Julai 19, 2013

Awkward Agama : Ramadhan Adalah Bulan Persiapan Untuk Menyambut 1 Syawal

Aku ikut jugak perkembangan apa yang berlaku sekeliling aku. Sebab ada sorang kawan aku ni yang kuat sikit join local government jadi dia la yang selalu relay berita2 pasal apa yang terjadi sekeliling kawasan aku.

Contohnya, pasal satu kes di mana peniaga bazar Ramadhan ni marah dengan pengurusan kawasan sebab bukak "karnival" Ramadhan yang membuatkan peniaga2 kecil khasnya yang Melayu ni tertindas.

First sekali, aku jelaskan, aku suka orang Melayu berniaga. Aku akan sokong asalkan dia meniaga tu betul. Tapi ...bila baca rungutan diorang ni, balik2 ayat yang keluar, adalah berbunyi camni..
  1. "Bulan puasa ni lah time kitorang nak carik duit lebih.."
  2. "Bulan Ramadhan ni lah time kami dapat kumpul duit nak beraya"
  3. "Bulan ni lah satunya2 bulan kami berpeluang hidup mewah sikit"
Nampak tak apa yang terjadi dengan bangsa Melayu ni? Ramadhan ni, dah jadi satu bulan di mana peniaga cuba kejar keuntungan semaksimum mungkin. Dan kita pulak sebagai pengguna level biasa, benda paling exciting untuk kita bila tiba Ramadhan ni adalah;
  1. Pembukaan bazar Ramadhan
  2. Bukak puasa dengan bermacam juadah
  3. Shopping untuk raya
  4. Dengar lagu raya
  5. Kedatangan 1 Syawal
Kau berjalan dekat mana2 shopping kompleks sekarang ni, ada yang dah start main lagu Raya. Baju Melayu dah start terjual. Kuih dah start diambik order.Seolah-olah Ramadhan ni...adalah bulan untuk bershopping. Untuk spend, spend dan spend sebagai persediaan menanti 1 Syawal.

Memang ada ajakan kepada kita supaya kita pakai baju yang paling cantik masa 1 Syawal semasa solat sunat Aidilfitri tapi sebab kita Melayu, kita extremekan Aidilfitri dengan pelbagai benda yang menjadikan Ramadhan ni bukannya festival ibadat, tapi Fiesta Membeli Belah.

Dan yang aku paling terkedu...bukak TV9 ada rancangan apa tah tapi tunjuk Rozita Che Wan dan pasangannya Zain Saidin memasak bersama-sama. Mungkin sebab nak ambik peluang populariti diorang ni lepas habis Masterchef hari tu. Dalam promo yang setengah minit tu, nampaklah pasangan dua orang ni memasak bersama-sama, duduk sebelah menyebelah, renung merenung, manja habis lah katakan.

Dan yang buat hati ni jadi sedih sikit, TV9 gunakan rancangan tu sebagai "Istimewa Bulan Ramadhan." COME ON BRO!

Kalau diorang dah kawin, tak ada masalah la sangat nak memasak sama-sama ni...TAPI KAHWIN PUN BELUM dah dijadikan main attraction penonton supaya melekat kat TV...dalam bulan Ramadhan....apa sebenarnya nilai Ramadhan ni pada media ni ha?

Pada aku, tak sesuai la rancangan tu digunakan sebagai pelaris channel time Ramadhan. Nak tak nak, benda tu yang cuba dijaja sebagai rancangan istimewa Ramadhan ni, still a form of maksiat. Produser pun....suruh2 la sikit si Rozita ni pakai tudung kalau nak jugak tayang masa Ramadhan ni. Hot memang hot...tapi still bulan Puasa. Takkan la Ramadhan ni sekadar puasa dan tarawikh aje la kot?

Ada karang yang puasa sekadar lapar dan dahaga tapi tak ada hasil. Respek la sikit orang2 yang lemah dan sedikit pervert macam aku...Rozita Che Wan ini tergolong dalam golongan imagination trigger.

Kita kena start ajar diri kita menghargai Ramadhan ni. Kalau kau ada kuasa ke atas media, kaulah yang paling layak untuk tunjuk macam mana nak utilize betul2 Ramadhan...yang kau nak pegi tunjuk couple belum kawin masak sama2 buat apa? Luruskan balik masyarakat kita. Kalau tak dapat nak kekang maksiat, janganlah dipromote pulak maksiat.

Melainkan, TV9 ni...Alvivi yang punya?
Mungkin ke? Jap..aku check....

21 ulasan:

Fara Abdul berkata...

tot, memandangkan ko sedikit pervert lah ko kena usaha lebih keras utk mematikan imaginasi pervert tu dlm bulan ramadhan. Asik demand pihak lain je utk jaga perasaan org kuat nafsu, bila nak kawal nafsu sendiri?

Aku first.

Tanpa Nama berkata...

Meng betul pe kte ko Mntot! Semlm I pergi hypermrket berdektn dh diputr lgu rya! :p

Ariff berkata...

dh check blm tot??

Tanpa Nama berkata...

betul

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn AnnaKholat

Tanpa Nama berkata...

picu imaginasi.....cmner dgn emma maembong tot.....?lg la......biasa la tot..ni la melayu...aku pun heran dgn bangsa aku ni...apa bleh buat..setahun sekali...raya..shoping tiap2 bulan...

ko xnk komplen pasal tmbang teksi nk naik..letrik pun sama...kasi hentam skit tot..

babi haram,beer orait
woi melayu..cheers

Tanpa Nama berkata...

Montot,
Lamer answer.. tak suka jangan tengok TV9 lol.. :)

Itu la negara islam Malaysia semua boleh :) Agama pun boleh jual.. :)

Sedih juga bila orang berniaga sampai tak menunaikan solat :| tak pi terawikh (walau sunat je pon)..

aku juga amat sedih bila ramai-ramai pi Masjid tapi tak buat ibadah tak solat tapi sekadar melongok berborak ntah hape kat Masjid..

Mak bapak sila la pantau anak-anak yang kata nak pi terawikh tu.. Kalau pi masjid takpe kalau dating atau buat kerja ntah hape2 tak ke haru.. masa ni anak-anak dapat lesen keluar malam dengan alasan pi terawikh padahal dok joli ntah kemana-mana.. Noob mungkin ko boleh buka satu post pasal ni..

Tanpa Nama berkata...

rindu post kau yg lama2 dulu..
kelakar, valueable & bernas.
but lately asik complainttt je.
banyak negative energy.
cara baru kau eh?
just my opinion.
hehe

Tanpa Nama berkata...

anon 12:39AM, aq rse perubahan personality ni berlaku disebabkan oleh pengaruh fasa hidup selepas kahwin... tp still better la, stakat kuat complain je ini tabley itu tabley, ok lg... blom lg terjerumus dlm kancah meleis yg suka buat lawak lucah yg terang2x loqlaq (lawak org kawin) yg X membina minda langsung, pastu bangga pulak tu dgn kebodohan lucah yg ditonjolkan, tu cara org bodoh berbangga dgn status bukan bujang, har har har...

plain83 berkata...

Just like last 2 years, aku akn recycle baju kurung yg sedia ada je utk raya kali ni, elok2 lg bebaju aku, buat apa nak kalut beli/tempah yg baru? Tak paham aku dgn perangai sesetengah org yg every year kalut nak display benda2 yg serba baru... pelik sungguh, sesetngah tu smpai level taksub... raya 1st, 2nd, 3rd, 4th mesti nak pakai baju baru, kira 1 org tempah 4 pasang baju raya every year utk celebrate raya... creepy man...

Tanpa Nama berkata...

untungnya sapa dpt ko....ni promote ke apa....

Tanpa Nama berkata...

Agree with Annakholat Atastokhdevishizar dan anon 12:39AM;
too many negativity in your blog these past few month (start dr pilihanraya lagi).

Ko buat seolah-olah ko je mangsa.. tanpa mengambil kira hak orang lain. Aku setuju ngan 'lame answer' anon 4:35, kalau tak suka tv9, tak yah tgk tv.. pi la baca QURAN ke, solat sunat ke or apa yg sewaktu dengannya.

Btw... Anon 4.35, mmg kita nampak peniaga x p tarawih kat masjid, mana tau dia buat kat rumah. Bersangka baiklah sesama muslim. Afterall, pahala ALLAH yg bagi.. bukan kita yg tentukan.

Tanpa Nama berkata...

malaysia adalah suatu negara yang berjaya memelayukan islam....kalau kau buat betul2 cara islam .contoh..nikah ala kadar ...xde sanding..memang kena kutuk..masyarakat cakap ni mesti ada kes termengandung..kalau kau poligami..orang kutuk lagi teruk..kalau kahwin lambat pun kena jugak..kahwin muda- lagi media hentam..kalau kau join cara melayu kau selamat dari kutukan dan difitnah masyarakat..sebab kalau buat semua cara islam kau dianggap eksterimis..

adsalleh146 berkata...

Good article bro.....harap adalah org Melayu Islam yg akan berubah bila baca artikel u ini. Salute

adsalleh146 berkata...

Good article bro.....harap adalah org Melayu Islam yg akan berubah bila baca artikel u ini. Salute

Shahrul Yusof berkata...

Lelaki memang normally akan pervert. Tak kiralah Ramadhan ke Syaaban ke, bulan apa ke, horny tetap horny. Ada certain je yang dapat mengawal nafsunya. Tapi bukan sepanjang masa dapat control horny lelaki ni, kena pada triggernya, habislah.

Nak pulak zaman sekarang ni, merata maksiat mata. Baik dari advertising bawak la kat bazar Ramadhan, merata pompuan dress up seksi habis.

Takkanlah nak suruh semua lelaki di'kasi'kan macam sida-sida maharaja China zaman dulu kot untuk kawal nafsu pervert?

-Anak Askar Pencen

Aslina berkata...

Haha. Aku setuju!

Tanpa Nama berkata...

klau dgn melayu..warna pelamin pun komplen...aku setuju...melayu mengatasi islam.....cina ajak mkn babi tau plak nk marah walaupun x mngamalkn hidup sebagai islam...apapunya melayu la...

Tanpa Nama berkata...

aku setuju.....klau timing kena...xkira bulan apa...hahahaha....stement ko mmg memahami lelaki....bravo

Tanpa Nama berkata...

tapi perempuan bukan lelaki mana diaorang paham dan perempuan lumrah dia nak perhatian nak melawa nak berseksi2.. hohoho..

tu yang payah.. mak bapak pulak jenis tak kisah isteri atau anak perempuan dia dedah sana sini hurm..

Tanpa Nama berkata...

yeah yeah nasib baik bn menang, kalau pr menang dah tentu mantotntak meroyan royan sebegini