cmne pun, syg tu masih lg ada...aku ingt kes lecturer aku nak poligami...memang wife 1st xkasila..siap suruh cerai semua...tp lecturer ni ttp nak kawen dan dalam mase y sama xceraikan y 1st..lepas setahun kawen, aku tgk elok jer diorang..hepi jer...asalkan jujur...aku percy 1st wife tu mesti leh time akhirnya..tp lelaki skrg byk takut bini dan bajet hebat..sdgkan lelaki2 antara penyumbg kepada maslh 'alergik' wanita terhdp poligami....jgn ckp pada hukum tp tanya diri lelaki tu..korg juga salah satu punca wanita xnak poligami....

Sylarius Yusof berkata...

Masyarakat kita jarang nak bincang isu poligami ni secara intelek dan serius. Kalau bincang bab ni, sure emo je lebih. Paling tidak pun, mesti anggap poligami ni sebagai bahan lawak jenaka sahaja.

Nak harapkan para alim ulamak dalam kerajaan untuk hebahkan pada masyarakat perbincangan poligami secara matang, pada diorang baik haramkan shisha lagi baik.

-Anak Askar Pencen

Anoneemus™ berkata...

Saya mmg bagi suami kawen lain sbb asalkan dia tak buat maksiat dan at least klu dia tak balik, saya tau dia kat mana dan dengan siapa. Mesti ganjaran sabar tu ada. Hidup ni kejap je. Tp kalau dah menipu siapa tahan kan?

Tanpa Nama berkata...

saya sokong puan Anoneemus kt atas ni...hehehe

enon berkata...

laki aku cakap,lelaki yg jenis diam and n x byk cakap..tetiba je tau2 die dah kawen 2,3,4...huhu..ye lah kot..

walaupun aku rasa poligami tu ok bg aku,tapi...aku tgh bayangkan perasaan bini prtama...pedihhh weehhh...adoii...terasanya...

Tanpa Nama berkata...

Mantot,

Kebanyakan wanita sebenarnye memang lebih suka ditipu dari diberitahu kebenaran yang pahit sebab tu lelaki banyak menipu perempuan..

Kalau habaq betul suatu perkara tu walau benar amat pahit dan menusuk silap boleh membunuh dari ko menipu sebab bila kantoi menipu mereka boleh memafkan... :)

Wanita ni lebih suka yang palsu mekap sana sini hias sana sini untuk perhatian palsu :)

dengan kata lain manusia sebanrya mudah tertipu dengan benda palsu.. bukan aje wanita.. Dunia ni hanya palsu semata-mata akhirat jua yang kekal selama-lamanya..

jadi toksah la terikut2 dengan dunia sangat.. nak itu nak ini.. yang diluar kemampuan kita..

tepuk dada tanya la iman kita.. kemampuan kita etc..

Ala kalau nak kawin lain macam ke apa cakap je la nak kawin lagi meramaikan umat tak perlu nak sakitkan hati sesiapa atau salahkan sesiapa.. :) kalau nafsu kuat pon cakap je la keinginan saya kuat dan saya mampu.. hahaha.. Gentleman lar.. :) UAI ok je kawin dua tiga.. :)



Tanpa Nama berkata...

suka menyibuk pasal org la korang ni!!!

Tanpa Nama berkata...

Nak kahwin kahwin lah... Dah kahwin, dua, jangan lupa. Bahawa kedua-dua bini hang tu subur orangnya. Kalo anak baru sorang dua (per bini). Tap pe... hang bolehlah cool jerk. MAMPU... Dah masuk 3-4 orang anak (per bini), hang jangan mengeluh yerk. Time tu, jangan anak jadi mangsa akibat nafsu!!!!
Kahwin pandai, buat anak pandai, jaga anak jangan bodoh...

aslina majid berkata...

Boring ah. Takde citer lain ke? Sana sini citer pasal ashraf muslim tu. biar ah dier... Family dia, biar ah dia setel sendiri... Kite sebok2 nak judge ni pehal... Dia kawen ade gune duit cukai rakyat ke? Opss...

Tanpa Nama berkata...

Cuba baca sirah nabi..nabi berpoligami setelah siti khadijah meninggal..waktu dengan siti khadijah nabi tak berpoligami..jadi sunnah nabi adalah berpoligami apabila isteri pertama meninggal dan perkahwinan selepas tu baru berpoligami..

Prince of Noob berkata...

poligami itu sepatutnya membahagiakan, tapi kenapa zaman sekarang banyak kes poligami yang menderitakan? sorry to say, tapi zaman sekarang mostly orang lelaki nak poligami sebab nak barang baru saja, bukan sebab nak bantu janda, anak yatim atau anak dara tua pun.

Tanpa Nama berkata...

Tak tahu kenapa, tapi makin lama makin hilang respect aku kat kau tot

Tanpa Nama berkata...

Aku salute gakla kat mantot,walaupun dia pervert dia cam phm pointnye ialah MENIPU. Sakit kot. Bila tau,mcm nak terbalik dunia. Poligami tu nombor dua,boleh fikir kemudian. Damage yg MENIPU tu nk kena repair dulu,pastu baru leh fikir psl poligami tu.

Prmpn ni ko jaga emosi dia je,1 kali ko buat baik, sejuta kali dia boleh balas.Dia tgh sebok2 tak menang tgn,ko tlg basuh pinggan pun dia dah bersyukur,cubalah.

At least kalo ckp awal2 nk POLIGAMI leh prepare minda dan emosi,ingat senang ke sbb otak ko akan terbayang bkn2, campur setan lagi, kwn2 n family yg suke menyucuk2 lagi,mcm2...yang buat tabah tu sebab ingat dunia ni sekejap, akhirat tu selama2nya,infiniti.

Korang yang laki ni nanti kt syurga dpt bidadari2 virgin bermata jeli lagi suci tak pernah disentuh pon tak boleh sabar ke...Byk lg rasanye benda nk kena buat b4 masuk kubur.

Jap lagi org mesti counter ckp DAH JODOOOHH,yer paham...Tp pointnye jgnla MENIPU. It takes time to heal.
Tp apepun, kita tak yah kata ape2,yang empunya diri lebih tahu keadaan sebenar. Aku cuba menyatakan secara general je.

Tanpa Nama berkata...

Dan ingatla,perempuan boleh masuk syurga tanpa suami dia. Tapi suami belom tentu blh masuk syurga tanpa isteri dia.

Mmg kena byk redha meredhai, kalo tak mmg sangkut byk kt akhirat.

hanafijaafar berkata...

>>Tapi suami belom tentu blh masuk syurga tanpa isteri dia.

mana dapat dalil ni? tak pernah dengar pun. yang aku tau banyak lagi perempuan berbanding lelaki dalam neraka.

macam mana banyak perempuan dalam neraka, suami diaorang tak ikut masuk neraka sekali ke?

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Pada aku Asraf TIDAK MENIPU. Cuba refer balik tarikh dia cakap 'dayana satu2nya ISTERI saya".. dengan tarikh dia NIKAH di Thailand.

Kan berbeza tu... Time dia buat pengakuan kat TV tu 1-2 minggu sebelum dia nikah pada 7 July (x silap). So, dia TIDAK MENIPU.

Memang time tu isteri dia dayana sorang je!!

vardenafil berkata...

Mantot..hari tu dengar ceramah dekat tv alhijrah, ustaz tu ada cakap, cuma ada 3 keadaan sahaja yang dibolehkan menipu:
1)Dalam keadaan darurat/peperangan. contohnya macam kalau kena tangkap dengan pihak musuh, then kena soal siasat, boleh tipu.
2)Untuk mendamaikan 2 pihak yang tengah bertelagah/bergaduh.
3)Menipu dengan isteri dengan niat untuk menjaga hati. menjaga hati ni sebagai contoh macam kau cakap yang kalau isteri tanya baju cantik ke tak or tanya masak sedap x, juz cakap ok la..tapi kalau menipu pasal kawin lain tu memang x boleh.

Tanpa Nama berkata...

En. Hanafi Jaafar,

Aku sebenarnye gerun kalau ckp bab neraka.
Ok tak nafikan mmg nabi pernah ckp, perempuan ramai kat neraka sebab:
-kufur nikmat ngn suami (lupa kebaikan suami,byk komplen dan asyik mintak yg bukan2)
-tak jaga aurat dan pergaulan

Lain pada tu, aku tak tau..

Aku takde dalil, tapi yg aku tau, suami yg terseret masuk neraka ni suami yg dayus; tak tegur isteri pasal aurat,ibadah,pergaulan dan seumpamanya sebab isteri bawah tgjb suami kan. Tapi kalau dia dah usaha buat yg terbaik dan isteri dia mmg gitu je,dia selamat melangkah ke syurga.Wallahu a'lam.

Isteri pulak kalau dapat suami yang tak solat atau tak berapa sgt dalam agama ni tapi isteri tu jaga agama dan tabah besarkan anak2 serta tak lawan suami selagi suami dia tak suruh buat dosa, dia selamat masuk syurga.

Nak mengelakkan byk sangkut nak ke syurga, suami kena redha kekurangan/maafkan kesilapan isteri dan isteri pun mcm tu.

Kalau dlm poligami, kdg mungkin suami tak berapa adil, tapi isteri redhakan dan halalkan je.
Sebab tu kalau org laki yg phm agama, dia tak mudah2 je nk poligami, besar tanggungjwb. Bagus kalau dpt isteri yg fhm agama jgk, baru harmoni, kdg lagi harmoni dari org monogami.

Itu maksud aku, betulkan kalau aku silap.Harap ini menjawab persoalan.

Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

maksudnye isteri boleh berlenggang masuk syurga, tapi suami belum tentu boleh berlenggang selagi tak setel bab amalan2 isteri,gitulah...

Irfa berkata...

aku nak jawab komen en hanafi tp dah dijawab oleh

anon July 23, 2013 at 1:30:00 PM GMT+8 dah jawab yang TERBAEK

Tanpa Nama berkata...

"Ditangkap menipu, macam mana la semua keluarga nak hidup riang?"


aku suka ayat ni. pada aku, lelaki perlu lebih kuat dalaman@rohani sebelum mahu kawin lagi. banyak benda dia kena fikir. bukan setakat nak halalkan sesuatu yang dia masih layak. cemburu@angin isteri datangnya tanpa diduga. jangan lah letakkan isteri dalam situasi mudah dapat dosa percuma. anda juga yang merana. betul anda mampu dan boleh. tapi hormatilah pandangan dan perasaan isteri sedia ada.

nurulachal mamat berkata...

consequences menipu ni jd habit n makan diri. dr pengalaman ahli keluarga 6thn kena tipu asik kena pukul rupa2nya ade bini satu lg sbb tu stress. kesannya isteri sakit hati ingat bnda tu blk.. so para suami. klu ade niat berani la jujur. bgaduh ke ape tu normal. tp dh nekad lama2 isteri kena terima juge

Tanpa Nama berkata...

Yang aku paham lelaki ni banyak tangungan dan tangungjawab tu banyak sangkut..

TETAPI menurut kisah nabi isra' dan mikraj RAMAI WANITA dalam NERAKA ni.

Hmm So maknanya perempuan tak mudah la juga masuk Syurga.. Perempuan pon ada banyak rintangan juga..

Tanpa Nama berkata...

yerr..mmg Nabi ada ckp perempuan ramai kat neraka, we admit it...tak perlu la defensive sgt sampai caps lock...kih kih..lawak pulak

Tanpa Nama berkata...

jap bukan ke perempuan ramai kt neraka,dan perempuan pun ramai kt syurga?nk kena cari pencerahan ni

Tanpa Nama berkata...

Biar la dia nak berpoligami...dia rasa dah cukup ok nak tanggung dosa bini-bini dia....yang lain-lain tu kalau rasa-rasa leh tanggung semua dosa setiap isteri-isteri dan anak-anak dia leh la join kelab poligami....

Tanpa Nama berkata...

Poligami blh, klau iman dan otak tu dah matang. Solat pun x lengkap,gaji pun tak cukup, nak istri anak banyak. Yela anak tu rezeki. Tapi klau anak istri pertama x cukup makan pakai, anak istri kedua pun sama,akan terbitnya rasa benci kat hati anak2 dan istri. Walaupun berdosa klau membenci ayah. Sekarang aku dah besar, dah pandai memaafkan dan bersyukur. Cuba klau tersalah langkah, jahil sangat, tak ke musnah masa depan aku?

Tanpa Nama berkata...

pada aku perempuan yg beragama Islam, aku x blh tolak poligami tu sbb itu dah tertulis n aku kena percaya & yakin. Poligami itu sendiri xsalah. Tapi yg buatkan poligami itu salah manusia itu sendiri. Kalau btl caranya InsyaAllah isteri redha. Yg kenapa isteri ni marah2, siram asid, potong xxxx lelaki dll kerana kalau 1 isteri pun dia x mampu berlaku adil zahir & batin, masakan kalau beristeri lebih dari 1. Tentu2 hilang adilnya itu. Isteri itu tanggungjawab yg akan dipikul semua dosanya di neraka oleh suami. Kalau 1 isteri = 400 dosa (misalnya), bayangkan 4 org isteri??? uiii mak ko byknya??? Fikir2kan lah wahai suami sebelum ingin berkahwin lagi, adilkah kamu pada yg 1? Dunia ni sementara je, akhirat yg pasti..... Bila lelaki poligami besar giler isu ini dimata manusia n media massa. Tapi bila isteri dizalimi suami, mana manusia sekeliling.. yg mampu pandang mcm menonton wyg. Aku pernah dizalimi suami kena belasah teruk dikhalak ramai. Aku merayu lelaki2 melayu di kawasan itu bantu, tapi apa jwpn mereka??? ''report la polis pergi balai''. mudah kan??? dan mereka terus pandang dgn alasan hal suami isteri. Bila buat tuduhan di balai, siap polis blh lunturkan hasrat murni aku yg nekad waktu itu dgn bertanya soalan - ''awak btl nak buat kes ke atas suami awak? nanti dia masuk penjara? awak x kisah? nanti awak nak mkn apa? sape nak sara awak sekeluarga? mcm mana kalau family suami awak tahu? awak btl ni nak teruskan???". Di saat itu aku kecewa dgn tindakan polis itu sedangkan sebangsa. Ini la rakyat Malaysia Melayu skrg, dan hampir ikut psikologi China. Sedih aku sbg kaum yg lemah di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Bukan tak boleh nak terima poligami tapi "suami" tu sendiri failed nak jadi suami yang bertanggungjawab. Sebab tu perempuan ngamuk & meroyan.

Kalau semua OK... Insya Allah sekeras mana hati perempuan akan redha juga sebab keimanan dan ketakwaan kepada Allah telah pun suaminya pupuk dan taman dalam diri isteri. Sudah terletak dibahu suami wajib membimbing isteri hatta solat pun kena dipastikan betul.

Selesaikan semua amanah itu lelaki semua???

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf lagi mudah dari minta izin
- tips dari Ustaz Kazim Elias