Oktober 25, 2012

Ketam Cuba Mengajar Anaknya Berjalan Catwalk

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu hari ini.

Jelas Dr Mahathir (gambar), kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara. "Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita," katanya. Perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut berkata ekonomi Melayu turut bergantung kepada politik.

"Menguatkan politik kita adalah cara untuk kita mencapai kejayaan ekonomi," tambahnya lagi. "Saya tidak yakin resolusi daripada kongres hari ini akan diambil kira kerana mereka (Umno) tidak cukup kuat," katanya, dan menambah "kita perlu beri mereka kuasa, jadi kita akan dihormati."

Dr Mahathir turut berkata apabila Melayu semakin lemah, bangsa lain juga akan turut memandang rendah terhadap hak mereka. Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukanlah bersifat perkauman.

"Saya hanya mahu mengagihkan kekayaan negara dengan adil. Kita 60 peratus daripada populasi, kita hanya minta 30 peratus, ambil lah yang bakinya."

Mengakhiri ucapannya, Dr Mahathir kemudiannya menyeru Melayu untuk melihat diri sendiri dan mencari penyelesaian terhadap masalah mereka. Menurutnya, beliau turut berbangga kerana ramai antara masyarakat Melayu berjaya menjadi jutawan dan hartawan, malah ada yang menempa nama di persada antarabangsa tanpa bantuan kerajaan.

"Kita perlu tanya diri kita sendiri, adakah kita gagal kerana gangguan orang lain? Kerajaan tidak membantu kita? Atau kita tidak beri peluang kepada diri sendiri," katanya lagi.

..............

Ketika ditanya mengenai pencalonan untuk FFM kali ini, Yusof Haslam yang merangkap Timbalan Pengerusi Penerbit Malaysia (PFM) menjelaskan, penyertaan dibuka kepada setiap filem yang telah mula ditayangkan antara 27 Oktober 2011 sehingga 31 Oktober tahun ini dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 November depan.

FFM25 yang bertemakan ‘Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas’ dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama PFM akan diadakan pada 26 hingga 30 Disember depan dengan malam kemuncaknya bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

"Semua filem layak yang layak bertanding kemudiannya akan disaring untuk ke 'top five’ atau ’top 10’ (yang akan umumkan nanti),” katanya.

Yusof turut mengulas mengenai industri perfileman yang semakin berkembang dan kelihatannya semua orang seperti ghairah mahu membikin filem.

"Seperti yang kita tahu, lambakan filem yang dihadapi industri kita sekarang menyebabkan penonton menjadi lebih selektif dalam memilih filem yang ingin ditonton di panggung wayang dan maaf cakaplah, kebanyakan filem yang dihasilkan sekarang adalah rendah kualitinya.

"Sebenarnya, cukup susah untuk membuat filem kerana filem memerlukan penelitian yang lebih serta seseorang itu juga harus mempunyai ilmu bagaimana untuk menghasilkan filem yang baik serta berkualiti,” katanya.

Yusof turut berpesan, seseorang penerbit itu juga perlu membuat filem berdasarkan kepada selera penonton atau memilih topik yang dekat dengan hati penonton kerana kuasa beli adalah datang daripada penonton itu sendiri.

11 ulasan:

su suraya berkata...

sembilu adalah filem dan drama yang paling berkualiti. facepalm

Prince of Noob berkata...

hahaha aku tak pernah tengok satu pun cerita yusop haslam kat wayang. berkualiti gila babi ke filem2 dia? aku rasa zaman2 90-an dulu filem aziz m. osman lagi best

Unknown berkata...

hehe.. sembelit tgk citer tu. ntahapentah.

mr edz berkata...

entry ini meberikan aku inspirasi untuk menulis blog

Mrs.Critical Thinking berkata...

Hormatilah Pemimpin negara, termasuk bekas pemimpin. Then only people will RESPECT u back! Jangan tahu nak melatah mcm anak ketam saja. Lihat diri sendiri kat cermin dulu.

plain83 berkata...

oih noob, betul2...aku rasa maybe the only filem tempatan yg aku rasa ok n boleh dilayan is from aziz m. osman...btw salam eid adha~ ^^

Tanpa Nama berkata...

"Hormatilah Pemimpin negara, termasuk bekas pemimpin. Then only people will RESPECT u back!"

kah kah kah kah

apa bangang ni critical thinking sangatlah tu, in the first place,di negara yang mana pemimpin dipilih melalui sistem demokrasi pilihanraya, pemimpin yang patut hormat pada rakyat kerana memberi peluang mereka memimpin setiap kali pilihanraya... pemimpin jangan selalu sangat keluarkan pernyataan yang membodoh bodohkan kan rakyat...

then only the people will respect u back...

-koi-

Tanpa Nama berkata...

umno tolong org melayu??? kamon la. dh 55 tahun depa tau mem'buncit'kan perut sendiri ja..

The Didi Butter berkata...

Cerita terbaru kat kampung aku ni, buat pondok bas pun dah telan kos RM50k. Padahal RM2k pun dah cukup. Worse, pondok tu dibina along jalan yg bas tak lalu pun. Ni projek pra 2008 punya.

Najib Bini Rosmah berkata...

Wow!! Interesting and sound stupid when Mahathir speak melayu...

MAMAK ajar Melayu jadi pengemis...?

Low class ex-film director ajar low class film director...?

1Mamaksia boley... BLAH...

Unknown berkata...

Salam pada semua...
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.00/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

terima kasih admin