Julai 03, 2013

Apa Benda Sebenarnya Yang Gadis-Gadis dan Remaja Lelaki Tergila Sangat Dengan Artis Korea Ni?

Nak kata lelaki,bukan. Nak kata perempuan pun bukan. Nak kata androgynous pun bukan...

Sekarang ni aku tengok budak-budak tengah gila sebab artis Korea ramai yang datang Malaysia. Macam Sabtu lepas, aku tengah beratur nak bayar majalah, ada awek dua orang tengah borak sebab kawan dia tanya "kenapa kau tak beli majalah tu?Ada G-Dragon sis!"

Aku tak tau majalah apa. Nampak macam majalah yang membuang masa dan tenaga kalau di baca. Sebab aku wondering apa itu G-Dragon...aku pun tengok lah apa sebenarnya topik perbualan diorang ni.

Aku ingatkan G-Dragon tu mungkin gelaran untuk kartun ke atau mungkin anime baru tapi rupa-rupanya untuk seorang lelaki Korea yang nampaknya jauh lebih feminin berbanding majoriti perempuan tapi masih lagi tak malu nak guna nickname untuk diri sendiri...G-Dragon. Come on la! G-String sesuai la!

Kualiti orang2 lasak dan macho dalam industri hiburan sekarang ni dah hampir kepada menyamai level imej yang cuba ditonjolkan oleh kumpulan2 glam metak dalam zaman 80 an, menerusi sifat maskulin tapi feminin yang sangat ketara. Apa kejadahnya taste budak2 perempuan sekarang ni. Patutlah tah hapa2 result SPM sampaikan tiap2 tahun kena turunkan graf exam.

Bukak pulak TV semalam ada sedutan drama Melayu tapi ada penampilan istimewa artis Korea mana tah, aku tak kenal. Pada aku, semua sama saja. Siap drama tu cakap Korea lagi. DRAMA MELAYU TAPI SKRIP PAKAI BAHASA KOREA!

WTF Melayu? Apa nak jadi dengan kau ni? Kenapa bangsa kita absorb benar dengan trend ni? Berjalan merata2 nampak mamat2 Melayu dengan rambut ala-ala Korean sambil muka ala-ala Korean. Aku tak tau kenapa bila pandang muka budak2 lelaki yang terpengaruh dengan trend "being Korean" ni aku nampak muka diorang satu fesyen.....fesyen muka mintak penumbuk.

Ada satu gaya muka yang diorang selalu buat kononnya nampak cam gangster Korea tapi sebenarnya.....aku malas nak describekan.

Kalau kau tak sedar lagi....aku sebenarnya SANGAT2 anti trend Korea ni...entahlah kenapa. Ada sesuatu yang nampak fake dan abnormal mengenai trend ni. Nampak macam adunan identiti yang dah dipioneerkan oleh orang Jepun kemudian diplastic surgerykan supaya nampak Korean.Yang peliknya, bila orang Jepun buat, aku tak nampak pelik....mungkin sebab memang budaya pelik2 ni asalnya Jepun jadi nampak orang Jepun buat, benda tu tak nampak macam nak kena penumbuk sangat. Lagipun, aku tak pernah lagi tengok artis Korea yang lagi hensem berbanding Takuya Kimura.

Mungkin sebab asalnya apa yang menjadi trend Korea di Malaysia ni, asalnya adalah dari Jepun. Kemudian bila ditiru oleh budak2 Melayu membuatkan trend tu jadi jauh lebih annoying. Aku sedaya upaya jauhkan anak aku daripada belajar menari Gangnam....sebab aku dah tengok budak2 kecik ramai2 nari benda tu membuatkan aku rasa nak tumbuk mak bapak yang bagi anak dia belajar Gangnam ni.

Trend Korea ni dah jadi macam demam yang tak kebah-kebah. Mana-mana pun ada muka2 mintak penumbuk yang aku boleh jumpa. Merata-rata!

Dol! Kau Melayu! Kulit kau gelap! Kau buat rambut tercacak kemudian kau pakai makeup kemudian kau pakai baju ketat2 kononnya supaya muscle kau terkeluar...kemudian kau buat pulak ekspresi muka mintak penumbuk yang selalu diaplikasikan oleh artis2 Korea yang tah betul atau tidak sebenarnya diorang ni boleh menyanyi, hanya menunjukkan yang kau sebenarnya tak ada identiti sendiri.

Dan satu hari nanti, bila kau dah besar, matang, kau akan terasa malu dengan diri sendiri lepas kau tengok balik gambar2 kau. Aku pun pernah melalui phase yang sama cuma zaman aku, pakai seluar jeans koyak dengan flannel shirt busuk..ala-ala grunge. Tapi aku takde la gila sampai makeup muka sendiri. What the hell Melayu? Imej grunge adalah imej timeless yang akan terus diguna pakai oleh pelukis dan artis.

Tapi imej Korea. Tolonglah tolonglah tolonglah.....kalau kau nak jugak dressing macam tu, at least, muka takyah lah buat muka mintak penumbuk...kau Melayu. Muka kita ni muka sopan santun. Takyahlah kau ubah buat2 muka kau jadi muka mintak penumbuk. Nak kata aku tak paham sebab aku dah tua...masalahnya trend ni takde seni langsung! Glam metal pun lagi ok...at least lagu ada seni dia lagi.

Atau dalam kamus hidup aku, aku gelarkan "wajah punchable."

52 ulasan:

Hikari berkata...

penggunaan perkataan 'penumbuk' paling byk dalam 1 entry

EB berkata...

dasar 'pandang ke timur' kot...sekarang ni baru nmpak hasilnya..hoho

mirul berkata...

Glam metal yang baru baru macam the darkness

Tanpa Nama berkata...

Entry paling best. Kalo I, xde nak pilih laki stok korean celup nih. Orang mcm ni ke nak protect I? Ke I yang nak kene protect die dari "mintak penumbuk"?

Tanpa Nama berkata...

nama takuya kimura keluar dah.. aku suka drama korea tp kene pilih sikit la. aku rasa hyun bin blh kot nak compare dgn takuya kimura.

say no to kpop!

Tanpa Nama berkata...

Mantot, ko x ulas iklan kfc korean burger tu.. aku rasa klu diorg ambik budak cina pon takpe instead of melayu

mirul berkata...

Glam metal yang baru baru macam the darkness

Tanpa Nama berkata...

selalu tgk Top Gear Korea.... top gear uk kat youtube aje ade...

hime s berkata...

takuya mmg kacak

Tanpa Nama berkata...

Jgn badingkan takuya dgn plastic.. :p

Tanpa Nama berkata...

Adik adik aku pun anti Kpop. Diorang kate Kpop ni KELAB PEMINAT ORANG PONDAN.

HAHAHAHAHAHA

Aku kena stay anonymous untuk jaga keselamatan aku lololol

Tanpa Nama berkata...

ASAL GRAF SPM TURUN JE SLHKN POMPUAN..? PEHAL..? XDE JANTAN YG AMIK SPM GAK KE?? YG BYK KT KLS BLKNG JANTAN.. YG BYK JD 'DR' SENDIRI 2 POMPUAN GAK KE?? ASENYE CM JANTAN JE YG RAMAI..XNK LAK CKP SAL SYARAT UTK KMASUKN LAKI KT IPTA LG LONGGAR DARI POMPUAN..NMPK SGTLAA JANTAN YG WATKN GRAF SPM NE TURUN..

Ridzuan K berkata...

Tot, ko try tengok itu Malaysia punya grup K-Pop apa ntah nama..yang tu kalo ko tengok confirm istigfar panjang. Sangat padan dengan entri ko nih.

firdaus m berkata...

haha..bab boyband ni..kau tgk sejarah Duran Duran, time dia nak up tahun 1979-1983.

Formula sama digunakan berkurun2, sampai ke backstreet boys 90-an dan skrg ni k-pop.

klu kau tgk filem melayu lama2, mcm Azura, ada scene bebudak menari ramai2 dgr lagu new wave. dgn style rambut dn sebagainya.

sama je ngn k-pop. setiap generation akan buat formula duran2 ni utk appeal girls utk profit.

Tanpa Nama berkata...

Tu la ,,,,la nie ada giyomi la apa barang...
Nanti akan ada giyorak...gaya cute orang Korea basuh berak.....
Pastu set set Melayu bangang pun dgn bangganya tiru

THE Unknown berkata...

tak sabar nak tengok k-pop fans bash...
leh tengok kebangangan mereka untuk mempertahankan "seni" musik mereka yang tah pape..

Tanpa Nama berkata...

Dol,xde pon psl graf spm ne,slah page ke?

Tanpa Nama berkata...

aku rindukan zaman macho-man,tatanka,undertaker

sosok lelaki itu adalah otot,besi,peluh,pasir,rambut panjang,jeans dan darah

lelaki adalah tiada kaitan dengan boobies,kaki panjang tiada bulu kaki,kening cukur,rambut halus,baju warna warni dan spandex..spandex..spandex.paham tak biol!

Jumain manaf berkata...

aku jumain manaf sk titingan
Aku suka k pop. Rambut aku rambut k pop

KPOOP berkata...

well meleis mmg cukup cpt terpengaruh dgn benda2 fake nih, aku tengok iklan kfc korean burger tu mmg rasa sekor2 punchable...gedik nak mampos, please...

plain83 berkata...

ohohoo plastic is the in-trend now lol... gila nyilu sadis siot tengok vedio surgery potong dagu, gila sanggup tu buat smua2 tu demi kecantikan yg sementara, fuh ngeri siot...

Tanpa Nama berkata...

Ada pelakon dari Korea yang lebih hensem dari Takuya nama dia Jung Woo Sung and please plastic surgery tu sterotype je and pelakon-pelakon yang umur 30+ ke atas tak buat surgery sebab mesti ada peminat yg perasan perubahan diorang

Tanpa Nama berkata...

g-dragon? tukar jadi g-string? lol atau tukar jadi g-spot lg ok kot. kahkahkah

ada jugak yang tak nak kalah ngan Takuya Kimura ni... ko cari la macamana hensem pun artis korea ni, dia tak kan lg cool dari Takiya.ko nak tau kenapa? sebab Takiya pakai Levis Vintage + redwing 875 irish setter! ko takkan dapat lg cool dari tu. khalas.

spandex? nak tunjuk g - spot boleh la! kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Totally agree! Memang rase nak termuntah tgk kpoop ni, and mmg rase nak kasik penumbuk je muka sengsorg..and ade pulak fanatik kpoop ni yang every single update kt fb die is about kpoop..even profile pic pun kpoop..takde la remaja sgt pun, dah almost 30 kot. Tapi mmg tak boleh digest la apa yang bestnya kpoop ni..suara pun tak power, menari pun poyo - kpoop hater

Tanpa Nama berkata...

aku suka kpop dan aku tak de masalah dengan kpop...fyi, umur aku bukan remaja lagi..dan husban aku yang dah 30 tu pun suka lagu2 kpop lepas aku bagi dia dengar..dia lelaki normal ok..bukan lelaki metroseksual, lembut atau yang sewaktu dengannya

contohla kalau ko suka lagu metal, pada aku lagu metal tu tak bagus..denga pun sakit kepala..kalau aku cakap macam tu mesti orang2 yang suka lagu ni akan cakap..why? lagu metal bagus..sama la macam peminat lagu kpop..lagu2 diorang banyak yang bagus dan diorang bukan artis mee segera macam produk AF yang besepah kat sini..kurang2 5 tahun training baru boleh jadi penyanyi..yang cakap diorang tak boleh menyanyi live tu maafla, mungkin korang tak pernah tengok langsung terus buat persepsi negatif

cuma yang aku tak suka bila orang2 kita terpengaruh sangat dengan kpop..nama kat profile pic pun berubah jadi korea..semua benda harian pun nak dikoreakan..yang tu boleh buat aku loya jugak..so aku rasa haters ni sebenarnya tak suka dengan fanatik yang macam ni..tapi diorang pukul rata terus label kpop ni sucks

Tanpa Nama berkata...

1 artikel yg ikhlas..hahaha..tgk pic tu pun aku rasa mcm nk bg kaki je..adoiyaaaa..

Tanpa Nama berkata...

THE Unknown said...

tak sabar nak tengok k-pop fans bash...
leh tengok kebangangan mereka untuk mempertahankan "seni" musik mereka yang tah pape..


takdenya k-pop fans nak bash kat sini.diorg bukannya baca blog mantot ni pun.diorg lg sanggup layan kpop drdp layan blog politik mcm ni.blog mantot ni pun reader mostly pencacai anwar dgn dap.so apa2 entry selain drpd politik spt kutuk kpop dan lain2 hanya entry syok sendiri yg diorg takkan tau dan baca pun...

Tanpa Nama berkata...

"aku tak pernah lagi tengok artis Korea yang lagi hensem berbanding Takuya Kimura." Aku sgt Setuju!!!!kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

melayu memang memeningkan kepala...dulu masa demam hindustan..zaman shah rukh khan ..berapa banyak kes perempuan melayu tidur ngan pakistan...SRK datang melaka terkinja2 budak2 pompuan ..sampai ada tempah baju kurung sari untuk hari raya..la ni korea pulak...

LydSunshine berkata...

Idop Takuya Kimura!

Ada ke org buat shirt guna flannel? Huhu..

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, apa2 pun tak payah berlebih2, lite2 is ok..kalau suka lagu kpop tapi tak fanatik poyo ok je..kalau minat metal pun, lite2 je pun ok dah..
Just don't live your life as it..kalu yg minat kpop siap dressing, hairstyle, bahasa seme tukar..yg minat metal pulak baju muka setan tengkorak semua pakai..di mana keislaman kita sampai kita perlu terikut2..

Ym.Bundle berkata...

G-dragon muka macam pondan..hahaha.badan macam cicak bajet nama ganas...puih..hahaha..

memang sesuai sangat la g-string tu mantot..

Annakholat Atastokhdevishizar berkata...

sabar, sabar, sabar tot. Jgn tumbuk muka org. Kena dakwa nanti..

Tanpa Nama berkata...

Entri kali ni menunjukkan ko dah join puak tua Tot.

Btw, Metallica nak datang Malaysia! Kembalikan jiwa mudamu.

Tanpa Nama berkata...

try google Won Bin, dia hensem mcm Takuya gak.

Jayden Jay berkata...

hahahaha! ada org research la pasal k-pop ni. sama dgn duran2. wtf? hahahahaha! jgn sama kan dgn zaman lain bro.. 90's n 80's trend tak sama bro.. boleh terima tak mcm tu? jgn nak menang kan korea tu sgt la.. music dia sampah! baik aku dgr trash metal klau dah sampah sgt. hahahaha! tapi part pling best "sebab aku dah tengok budak2 kecik ramai2 nari benda tu membuatkan aku rasa nak tumbuk mak bapak yang bagi anak dia belajar Gangnam ni" hahahahaha! ni paling style dan org2 mcm ni kau pggl je boyan! hahahaha! taksub sgt mcm boyan!

firdaus m berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
firdaus m berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
firdaus m berkata...

jayden jay,

dlm dunia internet, ada 2 golongan mudah sentap, iaitu bebudak kecik x cukup umur dan org2 tua.(especially yg suka argue politic kt FB).

1. doesn't mean aku tulis pasal duran2 tu, aku endorse k-pop ke apa ni. tak ada istilah nak menangkan atau apa.

2. aku budak 90's, zaman aku internet x de (1998 baru ada TMnet), aku kena pergi Plaza Campbell nak cari tape2 underground, sanggup beli kaset yg copy je, bukan ori, dan beli tu dekat kedai auntie sbb payah benar nak dapat tape underground zaman dulu.

3. pada aku, setiap zaman ada fad dia. cuma generation skrg mmg jenis mintak penumbuk xde substance.

4. Reign In Blood - Slayer bukan music sampah bg aku.

5. anyway, bila kau differentiate org, kau akan start label2 org, dan labelling org ni satu kejelikan manusia yg kau nampak di arena politik dan mana2 arena sekalipun.

http://beyondthispunkt.tumblr.com/post/54523365090/labelled-and-packt-like-crushd-sardines

firdaus m berkata...

ah. silap aku wasted 5 minit argue. komen2 ini adalah monumen kebodohan aku.

Tanpa Nama berkata...

bab takde artis korea lagi hensem dr takuya kimura mmg sgt2 aku setuju...:)

~sonkimura~

Tanpa Nama berkata...

Aku suka dgr lagu k-pop n tgk drama diorang, n aku suka gak bce blog ni, x perlu nk condemn mnt org even kau x mnt. There's nothing wrong in having different taste. Setiap org ada mnt masing2. Adakah semua org perlu sukakan bnde yg sama? Masalahnye kat sni hanyalah utk peminat yg fanatik kan? Minatla apa2 pun tp klau kau melampau-lampau dan berlebihan tu yg boleh merosakkan otak kau..
btw, g-dragon tu nme sbnr dia g-yong, n yong is equals to dragon

Tanpa Nama berkata...

Takuya Kimura pun buat plastic surgery mantot, hahaha

nana berkata...

Indeed. Amat setuju. Tak nampak until now, apa yg bestnya k pop and cerita2 korea ni.. can't even pronounce their names right.

farhana Jamal berkata...

wooahh, in general Cursing Malay cakap betul sal Korean Waves ni...apa lah hebat sgt??! tp aku x setuju bila 'G-dragon' yg diketengahkan, maybe aku ckp ni sebab ada sifat 'fangirl' aku, but man, G-dragon is really an original artist, mmg patut diadmire/dikagumi. kalau ikutkan, zaman sekarang media banyak promote benda ni, tu yg ramai gadis-gadis and remaja sucked in... yang positive, we really get to know some amazing artist, from east,(yelah selama ni asyik pandang barat... Michael Jackson jelah hebat... contohnya).... yg cons... it's just 'trendy', so even artist korea yg x talented mana pun org tergilakan, because it's kpop,because the media says they're good, they're the 'it' thing,... untuk industri Malaysia, artis2 Malaysia, contohilah yg baik2 dr entertainment Korea, ambil substance, jgn tiru benda luaran saje, mcm laki sibuk tepek bedak, pastu nak wat aegyo and gwiyomi... that's stupid. '-.-

Tanpa Nama berkata...

Disebabkan K-PORK ni barang2 yang rare dah jadi xrare di sebabkan sampah masyarakat dari korea ni... Muka dorang ni dah boleh bagi kahak paling hijau dah...

hisyi berkata...

artis korea ni x slh.diorang setakat bagi hiburan kpd kita.kita yg melayu slh gunakan hiburan yg diberi.mmg x wjr bagi org melayu meniru fesyen Korea.saya minta maaf saya hanya sekadar pelajar sekolah jadi saya tidak berapa faham entang hal ini.

hisyi berkata...

artis korea x slh mereka hanya bagi hiburan kpd kita.yg slh adalah org yg meniru cara mereka.kita juga x slh meniru mereka seperti bahasa mereka tapi haruslah berpada-pada.saya minta maaf saya hanya pelajar sekolah menengah saya adalah peminat J-pop dan K-pop.

Tanpa Nama berkata...

korang yg penyokong k-pop ni tau tak? Yg k-pop's ni telah menjunamkan industri muzik rock tanah air...

across the horizon berkata...

well, bukan semua benda yang datang dari kpop tu buruk. aku akui aku memang minat kpop, tapi aku memilih. aku pilih yg betul2 best dan boleh nyanyi live je. haha kau mungkin tak pernah tgk kot. takpe. aku pulak tak suka music yg heavy ni sbb bagi aku music ni mmg menyakitkan kepala mcm mana kau anggap kpop. so adillah kan? kau dengan minat kau, aku dengan minat aku.

yang memburukkan kpop ni bila ada anak melayu yang try nak jadi kpop sbb diorang tak sedar kulit dia gelap dan mata dia bulat. aku sendiri geli tgk budak2 melayu yang bajet2 kpop ni. tu silap budak melayu kita, senang terpengaruh.

bagi aku selagi kau tak terpesong dari jalan agama sampai kau puja2 muzik tu, selagi tu apa saja jenis genre boleh jadi minat kau. thanks sbb bagi pendapat dari sudut anti-kpop.

Tanpa Nama berkata...

woi pukima kalau mwu kutuk kpop pun jngan la buat blog

Tanpa Nama berkata...

Woi ko x yh nk hina kpop sgt eh..pelakon melayu yg agama islam pegang x nk ko bahaskan...eh dri jepun baik korea....habis yg azwan ali tu mmg mcm bapok ko x buat pulk...dasaar babun sial