Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.
Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau.
Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan KDNK. Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga nuklear. Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.
"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan penggunaan tenaga namun jika kita boleh mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan kanak-kanak untuk menjimatkan tenaga.
Menurut laporan itu, Chin mengakui bahawa kerajaan mengambil kira rancangan untuk membina sekurang-kurang sebuah loji tenaga nuklear pada masa depan, namun tiada keputusan muktamad dibuat, katanya. Chin pada minggu lalu enggan mengulas apabila ditanya sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa pada November.
Baru semalam aku borak dengan member aku pasal "harga makanan yang affordable." Kadang2 aku pelik tengok ramai benar orang yang sanggup lunch ramai2 dan untuk seorang makan, diorang mampu spend Rm15 ke Rm18...hanya untuk sekali makan. Gila. Beberapa hari lepas..aku beli milo ais...Rm2.20. GILA!
Kepada yang tak tau....rate elektrik di premis perniagaan berbeza dengan rate elektrik kat rumah. Jadi, dengan kenaikan harga gula baru2 ni dan kenaikan tarif elektrik (yang aku rasa macam baru aje naik beberapa bulan lepas)....makin lama akan makin ramai lah orang yang betul2 perlu BR1M. Bila kita betul2 perlu BR1M, kita akan sayang Barisan Nasional dan akan terhutang budi dengan diorang.
Fikirkan benda ni untuk seketika....siapa sebenarnya yang subsidi siapa? Kerajaan subsidi rakyat atau rakyat yang subsidi kerajaan atau kedua-duanya sebenarnya saling subsidi mensubsidi?
Kesimpulannya ;
Harga gula naik? Kerajaan tak nak orang ramai dapat diabetes dan galak pengurangan gula dalam makanan dan minuman. Harga elektrik naik? Nak galak masyarakat menjimatkan tenaga. Harga minyak naik? Galakkan orang guna pengangkutan awam.
Jangan terkejut pulak kalau bila anda pegi renew insurans kenderaan dan baru anda tau, kadar insurans dah pun dinaikkan.....gi la renew insurans. Banyak jugak la kenaikan dia. Mungkin sebab nak galakkan kita naik basikal....sambil menteri jalan melebihi had laju dengan satu konvoi siap ada escort berapa biji motor dan kereta untuk follow seorang dua. Itulah cara menjimatkan penggunaan tenaga.
Dalam banyak2 hal yang naik...ada satu aje benda yang boleh turun.
Barisan Nasional.

................

12 ulasan:
Saya suka post awak....
- nurul rena
ya memang insuran ada naik sikit. baru renew insuran motor minggu lepas naik rm17. aku tak ingat apa nama benda yg naik tu.
tu keratan paper baru ke lama? serius kesian gila, ada ramai lagi rakyat miskin sampai tak mampu bayar bil elektrik, tapi ada pemimpin yang begitu wasatiyah buat majlis kahwin anak dia sangat grand. daripada dia bagi rm200 subsidi smartphone kepada org2 yang mampu beli smartphone, baik la bagi subsidi kepada golongan2 miskin agar dapat mereka menikmati keperluan asas iaitu kuasa elektrik.
kalau nak rakyat berjimat cermat plak, gune konsep yg same, turunkan gaji dorg, so gaji sket kurangla shopping tp sorila bende ni bole diaplikasikan kt kakitgn gomen jela sbb gomen hanya boleh kawal org2 gomen jer kan kan kan, swasta xbleh kan kan kan.. mcm dorg dpt bonus br nila, swasta gomen xleh nk bt ape..yer dak
Setuju kat Anon tapi bukan gaji orang bawahan...gaji pegawai atasan ngan gaji menteri boleh la di implikasikan...aku dah keje 6 tahun gaji aku baru 2000 so korang pikir sendiri la (2K tu termasuk la elaun2 ihsan yang dorang bagi)....
aku pelik la nape makcik2 kampung bermatian pertahankan bn...puas anak cucu terangkan pasal benda ni semua ..x masuk jugak..tapi yelah nak salahkan x boleh jugak selama 25 tahun ..mengadap tv3..setiap jam 8 malam ..memang otak jadi camtu
Hmm... Mindset la isunya. nasihat APKO pada AMNO ialah sebarkan perdayaan dan belit2 kan ayat anda. rakyat akan pecaya dan malaysia ini kekal pada kamu semua. Hah! meh sini rm75 juta setahun...
owh, i love the last word....haha
membesar di bumi Malaysia terutama di Kuala Lumpur banyak cabaran bro. Belanja makin tinggi rakyat makin susah. Setakat itu BR1M apa la sangat.. pusing sana pusing sini sudah habis.
bagi rebate utk beli smartphone tidak ke arah memajukan negara pun. betul, baik lah bagi rebate 200 tu kepada orang miskin yang lebih memerlukan.
btw, yang kaya semakin kaya. yang miskin semakin miskin dek kerana kenaikan itu dan ini. gajinya menten tahap tu jgk.
lps tu, polis suka betul nak saman orang. .duit kerajaan dah tk cukup ker.
-makcik kg yang suka tengok tv3 tp belum tentu nak undi bn-
bro, ko bawak bekal lah bro. tak payah makan kt kedai. bukan bersih sgt pun kedai makan tu
kerja kjaan pun kdg2 tu nama jawatan aje yg gah, gajinya boleh dkategorikn sbg d bwh paras kemiskinan...
x caya?? meh la aku tunjuk slip gaji aku... apa2 pun aku ttp bersyukurrrrrrrrrrrr dgn kjaan BN skang nih! sgt2 bersyukurrrrrrrrrr.. huhuhuhuhuhu...hahahahahhahaha...hihihihihihihi... naper aku x dpt BR1M yea??? x leh buat rayuan ke??
Catat Ulasan