Erina melangkah bangga. Dia cukup gembira dirinya dapat ditukarkan ke Kementerian Pendidikan yang beroperasi di Putrajaya.
Sudah lama dia menunggu saat ini sebab dengar khabarnya, hanya mereka yang benar-benar berkelayakan akan ditempatkan di pusat pentadbiran negara. Apatah lagi dengan kenaikan grednya baru-baru ini di mana beliau naik gred tangga gaji selepas ditempatkan di Putrajaya. Sudah lama beliau berangan ingin bersama duduk setempat dengan golongan-golongan elit penjawat awam.
Erina ditempatkan di kuarters kerajaan di Presint 14. Sebuah rumah dua tingkat diperuntukkan kepada beliau sebagai kediaman. Rumah itu mewah juga, cukup untuk Erina, suami dan anak-anaknya hidup selesa. Maklumlah, sudah naik jadi pegawai memberikan beberapa insentif dan imbuhan kepada Erina.
Erina juga kerapa mendengar cerita mengenai kompleks membeli belah Alamanda yang dikatakan sangat vogue dan upscale, padan dengan komuniti Putrajaya yang kompleks dan ada karakter mereka. Sudah lama beliau impikan dapat membawa anak-anak ke sana berjalan-jalan sambil membeli belah di butik-butik berjenama di situ.
Sampai di pejabatnya, Erina seolah-olah tidak percaya beliau kini mempunyai biliknya sendiri. Bilik itu pula mempunyai jendela yang mengadap pemandangan indah Putrajaya yang megah berdiri. Satu kotak barangan peribadi sudah siap tersedia di bawa dari Terengganu untuk dijadikan hiasan pejabatnya.
Erina menggantungkan sijil ijazah sarjana mudanya yang diperolehinya dari Universiti luar negara di dinding. Mujurlah tempat menggantung sudah sedia ada tidak perlulah diketuk lagi dinding kayu cantik itu. Tangannya pantas mengeluarkan kain buruk lalu menggilap bingkai berisi ijazah sarjana yang diperolehi hasil penulisan tesis dan kajian selama dua tahun mengenai peranan peranti tradisional dalam penghasilan karya seni diperingkat sekolah rendah.
Sudah terlalu lama Erina mengidamkan saat di mana dia mengepalai satu badan dan keputusan semua dia yang pegang. Dia yakin dia dapat membantu Kementerian memperbaiki pelbagai kelemahan yang sedia ada.
"Ehem..ehem...Puan Erina! Seronok nampak hias ofis!" tegur seseorang.
"Ehhh...Zakiah! You ada sini? Lamanya kita tak jumpa!" balas Erina apabila melihat Zakiah dipintu pejabatnya.
" I baru aje duduk sini 4 bulan lebih...jaga department strategi pendidikan.." jawab Zakiah.
"Wow! I heard it is a challenging position kan?" tanya Erina.
"Setakat ni, I am coping quite well, but..tak sehebat you la Erina..pegang portfolio penting ni, working straight under Minister," puji Zakiah.
"Alah, macam la tak biasa pulak," seloroh Erina.
"Dah habis dah pasang semua? Jom..Alamanda, dah lunch hour dah ni," ajak Zakiah. "Nanti I kenalkan you with all the rest of the gang."
"Jom..." sahut Erina.
Habis dekat dua jam juga mereka berpusing-pusing di Alamanda membeli belah. Maklumlah, hari gaji baru 4 hari lepas. "Banyak you shopping?" tegur Anis, kenalan baru Erina.
"Ha...I dah lama nak datang sini ni, you all should know, this is my first time here ok! So, memang jakun sikit la ni," jawab Erina malu.
"Lets go, I have to meet the delegates today at 3pm," beritahu Zakiah.
"Diorang datang hari ni? Bukan sepatutnya esok?" tanya Anis.
"KP call inform diorang nak cepatkan...flight kena tukar schedule," balas Zakiah sambil membetulkan tangan yang mengangkat beg kertas berisi beberapa helai baju. "Eh kat mana kereta I tadi? Aha..tu dia!"
Erina menolak troli mengekori dua kenalannya itu. Dia hanya diam kerana masih lagi dalam proses suai kenal. Nasib baik Zakiah ada di situ. Sekurang-kurangnya ada teman kenalan untuk awal-awal ni. Zakiah membuka bonet kereta. "Ni kalau ada yang tak cukup, you paham aje la siapa yang ambil ya?" Zakiah melawak.
"Hahaha, takpe, I redha aje la," jawab Erina. "Jap, I nak gi pulangkan troli ni."
"Ishh...tak payah lah. Buat apa nak pulangkan troli tu, biar aje la, kan bangla-bangla tu ada tukang kutip," Anis mencebik bibir. Zakiah hanya mengangguk. Erina meletakkan troli di belakang kereta yang sedang berparkir sebelah mereka.
"Sekarang ni lepas dah tukar management baru, bersepah aje troli ni. I bet bangla-bangla tu tak buat kerja diorang la, melepak aje I tengok bila I lalu, geram!" Zakiah bersungut sambil mengundurkan kenderaan. Keretanya kemudian dengan lincah digerakkan keluar.
"Degang!" Bunyi troli Erina berlaga dengan kereta di sebelah mereka tadi. Kelihatan seorang pekerja warga asing berpakaian oren berlari dari jauh.
"Ini orang Malaysia, kerja pandai, mulut pandai, duit banyak. Tapi troli pun tak boleh mau kasi pulang. Bodoh juga mereka ini Putrajaya punya orang," Rao Anes merungut sendirian sambil menarik troli Erina tadi.

.............

19 ulasan:
1st
Rilek je round-round pegi Alamanda time waktu pejabat. Tak kantoi pulak diorang ni. Sekarang ni ada rumours skuad yang pantau kegiatan penjawat awam yang curi tulang kat Putrajaya.
Tapi tak tau la kalau diorang ni tak kantoi sebab gred pegawai kot. Gred M44 mungkin.
ahah,asyik hal tak pulang troli jer hang ni mantot,dr dlu lagi
buat malu trg jer erina ni...kekhekhe
ala..bersepah je org gomen pegi lunch kat alamanda..lagi2 ari jumaat..kul 3 baru thegeh2 nk kuar parking..nice job!
kenapa bila mantot buat cerpen mcmni aku malas nk baca? Tldr
Ni bukan cerpen tapi CERPER...Cerita Perli...
cer cer per li la yea..
aku pun malas pulang troli kalau jauh sangat parking... tapi consider la orang lain yang nak parking so letak dalam kawan yang sesuai la takda nak halang kereta macam sesetengah orang buat..
sarcasm in this post is too damn high!!haha..
nak suruh melayu pulangkan troli pun nak kena buat cerpen?? cakap je laa terus terang.. tak payah pusing2 buat cerpen.
pengajaran cerpen ni :
1. jangan "jakun" kat tempat keje baru
2. jangan "ngular" waktu keje
3. jangan berat punggong nak letak balik troli ke tempat yg sepatutnya
4. org kita ramai yg tak nak keje macam machai
5. walaupun sebesar mana jawatan kita jangan sombong. Allah nak tarik balik sekejap aje.
Sebelum anda kata pegawai kerajaan mengular adalah baik anda tahu pangkat seseorang tersebut dalam kerajaan kerana dalam kerajaan ada yang kerja bukan ikut masa. Contohnya pensyarah yang bebas punch in dan punch out bila-bila masa. Pegawai atasan juga bebas untuk keluar bila-bila masa.
Amboi, ayat diorang masing2 ada slang b.i, nyampah den ngan org melayu yg nk ber'slang'- 'slang' ni, klau hebat sgt slang ngan bhs arab la, baru aku tabik, haha
memang ada kegiatan penjawat awam yang curi tulang kat Putrajaya?
dpt Rm500 bonus?
takpa, gaji manusia bagi tapi rezeki Tuhan bagi.
slang baasa arab macam mana?
"anta rasa ana patut pulang troli
ka?"kata Erina kebingungan
Lazizan jiddan jiddan, haza troli wa hazihi kedai, man jadda wa jada wa man zaro'a hasoda
Org swasta lg banyak mengulor... kakitangan kerajaan negeri selangor pon ramai mengulaor... cukai rakyat selangor bayar gaji buat gi shopping.... bonus sebula.... alahai mantot... ko ni bias la... poyo pon ye...
kah kah kah ada yang sakit bontot
terbaik~!
yang mengata bangla tak buat kerja malas....adalah org yg mengular di waktu kerja...sama jela..
untunglah orang kerja berpangkat ni...
Catat Ulasan