Julai 16, 2013

Bagaimana Teknik Menjawab Soalan Mengenai Masalah Harian Dengan Betul Ala-Ala Menteri Kabinet Malaysia

1. Soalan - "Saya adalah seorang lelaki yang mengalami masalah lemah tenaga batin di mana saya hanya mampu mengalami ereksi selama 30 saat sahaja dan ini tidak cukup untuk isteri saya. Bagaimanakah cara yang boleh disarankan kepada saya untuk mengembalikan senyuman di wajah isteri saya?"

Jawapan : "Jangan bersama isteri. Ceraikan dia."

2. Soalan - "Anak saya adalah seorang kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif melampau. Sudah pelbagai cara kami cuba dan nasihat pakar yang kami dengar. Semuanya tidak berkesan. Saya dan suami hampir putus asa, apa nasihat anda?"

Jawapan : " Beri anak pada nenek suruh jaga. Pakai kondom. Pastikan tidak mengandung lagi."

3. Soalan - "Saya adalah seorang lelaki yang sering mengalami masalah putus cinta. Sudah beberapa kali saya dikecewakan wanita dan kebanyakan mereka hanya mahukan wang ringgit saya sahaja kerana saya adalah seorang eksekutif muda yang agak bergaji besar. Apakah yang boleh saya lakukan mengatasi masalah ini?"

Jawapan : " Jadi gay."

4. Soalan - " Saya adalah seorang gadis muda yang mempunyai wajah berminyak sehingga mengakibatkan jerawat naik di wajah saya. Ini membuatkan saya merasa rendah diri kerana jerawat yang memenuhi muka membuatkan saya malu untuk dilihat oleh orang lain. Apa yang boleh saya buat?"

Jawapan : " Pakai topeng setiap masa keluar rumah."

5. Soalan - "Saya mempunyai masalah sakit tumit ketika berjalan. Saya tidak boleh berjalan lama kerana rasa sakit yang menyucuk akan semakin ketara. Sudah pelbagai kasut yang saya cuba dan kadang-kadang saya jadi cukup malas nak keluar rumah kerana sakit ini. Adakah apa-apa nasihat yang boleh diberikan pada saya?"

Jawapan : " Sakit tumit semasa berjalan? Cuba berlari."

6. Soalan - "Saya adalah seorang Melayu dan saya agak terkilan apabila melihat pembaca berita di TV melaporkan mengenai pasangan Cina menghina Islam tetapi pembaca berita tersebut tidak menutup aurat dan membiarkan auratnya di lihat seluruh negara. Apakah langkah terbaik untuk mengelak perasaan ini timbul ini timbul lagi?"

Jawapan : " Jangan tengok tv dan hanya dengar radio."

7. Soalan - "Saya adalah seorang lulusan luar negara dan kini saya telah pulang ke Malaysia dengan harapan dapat sama-sama membantu membangunkan negara kita ini. Saya mempunyai beberapa idea yang saya rasa boleh dijadikan titik asas perubahan kepada kemajuan negara kita dan teknik2 yang boleh mengubah ekonomi negara kita ke taraf yang lebih baik. Apakah Kementerian yang paling sesuai untuk saya menyalurkan bakti?"

Jawapan - "Satu2 nya benda yang perlu diubah adalah kewargangeraan anda kerana anda tidak tahu bersyukur."

8. Soalan - " Masalah jenayah di perumahan saya begitu merisaukan. Semalam ada cubaan memecah masuk rumah jiran saya di mana mangga kunci rumah dicurahkan dengan asid untuk mencairkan bahagian dalamannya. Apa nasihat yang boleh diberikan kepada saya mewakili kawasan kejiranan kami?"

Jawapan - " Sila pindah dan duduk di kawasan kejiranan yang lebih selamat."

...................

Kau cuba la praktikkan in real life.
Ada orang tanya kau soalan, cuba kau jawab camni. Teknik dia mudah aje. Yang penting, semua jawapan kau, mesti mampu membuatkan orang terdiam dan terpinga-pinga. Bila dia dah terpinga-pinga, kau mintak excuse, kata kau busy.

Sambil jalan, letak fon kat telinga dan cakap kuat2. Sebab kita tau, orang yang busy, adalah orang yang telefon selalu melekat kat telinga dan cakap pun kuat-kuat.

(Gambar sekadar hiasan)

20 ulasan:

Aril berkata...

Haha. Masing2 sdg mempersendakan kenyataan menteri tersebut tentang kenaikan harga ayam. Mmg kenyataan tu kelihatan bodoh dan tidak populis.

Tp aku pikir2 balik, kalau kita tnya pakar ekonomi, mereka pun akan jwb bnda yg sama...kita kena sedar aktiviti ekonomi di dunia ketiga spt malaysia dikawal oleh taiko2 kapitalis yg tamak...krjaan yg korup dikawal oleh taiko2 ini. Oleh itu jgn harap pada ahli politik menguatkuasakan undang2 pada taiko ini kerana mereka sendiri dibantu oleh taiko tersebut ini dlm pilihanraya yg menipu..

Jadi untuk turunkan harga ayam, mmg terpaksa boikot jgk. Mmg itu sajalah cara utk mangajar taiko2 yg tamak dan menindas. Ini adalah realiti ekonomi dan politik di negara dunia ketiga

Tanpa Nama berkata...

Mana projek kementerian pertannian penternakan? takleh buat harga ayam turun harga lembu turun..

NFC punya isue yang target untuk mengeluarkan dan menurunkan harga jadi projek gajah putih duit berjuta lenyap projek ntah apa2..

Tanpa Nama berkata...

Dasar menteri bijak mengalahkn lembu.

Tanpa Nama berkata...

bukannya jawapan je benggong mengalahkan orang x sekolah..kenyataan juga bengap..cth..: rm 500 cukup untuk setahun..2. kakitangan kerajaan wajib mengundi BN jika tidak mahu digelar pembelot negara..banyak lagi la lagi tulis lagi panas hati macam budak2 je rakyat ni digoreng..pulak tu kita boleh nampak kat tv, ada pakcik2 mengganguk2 serius sebelah menteri ..seolah kenyataan menteri tadi idea bernas dan pencerahan yang mendalam...padahal jawapan/kenyataan benggap

AzmanV2 berkata...

Pakar ekonomi pun akan cakap benda yg sama? Harga ayam naik jangan makan ayam untuk kurangkan permintaan dan akan menyebabkan harga turun?

Harga rumah naik mcm celaka ni mcm mana? Jangan beli rumah? Duduk tepi jalan? Pakat ramai-ramai bina rumah sendiri guna kotak?

Jom. Nanti harga rumah turun.

Shahrul Yusof berkata...

Gambar tu bukan sekadar hiasan tu. Memang ada makna. Menteri tu lah pelopor kepada jawapan mengarut menteri kepada masyarakat.

Tanpa Nama berkata...

Hahahahhahahaha so true. Jawapan betul tapi x menyelesaikan masalah. Menyakitkan hati

Tapi ada si polan cakap, x payah beli ayam, nanti ayam x laku turunla harga dia. Ada betul x?

Tanpa Nama berkata...

Dia kata jgn beli ayam, beli ikan, apa dia tak tau ke harga ikan lebih mahal dari harga ayam...?

Tanpa Nama berkata...

Setiap kali musim perayaan akan berlaku masalah seperti ini. Apa kementerian yang bertanggungjawab tak pernah belajar ke dengan apa yang berlaku selama ini? Ke memang betul diorang ni memang tak tau nak buat kerja....???

Tanpa Nama berkata...

rakyat pulak yang kena berkorban kena jaga kementerian dah patut kementerian cuba la kawal harga buat alternatif..

Tapi nak buat macamana.. bukan saja Menteri2 ada share, ada pegawai gomen pon ada share dalam kompeni2 berkaitan.. So macamana kementerian asas tani dan penternakan nak jaga kepentingan rakyat semua di swastakan.. :)

Tu la suruh undi betul2 tapi masih percaya kepada mereka..

So bersyukur dan terima seadanya la.. lol..

badai berkata...

Secara teknikal, memangla betul kalau nak turunkan harga ayam, pengguna boleh boikot.

Masalahnya di sini, harga ayam naik menjelang musim perayaan tiap2 tahun. Ni BUKAN masalah teknikal ekonomi dah, ni masalah pihak yang bertanggungjawab GAGAL JALANKAN TANGGUNGJAWAB tapi laju je bagi jawapan yang menambah stress rakyat.

100% Jade berkata...

Boikot tu dia tak payah ajar pun pengguna da tau. Isunya menteri ni taknak buat apa2 ke nak overcome masalah ni?

Tanpa Nama berkata...

Bila aku baca entri nih... teringat kat majalah Gila-Gila, kolum Profesor Serba Tau (PST). Macam ni ler cara dia jawab segala permasalahan. Mungkin menteri yang gambar nyer di atas tu pembaca setia majalah GG kot!!

Aslina berkata...

Haha 500 cukup setahun tu mmg legend. Cuba bagi org yg cakap 500 cukup setahun tu belanja just 500 je sebulan. Buang pangkat, buang elaun. Aku berani jamin, tak sampai sebulan je dia survive, pastu start mintak bantuan sumber2 lain lak...

Amin A. R berkata...

Menteri ni nampak macam pandai... Tapi, dot dot dot........ Tingtong lebeyhh

plain83 berkata...

oh ayam, oh ayam, kenapa engkau mahal? mcm mane aku tak mahal, tiada kawalan harga, tiada kawalan hargaaa~

Tanpa Nama berkata...

Kalau seluruh rakyat Malaysia kafir mesti dia akan jawab... ayam mahal? Makan babi.

Tanpa Nama berkata...

Mantot, boleh tak kau masukkan sekali bab kenapa ada ramai pejuang melayu yang percaya dan angguk2 bila pak2 menteri bagi jawapan menteri kelas ayam2 ni? sakit jiwa aku dok malaysia. nanti pejuang melayu kata kat aku ha pindah keluak malaysia cepat2.

salahkah kita rakyat nakkan keadilan? or salah sebab kita bukan melayu yg sokong melayu. sorryla para pejuang melayu, aku memilih apa yg rasullallah dan Allah kata, bukan apa pejuang melayu kata

aku rasa sampai bila2 pun pak2 menteri kelas ayam ni akan pastikan semua rakyat terus dungu supaya boleh terus angguk dengan kenyataan bodoh tak boleh ingat depa

Tanpa Nama berkata...

Yeah...aku sokong.......menteri cmni...jakun pun bleh jd...

Tanpa Nama berkata...

belum muka mulut lagi, tgk muka je dah tau 'bijak' melantun-lantun. (merujuk pada gambar hiasan).

sheesh....