Oktober 18, 2012

Peragut Pun Ada Perasaan

MELAKA – “Kau silap orang lah kalau nak ragut,” kata seorang remaja perempuan yang berang selepas  berjaya menangkap seorang lelaki yang meragut begnya di Telok Emas, di sini, malam kelmarin.

Peragut yang salah sasaran bukan sahaja tidak dapat menikmati RM2 hasil aktiviti jenayahnya, malah lebih malang dia turut ‘diganyang’ mangsa berusia 19 tahun.Mangsa nekad mengejar lelaki terbabit selepas mengejarnya sejauh kira-kira dua kilometer dengan menunggang motosikalnya.

Sinar Harian difahamkan, penduduk kampung berhampiran turut membantu mangsa menghalang suspek berumur 21 tahun itu melarikan diri sebelum menghubungi pihak polis.

Sementara itu, mangsa ketika ditemui berkata, dia yang mengesyaki sesuatu terus menghafal nombor pendaftaran motosikal  suspek sebaik sahaja suspek menutup lampu hadapan motosikalnya ketika di persimpangan lampu isyarat Kandang/Alai.

“Saya meneruskan perjalanan dan tidak sedar bila dia menghampiri kerana laluan di situ gelap. Tiba-tiba dia ragut beg saya hingga menyebabkan telefon bimbit saya dalam jaket yang pakai turut terjatuh.
“Tanpa berfikir panjang, apatah lagi keselamatan diri, saya terus kejar lelaki terbabit yang melarikan beg saya memasuki simpang ke Taman Seri Emas,” katanya.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik ini, suspek jatuh terpelanting dari motosikal selepas cuba menendang motosikalnya.

“Dia cuba tendang motosikal saya tetapi saya dapat elak, malah saya sempat baling air minuman yang saya bawa balik dari tempat kerja. Selepas itu dia jatuh di sebelah longkang.

“Mula-mula saya ingat dia sudah mati sebab dia langsung tak bergerak tetapi seorang pakcik memeriksanya berkata dia masih hidup. Saya tidak dapat kawal diri lalu memukulnya.

“Ketika itu juga saya berkata ‘Kau silap orang lah kalau nak ragut. Kau buat macam ni seolah-olah kau hina perempuan. Kalau perempuan lain mungkin boleh jerit macam tu sahaja tapi dengan aku, aku kejar sampai lubang cacing,” katanya.

Menurutnya, dia yang masih trauma bagaimanapun menguatkan semangat untuk ke tempat kerja keesokan hari apabila disuruh ibunya dan menasihatkan supaya wanita lain berhati-hati serta tidak cuai sepertinya.

.............

Tergelak aku membaca yang gadis ini kata dia masih trauma...aku rasa yang trauma adalah peragut tu. Kau bayangkanlah...lepas ni dia konfem kena gelak dengan member2 peragut dia. "Kah kah kah lu kena belasah dengan pempuan bro!" "Wakakaka...kau kena baling dengan air bro!" atau yang lebih klasik, "gua dah pesan dah..lu tak sesuai meragut secara open ni. Lu gi la meragut secara sembunyi2. Jadi la driver teksi tak nak pakai meter ke,!"

Peragut juga ada hati dan perasaan apa? Kah kah kah.

Aku wish ramai lagi orang macam minah ni, barulah Malaysia ni selamat. Sebab kalau kau dengar nasihat orang, selalunya diorang kata "kalau kena ragut, biarkan" atau "kalau kena rompak, jangan melawan".


“Barangsiapa yang gugur karena mempertahankan hartanya,maka ia mati syahid; 
barangsiapa yang gugur karena mempertahankan agamanya, ia mati syahid; 
dan barangsiapa yang gugur karena membela keluarganya, maka ia mati syahid.” 

(HR Buhari, Muslim dan Tirmidzi.

Kalau kita semua tak berani melawan, bukankah itu sebenarnya memberi peluang kepada penjahat?Pasal hadis di atas ni, ada aku baca hukum dia WAJIB, ada jugak aku baca hukum dia HARUS. Terpulanglah kepada mana satu kau nak ambik. Yang penting...selagi kejahatan tak dilawan, selagi tu lah kebaikan takkan ganti kejahatan.

Cuma masalahnya, sekarang ni, ramai yang takut mati. Kita semua tau bila2 masa kita boleh mati, tapi kalau diberi pilihan mati mempertahankan harta atau mati sebab sakit tua....ramai yang pilih sakit tu kot rasanya.

22 ulasan:

su suraya berkata...

perempuan tu gila awesome! haha

Tanpa Nama berkata...

...ramai yang pilih sakit... hahaha bertepatan skali mantot... tapi pak guard ramai juga dah mati kena tembak perampok...hmmm
-coma-

mr edz berkata...

hadis yang sahih tu

misz sempoi berkata...

perempuan tu nak mampus cool nya..

atikah ramly berkata...

terbaikla!!

Prince of Noob berkata...

harap lepas ni ibu bapa hantar anak2 belajar silat atau taekwando tak kira laki atau perempuan agar at least ada basic dalam ilmu mempertahankan diri.

hime s berkata...

terbaik.
belajar taekwando/silat/etc takde lah bantu kuatkan diri sangat, most perempuan tenaga kalau lemah tetap lemah bila compare ngan laki

tapi mende tu dapat kuatkan semangat, bila apepe jadik tade la terkaku tatau nk buat ape

Irfa berkata...

kagum ngan budak tu..kalau aku mmg tidaklah..meraung guling2 kat situ je lah kot.ops,,penah ada pengalaman kena ragut.mmg celaka la peragut tu.ragut rantai pemberian mak aku yg aku pakai sejak kecil

Hani berkata...

memang salute.Tp dlm kosmo headline sikit punya hampeh "Gadis kejar peragut sejauh dua km demi RM2".Mcm hadap sgt ngan RM2 tu.Aku yakin dia kejar sbb dia geram sgt ngan penjenayah nih,ha,rasakan.

Aieda Adnan berkata...

mmg ohsem habes r minah tu..hahaha

just azura! berkata...

good job girl..aku rasa budak tu tak trauma..bangge ade kot.. kena tukar sikit statement kat situ..

berjuang mempertahankan harta..nice..

Tanpa Nama berkata...

Mangsa dinasihatkan jangan melawan.
Polis pun tak melawan.
NATO.
No Action Talk Only.

azhar berkata...

Yang disebut akhir tu ada jugak berkaitan Maqasid Shari'ah. Kene tengok mana yang lebih penting. Kalau antara nyawa dan harta, nyawa lagi penting. Kalau antara nyawa dan agama, agama lagi penting. Saya pun masih belajar pasal Maqasid nih. Mungkin mereka yang lebih 'arif dapat membantu.

UniMeOw berkata...

terer la pmpuan 2!!like~

& smoga peragut 2 x trauma lagik..hahahahaha

UniMeOw berkata...

terer la pmpuan 2!!like~

& smoga peragut 2 x trauma lagik..hahahahaha

plain83 berkata...

hahahah...dasat stamina dan determination bdk pompuan tu, tabik spring...

Tanpa Nama berkata...

mantot telah inspired saya untuk berjuang melawan....terima kasih mantot!!hiks

mungkin ini maksud surah kawan bagi semalam -
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(AYAT SURAH AL-BAQARAH 216)

perang bukan je bersenjata..tapi lebih kepada menegakkan hak dengan cara yang wise n aman....wink wink wink

Tanpa Nama berkata...

mantot telah inspired saya untuk berjuang melawan....terima kasih mantot!!hiks

mungkin ini maksud surah kawan bagi semalam -
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(AYAT SURAH AL-BAQARAH 216)

perang bukan je bersenjata..tapi lebih kepada menegakkan hak dengan cara yang wise n aman....wink wink wink

Tanpa Nama berkata...

Ni citer tipu..mana ada jenayah kat Msia..Msia negara paaaaliiing selamat..jenayah kat Msia turun dah la wooooii..tak caya, tanya menteri dlam negeri!! bukan aku yg kata!! polis2 msia semua cekap..dlm semua segi tau!!

Tanpa Nama berkata...

kes2 takde sapa peduli- kena rompak dalam bas, penumpang lain buat tak tahu.. (KL).., - kena belasah masuk ICU pasal lambat bawa air suam, 20 org customer lain buat tak tahu... takut mati??

punchdrunk lovesick berkata...

gua slalu pesan kat awek wa suruh bg je barang tu kat perompak...cm gua belikan pepper spray kat die tok defence diri kalo perompak tu dh jd terlalu ganas!!!!

Tanpa Nama berkata...

klu ko lawan perompak peragut tu, pastu ko mati, anak ko dh xde bapak.. nnt die besar jadik sampah, jadi peragut sbb hidup susah. so mcm mana nak kurangkan jenayah ragut bila peragut lebih bnyk dilahirkan bila mengikut teori kau ni????