Julai 12, 2013

Awkward Agama : JAKIM Perlu Mengeluarkan Sijil Halal Untuk Rokok dan Produk Tembakau

Kita selalu diajak bersatu. Bersatulah!Bersatulah di bawah UMNO! Jangan bersatu bawah PAS....jika bawah PAS itu tidak bersatu...itu maknanya menjual Melayu...huhuhuh.

Itu mesej yang selaludijaja dekat kita, bukan sekadar oleh orang2 yang claim diri mereka bangsawan tapi sama jugalah macam sesetengah orang ahli UMNO yang mulut diorang tah apa kena selalu mengajak orang Melayu bersatu....

.....tapi dia sendiri pulaukan aku kalau aku tak setuju dengan dia. What the hell? Tamparan paling hebat aku rasa setakat ni adalah bila kawan aku, sama-sama satu sekolah, sama-sama membesar, panggil aku anjing sebab aku join Bersih. Bukan setakat anjing biasa...Anjing Ambiga. Anjing orang India. Aku takkan nak bersatu dengan Melayu yang perangai2 dia camni...apa faedahnya, kan?

Semalam, sebab meneruskan research aku pasal hukum merokok di Malaysia ni, aku teruskan pembacaan aku sambil baca kebanyakan pandangan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli agama dan "ahli-ahli" agama. Oh ya, Ustaz Don, terima kasih sebab umumkan dekat TV yang merokok itu haram. Bukan setakat menghisap, malah membeli,mengedar dan menjual adalah haram.

Orang UMNO selalu ajak orang Melayu bersatu....Jadi hari ni aku akan tunjukkan kau satu alasan mudah nak counter diorang. Kita pakai hukum agama.

Mungkin ramai yang tak menyedari, kita ada dua pihak yang boleh keluarkan fatwa. Satu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Lagi satu, Majlis Fatwa Kebangsaan. Dalam bab merokok ni.....ada perbalahan terjadi.

Majlis Fatwa Kebangsaan declare benda ni "haram" tapi JAKIM kata...merokok ni makruh. Alasan JAKIM, merokok sepatutnya makruh selagi tindakan itu tidak memberi kesan negatif dan buruk kepada penghisapnya. Huh? Apa kebaikan rokok? Macam mana rokok nak memberikan kesan positif kepada penghisapnya? Dan dekat point mana yang makruh tu kekal makruh dan tidak bertukar jadi haram?

Cuba jawab JAKIM? Sebab pada aku yang dah 17 tahun hisap rokok, satu2 nya benda positif yang aku rasa dari merokok adalah apabila badan aku dah lapar nikotin, aku dapat rasakan nikmat nikotin tu meresap dalam badan. Itu aje...

Dalam bab ni pun takleh nak bersatu, menyusahkan orang Islam, macam mana nak menyatukan Melayu ikut pemahaman politik? Mustahil. Orang Melayu sendiri berpecah takleh nak decide sama ada rokok itu haram atau tidak, nak suruh semua orang Melayu sokong UMNO sebab takut Cina conquer Malaysia?

Apa teruk benar mentaliti kau ni dol?

Daripada kau try nasihatkan aku supaya sokong perjuangan Melayu kau baik kau gi nasihatkan JAKIM supaya setuju aje yang rokok itu haram untuk memudahkan pandangan dan mengelakkan kekeliruan orang Melayu ni.

Kalau benar JAKIM percaya 100% rokok itu makruh, letakkan logo halal pada kotaknya. Sebab walaupun benda tu bukan makanan, tapi ia diletakkan dalam mulut, dihisap masuk ke dalam paru-paru dan terus kekal melekat dalam badan, tangan dan kulit.

Kalau nak bersatu, kita sepatutnya bersatu dalam bab2 camni, bukan sebab politik. Politik bagus sebenarnya kalau kita berlainan pendapat asalkan matlamat kita sama ke arah kebaikan. Tapi kau punya matlamat asyik2 nak pastikan Melayu terbela, sebab kau percaya yang Pemimpin kau aje mampu jaga Melayu ni. Padahal perangai kebanyakan diorang ni tak ubah macam bisnesman....kejar kewangan 100%.

Untuk itu aku akhiri agenda anti merokok aku ni dengan satu pertanyaan mudah ..

"Adakah rokok halal?"

Tak ramai yang fikirkan pasal benda ni kan. Kita lebih gemar membincangkan pasal yang haram aje. Cuba fikir...rokok halal atau tidak. Kau tak pasti kan? Hahaha.

Bersatulah Melayu.




31 ulasan:

Fara Abdul berkata...

rokok haram sebab bahan yg memudaratkan.

Aslina berkata...

Ko tau? Aku jumpa mee segera perisa bak kut teh HALAL. Kau ada? Haha...

Unknown berkata...

@aslina majid

serius?logo halal tuh siapa yang keluarkan?

Tanpa Nama berkata...

Nak guling PM gaya Mesir ka?

Unknown berkata...

berenti rokok tu pun dah jihad ekonomi, membantu ekonomi diri sendiri, save duit maa.

tu belum masuk "jgn lah campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.."

kalau tak dapat tengok negara berubah jadi better, at least dapat tgk diri sendiri berubah jadi better dgn berhenti merokok.

Prince of Noob berkata...

@ridzuan k

logo tu alvin dan vivian porno yang keluarkan siap ajak orang islam berbuka dengan babi. bugima sungguh

Unknown berkata...

ada sesetengah melayu ni wicked, selain dari babi, yang lain2 haram selamba je masuk mulut. walhal, apa beza haram babi ngan haram rokok(?), arak, hasil dari judi/ toto etc etc....

contoh terdekat, ko try tanya atlit yang mabuk2 ritu pas tu gilir2 selamba rogol anak org, ko soh dorang try test bak kut teh, cnfirm dorang maki hamun ko tak ingat dunia! tapi mabuk2, rogol2, selamba........

ironik, kan?

p/s -17 wasted years, eh Tot? ngee.....

Tanpa Nama berkata...

bersatu kita bersatu,
dengan setia berganding bahu....
tipu terus menipu,
kita tipu melayu....

Tanpa Nama berkata...

indeed!

Tanpa Nama berkata...

Eh selama aku hidup ni aku rasa hukum merokok tu haram. Sejak bila pulak ada makruh?

Tanpa Nama berkata...

perokok ni sebenarnya golongan individu yg sangat tak matang dan tak puas hisap puting masa kecik2 dulu, langsung tak macho...serious

Tanpa Nama berkata...

Rokok Ialah haram coz memudrtkn si perokoknye. Actully tk pyh tunggu ftwa agama pun declare hal ini. Coz ia memang hrm kn rokok ni? Mmng de dlm islm kn tenntg bende memudrtkn ni? 1 Malassia!

Tanpa Nama berkata...

aku ada terfikir dulu bila time orang cakap satu time ni rokok ni akan dicelup dengan arak. so jadi rokok arak la kan n then kau hisap. haram ke ha? dia celup tapi orang hisap rokok bukan minum arak kan? hahahahaha. pening! ala! melayu! rokok? arak? apadahal! sental asal bukan babi! hahahaha! dia bertalam dengan tuhan! hahaha! melayu!

Tanpa Nama berkata...

Ramai bijak pandai dekat sini , try survey gula . Dengar cerita dari mesin carian google , statistik menunjukkan gula lebih banyak membunuh dari rokok . Errrmm , patut diharamkan ker ? Apa pulak kata ustaz ?

Tanpa Nama berkata...

rasanya lagi ramai mati sebab kemalangan jalan raya dari rokok dan gula.. apa kata kalau kerajaan haramkan motosikal, kereta, bas dan lori.. kan lagi bagus kan..
apa kata awak?

Tanpa Nama berkata...

hahaha......naik basikal dgn jalan kaki je.......

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah merokok semua belasah macam orang minuma rak dah ketagih tu langar je bhai..

Siap ada orang keluarkan fakta filter rokok dari babi pon orang isap juga hahaha.. ingat dengan guna babi orang akan berenti hohoho..

Ntah la susah nak cakap.. ianya dari hati kita.. kalau dah stick@addict kat sesuatu halal haram semua dah tak kisah.. So kita sebenarnye kena bersihkan hati kita dekatkan diri dengan tuhan semoga kita mendapat hidayah dan berada di dalam kebenaran sentiasa..

Unknown berkata...

anon yg suggest gula dgn nk haramkan kenderaan tu,

ramadan ni elok baca Quran kan?

kau tgk surah Al-Baqarah 195,dgn surah Al-A'raaf 157.tu jawapan dia. ko dpt jawapan, dpt pahala lg.



Tanpa Nama berkata...

saya tulis cadang haramkan kenderaan sebagai kata2 "sarcastic" kepada komen gula tu..
awak ni pandai lah (sarcastic remark)...



Unknown berkata...

Org Islam,Melayu ataupun Chinese, takkan berjaya kalau fikir secara troll dan sarcasm, gurau2 melampau.

Hidup bagi manfaat. Nanti esok Tuhan tanya.

biar la keyboard warrior pun. aku nak share ilmu ngn org.

Budaya troll, sarcasm ni budaya yg mcm dlm movie Jackass tu. Itu pasal kau tak perlu terkejut klu tgok iklan seks apa semua byk dlm Malays. semua troll, semua sarcasm, semua tak payah nak ambik serious.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/others-bread-is-too-salt-the-gardenia-vs-massimo-bread-war-sakmongkol/

anon gula berkata...

New research coming out of some of America’s most respected institutions is starting to find that sugar … is a toxin and could be a driving force behind some of this country’s leading killers, including heart disease.”—Dr. Sanjay Gupta. Sugar qualifies on this front like alcohol and tobacco—then there is a mandate on government to protect public health .

anon gula berkata...

Aku nak share ilmu ngn org , artikel penuh klik kat profil anon gula . Mungkin ada yg firdaus m terlepas pandang . Jgn makan banyak sgt gula firdaus m , akibatnya pun sama mcm rokok .......

mecha_praline berkata...

even dua dua ada kesan buruk, tapi masih ada perbezaan kesan buruk rokok dan gula. gula memberi kesan buruk jika pengambilan secara berlebihan dan memudaratkan secara individu. berbanding rokok jelas membahayakan tanpa mengira dos yang di ambil atau adakah pendapat yang membuktikan jika rokok diambil dalam dos yang terkawal boleh mengelak dari kesan buruk? sementelah rokok juga memberi kesan buruk bukan saja pada individu malah kepada penghidu sekunder. maka pengharaman gula haruslah berbeda dari menggunakan dalil yang sama dengan rokok kerana punca dan akibatnya pun tidak sama malah kesannya juga tidak sama walau nampak serupa. tak begitu?

anon gula berkata...

Betullah tu mecha_praline . Jgn la haramkan gula . Kurangkan manis dalam minuman , lebihkan manis dalam senyuman :) . Bila mufti dah keluarkan fatwa haram ttg rokok , maka haramlah . Ramai yg bijak pandai kat sini bersetuju mengikut majlis fatwa kebangsaan berbanding jakim . Aku pun tak membantah pengharaman tersebut . Takde kene mengena pun dgn amalan aku , kerja aku pun bukan bawa van rokok , bukan bekerja di kilang rokok dan aku pun bukan penjual malah bukan penghisap rokok sekali pun . Cuma pemerintah yg mempunyai kuasa kita ni , semcm tak sebulu . Dalam ruangan komen ko ni mantot semua sebulu dgn majlis fatwa kebangsaan . Bukti2 yang di berikan semuanya bagus2 . Hairan jugak . Mcm tu lah jugak ceritanya tentang Morsi . Kenyataan Najib antaranya berbunyi, 'rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat'. Manakala pendirian KJ dan Pemuda UMNO pulak berbunyi, "Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam rampasan kuasa dan penahanan Dr Morsi. Insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan saja telah meragut nyawa, tetapi
juga membawa rusuhan dan pertembungan ganas antara pihak penyokong dan penentang kerajaan di sana. Demi allah aku sampai mengalir air mata melihat kerajaan islam di gulingkan di skrin komputer aku (buletin utama dah bnyk tahun aku tak tgk) , sedangkan ketua kerajaan di sini mengeluarkan kenyataan bersifat politik tempatan . Adoi aaiii kerajaan minoriti nih ...

Tanpa Nama berkata...

GULA vs ROKOK? lol

Gula kalau makan banyak mana pon masih tak juga haram.. :) Rokok dah terang2 haram membahayakan lagi nak samakan dengan gula..

Unknown berkata...

hahhahahaha! error 404 terus aku. anon gula hebat la lu.

hari ni che det keluar statement psl TPPA, ada satu point dia highlight, pasal syarikat rokok dulu pernah nak saman australia pasal nak jual rokok plain.

tu yg aku highlight link psl roti gardenia/massimo tu, aku nk jawab soalan mantot.

"Adakah rokok halal" = rokok haram, tapi govt takkan berani buat, pasal ada "kepentingan" ekonomi, bahkan kes massimo/gardenia tu, siap keluar rumours "haram" kat roti tu ini pasal "kepentingan" ekonomi.

agama diperkotakkatik demi "kepentingan" ekonomi. halal haram akan diceramah klu ada kepentingan ekonomi, tgk ada berani JAKIM letak logo "HARAM" kat rokok? itu la point dlm cerita rokok ni. bukan pasal gula ke dr. sunjay gupta atau apa. sekian.

Tanpa Nama berkata...

Negara Islam patut barangan tidak halal di label tidak halal.. Tapi pelik barangan halal kena label halal pulak.. lepas tu ada berang tak label jadi tanda tanya.. lagi la barangan haram.. hohoh..

logo/lebel halal jadi bisnes menguntungkan plak.. patutnya kita mudahkan.. malah susahkan.. tu takpe la..

Satu lagi JAKIM pun yang keluarkan logo halal/haram siap test product kalau haram habaq betul2 mana product gambar etc.. ini tidak.. banyak barang haram disebarkan melalui email/sms/atau rumors.. Kita menyuburkan budaya fitnah sebenarnya.. kalau orang nak tau kena telepon pulak JAKIM nak sahkan berita tu RUMORS ke BETUL.. isk isk isk.. Nape tak letak je result kat website JAKIM kami dah jalankan pemeriksaan kimia bahan produk ini dari syarikat ini mengandungi DNA babi. bukan ke itu dah tugas biro/badan halal/haram..

Maaf aku cakap.. Pasal ketelusan halal haram ni aku lebih respect persatuan penguna Islam dari JAKIM.. Mereka lebih berani dan bertangungjawab dari JAKIM yang aku nampak lebih kepada mengaut keuntungan.

Unknown berkata...

Kalau nk kena saman berjuta, salahgunakanlh logo tu..mn jakim ada bg sijil halal kat rokok. Sumber mn yg kata jakim xsetuju fatwa rokok haram? Saman malu skrg berjuta dik oii...hati2

Tanpa Nama berkata...

Sblm nak tulis,elok buat kajian sikit ye.. JAKIM satu2nya jabatan yg menyelia hal ehwal agama.. dah tu pasal sape keluarkan fatwa pun x tau,pandai je nak bercerita riuh sekampung.. utk pengetahuan penulis, fatwa dikeluarkan ada dua,satu di peringkat negeri,satu di peringkat persekutuan.. yg negeri di bawah jabatan agama negeri dan dikeluarkan sebagai fatwa negeri.. manakala fatwa yang dikeluarkan di peringkat persekutuan dinamakan sebagai fatwa kebangsaan. Yg penulis tulis kat atas tu xde beza pun.. fatwa adlh benda yg dihukumkan mengikut permasalahan semasa,fiqh muqarran.. fatwa kebangsaan sape yg keluarkan? Jakim ler pakcik...adoiii, buka mata luas2 sikit,yg terlampau taasub dgn politik smpaikan benda hukum nak dipolitikkan..