Julai 24, 2013

Encik Chong Wei Siang Menemui Rahsia Membuat Wain Halal dan Orang Melayu Bersorak Kegembiraan

Sebagai orang Melayu, satu benda yang cukup jelas kita boleh nampak orang Melayu suka, adalah benda yang asalnya "haram" tapi "halal." Maksud aku, sebenarnya benda tu haram tapi dah dihalalkan menggunakan bahan-bahan yang membuatkan benda tu halal.Antaranya ;

1. Beer Halal


Satu masa dulu, semua orang berebut minum benda ni. Sekarang ni pun ada lagi aku tengok. Aku pun termasuklah sekali minum. Pada aku, tak ada la apa yang specialnya "beer halal" ni, yang aku minum jenama Barbican.

2. Bacon Halal


Bacon Halal ni muncul sekejap aje trend dia. Aku rasa benda tu tak melekat sangat jadi trend sebab tak ada bezanya pun chicken slice dengan "bacon halal" ni.

3. Bak Kut Teh Halal


Ada kan orang kita yang terkejar2 nak makan bak kut teh halal? Ada! Ramai! Aku perasan bak kut teh halal ni dibuat guna ayam.

4. Marsmallow Halal


Yang ni tak ramai sangat makan mungkin sebab sesuai untuk budak-budak aje kot. Lagipun aku tak tau pun yang marshmallow ni haram..mungkin sebab gelatin dia rasanya.

5. Dim Sum halal


Dim sum halal ni masih lagi dikejar-kejar oleh orang Melayu sehinggalah sekarang. Dah la sekarang dengan kemunculan kedai-kedai Cina Muslim yang wujud macam cendawan lepas hujan petir kilat, permintaan makin banyak.

....................

Kenapa aku senaraikan benda ni?

Orang Melayu ni, pelik sebenarnya. Punyalah banyak makanan yang diorang ada tapi yang diorang berminat nak try banyak yang haram-haram. Seolah-olah, orang Melayu ni mempunyai perasaan ingin tahu yang amat sangat pasal makanan-makanan haram ni dan selagi dia tak dapat rasa macam mana, selagi tu lah orang Melayu mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mencuba.

Apa lagi makanan haram yang dah dihalalkan yang orang kita tergila-gila sangat?

Jika ada seorang usahawan yang tak tau apa nak diniagakan, aku suggest, kau buat research sikit apa benda yang orang Melayu ni haram makan, kemudian kau createkan macam mana nak "halalkan" makanan tu.Aku bagi contoh, lard halal atau wain halal. Siapa dapat create wine halal, dia bakal jadi jutawan di Malaysia ni sebab ramai yang ingin rasa wain ni sebenarnya....siapa sini tak pernah minum air epal dalam botol yang banyak dijual kat pasaraya dan berlakon macam kau tengah minum wain?

Jelas sekali, permintaan tu ada!

Aku tak tau kenapa Melayu camtu...kita carik benda haram yang dah "jadi" halal. Masalahnya, kita juga laju2 sebarkan artikel2 pasal produk yang dikhabarkan "haram" padahal bukti nya pun sebenarnya kita tak ada. Tak gitu?

Punyalah banyak makanan orang Melayu ada, yang unik2 tu jugak la yang kita nak...
Kepuasan yang didapati tu jauh lebih nikmat kot? Adakah bila kita dapat merasai sesuatu yang haram tu macam mana, membuatkan kita jadi appreciate kehidupan?

Entah la. Tapi faktanya, apa saja yang haram tapi dah menjalani proses "dihalalkan" akan jadi popular di kalangan orang Melayu.Kenapa begitu? Sebab benda tu stigma. Orang Melayu hidupnya penuh dengan stigma. Sebab itu air mineral ada anai-anai pun boleh jadi produk. Anai-anai? Takleh dimakan. Tapi ada orang buat air mineral pakai sarang dia?

Kena beli!


25 ulasan:

teetot berkata...

aha.

benar.

kita suka bermain di tebing

naza hada berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Ntah takda rasanya mungkin aku bukan Melayu hoho..

Sylarius Yusof berkata...

That's why orang Melayu zaman sekarang ni prefer berzina lagi berbanding berkahwin.

Anak Askar Pencen

yongpropaghandi berkata...

betul sangat tu. Sebab tu, bila melayu keluar saja dari negara "melayu" ni,sesetengahnya diantara mereka.. melayunya hilang.ramai je telan benda haram bila di oversea tu.

Tanpa Nama berkata...

Belum sempat sampai keluar negeri, dalam kapalterbang dah tak kenal air sejuk, termasuk Pak Menteri!

Amy berkata...

Aku tak rasa ni fitrah melayu. Aku rasa ianya adalah fitrah manusia, selagi kau bernama manusia, kau akan sentiasa teringinkan sesuatu yang orang kata tak boleh..

Tak percaya. Cuba lihat seorang anak yang dikawal pergerakkan dengan seorang anak yang diberi kebebasan bergerak. Kalau tetiba yg dikawal dpt kebebasan, apa dia buat?

Macam kisah Nabi Adam dan epal larangan.. Benda yg dilarang ni, seronok kalau dapat buat.

Melayu pun manusia, cuma mungkin fikiran mereka masih sempit dan kurang berfikir. Masalah terikut tu, biasalah. Sebab tu kena ada akal fikiran.. Ilmu berfikir ni di kalangan melayu tu kurang..

Tanpa Nama berkata...

epal larangan??wow.......

Tanpa Nama berkata...

Macam bodoh je post ni..
benda ni fitrah manusia la.. semua bangsa pun same.. bukan fitrah melayu

Tanpa Nama berkata...

Dalam banyak-banyak babi, babi mana yang halal?



Barbie... setengah orang sebut 'patung babi'.

Tanpa Nama berkata...

barbie pun haram kalau dibuat dari bulu dan kulit babi :P

Joe berkata...

turkey bacon x sama dgn original bacon sbb turkey meat kurang lemak. so rase dia mmg tak sama. tp org islam mana tau rasa bacon ori pon, so food company canang je nama "bacon+smoky flavor" maka jd la bacon.

ada isu lg canggih lg dlm food science contoh - daging babi yg di buat dari protein. tp isu nya, molecularly (seingat aku), "veggie-pork meat" ni mmg exactly the same dgn pork. so halal ke?

red wine vinegar - halal ke haram? dkt ingredients no alcohol langsung. tp sbb cuka ni buat dr wine, haram ka?

cuka biasa - acetic acid. selalunya route plg mudah adalah sugar - alcohol - vinegar. haram jugak ka?



Tanpa Nama berkata...

Utk Joe,

Setakat yg belajar dari kecik, babi dan segala dari sumber babi haram dimakan. jadi veggi-pork meat tu haramla kan.

red wine vinegar: sumber dari red wine kan, so haram. tak tau kalo ada perbahasan lain.

tapi cuka biasa tu halal,asal dia sugar.cuma proses dia mmg ada jadi alkohol tp end result halal.
Kalo dia stop dekat proses yg jd alkohol haram mcm tuak.

Ni setakat yg aku baca.

Haa tot, taknak letak minuman Malta, tu pon org minum gak, tp haram sbb kuar dari kilang Carlsberg,tgk sumbernye.

Aku tringat sorang ustaz ni kata,kalau bab perut(makanan) dan private part(syahwat) pun masih lemah nk lawan, camana nk berjuang dgn isu yg lebih besar. Dgr ni terus insaf dan berhati2.

Dulu kalo g oversea gedik je nk makan ice-cream/gellato and cake, tp bila pk balik bahan2nye byk yg mcm diragui. Abes2 pun akan ckp darurat,lemah btl iman,huhu...

Tanpa Nama berkata...

Kat syurga nanti semua halal.. :)
Sabar yea.. :)

Joe berkata...

Utk anon 12.50am

veggie-pork meat tu term utk "pork meat" yg di hasilkan completely utk vegan - so tak dak meat langsung. salah aku letak salah term. ptut "vegan-pork meat" yg isunya di sini sng ckp, molecular structure meat baru tu sama mcm pork.

utk red wine vinegar dgn cuka biasa tu. hang dh bercanggah sket.

asal red wine adalah anggur (buah) - halal.
asal cuka adalah gula (kdg2 anggur) - halal.

along the process nak jd cuka dua2 kene convert jd alcohol.

so kalau ikut theory hang, red wine vinegar halal jugak sama mcm cuka biasa.

Tarawih berkata...

kelakarnya...Nabi Adam dan epal larangan..banyak sgt tgk citer omputih ni

Tanpa Nama berkata...

susunan ayat ko ni mmg hebat la mantot, ko patut jadi pengarang skrip.

Tanpa Nama berkata...

Teringat cikgu Sains berbangsa cina non muslim tanya masa sekolah dulu.

"U all tak boleh minum arak kan? Kita jwb Yezzz zaaa...

" Habis kenapa org melayu islam minum air tapai? Air tapai adalah ibu arak wooo.. lagi power pada arak."

Arak di hasilkan dari penapaian buah anggur. Apa beza bro dgn proses penapaian tapai pulut & tapai ubi?

rantai berkata...

melayu yang bukan-Islam boleh makan semua ... yang halal dan yang haram ..... melayu Islam yang makan semua adalah melayu yang Islam pada nama je.....

Tanpa Nama berkata...

tu dia....hujah dari pakar permakanan....bravo.....betul ke kuah sardin dari cacing........????ckgu aku ckp diorg cmpur dgn puri tomato.....n kwn aku dari selatan thai pelik aku mkn sardin sbb dia penah jmpa cacing dlm sardin....spa2 ada jawapan????

Tanpa Nama berkata...

bro....kt tempat aku air tuak @ nira mmg best wat bukak......klau yg masam xleh minum....haram....jd mabuk....lepas masam tu plak jd cuka...bleh guna la....nk tau air nira jd masam....tgk air jd lain xmcm biasa....aku mkn tapai ubi & beras.....xmabuk lg setakat ni....xtau la kot kena bancuh dgn coke xpun ketum....hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

tiba2 ja aku rasa sayang kt ko bila ko ckp cmtu.....laff u babe.....meet u in heben

aslina majid berkata...

Bak kut teh halal siap vegetarian katanya ada kat blog aku. Mee segera la tapinya. Yang ayam tu org tak panggil bak kut teh. Tapi org panggil chik kut teh. Rasa dia? Tah. 2-2 pun aku tak penah makan.

http://ninaneno.blogspot.com/2013/06/mohon-penjelasan.html

Ni link dia. Haha

Tanpa Nama berkata...

Ni betol kelakar ... melayu malayu ...redha je la aku ni melayu ...

Tanpa Nama berkata...

Joe,

Aku tak ckp ikut teori aku, aku baca kat link ni:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wine-vinegar-cuka-wain
Tak taula kalau ada pertikaian lain.