Julai 17, 2013

Disebalik Tabir "Pejuang Melayu Bangun Mempertahankan Melayu"

"Apa kita nak buat? Cina haram yang kerja cybercafe tu dah hina agama kita? Takkan kita nak biar?" kata Melayu A. Melayu B menopang dagu, berfikir. Ligat fikirannya memikir apa yang patut dilakukan.

".....kita perlu ajar dia," jawab Melayu B.

"Ajar? Matematik? Aku tak pandai! Lagipun dia Cina, matematik mesti kacang aje pada dia!" jawab Melayu A. " Bodoh! Aku cakap ajar maksudnya kita kena gertak dia sikit supaya dia paham, agama kita ni bukan permainan!" Melayu B mengetuk kepala rakannya.

"Apa plan kau?" tanya Melayu A.

"Camni...kau ajak Melayu C,D,E,F,G dan H sekali. Kita kena ada 8 orang, lepas ni kau tolong inform diorang, prepaid aku dah habis la," Melayu B merenung dalam telefon ditangan.

"Kau mesej diorang, tulis sebijik2 macam ni, 'Sahabat-Sahabat, aku cukup merasa terhina dengan mamat Cina Apek yang kerja Cyber Cafe tu menghina agama kita. Bawak keluar kita punya kereta, kita akan culik dia, bogelkan dia dan belasah dia, kemudian kita akan conteng badan dia dengan permanent marker demi kemenangan Islam! Bangun sahabat!' ......kau tulis sebijik camtu," Melayu B menghembuskan nafas kerana tercungap-cungap sedikit akibat badan yang berisi.

"Eh, kau nih...kalau kita bogelkan dia, then belasah dia, habis la tangan kita terpegang anu dia..." Melayu A memberikan komen. Melayu B diam.

"Betul tu...kau ubah step dia, belasah dulu, baru bogelkan..." Melayu A angguk tanda setuju. "Eh eh..jangan lupa, takbir kat hujung mesej tu...baru semangat.." Melayu B menambah.

"Allahhuakbar! Insya Allah apa yang kita rancang ni Allah berkati!" jerit Melayu A tiba-tiba.

Melayu B merenung televisyen. Wajah Alvin dan Vivian, blogger seks yang juga sepasang kekasih bangsa Cina terpapar sebagai berita utama.

"..Ini sudah lebih. Cina ni makin lama makin bangsat. Anak haram punya lancau ma cao hai..." bisik Melayu B pada Melayu A. "Ni siap main bak kut teh ni yang gua panas ni..."

"Kau nak ajar diorang jugak bro?" tanya Melayu B.

"Islam agama ku. Hidup mati aku sebab Islam. Siapa2 yang berani mempermainkan Islam....dia akan aku ajar. Lepas kita ajar Cina cybercafe tu, kita bagi si couple lucah Cina ni intro sikit2..." Melayu B menyirap darahnya.

"Intro macam mana tu bro?" tanya Melayu B.

"Kita ugut bunuh diorang ni.....ugut aje.Intro dulu...tengok diorang macam mana," bisik Melayu B."Cantik, Alhamdulillah, Tuhan bagi kau otak geliga camni.." Melayu A mengangguk.

"Tuhan bagi kita otak, kita gunakan sebaik mungkin.." jawab Melayu B. "Bulan puasa ni la kita nak kumpul pahala sebanyak mungkin....dapat kat Cina, Malaysia ni,  tah-tah puasa pun diorang tak bagi!"

"....Kau rasa, kita boleh mati syahid ke tak buat benda ni, manalah tau kalau2 kita terkorban ke?" tanya Melayu A.

Melayu B senyum. " Hidup Melayu!"

............

Sebelum melabelkan diri sebagai pejuang Melayu, agak baik kalau kita belajar dulu yang mana haram dan yang mana halal. Tangkap Cina hina Islam? Boleh. Lepaskan Melayu yang hina agama lain? Tak boleh.

Konsistensi amatlah penting dalam menjadi sebuah kerajaan yang adil.

26 ulasan:

Hanz Edison berkata...

adehhh, x tau nk komen mcm mana.
apa2 pun aku 1st

Foster berkata...

Ko komen psl cerita ni ke Mantot?
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=297896323688523&set=a.141264379351719.42629.139656542845836&type=1&theater

Aku x tau la kt mana kewarasan org Melayu yg belasah dia tu? Cuba la pikir, kalau Rasulullah masih hidup, agak2 dia sokong ke perbuatan tu?

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan lemau sangat.. ramai orang dilepaskan lepas minta maaf..

Patut mereka didakwa dan disaman.. kerana tindakan menghina agama boleh menajdi ikutan..

tak kira la melayu ke cina ke india ke siapa saja yang buat.. bawak ke mahkamah..

Ini lepas minta maaf dilepaskan.. walau tindakan mereka terang-terang menghina..

lkjhgfdsa berkata...

lulzzz lawaknya. Hahahaha.

Dah tentu diorang tu kafir, ape benda yang diorang tahu pasal Islam?

Yang orang Islam bodoh sangat pegi respon kat diorang pasaipa.

Haha namanya dalam bulan Ramadan, yang Islam ni pulak jadi shaiton hahaha.

Yang dok marah marah kat Cina ni puasa ke dak? Solat? Tutup aurat?
Hormat ibubapa?

Adoiii umat Islam kat Malaysia ni, kesian betulll.

Nabi bangkit dari kubur pun Nabi takkan wat centu aihh kat cina tu suma.

lololol p mengaji la weii

Tanpa Nama berkata...

Orang suruh perjuangkan Islam tak nak. Sibuk nak perjuangkan nama Allah ngan bangsa melayu. Tu yg sampai buat benda sampai tak ingat halal haram. STUPIDO PEJUANG MELAYU. Siapa pejuang melayu ni kalu bukan ameno? menunjukkan taraf pemikiran mentaliti pejuang melayu di mana

Tanpa Nama berkata...

Aku xtau nk ckp apa...kita yg salah....arak melayu minum....judi melayu main...zina..rmh urut...xkn la babi pun haram bg melayu cmni...kn??lgpun media kita xbg penerangan kt cina atau india ttg islam...yg tau nk mkn halal...tu je...arak judi sume yg haram xkisah....ni la melayu skrg...nk perjuangkn islam xnk...bila agama cina permainkn tau plak nk marah....xreti aku nk ckp cmner lg.....nk pg belasah cina lain plak.....oh melayu...cheers la melayu oii

hikari berkata...

YANG TAK TUTUP AURAT BETUL2 TU PUN KIRA HINA AGAMA SENDIRI JUGA TU..

ACANER TU.. MAHU TANGKAP JUGA KE??

Shahrul Yusof berkata...

Pe'el budak yang kau cerita ni macam sama je dengan budak Melayu yang parking motor rapat-rapat dengan aku kat 7-e semalam. Sembang pasal nak pukul Cina berdegar-degar. Aku nak bawak keluar motor, dia pun sibuk tak nyempat-nyempat nak bawak keluar motor dia jugak. Last-last tersangkut handle motor aku dengan dia.

Bodoh sumbu.

Tanpa Nama berkata...

Aku tk tau pasal Buddha n Kristian pun aku tk hina agama diorang dlm fb.

Dlm court, ignorance of law is not an excuse.

Tanpa Nama berkata...

Ala kalau ada orang ngata lu bodoh bengap biol kat lu, lu marah tak?

Ni mengata agama orang.. kalau takda rasa marah memang tak sayang la kat agama la lu orang ni..

Tepuk dada tanya la iman lu sendiri..


Tanpa Nama berkata...

Mantot

Cuba tunjuk kat aku Melayu yg hina agama lain dlm fb.

Mantot berkata...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Demonstrasi_kepala_lembu

Mantot berkata...

take beer!

ManusiaHairan berkata...

Anon July 17, 2013 at 3:40:00 PM GMT+8,

ape lagi..jd la org pertama hina agama lain..

ape pny mentaliti la ko ni anon..adoi..

Tanpa Nama berkata...

Ni haa contoh melayu hina agama lain

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=674229572594647&set=o.214044145374981&type=1&theater

Abenawe MacNeil berkata...

kau tulis cerita pasal org melayu yang nak buat celaka..

dalam cerita kau org melayu yang nak buat celaka tu masukkan sekali zikrullah tahmid & takbir..

sekarang siapa yang hina islam?

sekarang siapa yang create misunderstanding terhadap islam?

dalam cerita ko seolah-olah org islam buat jahat baca tahmid & takbir sikit dah nampak macam berjihad & syahid ilallah..

tapis sikit bro.

Tanpa Nama berkata...

Kepala otak ko ni mantot kadang2 melampau jugak.ko nk buat story pun x payah la lebih2 dengan ayat quran pun masuk.sarcastik pun ade limit bro.ibrahim ali pun wajib dihukum hina kristian.alvin pun wajib dihukum sama.apa yg ko tulis ni mantot akan diadili nanti.berpada2 la.wasalam

Tanpa Nama berkata...

Setuju bro.gaya mantot tulis mcm majalah mangga punya editor.buat apa saje janji sedap baca.point ko betul tapi cara ko salah bro

Tanpa Nama berkata...

Aku kata dalam FB!

MANTOT BODOH!!!!!!

wootwoot berkata...

dah namanya melayu camtu la.baru kena jentik sikit melenting mcm nak runtuh dunia.ni la dia dugaan untuk kita bulan ramadhan ni.istirghfar banyak2.baca surah yasin.boleh tenangkan hati.bukan pergi kejar orang yang membuat auta 2.

konon kuat agama tapi sesat akhlak.

mantot tolong post lepas ni lebih beriman dan bercahaya untuk bulan ramadhan ni.terima kasih.

hanafijaafar berkata...

kalau hukum orang cina yang hina islam,
maksudnya kena hukum jugak orang yang ugut nak bakar bible,
dan orang yang hina agama hindu.

tak payah nak bising sangat la bila orang lain hina agam kita, orang kita hina agama orang lain kita lindung pulak.

Tanpa Nama berkata...

ah mantot... makin merapu aku tgk ko ni.. dlm hati ko mesti ckp kau jek yg betul dan bernas kan... poyo sejuta le....

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya masalah orang sekarang ialah dia rasa dia betul dan tak jaga hati orang..

So tu dia sesuka kata orang atas nama kebebasan la apa..

Orang sekarang rasa dia aje yang betul.. Dia rasa dengan kebebasan dia boleh buat apa dia suka tanpa hirau perasaan orang lain..

Tak kira la Siapa dan bangsa apapon.. hina menghina tu sebenarnya tak beradab lagi la di khalayak umum..

Tanpa Nama berkata...

yang aku pelik satu je...

Cina pun ada yang islam jugak, india pun ada yang islam jugak..tapi kenapa takde pulak cina dan india muslim ni pergi pukul mamat cina tu?..

sekarang ni perjuangang sebab bangsa ke sebab agama sebenarnya?..

abahko berkata...

Matlamat tak menghalalkan cara..kecuali ko ni Islam je pada nama, tapi dokong idea Machiavelli.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa perjuangan bangsa, camne la bangsawan2 melayu nak cari makan..