Oktober 09, 2012

Hutang Duit Boleh Dibayar, Hutang Budi Dibayar Dengan Undi

8hb Ogos 2012

Ahmad diam sahaja memandang skrin laptop. Mukanya masam mencuka tapi sedaya upaya dia sembunyikan wajahnya dari pandangan Azam. Entah kali ke berapa entah Azam minta pinjam nota kuliahnya walhal, ke kuliah malas.

Hanya tahu bermain politik kampus. Sibuk ke sana ke mari berbicara mengenai "mahu memacu mahasiswa ke arah yang dinamik dan inovasi" tapi diri sendiri kuliah tunggang-langgang.

"Boleh la bro...last time kali ni. Aku janji.." rayu Azam. "Lagipun, kau pun paham la time nak pilihanraya ni...aku kena maintain aku punya pengaruh.."

"Cuba2 la kau belajar pentingkan maintain CGPA daripada maintain pengaruh.." Ahmad menjawab. Terlintas di kepala otaknya satu benda yang agak sadis untuk diaplikasikan. Tersengih Ahmad. Segala masalah hilang, muka kembali ceria.

"....aku harap, kau takkan lupa jasa aku ni...hutang duit boleh dibayar. Hutang budi..ke liang lahad ni bro.." Ahmad tertawa dalam hati tatkala menyebut ayat2 tu.

"Takde masalah bro..." Azam girang mencapai nota yang dihulurkan Ahmad.


17 Ogos 2012

"Mad...pinjam nota kau untuk kuliah hari ni...aku tertidur la.." Azam mengeluh sambil bangun dari katil.

"Aku dah kejut kau...subuh pun miss...kau gi mana semalam?" tanya Ahmad.

"Aku ada talk dengan Timbalan Menteri...kau tak tau ke semalam Timbalan Menteri datang?" tanya Azam, agak jengkel dengan kawannya yang tidak berapa ambil berat mengenai politik kampus yang menjadi asas kepada politik negara.

"...tak minat aku nak jumpa menteri2 ni...poyo..." jawab Ahmad. Azam tarik muka, pantang dia dengar tokoh2 nya diperlecehkan.

"Kau nak pinjam nota kan Zam?" tanya Ahmad. Azam mengangguk.

" Aku harap kau takkan lupa jasa aku ni...Hutang budi..ke liang lahad ni bro.."

Azam mengangguk. Tapi dalam dirinya pelik...ayat tu macam pernah didengari sebelum ni.


28 Ogos 2012 

"I dah mula rasa menyampah pulak dengan room mate I. He sounded like he wants to help but everytime he do, he remind me...yo bro, kau jangan lupa jasa aku..hutang duit boleh dibayar...wtf.." Azam mengeluh kepada kawan2 nya.

" Kau takkan tak tau Zam...dia kan pro-mahasiswa...bullshit la dia tu.." salah seorang menyampaikan pandangan.

"Yes. Aku tahu. Tapi annoying bai perangai dia...kalau dia tak nak tolong aku..tak payah la tolong. Apa ingat aku nak sangat ke pinjam nota dia tu?" tengking Azam. "Tiap2 kali...tiap2 kali nak kena ingatkan aku. Pagi tadi pun sama.."

"Cool down bro...Kau dah ready ke nak bagi ucapan kau tu Zam? Teks kau mana? " tanya Maslina.

"...Aku mana main ada teks2 ni Mas. Straight from the heart..." jawab Azam bangga. "Come on la Mas...Johan debate kebangsaan abang kita ni.." sokong seorang pelajar lain.

"Ok Zam..turn kau....lepas tu..pastikan ..kau jemput VIP kita bagi ucapan.." pesan kawannya.

Azam melangkah bangga ke pentas. Dibetulkan kedudukan mikrofon. Ucapannya pada malam itu adalah untuk menjelaskan kepada semua penuntut di situ supaya terus memilih gerakan aspirasi yang telah membawa banyak faedah kepada penuntut di situ. Ramai yang bersorak dan bertepuk tangan ketika beberapa idea yang bernas dilontarkan oleh Azam.

Tahun itu, buat pertama kalinya Azam berani mencalonkan dirinya sebagai wakil pelajar. Jika sebelum ini dia hanya melakukan kerja di belakang tabir tapi memandangka beliau hanya akan berada di situ hanya untuk tempoh dua tahun lagi, apa salahnya cuba menncalonkan diri melakukan perubahan.

"...jadi, kenapa anda semua perlu memilih pro-aspirasi? " tanya Azam. Dia berhenti sejenak memandang ratusan pelajar yang menumpukan perhatian kepada dia.

" Ini kerana...sudah sekian lama universiti kita dikuasai gerakan pro aspirasi yang telah membawa banyak pembaikan dalam hal-ha berkaitan hal ehwal penuntut. Siapa yang selesaikan masalah bekalan air di Kolej ke enam? Bukan pro-mahasiswa. Pihak mana yang menyelesaikan masalah shuttle kampus tidak tentu masa perjalanannya. Bukan pro-mahasiswa.." Azam meneguk air liur.

" Tapi kami, pihak aspirasi Universiti. Kami sudah membuktikan kami efektif. Kami berkesan. Kami bukan sekadar jual cakap kosong. "

"Jadi..." Azam memandang ke depan..merenung tajam."....aku harap, kau takkan lupa jasa aku ni...hutang duit boleh dibayar. Hutang budi..ke liang lahad ni bro.."

Azam kelu sebentar. Pendengar-pendengar mula bersuara. Mula kedengaran suara-suara kecil berbisik. Azam dah sedar dia terlepas kata. Posternya baru aje diambil petang tadi selepas siap dicetak. Rancangan asal mahu digantung bermula esok pagi.



10 ulasan:

Prince of Noob berkata...

annoying gila pilihanraya kampus ni. takde pekdah pun sebenarnya. kalau PRU, yang menang berkuasa dan berhak menentukan dasar2 negara/negeri serta menjadi pemimpin kepada semua rakyat malah dibayar gaji.

kalau PRK ni yang menang hanya jadi balaci kepada pihak pengurusan universiti sahaja, takde kuasa dan tak berhak menentukan apa2 dasar universiti serta menjadi pemimpin hanya kepada pelajar sahaja (walau ada ramai pelajar yang tak kenal pun sapa pemimpin pelajar diorang) dan juga buat kerja free yang tak dibayar gaji (mungkin sesetengah U ada bagi elaun).

Laici berkata...

diam ah noob. ang bodo la, takdak paedah apa, ang bodo budak kecik, mana nak tau..

PRK ni utk hak mahasiswa dalam kampus, awat ang ingat tempat tinggal, kemudahan semua pihak pengurusan bagi elok sentiasa ka? teguran, kritikan perlu gak nak dapat kemudahan yg tbaik utk pembelajaran

kalau xdak wakil pelajar, sapa nak usulkan tguran, tukar komputer lama ke baru, baikpulih tandas, hostel,? kalau harap pihak pengurusan, kadang2 pejam sebelah mata ja


ang stakat nak bagi kata2 kosong, takyah la komen..bodo piang

Unknown berkata...

sapa la ajar dak laici tu bg komen.. iyela nama pun komen.. tu komen dia.. bior le... bukan kena byar pun..
sepnjg 3thn kat uitm segamat.. seriusly xpernah amik tahu pun sgt.. sbb mslh yg sy hadapi kt kampus sama je selama 3thn.. takdak air.. mslh pak guard yg annoyed.. mslh bg junior cr bilik terpksa merayu pd senior n wat bnda bodoh., mslh mknan yg xxsedap..mslh pengangkutan bas sekolah ke pekan yg mnyusahkan n cekik darah,,
PRK ajar kepimpinan tp menyelesaikan semua mslh student tak gak.. n mcm br pasan.. mmg ramai dak debate yg msuk PRK..

Laici berkata...

nurulachal mamat looks like ur new round here and don't know noob, kalau komen main tulis pastu highlight link kt prkataan utk promote blog dy, watpe..semua blog dy terjah, dy wat camtu kot..bkn kt sni je,agak annoying kdg2 komen wat lawak bodoh@stakat nk lepas bg ada perenggan utk highlight link ke blog dy tu

the point of MPP/JPM is cuba selesaikan masalah student, memang takkan,aku ulang,takkan selesai semua masalah, tapi keyword diacuba bantu..yg aku nmpak aktif dan beria2 PRK ni dak2 UM, UPM,..uitm sory la, aku taktau la plak, sebab dak2 uitm cam rmai x ksah sgt..dorang ikut je pe yg de,dh sedia,yg dpat *true story

Aieda Adnan berkata...

moral of the story? jgn termakan budi? hmm

Aspirasi Barua Uni berkata...

Selalunya diorang kempen mesti tempat public mcm kat kafetaria.
Aku bkn nak dgr sgt pun sekadar nak amik cop passport n kupon makanan.
Kalo nak jaga mahasiswa betul.
Kenapa la xdak manifesto.
"100% Mahasiswa tidak menganggur"
itulah tujuan utama pergi universiti pun.

Tanpa Nama berkata...

ntah apa2 noob n nurulachal mamat..ntah2 orang sama tu..ghhhehe..laici gua sokong lu.

Unknown berkata...

encik anom October 10, 2012 8:20:00 AM GMT+08:00
noob n nurulachal xsame ok.. ade link klik la.. yes im new..
sbb tu la ckp kat uitm x effect pape pun.. sbb sy blaja sna.. yg blaja pat lain lainla poit of viewnya..
oke laici? soalnya xpyh nk mperbodohkan org.. itu je.

Tanpa Nama berkata...

Sokong laici...xsokong noob..enuf said..

Tanpa Nama berkata...

Noob mmg slalu interprem kat blog2 glamer sambil die menjaje blog die skali. . Ntah hape2 tah