November 30, 2012

Kenapa Fesyen Budak-Budak Perempuan Sekarang Agak Ridiculous?

Kalau aku jadi Perdana Menteri, aku nak haramkan jenis tudung macam gambar kat sebelah. Sebab, tudung ni tak senonoh...ni bukan tudung.

Ni hanyalah separuh daripada sehelai tudung lengkap dan masalahnya...majoriti kedai sekarang ni jual tudung jenis macam ni.Susah gila nak carik tudung Muslimah sejati sekarang ni..dulu mana2 boleh beli. Sekarang dah jadi rare.

Bukak bidang dia berapa la sangat? 30? 25? Aku tak pernah tanya sebab aku tak pernah beli atau berminat nak beli, tapi ramai yang pakai tapi aku pelik kenapa tudung jenis ni kebanyakannya kecik-kecik.

Lagilah kalau kau badan besar , kau pakai tudung macam ni..maaflah....nampak macam saiz proportion badan kau kelakar. Lagilah pulak kalau kau padankan dengan tshirt ketat dan jeans ketat serta muka bajet seksi.

Itu tak masuk lagi golongan "minah hipster" yang mempunyai fashion sense paling mengarut .

Pernah nampak seorang minah, pakai tudung ala-ala bonggol unta, pakai kemeja, pakai seluar jeans dan kasut warna-warni? Kemudiannya, baju kemeja dia tu, dia singsing lengan? Itu takpe lagi...yang paling ridiculousnya.......dia ikat baju kemeja dia kat pusat...nak bagi ketat kat pinggang.

Nota : Selalunya minah2 ni tangan dia pegang iphone atau DSLR.

Seolah-olah, makin ramai yang berlumba untuk nampak lebih ridiculous.

Tapi walau bagaimanapun, kita semua sudah sedia maklum, kalau aku jadi PM dan aku haramkan tudung kat atas ni, aku lah bakal PM paling sekejap memerintah. Mesti ramai orang tak setuju punya.

November 28, 2012

Setiap Jumaat Anda Mendoakan Mereka, Jadi Mereka Pun Bahagialah




"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini."

"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya."

 Sultan Pahang,15 November 2012

.............

Nabi pesan ;
Kalau kerja dengan tempat yang ada penjualan arak,
seeloknya tukar kerja tempat lain.

Kalau kita jaga agama sepenuh hati la.

May God bless your King.
At least, orang Melayu dapat cuti sehari tiap2 besday diorang ni.




November 27, 2012

Kenapa Penjawat Awam Tak Boleh Terlibat Dengan Politik?

Seorang guru agama sementara di Labuan yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendakwa diberhentikan selepas menghadiri ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi, beliau menerima notis pemecatan selepas mendapat panggilan daripada seorang pemimpin Umno tempatan.

Bagaimanapun Qatrun memberitahu, perjanjian yang ditandatanganinya sebelum menjadi guru sambilan ada menyebut bahawa perkhidmatan seseorang guru itu boleh ditamatkan pada bila-bila masa tanpa memberi sebab.

"Saya mendengar ceramah Anwar pada 15 September. Dan selepas itu pada 9 Oktober saya dihubungi oleh seorang pemimpin Umno. Kami berbincang panjang.  Antara yang dia cakapkan ialah saya bekerja dengan kerajaan dan tak perlu terlibat dengan politik.

"Selepas dihubungi pemimpin Umno itu, saya dipanggil pula untuk bermesyuarat bersama penolong pengarah pelajaran JAWI bersama guru besar di sekolah saya mengajar. Dan selepas itu saya ada perjumpaan kali kedua pula di pejabat JAWI.

"Mereka hanya tanya tentang apakah aktiviti luar saya," kata Qatrun ketika dihubungi Malaysiakini.

Qatrun memberitahu lagi, beliau menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember ini.

Katanya lagi, rayuan juga telah dibuat kepada JAWI pada 19 November lalu bagi mempertimbangkan tindakan beliau dipecat.

.............

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan golongan muda supaya jangan menggadaikan masa depan negara dengan membenarkan pembangkang menggagalkan segala usaha yang telah dilakukan kerajaan selama ini.

Perdana Menteri berkata, golongan tersebut khususnya wanita muda tidak harus terpengaruh dengan dakyah politik parti pembangkang yang sering mempertikaikan kebolehan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara sedangkan negara luar mengiktiraf Malaysia.

............

November 26, 2012

Barangan Jemaah Haji Tahun Ini Ditaja Oleh Paris Hilton

Kepada sesiapa yang tak tau lagi, Paris Hilton dah pun membuka butik dia dekat Mekah. Ya, Mekah. Kalau ada yang tak sure lagi atau masih tertanya-tanya;

Mekah

1. Tempat yang bila kita solat tu kita halakan badan dekat dia.
2. Lokasi Kaabah
3. Tempat suci orang Islam

Paris Hilton

1. Waris kepada pemilik hotel Hilton
2. Ada video porno (antara video porno aku tengok yang tak membuatkan aku excited)
3. Pernah berparty dengan pemilik tanah Lapangan Terbang Sg.Besi sambil menayangkan dada
4. Seorang yang aku anggap pelacur high profile
5. Cuba jadi penyanyi tapi suara tak sedap
6. Bekas banduan dan penagih


Kau Melayu.Mesti kau Islam kan? Sekarang cuba kau buat satu ayat menggunakan perkataan "Mekah" dan "Paris Hilton" dalam nada yang positif. Mesti susah kan?

Tapi Kerajaan Arab Saudi boleh.

"Kerajaan Arab Saudi telahpun membenarkan Paris Hilton, a whore, membuka sebuah butik perniagaan di Mekah, kota suci orang Islam."

Apa yang kita boleh buat?

Boikot Haji,maybe? Atau mungkin kita boleh belajar terima, walaupun orang itu Islam, kadang2 duit lebih penting daripada segalanya. Islam itu magical tapi Muslim, are not.

ps - 3-0 lawan Singapore? 


November 24, 2012

Wanita, Di Dadamu Ada Senjata

A German lawyer has accused his former lover of trying to smother him to death with her 38DD breasts. 

Tim Schmidt claims that his ex-girlfriend Franziska tried to kill him when she found out he was leaving her. According to the Daily Mail, Tim told the court: "The incident happened in May – we were having sex."

"She was sitting on me naked and I was kissing her breasts. Suddenly she grabbed my head and pushed [it] between her breasts with all of her force."I couldn't breathe anymore, I must have turned blue. I couldn't tear myself free and I thought I was going to die."

Tim recounted to the court how he had managed to struggle free from her breasts and ran to a neighbour's house for help.He continued: "It is clear she wanted to kill me.

"She even admitted it to me on the telephone. I asked her why she wanted to smother me to death with her breasts and she told me, 'Treasure – I wanted your death to be as pleasurable as possible'."

Franziska is accused of attempted manslaughter with a weapon.

............

Hahahaha.

Accused of attempted manslaughter with a weapon? 

Harap2 ada pengarah filem Melayu buat cerita gangster
tapi senjatanya....ehem-ehem.
Kalau Rozita Che Wan berlakon...aku sure akan pegi tengok kat wayang.

November 23, 2012

Apa Saja Trend Baru Dunia Insya Allah Orang Melayu Akan Mengikutnya

Satu masa dulu, tahun 2000 rasanya, aku dengan member aku duduk ramai2 dekat food court kat U dan berborak. Kalau lelaki, kau paham lah borak pasal apa...sama ada bola, awek, sapa dah upgrade komputer atau siapa yang dah ada awek. Testosterone masih lagi tak stabil waktu tu.

Dekat kedai yang kitorang selalu makan dulu, ada satu makcik ni yang meniaga dengan anak dia dua orang. Anak dia seorang laki, seorang perempuan. Ada satu hari, anak dia yang perempuan pun jadi topik perbincangan kitorang.

"Aku yakin, kalau anak dia ni besar, mesti cun," kata member aku. Aku dengar aje la tapi aku tak mampu nak menidakkannya. Aku pun rasa benda yang sama. Minah ni (waktu tu umur dia darjah 5 rasanya) bila besar mesti dia cun. Ramai jugaklah yang menyokongnya dan aku rasa ada jugak dapat sokongan daripada geng2 pempuan jugak.

Takde siapa pun bajet yang satu masa nanti kitorang boleh tengok sendiri betul ke tidak ramalan kitorang tu...tapi itulah yang berlaku pada aku sebab semua geng aku berhijrah dan aku yang kebetulan pulak kerja kawasan sama dengan tempat aku belajar, jadi pada satu hari dalam tahun 2007...aku gi makan kat Terminal Bas Cyberjaya...tang tang tang...makcik tu ada meniaga situ. Dan anak dia? Masih cun tapi jarang ada kat kedai sebab kalau aku jumpa dia pun dia mesti baru balik dari sekolah sebab berpakaian uniform sekolah.

Buat pengetahuan semua, satu masa dulu terminal bas kat Cyberjaya adalah tempat makan paling best...sebab dia tutup pukul 10 malam dan selalunya 10 malam pun masih penuh. Kedai tak pernah rugi lah rasanya dan aku tengok makcik2 yang meniaga kat situ pun suka aje muka diorang. Tapi lama kelamaan, satu persatu kedai bertukar, yang mana orang lama sekejap tutup sekejap bukak...yang paling tak best tempat tu mati lepas jam 7 sekarang ni. Even lepas pukul 3, dah sunyi tempat tu.

Kedai makcik ber-anak cun ni pun mengalami benda yang sama. Lama jugak la dia tutup tapi baru dua minggu ni dia bukak. Lama betul dia tutup dan mungkin sebab aku membesar dengan makanan makcik tu dari aku zaman belajar rasa tak puas makan kat tempat lain (tak ada kaitan dengan minah cun ni)

Bila tengok kedai makcik tu bukak balik, aku dengan member aku melompat, sebab makcik tu kira tak mahal dan lauk2 dia ok. Bila aku mintak nasik, anak dia yang pempuan tu bagi.

Masih lagi cun. Tapi sekarang dah pakai tudung.

Satu masa dulu orang2 yang meniaga di sini semuanya gembira dengan jualan tapi aku perasan sekarang ni memang diorang dah susah nak carik makan. Kalau ada pun pelanggan tetap hanyalah driver2 bas yang berenti rehat kat situ.

Keliling tu, sekarang ni dah penuh dengan kedai nasik arab, KFC,Pizza Hut,PappaRich,bermacam lagi jenis kedai dan majoriti kedai kat sekeliling tu memerlukan kau spend bodoh2 RM13 untuk sekali makan. Mungkin sebab terminal tu kotor sikit dan orang ramai isap rokok kat situ yang membuatkan lebih ramai yang sanggup spend lebih setiap hari, membuatkan peniaga-peniaga Melayu di situ makin hari makin dekat dengan status gulung tikar.

Tapi aku tak sanggup. Gila sekali makan RM13. Mana2 kedai kat area situ mesti mark up air kaw2 punya. Even air suam pun 80 sen,60 sen.

Kita sibuk nak boikot macam-macam kononnya nak musnahkan ekonomi orang lain tapi mungkin tak ramai yang fikir dengan datangnya kemajuan yang dibawa kerajaan khasnya untuk tempat seperti Cyberjaya ni, lama kelamaan golongan peniaga Melayu kecil-kecilan makin lama makin tersempit perniagaan diorang.

Betul kan? Makin maju, makin moden, automatically peniaga Melayu yang meniaga sikit2 ni akan dihimpit oleh brand2 lain yang besar dan punyai sumber kewangan lebih baik sebab hari ke hari pelanggan diorang, sikit demi sikit ditarik oleh restoran lain yang mampu menyediakan perkhidmatan lebih selesa Dan selalunya...restoran tu bukannya milik orang Melayu pun. Kat Cyberjaya ni...makin lama kedai arab makin banyak. Aku....tak berapa gemar orang arab ni.

Dalam dunia fantasi aku, happy ending yang optimum untuk aku adalah aku keluarkan 5 juta, renovate terminal bas Cyberjaya supaya ada non-smoking zone dan renovate bagi cantik lagi...kemudian aku hantar rombongan merisik anak makcik tu untuk jadi member isteri aku sambil tengok peniaga2 kat situ bernyawa kembali macam zaman kegemilangan tempat tu circa 2000-2006....dan kemudian aku dapat "happy ending."

Tapi tu fantasi aku aje la.

Realitinya, aku kena accept yang memang hukum alam begitu. Makin moden, makin maju kita, makin terbukalah kita dengan konsep baru. Dan memang lumrahnya peniaga-peniaga kecil-kecilan khasnya peniaga Melayu yang tak punya modal banyak ni akan dipinggirkan perniagaan mereka ditelan gergasi2 korporat atau restoran upscale yang perlu ratus2 untuk makan satu keluarga.

Apa option peniaga Melayu? Salah ke orang Melayu meniaga jual sama harga dengan orang lain?

Nak naikkan harga? Orang marah. Nak jual murah? Diorang rugi. Cuba kedai makanan Melayu jual macam harga kedai mamak, sure ramai yang boikot tapi kenapa kedai mamak masih lagi penuh dengan orang2 Melayu? Seolah-olah, masyarakat Malaysia ni, bukan setakat boikot, malah ugut peniaga kecil-kecilan ni. Jadi, diorang takkan maju sampai bila-bila sebab kita dah set expectation berapa harga diorang patut letak.

Tapi, kalau orang lain jual...teh tarik 4 ringgit pun sanggup.

Sebab tu lah, pada aku, bila tiba aje demam memboikot ni dekat masyarakat Melayu Malaysia, aku tak kisah sangat. Macam kempen boikot Lego...KAH KAH KAH KAH. Apa punya bangang orang Melayu yang percaya Lego Nabi Muhammad tu. Siap ada yang ajak boikot barang2 Denmark lagi sebab Lego = Made in Denmark.

Pada aku semua tu trend dan orang Melayu adalah pengikut trend nombor satu dalam dunia. Kenapa sebelum ni tak buat? Ada orang boleh boikot McD bertahun-tahun kenapa anda yang baru nak boikot McD sehari dua pulak yang bising? Nak boikot...boikot sampai bila-bila la.

Ni dah gencatan senjata, tak berapa ramai pulak yang ajak boikot kat Facebook.


November 22, 2012

Obama Akur Gesaan Malaysia


Aku nak tergelak tapi aku cuba tahan.
Tapi kadang2 tak mampu.
Zaman Mahathir dulu pun tak sampai level camni.

November 21, 2012

Kempen Boikot Israel Yang Bermusim


Semua orang ajak boikot jadi aku pun nak boikot lah. Kalau tengok list ni, aku kena stop beli ;

1. Nestle
2. Johnson-Johnson
3. Nescafe
4. Maggi
5. Kit-Kat
6. Kleenex
7. Huggies
8. Scott
9. Carrefour


Nota 1 : Carrefour Malaysia sekarang ni AEON dah beli tapi branding dia nampak macam tak tukar.

Nota 2 : Disney sekarang pemilik kepada Marvel dan Lucasfilm. Kita tunggu Avengers 2 keluar dan kita tunggu Star Wars baru keluar, kita tengok ada orang ajak boikot ke tak. Hehe.Cadangan aku...DOWNLOAD!

Nota 3 : Kadang-kadang teori dan peringatan yang dikeluarkan oleh orang Melayu ni agak ridiculous. Macam tulisan  sapa tah pasal "Upin dan Ipin adalah agen Yahudi."

Nota 4 : Memang senang sebenarnya nak sebarkan berita buruk pasal orang, tapi macam mana kalau kita duk ajak boikot itu ini tapi sebenarnya apa yang kita buat tu salah, makdsud aku maklumat tu tak betul?

Nota 5 : Di satu sudut ada Hamas. Dia satu sudut lain ada Fatah. Kadang2 aku rasa politik pemimpin Palestin ni sendiri sebenarnya yang buat negara dia camtu. Mangsanya? Orang ramai. Kat mana pemimpin kedua-dua parti itu sekarang ni? Luar Palestin, seorang tengah meeting. Seorang lagi dalam buangan.

Nota 6 : Teruskan boikot Barisan Nasional.

Nota 7 : Ahli politik jangan diharap untuk memimpin peperangan walaupun mereka beragama Islam. Politician tak semestinya seorang pemimpin. Trend tu kita boleh tengok dengan jelas kat negara kita sendiri.

November 19, 2012

Bagaiamana Rasanya Menjadi Seorang Blogger Terkenal?


Semalam, bilangan follower aku sudah cecah 4000 orang. Dalam dunia blogger, secara automatiknya aku dah tergolong dalam golongan blogger femes atau selebriti yang layak dapat treatment VIP ke mana2 event aku volunteer pergi.

Jadi dengan ini, aku, Mantot, orang Kedah, declare diri aku ;

"Seorang blogger famous yang mempunyai hak untuk mendapat layanan VIP di mana2 aku pegi sebab; kalau aku bagi negative perception dekat siapa2 pun, memang tertutup la periuk nasik seseorang itu atau jatuh merudum lah sales product tu bulan tu atau selama-lamanya."

Akhirnya, AKHIRNYA! lepas ni..mesti Hanis Zalikha nak keluar dating dengan aku selepas beberapa puluh kali aku try ajak dia. Dia dah tak ada lagi alasan nak tolak ajakan aku.

Terima kasih semua kerana layan aku merepek selama hampir 6 tahun. Aku mintak maaf dululah kalau2 lepas ni aku sombong dan bongkak...atau pada sesetengah orang, lebih sombong dan bongkak.



November 17, 2012

Anak Kau Kenapa Tangan Dia Panjang Tapi Kaki Dia Kemetot?

Semalam, buat pertama kalinya aku tengok anak aku berjalan dalam video,sebab sekarang cuti sekolah, Jadi aku layan aje la video anak aku jalan ulang balik beberapa ratus kali semalam sebelum aku tidur.

Anak aku lambat berjalan. Sekarang ni dia dah nak masuk 1 tahun 6 bulan dan dia tak berjalan2 lagi. Sejak berumur 8 bulan,tiap2 kali jumpa sapa-sapa, diorang tanya ,"tak jalan lagi ke?" Aku jawab belum.

"Kenapa tak bagi pakai walker aje? Kan cepat berjalan nanti?" kata ramai orang.

"Saja," sebab aku tau kalau nak explain kenapa aku tak bagi walker akan menimbulkan kontroversi. The popular view is that, bagi walker cepat berjalan, bagi walker anak cepat membesar. Majoriti percaya camtu jadi selalunya kalau nak menidakkan apa yang orang ramai dah percayai turun temurun agak susah.

Jadi, kenapa aku tak bagi anak aku pakai walker supaya dia cepat berjalan?

1. Mak mertua aku tak bagi sebab dia seorang matron
2. Doktor tak bagi
3. Kitorang tak bagi
4. Semua rujukan yang aku baca kata jangan latih pakai walker.
5. Mak mertua aku garang. Semua trainee nurse takut dengan dia.

Mungkin ramai orang kita yang nak anak dia cepat jalan, sebab dia terasa beban nak mendukungnya setiap masa. Jadi dibelikan lah anak dia walker berapa ratus. Ada yang murah ada yang mahal dengan harapan anak dia cepat berjalan.

Tapi tak ramai antara orang kita yang sedar, sebenarnya walker ni seolah-olah kau bagi seorang budak yang baru dapat lesen motor sebuah motor 1000cc. Dia tak ready dan dia takde persediaan nak hadapi apa yang dia akan hadapi.

Samalah macam budak baby baru nak berdiri, tapi dia terus dapat alat nak berjalan. Memang dia boleh berjalan...tapi badan dia especially kaki dia tak ready nak berjalan. Physical development dia yang sepatutnya ada milestone tertentu akan dipush forward secara paksa dan bakal membuatkan growth dia jadi abnormal...mungkin tak kelihatan obvious tapi mana tau muscle tissue dia tak cukup develop?

Even dekat beberapa buah negara sendiri penjualan walker baby diharamkan.
Kenapa tak di Malaysia? Entah.

Apa yang aku pelik, dekat Hospital, diorang akan nasihatkan supaya jangan pakai walker untuk budak-budak. Tapi kedai barang baby still lagi jual...dan masalah paling besar, orang kita masih lagi beli.

Kenapa tak diharamkan saja penjualan walker2 di Malaysia ni kerana majoriti baby walker yang aku tengok adalah daripada jenis walker2 made in China yang pembuatannya langsung tak ada researchnya dan tahap safetynya langsung tak diambik kira. Aku kata majoriti, aku tak kata semua. Dan walker yang non-recommended ni walker yang support anak kau supaya dia berdiri dekat bontot dia..orang putih panggil ring walker. Mana2 walker yang membolehkan anak kau berdiri tanpa menggunakan kaki sendiri adalah not recommended.

Apa yang mak bapak boleh buat cuma satu benda. Sabar. Jangan mudah putus asa kalau anak tak jalan dan jangan jadi jenis mak bapak yang nak hidup senang lalu dibaginya anak sebijik walker dengan harapan,bila anak ada walker, anak boleh dibiar dan kau boleh buat apa yang kau nak buat.

Dan kepada golongan bakal parents, ada dua benda yang tak sepatutnya dibagi pada anak tapi dijual dengan matlamat "memudahkan" hidup mak bapak.

1. Baby walker
2. Puting baby (pacifier)

Jangan diamalkan dua benda tu. Biarkan anak menangis macam mana pun, biarkan lah susu kering ke,tak keluar ke, jangan bagi anak anda puting kosong.

Oh,lagi satu aku perasan ramai mak bapak buat..ramai jugak mak dan bapak yang jalan2 dengan anak dia sambil mak pegang satu tangan dan abah pegang satu tangan, anak kat tengah2..lalu dihayun-hayunkan anak dia macam anak tengah main buaian.

Nak anak anda mudah tertanggal bahu daripada soket?
Buatlah camtu selalu.

November 16, 2012

Awkward Agama : Petik Suis ON Untuk Islam,Matikan Suis Untuk OFF Muslim


Komen seorang pembaca yang aku tak tau jantan atau betina;

"whats wrong with mak bapak antar anak2 kecik masuk pertandingan nyanyi if bdk2 tu cenderung ke situ??? lainla klu mak bapak yg over, anak nyanyi suara katak tercekik pisang pun, berangan nak antar masuk pertandingan, mak bapak nak glemer.. but if anak2 mmg minat in music ke ape, whats wrong with that? aku pelik la, kau nak anak kau jadi robot ikut perintah kau je?"

...............

Aku harap video di atas dapat jawab persoalan kau dan....kalau anak aku perlu jadi robot untuk ikut perintah aku, aku wish dia jadi Optimus Prime yang dulu2 sebelum Michael Bay rosakkan memori Transformers aku.

Kalau kau tanya aku "itu dia cakap pasal tilawah Al Quran bukannya pasal menyanyi.." mungkin kau boleh tunjuk apa kau tulis dekat orang lain dan mintak dia explainkan dekat kau apa kaitannya video tu dengan statement kau.

Ada beza antara cenderung suka muzik dan cenderung nak jadi penyanyi. Ramai budak2 melayu cenderung nak jadi penyanyi,artis atau selebriti. Nak kehidupan glemerrr. nota - Ada tiga huruf R aku pakai di situ.

Ramai orang kita kat luar sana yang pilih sesuaikan agama ikut hidup dia, bukan gunakan agama sebagai hidup dia. Ibadah kita pilih mana yang kita rasa berkenan dengan taste masing-masing. Mana yang tak kena atau kita rasa tak sesuai kita tinggal. Mana yang susah, yang memerlukan pengorbanan duniawi tu kita claim tak sesuai dengan peredaran masa, digelarkan "jumud."

Biarlah orang kata aku jumud,kuno,old school,tersangkut kat zaman paleolitik, kembali ke era meiji, tersesat di zaman teknologi dan sebagainya...aku tak bagi anak aku jadi penyanyi dan aku tak bagi wife aku menyusu dekat depan public :)

Senang gila. Aku pun nak jadi orang Islam camtu. Buat festival fesyen Islam tapi aurat terdedah sana sini. Kemudian claim nak membuka mata dunia Islam itu indah dan progressif. WTF. Islam tu macam dah jadi branding, satu benda trend. A choice. Sesuatu yang boleh di on off ikut keadaan.

ps - ada sapa2 nak kata Ustaz Azhar Idrus pervert tak sebab dia kata lelaki ni tengok silhouette dan dengar suara pun boleh naik stim? 

November 15, 2012

Mengamalkan Kehidupan Seorang Muslim Adalah Satu Benda Yang Sangat Susah Untuk Mereka Yang Tak Dilatih

Sempena 1 Muharram ni, aku nak buat pengakuan sikit. Aku sebenarnya tak tau bila annivessary wedding aku. Kalau kau tanya aku bulan berapa aku kawin dan berapa haribulan, aku tak sure. Aku rasa wife aku pun tak berapa sure.Tapi tarikh akad nikah aku jatuh pada 1 Muharram. Jadi tiap2 kali 1 Muharram aku sambut ulang tahun wedding aku.

Dalam beberapa tahun lepas, sebelum aku kahwin, aku ada tulis pasal aku nak kahwin. Sampai sekarang aku ingat ada satu komen kata,"kau ni poyo, kau kahwin kau tengok la dulu. Aku jamin 3 bulan kau cerai." Entah apa yang membuatkan dia berfikir macam tu aku tak pasti...tapi itu lah orang Melayu kita. Aku ada baca komen2 orang kita dekat satu blog gosip yang agak terkenal dan maaflah...aku rasa monyet lagi pandai dari sesetengah orang yang komen situ.

Takkanlah sebab dia letak gambar anak dia pun kau nak kutuk rupa anak dia?

Tanyalah aku pasal kahwin....aku akan jawab tak best. Dan pandangan aku samalah jugak kalau ada keluarkan statement, "Islam ni mudah aje. Kenapa kau nak susahkan?"

Islam tu mudah? Sebagai seorang Islam, mengamalkan Islam ni sebenarnya agak susah. Jangan tipu diri sendiri dan kata Islam ni mudah. Islam tak mudah...malah sebenarnya susah dan agak membelenggu hidup.

Kalau kau berborak dengan orang yang pemikirannya moden, Islam adalah belenggu, rantai yang menjerat mereka. Even aku pun kadang2 rasa camtu. Kadang2.

Siapa kata solat itu mudah? Nak solat kau kena berenti buat apa yang kau tengah buat, bangun, bukak kasut, bukak stokin, ambik wuduk, solat..kemudian pakai balik stokin yang selalunya akan basah sebab kaki kau basah dan kemudiannya sambung balik kerja.

Tak masuk bab pempuan lagi yang kena bukak tudung, kena pakai telekung, kena pakai tudung balik.Siapa kata puasa itu mudah? Siapa suka tahan makan tahan minum? Siapa kata berzakat tu mudah? Kau dah kerja teruk2 tapi 2,5% gaji kau kena bagi kat orang miskin.

Nak direct, mana lagi senang, beromen dengan awek atau tahan diri daripada beromen dengan awek? Lagi senang cium mulut dengan awek sebab itu benda yang best, kan?

Islam ni susah.Admit kan benda tu. Hendak mengamalkan 100% apa yang Islam suruh tu susah. Sebab tu ramai yang tak solat sebab tak nak flow kerja terganggu. Sebab tu jugak lah ramai wanita yang pilih tak nak bertudung...sebab bertudung ni leceh.

Belenggu. Rantai. The old ball and chain.

Samalah jugak seperti perkahwinan. Perkahwinan adalah belenggu kepada orang-orang macam aku. Siapa nak balik rumah tapi tak boleh nak duduk layan movie dan rehat2? Siapa suka malam2 takleh lepak dengan member.

Tak ada orang suka. Untuk orang2 macam aku, ibadah ni satu kerja. (Perkahwinan is a form of ibadah too) Mungkin sebab kita ni normal atau mungkin sebab hidayah yang betul2 pure belum sampai.

Tapi...aku rasa masalah orang2 macam aku adalah kita anggap, bila kita tak ikhlas nak solat, lebih baik tak payah solat. Tak ikhlas nak bayar zakat? Takyah la bayar. Tak ikhlas puasa sebab malas? Takyah la puasa.

Ramai antara kita gunakan alasan keikhlasan untuk bolehkan diri kita escape dari ibadah atau praktiskan apa yang agama kita wajibkan. Tak ikhlas nak bertudung? "Saya tunggu pintu hati saya terbuka," kata seorang artis. Tak ke agak kelakar jawapan cam gitu.

Aku rasa semua tu salah sebab benda wajib tak boleh dikompromi. Tak perlu nak ikhlas,tak perlu nak hati suci,tak perlu nak bargaining....kena buat. Mesti ada yang kat luar sana fikir, "kalau aku tak ikhlas solat, buat apa aku solat lak?"

Dah Dia suruh. Ikhlas ke tidak bukan masalahnya. Tapi masyarakat kita makin ramai yang merasakan agama dah jadi beban yang tak mampu digalas. Sebab itu ada yang let go agama dan teruskan hidup macam orang biasa...tapi kalau ditanyakan mereka agama mereka jawapan mereka satu aje, "Saya Islam la. Kan saya pakai songkok ni." Pada golongan macam ni as long as dia tak buat something yang go against agama dia ok....satu masa dulu aku camtu gak. Sebab tu kita boleh tengok, yang ke masjid tiap2 hari golongan2 tua. Sebab masyarakat kita assume, waktu muda kena kerja keras. Waktu tua time nak beramal, nak insaf, nak taubat.

Aku sendiri kadang2 rasa berat nak solat apatah lagi kalau aku tengah buat kerja. Kadang2 ada terlepas. Tapi adakah aku ada choice sama ada nak solat atau tidak? Sebenarnya tak ada. Tapi sebab kita makin liberal dan kita jadikan benda ni sangat2 complicated, kita rasa seolah-olah kita ada choice.

Islam ni mudah aje sebenarnya. Buat apa kena buat, tinggal apa yang kena tinggal. Tapi orang kita sekarang semuanya perlu ada reasoning, perlu ada bargaining.

Sebab tu ramai yang menggeletar berlari-lari jumpa bos bila bos besar panggil tapi bila Dia,si Boss Paling Besar panggil, kita boleh tangguh dan tangguh dan tangguh.

Bila dah baca2 aku baru paham la kenapa kena didik anak dari kecik solat. Kalau tak solat pukul. Tapi berapa kerat sangat orang kita yang sanggup pukul anak paksa anak solat? Tapi once dia dah terpaksa buat sebab dia kena paksa buat, dia akan rasa benda tu mudah. Samalah teorinya kalau kau buat benda yang sama tiap2 hari kau kerja, kau akan jadi sangat proficient dalam benda yang kau buat sehinggakan benda tu jadi senang.

Islam memang senang panduan dia sebenarnya tapi nak hidup macam orang Islam tu agak susah. Apatah lagi dalam dunia zaman sekarang ni. Siapa sini time kerja dia ada masa nak solat sunat Dhuha? Ada. Tapi tak ramai.Sebab ramai sibuk kerja keras, gigih berusaha nak cari rezeki time tu.

Tapi apa kebaikan sebenar solat sunat Dhuha?

Memurahkan rezeki. Dan kadang2 ada bapa2 yang terlalu kuat bekerja mencari rezeki sehingga diorang lupa, isteri dan anak adalah rezeki juga.

ps - Selamat Tahun Baru semua. Tahun ni apa kata ramai2 kita tak join sambutan tahun baru 1 Januari nanti?

November 14, 2012

Breastfeeding Adalah Ibadah Kalau Tudung Anda Pakai Tu Menutupi Side Boob Anda

"bab gambar dlm majalah pun aku skeptikal sket, aku mmg xkan antar la gambar aku mcm tu kat mana2. aku menengok si dynas yg hot tu bf pun aku rs semcm.. tapi btul kata komen kat atas, if tak buat camtu, mcm mana nak promot bf kat org ramai..."

Tau pun segan tapi...promote? Promote apa sebenarnya ni?

Makin banyak komen aku baca, aku makin confuse. Tah tah korang pun confuse. Nak promote kebaikan susu ibu? Lepas bersalin nurse tak ajar ke? Aku sendiri pun kena dengar...siap kena ajar lagi macam mana nak pakai tangan aku simulate pengeluaran susu ibu ni. As long kau beranak dekat mana kau sepatutnya kena beranak...kau akan diajar macam mana nak menyusu dan apa kebaikannya menyusu ni.

Sebab tu kalau kau bersalin kat hospital kerajaan ni ada kebaikan dia. Kau kena paksa breastfeed dengan nurse sehinggalah kau boleh breastfeed. Menangislah anak kau macam mana pun mak kena belajar breastfeed sampai boleh melainkan ada special case. Takkanlah sebagai seorang ibu kau sendiri tak tau apa kebaikan susu ibu ni? Naturally kau sendiri tau kan yang breastfeeding tu penting. Satu benda yang tak payah promote pun.Takkan lah korang assume semua mak-mak yang tak menyusu anak ni "bangang" jadi perlu di didik?

Kalau kau kata aku bangang...aku pun rasa grup kau buat benda camtu dekat orang lain, assume mak2 lain "bangang."

Penganjur kata..nak promote openness of breastfeeding sambil petition management KLCC supaya tambah bilangan bilik menyusu. Nak bilik menyusu atau nak menyusu mana2 suka sebenarnya?

Sekiranya kalau dah tambah bilik nanti, dah tak payah la nak menyusu dalam kedai lagi kan? Ke nak jugak?

Atau sebenarnya nak promote nursing cover? Sebab ada selebriti datang...tolong promote nursing in public. Atau selebriti tu tolong promote "alat nak bantu nurse in public" ?

Sebagai seorang bapa...aku berpegang teguh kepada pendirian aku ; terlalu banyak crap di luar sana yang dijual kononnya nak memudahkan hidup seorang ibu dengan alasan; nak membuatkan ibu rasa tak limited bergerak.

Ada sebabnya kenapa orang2 tua suruh mak-mak baru habis bersalin duduk rumah diam2. Faktor utama, kesihatan mak anak. Faktor kedua adalah supaya keselamatan anak tu sendiri. Faktor ketiga adalah supaya bapak2 takyah beli benda2 crap yang hanya akan dipakai untuk beberapa bulan. Dah lah mahal nak mampus barang2 nya.

Gua takkan faham masalah kau. Tapi aku pun ada anak. Kenapa korang kata aku tak paham apa korang rasa? Anak aku kalau dia lapar nak menyusu dia merangkak sendiri ke gi kedai beli apa dia nak?

...................

Puan-puan...aku tak kata puan2 sengaja tunjuk nipple tapi ADA MASANYA ada yang menyusu sampai ternampak nipple.

Kalaulah ada seorang lelaki, sambil jalan2...dia selak baju dia sampai nampak nipple. Boleh ke tak puan-puan elakkan daripada memandang? Boleh..tapi mesti ada tertengok jugak sekali at least. Rasa selesa tak kalau dia buat camtu? Mesti tak. Lelaki jalan2 sambil tayang nipple, mesti la segan nak tengok.Tapi salah ke nak tengok?

Tak salah. Itu bukannya aurat dia pun. Kalau aku jalan2 tak nak pakai baju tapi aku tarik seluar sampai atas pusat..aku still lagi tutup aurat. Kau nak tengok nipple aku berapa lama kau suka pun tengok la.

Tapi kenapa anda segan nak tengok? Mesti kau akan assume aku tak reti malu...tapi apa yang aku buat tak salah...dari segi agama pun tak salah. Cuma benda tu pelik, kan?

Begitulah jugak perasaannya macam mana rasanya aku dan sesetengah "golongan non-educated" kat sini rasa bila ada mak-mak breastfeed dekat orang lalu lalang ramai2. Cuma tak ramai yang berani admit dia tak selesa sebab dia takut kena kutuk. Aku tak takut. Aku admit aku tak selesa.

Jadi tolonglah,tolonglah Kerajaan Malaysia...wujudkan akta supaya SEMUA premis awam ada tempat menyusu yang boleh muat 30 orang serentak. Aku tau ada kawan2 aku yang kerja sebagai tukang draft dasar kerajaan.

Mintak tolong sampaikan dekat mana2 pihak yang berkenaan. Tak payah lah diorang beli pelbagai benda dan membuatkan tiap2 kali keluar rumah gi shopping nampak macam nak balik kampung.

Tau rasa malu tapi sebab nak promote punya pasal sanggup.
Apa punya pemikiran la pengkomen yang aku quotekan kat atas tu. 

ps - gambar di atas gambar lelaki. Jangan risau. Boleh tenung berapa lama anda suka.

November 12, 2012

Soft Porno Percuma Melayu Semasa Traffic Jam


Mintak tolong kepada pemilik kereta bernombor AFN889X, kereta Perodua Viva warna hijau, pemuda Melayu muka ala-ala hensem tapi sebenarnya wajahnya douchebag. Tolong jangan beromen dalam kereta dengan awek sambil cium mulut dan usap2 breast dia pakai mulut walaupun tak bukak baju.

Semua orang boleh nampak anda. Kalau nak beromen sangat, beromen lah masa kereta tengah meluncur laju. Orang lain tengok kau bro, kau boleh buat bodo aje?

Tengah2 trafik jam, yang horny tu kenapa? Adakah traffic jam salah satu aphrodisiac zaman era moden ni? Susah lah kalau semua orang ghairah bila traffic jam. Orgy di jalanan maybe zaman akan datang?

Peringatan ini dikeluarkan kerana jika couple tu break dan anda adalah bakal teman wanita baru mamat ni..dinasihatkan agar anda cuba mengelakkan traffic jam untuk mengelakkan anda jadi bahan santapan mamat ni dan pandangan umum.

ps - suami isteri nak buat camtu dalam kereta? Hmmpphh. Nak pegang tangan pun kadang2 malas. Isteri tertinggal pun fikir dua tiga kali nak patah balik ambik. Aku nak ambik video tapi bila aku dah keluarkan fon aku, aku baru sedar...fon aku terlalu smart untuk jadi smartphone.


November 09, 2012

Group Ibu Menyusu vs Mantot dan Pencacainya Yang Kuno dan Tidak Modern


Adakah diorang ni dalam kapal terbang?





Orang kata sarang tebuan jangan dijolok.
Tapi apa yang seronoknya menulis kalau tak jolok sarang tebuan?

Mati hidup semula pun aku takkan bagi wife aku hantar gambar dia kat ruangan2 macam tu.

Cubalah educate aku macam mana pun, aku dah kata dan aku pegang benda ni ;

breastfeeding bukannya sesuatu yang kau patut lakukan dekat public..
adakah majalah jugak dikira public?
Aku boleh baca apa?
Adakah aku pervert kalau aku rasa pelik tengok gambar tu?
Adakah aku pervert sebab korang persoalkan kenapa aku baca majalah camtu?

Cuba kita tengok balik title majalah tu.




Aku selalu beli majalah tu sebab aku nak tengok gambar perempuan
...maklumlah, aku pervert.

Ada orang rasa tak selesa sebab gambar dia keluar kat sini
dan nak suruh aku remove gambar dia? Suruh Karangkraf remove.

Tiap2 kali aku beli mesti ada ruangan tu.
Modern benar perempuan Melayu sekarang ni.

Sayang anak pun nak share dengan public.

Kadang2 orang perempuan ni sebenarnya tak sedar,
diorang jadi marketing tools untuk monetary gains orang lain
tapi dia dikaburi sampaikan tak peduli itu semua, asalkan
dia ada geng yang share the joy of being a mommy.

Dah lah. Aku non educated.
Dah lah bodoh..pervert pulak tu.
Tapi..kempen anda sangat berbahaya kerana teknik yang anda guna (flashmob beramai2 menyusu) bakal melahirkan lebih ramai wanita Melayu yang openly hantar gambar dia dalam majalah tu.

Kalau itu sesuatu yang anda wish berlaku teruskanlah.

Tapi mengajak ibu menyusu ramai2 depan kamera,depan wartawan,depan orang yang tak sepatutnya tengok bukanlah cara yang elok pada aku.

Next week : Aku akan cuba tidak menjolok sarang tebuan. Aku cucuk benda lain.



November 08, 2012

NIPP = Nurse in Privacy Please. NIPPLE = Nicer If Public People Love Explosion

Puan-puan sekalian,

Pertama sekali terima kasih kerana memberikan komen-komen yang begitu banyaknya mengherdik aku dan ada juga yang bersetuju dengan aku. Aku suka orang tak setuju dengan aku tapi aku tak expect tulisan2 seorang wanita yang bergelar ibu penuh dengan caci maki sama macam aku.

AKU ULANG LAGI SEKALI...SEBELUM APA-APA....AKU TAK SOKONG PERJUANGAN ANDA NAK NURSING IN PUBLIC...TAK KIRALAH ANDA PAKAI APA SEKALIPUN.

Kalau "public" yang anda maksudkan samalah macam apa yang sekumpulan ibu buat masa Breastfeeding Mob tempohari tu...betul la apa aku paham kan? Dan aku still tak setuju!

Tapi jangan mengamuk dulu....ada soalan pembaca! Menjawab satu persoalan yang diajukan dengan ayat yang sangat sopan oleh Cik Eli

............

Assalamualaikum encik,

Saya ada dua soalan ingin saya ajukan kepada encik 

1. Isteri (jika ada) encik menutup aurat dengan sempurna tak? 
 2. Dan adakah dia seorang ibu yang menyusukan anak dengan susunya sendiri (jika ada)?
 Itu saja soalan saya.Harap dapat jawab. Terima kasih.

Jawapannya ; 

1. Ya kecuali apabila berada di dalam rumah
2. Ya. Aku dan dia setuju breastfeed mesti cukup 2 tahun. Sekarang dah 1 tahun 5 bulan. Tak pernah menyusu di public dan tak pernah beli nursing cover atau jubah special atau selubung keibuan.


.............

Puan-puan,

Letak puan-puan dalam situasi ini ; anda dan suami anda bertandang ke rumah sahabat suami/sahabat anda. Sampai di sana duduk berborak kemudiannya anak anda menangis lapar. Selalunya apa yang akan anda lakukan? Sudah pastilah puan akan mintak izin dengan tuan rumah pinjam bilik dia untuk menyusu, bukan?

Kenapa..kenapa..kenapa...tak menyusu aje kat situ tengah ruang tamu dia sambil berborak dengan tuan rumah? Kenapa dalam keadaan sedemikian, tahu pula puan-puan minta izin pinjam bilik nak buat menyusu tapi di tengah-tengah kawasan orang ramai dengan orang ramai lalu lalang...anda nak pulak menyusu secara terbuka? (aku tak kata semua, siapa terasa, dia terasa)

Puan-puan yang dikasihi sekalian,

Pakailah apa saja yang anda nak pakai pun tapi apabila anak anda mencapai satu peringkat umur, dia tak suka lagi ditutup, diselubung. Even tengah menyusu pun dia boleh singkap baju anda naik ke atas lalu menampakkan buah betik yang ranum dan segar. Take the risk semata-mata nak menyusu anak?

Kau tengah semayang sekalipun anak nangis nak menyusu seeloknya teruskan solat kau selagi tak membahayakan nyawa dia jadi apa sangatlah berjalan carik tempat tersorok sikit dan biarkan anak tu menangis.

Fikirkanlah....apa perasaan anda sebelum anda mula menyusu secara terbuka? Ada rasa malu? Ada rasa segan? Kenapa tak ikut perasaan itu? Jika anda sendiri merasa malu nak menyusu on the spot kat situ, itu tandanya anda sendiri kena bangun menyusu kat tempat yang lebih strategik. Lagipun, breastfeeding adalah satu proses di mana tak boleh ada stress. Kalau mak stress nak menyusukan anak sebab orang ramai lalu lalang, apa yang bagusnya kat situ?

Lagipun, adakah anda yang sedang nursing in public atau singkatannya NIP (nipple? heheh) 100% sure...takkan ada orang nampak kau punya kopek?

Sebenarnya...puan-puan...tak ada mana-mana lelaki pun yang hingin tengok nipple anda semasa anda menyusu sebab scientifically, nipple anda semasa anda tengah lactating sangatlah berbeza diameternya. Tapi...tanya balik dalam diri sendiri...100% sure tak ada orang boleh nampak dan bagaimana perasaan anda kalau ada orang ternampak? Dia bukan sengaja tapi kadang2 tak boleh nak dielakkan ternampak.

Puan-puan,

Satu perkara yang anda perlu faham adalah fakta ini ;

PEREMPUAN MENYUSU BOLEH MEMBUATKAN 
ORANG SEKELILINGNYA RASA TAK SELESA.

Benda ni takleh nak diubah. Even bila makcik2 aku menyusu anak pun aku lari. Tapi kalau ada orang dalam restoran rasa tak selesa sebab anda tengah menyusu...fahamkan ayat ini please ;

Orang lain pun ada hak untuk rasa tak selesa dengan perbuatan anda.

Puan-puan, tak kiralah anda berselubung bagai macam mana pun tapi still akan ada orang yang tak selesa dengan apa yang anda sedang lakukan. Your problem is that  anda semua mahukan orang lain rasa selesa dengan benda tu, bukan? Itu satu benda yang sangat-sangat susah dan mustahil nak dilakukan SEBAB macam mana pun anda nak bangkang, menyusu badan adalah salah satu benda yang patutnya dilakukan dalam tempat yang private. Anda sedang minta satu benda yang sangat susah.

Ada benda yang lebih senang anda boleh buat sebenarnya...gi bilik menyusu dan menyusu di situ. 

Dan lastly...

Aku tak paham ; kenapa aku tulis pasal aurat semalam tapi golongan puan-puan pulak yang mengamuk? Tak pernah ke nampak minah melayu tak pakai tudung menyusukan anak sampai kopek dia terkeluar? Tak pernah nampak langsung? Samdol. Kalau kau bukan target aku kenapa kau nak terasa? Sebab kadang2 kopek kau terkeluar kan masa nak mula menyusu?

Kan aku ada tulis ; Kalau dah terpaksa nak menyusu, ada banyak cara yang lain,even nak breastfeed secara mobile pun boleh ...tapi masalahnya..heheh...cara tu hanya boleh dilakukan kalau anda bertudung. Betul kan puan2 yang bertudung? Nak tau apa benefit bertudung? Menyusu anak ni senang.

Tanyalah diri sendiri dulu ;

Kalau anda ada rasa malu nak NIP...itu tandanya NIP bukanlah sesuatu yang perlu anda lakukan sebab diri anda tengah nak protect anda sendiri secara semulajadi. Selagi ada rasa malu selagi ada segan takut-takut orang ternampak apa yang tak sepatutnya kelihatan...beredarlah..dan carik tempat tersorok.

Kita Malaysia...kemudahan2 macam ni memang low class jadi aku paham benda tu tapi NIP bukan penyelesaiannya. Aku hanya akan pegi shopping dengan bini aku dekat tempat yang ada bilik menyusu yang ok..sebab tu aku hanya akan pegi Alamanda. Takpun Ikea. Bilik menyusu IKEA...terbaik. Orang Europe ni dia jauh ke depan sikit pasal benda2 camni.

Daripada anda perjuangkan hak nak nursing in public, gesa Menteri Wanita kita, Siti Najib binti Razak wajibkan semua shopping kompleks ada at least 2 bilik khas tiap2 tingkat untuk menyusu. Gesa kerajaan wujudkan inisiatif untuk pemilik premis wujudkan bilik menyusu agar accessible di mana-mana. Itu sepatutnya core perjuangan anda..bukannya nak nursing in public. Tujuan perjuangan anda sepatutnya supaya anda boleh menyusu in privacy. Lagipun pilihanraya dah dekat, mintak lah apa saja anda nak. Nak mintak hak menyusu suami in public pun aku rasa boleh dapat.

Selagi ada rasa segan , takyah lah menyusu dekat public. Sebab kalau diri sendiri rasa segan tapi sebab ada kawan2 ajak anda NIP jugak dan anda ikut, anda sebenarnya sedang melawan sifat malu anda.Dan benda yang paling istimewanya seseorang perempuan adalah sifat malu dia. Dan pada aku, Nursing In Public ni bukanlah satu benda yang mengagungkan sifat malu seorang wanita.

Kalau ada orang kata aku sebut "habis kau kata semua yang NIP ni tak malulah agaknya?" Terpulanglah kepada penilaian masing-masing pasal diri sendiri.

ps - ada orang suruh aku tegur pasal perempuan2 lain yang pakai seksi.
Nampak sangat first time masuk sini.

November 07, 2012

Apa Benefitnya Kau Dapat Breastfeed Mana-Mana Kau Suka?

Ada satu pergerakan wanita yang disertai oleh ibu-ibu moden yang berhasrat menjadikan "menyusu bayi secara terbuka" satu benda yang normal. Slogan pergerakan ni seperti yang aku nampak adalah "Jika kami perlu berselindung semasa menyusu bayi, apa kata anda yang tutup muka anda?" atau dalam English nya...apa tah..aku tak ingat sangat,tapi bunyinya lebih kurang "Why should we cover oruselves when it should be you who cover your eyes?"

Adakah ada wanita di sana yang menyokong pergerakan tersebut? Ada? Bagus. Dah fikir masak-masak dan sure sama ada nak sokong atau tidak? Kiranya anda setuju dengan pandangan diorang, "seorang ibu boleh menyusu di mana-mana saja tanpa rasa malu." Fikir balik, kat mana sebenarnya malu anda? Anda tak ada rasa malu ke menyusu depan orang ramai?

Aku tak setuju langsung dengan pandangan diorang sebab sebagai seorang suami , aku tak suka isteri aku terpamer macam tu aje. Wanita ni kadang2 bangang jugak la...assume sebab benda tu "natural" dan "beautiful" takkan ada orang tengok. Kepala hotak kau tak ada orang tengok. Aku pernah tertengok nipple bini orang YANG PUNYA LAH BESAR....kau ingat aku saja-saja nak tengok ke?

Nak tak nak macam mana pun the first thing yang orang lelaki akan tengok kalau nampak seorang perempuan tengah duduk menyusu bukannya betapa comelnya bayi anda...tapi automatically lelaki akan tengok breast anda..walaupun dia cuba tengok tempat lain.Sebab benda tu natural. Kalau ada pempuan claim lelaki ni pervert lah,dirty minded la, horny bastard la...tapi nak buat macam mana...KALAU ANDA MENYUSU DI TEMPAT AWAM FIRST SEKALI BENDA LELAKI AKAN TERTENGOK ADALAH DADA ANDA.

Jadi, aku takkan bagi wife aku ambik risiko tu.

Tak ada rasa malu ke? Tak ada tempat lain yang lebih elok ke nak menyusu? Orang lain boleh aje anak nangis gi menyusu tempat tersorok tapi ada jugak "wanita-wanita" yang nak menyusu depan orang ramai dan mintak orang lain jangan sibuk-sibuk. Kalau ada lelaki bukak seluar  dan jalan rata2, adakah ada kemungkinan tak kau tertengok dia "punya anu"? Ada. Jangan tipu. Walaupun secepat mana pun kau pejam mata dan alih pandangan kau, kau akan tertengok jugak.

Sebab minda kita ni curious. Kalau ada seorang perempuan tengah duduk sambil tengah selak2 baju dia, akan ada mata yang tertengok punya. Even kalau kat highway sekalipun kalau kau berenti tepi jalan sebab anak kau nak kencing pun boleh mengakibatkan traffic jam. Orang kita suka menyibuk dan secara naturally, kita memang suka sibuk nak tau hal orang lain.

Aku tak setuju betul dengan permintaan diorang. Nak menyusu..gi menyusu dalam bilik susuan. Tak cukup bilik susuan? Cuba tanya kerajaan kenapa tak banyak bilik susuan dekat tempat public. Kemudian tanyakan kerajaan sekali... mana kemudahan compulsory untuk orang2 cacat kat tempat public. Aku admit, banyak bilik susuan kat tempat public amatlah tak convenient. Dengan sinki yang tak sesuai nak buat basuk berak anak dan tak cukup kemudahan2 lain.

Tapi apa yang kita expect dalam sebuah negara yang suraunya pun kadang2 tak convenient, busuk, hapak dan tersorok dekat penjuru ceruk mana yang tak berapa accessible? Salah DAP mungkin?

Kalau dah terpaksa nak menyusu, ada banyak cara yang lain,even nak breastfeed secara mobile pun boleh ...tapi masalahnya..heheh...cara tu hanya boleh dilakukan kalau anda bertudung. Betul kan puan2 yang bertudung? Nak tau apa benefit bertudung? Menyusu anak ni senang.

Mungkin golongan pendokong gerakan ni sebenarnya terlupa satu benda asas ni. Meh aku ingatkan.


November 05, 2012

Peah Malu Bersuamikan Lelaki Berwajah Mat Rempit

Sepasang suami isteri masuk ke sebuah klinik pakar pembedahan plastik. Mereka membuat registration lalu duduk menunggu doktor. Mereka memandang sekeliling, nampak seorang lelaki dengan wajah terbakar sedang menunggu. Di sebelah kanan, nampak seorang wanita yang mempunyai parut panjang dimukanya sedang membaca surat khabar.

Beberapa lama menunggu, sampailah giliran mereka. Mereka  bangun lalu bertemu dengan doktor. Doktor itupun bertanya, "saya tengok kakak ni tak ada langsung kecacatan pada tubuh badan, selalunya yang datang ni nak buat pembedahan di wajah. Saya tengok kakak ni ok aje, tak ada kesan apa-apa, ke ni untuk suami akak?"

Suaminya mula masam mencuka.

Kakak itu pun senyum menampakkan gigi dia yang putih. "Saya tau doktor. Memanglah saya ni ok aje...tapi saya risau...dengan suami saya ni..." Wanita itu nampak benar2

"Kenapa pula? Ok aje serba-serbi pada saya.." kata Doktor itu sambil kehairanan.

"Begini doktor, kami sedang cuba dapatkan anak. Saya tau saya ni cantik, boleh la kata ada rupa, tapi suami saya ni, muka macam mat rempit!" kata perempuan itu tanpa rasa malu. "Apa kata, doktor adjust sikit wajah dia, saya tak nak la anak-anak kami nanti terikut pulak wajah dia. Kalau boleh saya tak nak la anak muka macam mat rempit doktor.." jelas wanita itu.

Lelaki itu hanya diam dan mengangguk malu.
Pada ketika itu, tidak ada orang lain yang lebih malu dengan isteri sendiri selain daripada dia.

November 02, 2012

Awkward Agama : Diskriminasi Wanita Yang Kita Tak Berapa Sedari

Jamilah seorang gadis pantai timur bertudung labuh datang ke kota dengan harapan mencari rezeki. Dia berhasrat ingin menumpang di rumah ibu saudaranya yang menetap di salah sebuah kawasan perumahan rakyat yang didirikan di Gombak. 

Sudah lama Jamilah berusaha untuk mencari pekerjaan di kota. Semenjak beberapa bulan lepas dia sudahpun mula menghantar surat memohon pekerjaan ke beberapa puluh syarikat yang terpampang iklannya. Permintaannya mudah, dia hanya mahu menjadi kerani am,sesuai dengan kelulusan SPM nya. Walaupun baik keputusan SPM nya dan Jamilah ditawarkan ke IPTA tetapi Jamilah terpaksa menolak tawaran itu kerana mahu menjaga ibunya yang tenat. Adiknya pula dua orang. Bapanya entah hilang ke mana.

Malangnya, setahun lepas ibunya kembali menemui Maha Pencipta. Dia kaget juga bila memikirkan beban yang bakal dipikulnya. Adik perempuannya bakal mengambil SPM dan adik bongsunya pula syukurlah dapat masuk ke sekolah asrama berdekatan rumah mereka.

Malam itu, Jamilah ke cyber cafe. Dia duduk di depan satu komputer dan mengeluarkan buku notanya. Akaun emailnya disemak lalu disalin kembali semua syarikat yang memberikan dia peluang temuduga,alamatnya dan tarikhnya ke dalam buku nota.

Jamilah nekad untuk kekal di kota.

Temuduga pertama Jamilah berlangsung di Ampang. Jamilah sampai di sana menaiki bas. Mana jarak yang tidak ditempuhi bas, dia berjalan kaki. Bajunya habis berpeluh tapi hatinya nekad meredah bahang panas. Sampai saja di pejabat, masih berbaki 5 minit dia sudah tiba. Diisinya borang temuduga dan kemudian temuduga berlangsung. Penemuduga nya seorang lelaki, nampak orang berada, umur 40 an.

Beberapa hari kemudiannya, Jamilah hadir lagi satu temuduga berdekatan rumah makciknya di Gombak. Dia ke situ awal kerana rancangannya hanya mahu berjalan kaki ke sana. Sampai di sana, dia lihat syarikat itu sebuah percetakan. Tuan punya nya seorang wanita Cina yang sudah berumur. Temuduga berjalan lancar tapi Jamilah merasakan dia tak sesuai bekerja di situ. Terlalu ramai warga asing bekerja membuatkan dia rasa gusar.

Selang beberapa minggu, selepas hadir bermacam jenis temuduga, tidak ada satu pun jawapan baik yang diterimanya. Ada yang menelefon memaklumkan berita tidak baik kepadanya, banyak yang langsung tidak kedengaran khabar beritanya.

Jamilah pasrah. Dia tidak tahu kenapa berlaku demikian. Dia mahir dalam perisian Microsoft Office. Dia cekap menggunakan komputer malah kebolehan bertutur dan bercakap Bahasa Inggerisnya jauh lebih bagus daripada sesetengah menteri.

Jamilah mencari jawapan. Dia membuka kembali buku notanya. Dia cari kembali nombor telefon syarikat pertama yang menemuduga dia.

"Hello, Impian Gerhana Trading, boleh saya bercakap dengan Encik Hamdan," tanya Jamilah. "Sekejap ya? Boleh saya tahu siapa bercakap?" jawab gadis tersebut.

"Nama saya Jamilah, saya ada temuduga dengan Encik Hamdan beberapa minggu lepas pasal jawatan kerani..jadi saya sekadar telefon nak tahu kalau ada apa-apa susulan," jawab Jamilah sopan.

" Sekejap ya.." Gadis itu menjawab.Ganggang telefon diletakkan sebentar dan beberapa detik kemudian satu suara lelaki bersuara.

"Assalamualaikum Cik Jamilah, saya Hamdan.." kata lelaki itu. "Harap maaflah, kami dah jumpa calon yang sesuai untuk jawatan kerani di syarikat kami, tadi yang jawab telefon tadi tu kerani baru kami."

"Tak apa Encik, saya faham," jawab Jamilah. "Saya sebenarnya telefon sebab saya nak bertanya dengan Encik."

"Tanya apa?" soal Encik Hamdan.

"Kenapa saya tak dapat? Apa kekurangan dan kelemahan saya yang saya boleh perbaiki?" tanya Jamilah, ikhlas.

"Tak ada kelemahan sebenarnya tapi dengan bentuk perniagaan kami yang memerlukan kerani yang boleh ke sana ke mari dan ikut sertai mesyuarat di merata tempat, saya rasa Cik Jamilah tak mampu berbuat begitu," jelas Hamdan.

" Saya dah maklumkan kepada Encik saya bersedia berbuat demikian masa temuduga hari tu.." Sayu hati Jamilah kerana jawapan yang dicari belum ditemui.

"....Hummm..beginilah Cik Jamilah, saya pernah ambil seorang wanita sama macam Cik Jamilah bekerja dulu tapi maaflah, saya cakap jujur, tak berjaya.." Encik Hamdan menerangkan sebaik mungkin.

".....kenapa tu Encik?" Jamilah menanti jawapan.

" Maaflah lagi sekali tapi saya terpaksa berterus terang. Berdasarkan pengalaman saya, wanita yang bertudung labuh ni agak sukar nak sertai mana2 mesyuarat kami kerana kami sendiri rasa segan nak ajak mereka dan saya pasti Cik Jamilah nanti akan rasa segan kalau kena meeting dekat hotel, stayback malam, jadi saya ambik jalan selamat supaya tidak ada masalah pada kami dan pada Cik Jamilah," terang Encik Hamdan.

" Jadi, jalan selamat, carik kerani tak pakai tudung ke Encik?" tanya Jamilah.

"..Ya...eh eh eh..tak....saya sebenarnya..tak maksud begitu.." Encik Hamdan menggelabah tersasul kata. Jamilah menekan butang telefon bimbitnya mematikan perbualan.

Dua hari kemudian, syarikat percetakan milik wanita Cina itu telefon Jamilah. Hampir 5 tahun juga Jamilah kekal di sana sehingga naik pangkat jadi Pembantu Pengurus Operasi.

November 01, 2012

Aku Baru Tau, Penjawat Awam Haram Pakai Purdah

Sebab nampak macam ninja ke?

Semalam aku dengar radio BFM perbincangan pasal mahkamah dan undang2 Islam kat Malaysia. Banyak jugak topik dia dan dalam perbincangan tu, lawyer tu ada sebut mengenai satu kes seorang penjawat awam telah dipecat OLEH Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kerana dia pakai purdah ke pejabat.

Pergh.

Aku terkejut gak la bila balik rumah cek, memang betul kes ni berlaku...dalam satu kes yang dipanggil "Hjh Halimatussaadiah bte Hj Kamaruddin v Public Services."  Kes dia ni jadi tahun 1985 bila kerajaan Malaysia pada ketika itu keluarkan satu guideline cara pemakaian di pejabat kerajaan yang baru.

Dengan tiba-tiba, Puan Hajjah kita dideclarekan "Layak dibuang" kerana dalam peraturan baru tu, dilarang menutup muka dalam pejabat. Selama ni kita selalu dengar orang Melayu komplen bos Cina tak bagi gi solat la..bos Cina kata kalau gi solat Jumaat kena balik pukul 2 la...tapi...ni SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA!

Aku tak sangka betul. Aku bercerita bukan sebab ni masalah budaya atau hukum, tapi sebab hanya kerana dia pakai purdah..dia layak dibuang kerja. Jadi, option dia..bukak purdah dan terus bekerja. Ada sesuatu yang amat2 "pelik" kat situ...terpulang pada pandangan kau la kalau kau nak tengok benda ni dari segi keselamatan atau apa-apa yang lain. Tak kiralah benda tu tradisi atau budaya...tapi kalau seorang perempuan rasa selamat tutup muka, pada aku, eloknya kita biarkan.

Kalau ada seorang perempuan suka tayang dada, aku rasa itu juga eloknya digalakkan. Kih kih kih. Lagi elok kalau buat syarat..nak tayang dada, wajib pakai mini skirt sekali.

Itu aje lah aku nak cerita hari ni.Aku baru tau, kalau kau penjawat awam, kau diharamkan pakai purdah ke pejabat. Patutla tak ramai wanita PAS tak ramai masuk kerja gomen. Tapi...baju2 lain, yang sopan tapi still seksi atau mendedahkan aurat...boleh.

Cubalah kalau kau ada anak yang sekolah rendah, pakaikan dia serban ke sekolah.
Tengok apa jadi. Mesti kecoh.