Oktober 07, 2012

Ada Pernah Salesgirl Gemuk Try Jual Ubat Slimming Yang "Super Effective" Dekat Kau?

KUALA LUMPUR - Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh 'dalam diam' seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat.

"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi.

"Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang di sini hari ini.

Jelasnya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus pada 2011 berbanding 11.6 peratus pada 2006 manakala hipertensi dalam kalangan dewasaberumur lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada 32.7 peratus pada 2011.

Rosnah berkata peningkatan itu jelas membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan peringkat akar umbi termasuk hospital, Klinik Kesihatan dan anggota masyarakat sendiri.

"Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan sihat, pemeriksaan saringan kesihatan juga amat penting, dan kita amat menggalakkan rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan penyakit-penyakit berkenaan dikurangkan," katanya. - Bernama

..............


Taktik kompeni-kompeni yang jual ubat slimming paling tak berkesan ; hire gadis gemuk untuk jual ubat slimming yang dikatakan berkesan dalam masa 2 minggu boleh turun 5 inci. Atau jual facial cleanser yang mampu mencerahkah jerawat di muka...tapi minah yang jual muka penuh jerawat.

Oh ya, gambar di atas sekadar gambar hiasan.

12 ulasan:

Prince of Noob berkata...

takpe jangan risau lepas ni masalah kegemukan dan diabetes akan dapat diatasi dan jumlah pesakit juga akan semakin turun dengan kenaikan harga gula 20 sen bak kata PM kita. kita kena percaya pada pemimpin negara kita, sbb tu mereka jadi pemimpin.

Akak Senah berkata...

Dorg ckp senang lah.Bgtau aku bila masa aku nak dpt bersenam?Pagi gelap2 dh kuar keje,blk bulan bintang dh timbul.Weekend,masa tulah nk selesaikan keje umah bertimbun,tu aku kira senaman lah tu..diorg org kaya takpelah,pagi petang duk dlm gym jer.Aku ni ha,x keje kang,anak2 nk mkn apa?sorrylah,emo plak.Bkn malas bersenam,xder masa nak bersenam.

Tanpa Nama berkata...

pompuan gemuk ni takde cermin ke kat rumah dia?

Shahada Fauzi berkata...

Aku tak baca petikan berita tu..gambo pun tak tengok..baca tajuk dengan perenggan ayat mantot yg last sekali tu je..hahaha..


Tapi betul la..aku pernah jumpe..badan beso tapi dok pujuk org beli slimmimg produk..muke tak licin pun tapi paksa org amik produk yg muke boleh licin sekelip mata..lawak!

Aiin Aini berkata...

ari2 aku bersenam dengan berjalan kaki 15 minit untuk ke pejabat...

Tanpa Nama berkata...

Akak senah...... Sebab itu nabi kita galak orang islam berniaga..... Pasti ada lebih masa.lebih duit. ........niaga apa apa pun tak kesah la.....yang penting halal. ( amy perabot kulai)

Tanpa Nama berkata...

Cukupkanlah solat 5 waktu sehari sebagai senaman paling sempurna buatmu...

Nerzhul berkata...

cukai fast food patut dinaikkan

AmenoWorld berkata...

Naikkan harga beras bagi mereka yang malas bersenam.

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

BODOH NOOB SAY FIRST LA...KAMI GROUP ANOM AMAT BERDUKACITA SESETENGAH ORANG SEKARANG MENGAMBIL RINGAN PASAL RUANGAN COMMENT INI...PHUIII NOOB

azhar berkata...

Kami group anom? Heheh macam jurucakap NGO yg biase tgk kat tv. Kadang2 sb byk sgt NGO terfikir gak btui ke ada NGO nama gitu?
Tp xpelah. Kbebasan bsuara katekan walaupun kdg2 yg dicakap x sesuai didengar. Peace !

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dia tak gemok pon. Rangka besar. Hehehe.