Oktober 05, 2012

Awkward Agama : Virus Kalau Dia Boleh Kenapa Aku Tak Boleh Dalam Masyarakat Melayu

Minggu lepas, bila aku masuk kereta nak drive pegi kerja, aku pasang aje radio, siaran dia tak clear. Aku assume sebab keliling aku banyak area tinggi jadi aku jalan aje la dulu. Tapi dah sampai ke jalan besar, still ada distrotion dekat signal. Aku tukar pasang mp3. Sampai kat ofis, aku tengok antenna radio kereta aku dah tak ada rupanya. Kena curik. Takpela...nak buat camne. 

Masalahnya, bila antenna aku kena curi, aku selalu terfikir jalan mudah nak solve problem tu. Kat ofis aku penuh gila kereta...apa salahnya aku curik antenna orang lain? Bukannya susah pun cabut...tak sampai 10 saat kalau aku nak ambik. Bila timbul perasaan tu...aku teringat balik satu masa dulu waktu aku sekolah menengah. Beginilah cerita dia;

Aku sekolah asrama. Jadi selalunya kitorang memang kena pegi semayang jemaah ramai2 melainkan kau dah form four atau form five. Time aku junior, aku memang pegi la.Bila dah tua sket...makin lama makin malas. Budaya sekolah aku memang macam tu agaknya. (Budaya UMNO?) Jadi bila kau pegi semayang jemaah,selalunya time maghrib la paling penuh sekali. Bila dah ramai tu, selipar kat luar berlambak-lambak la tersusun. Ada la beberapa kali aku hilang selipar.  Tapi aku takut nak curik selipar orang lain...sebab ada member aku kena terajang sebab tercurik selipar senior.

Jadi,untuk mengelakkan selipar aku kena curik, aku tulis nama aku besar2 kat tapak selipar tu ..."MANTOT" dan aku beli selipar yang paling buruk yang ada kat kedai. Bagaimanapun, akan hilang jugak selipar aku kadang2.

Kau bayangkan...dalam sekolah, yang ada jual hanyalah selipar jepun..itupun dekat koperasi sekolah yang bukak hanya time rehat. Jadi, kalau kau kehilangan selipar....kau telah kehilangan satu2 nya selipar yang kau ada. Mana ada selipar lain lagi dah. Nak keluar beli selipar? Kena tunggu weekend. Itupun bukan tiap2 weekend boleh keluar. Kadang2 sebulan sekali. Nak pesan kat mak abah? Orang dekat buleh la...yang jauh2?

 Selalunya solusi untuk solve selipar hilang kat sekolah aku hanya ada 2; pakai kasut pegi mana-mana..atau jalan yang lebih mudah, curik selipar orang lain dan itulah yang selalunya terjadi kat sekolah aku...bila seorang hilang selipar dan dia curi selipar orang lain....benda tu akan jadi wabak. Sorang hilang selipar, dia curi selipar orang lain. Orang yang baru kena ambik selipar dia...curik selipar orang lain.

Berbalik kepada kisah asal; antenna kereta aku kena curik. Aku ada peluang nak curik antenna orang lain. Selalunya...alasan untuk menyedapkan diri sendiri bila kita ambik hak orang lain ni antaranya

a. Orang lain boleh buat takkan aku tak boleh buat?
b. Hidup ni selalunya tak fair dekat aku jadi kenapa aku tak boleh buat jahat sama?
c. Pandai2 dia la lepas ni, asal aku senang.

Kalau aku curik antenna orang lain; mesti orang tu akan mengalami dilemma yang sama. Nak mudah? Curik satu sebagai ganti atau gi kedai..keluar duit...dan ganti antenna. Kau yang kena curik, kau pulak yang kena keluar duit ganti...dan selalunya kau tak ada pun buat salah apa-apa (jangan cakap pasal hukum karma please...sila rujuk Ustaz2 pasal hukum karma ni ya?)

Aku rasa dalam masyarakat kita wujud satu wabak yang sangat bahaya...mungkin kau pun pernah ternampak wabak ni...wabak ini dinamakan "Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh?...." dan selalunya disusuli dengan alasan untuk membolehkan sesuatu yang tak boleh.

Seorang anggota polis bangga ambik rasuah, inform kawan dia, mesti member dia terfikir "Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh? Gaji polis bukannya besar mana pun tapi risiko kerja punyalah tinggi!" Seorang menteri tau ada menteri lain ada sapu duit peruntukan. "Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh? Bukannya luak pun aku ambik, lagipun balance banyak lagi! Hujung tahun kena return balik...rugi bai!" Seorang pelajar lain tau ada student upah orang lain buat assignment. "Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh? Dia pun bukannya pandai sebenarnya..tak fair lah kalau aku fail dan dia pass!"

Masuk bab politik sket...wabak ini  pun dah menular teruk dan sangat obvious menjadi seolah-olah protokol rasmi bagaimana sesebuah tender kerajaan diproses. Pernah dengar istilah untung atas angin? Itulah impian banyak usahawan2 Melayu sekarang ini. "Kalau orang lain buat kenapa aku takleh nak buat bro?"

Walau bagaimanapun, menjana integriti dalam sesebuah kerajaan yang budayanya tak berapa punya nilai integriti memerlukan masa yang agak panjang...dan proses ni takkan bermula sehinggalah anda semua berani melakukan perubahan.

Jangan jadi macam aku satu masa dulu. Selipar aku kena curik, aku curik selipar orang lain dan aku sure orang tu akan curik selipar lain. Itulah yang berlaku dekat sekolah aku, sebuah sekolah yang dipenuhi dengan pelajar2 yang dikatakan elit, bakal pelapis pemimpin negara...bab pelajaran memang mantap...tapi bab moral dan integriti..harap maaf la.....malu aku nak ceritakan.

Aku cerita pasal selipar ni cukup la. Sepasang selipar kena curik, lepas tu ramai pulak jadi mangsa dan pemangsa.

Mungkin sebab kita dah dibesarkan dengan pepatah, "hidup ini tak adil..." jadi bertitik tolak dari situ...kita buat apa saja yang kita mampu untuk "adilkan" hidup kita. Kan?

Kalau hidup ni tak adil, kenapa orang Melayu dilahirkan Islam?

ps - berapa antenna Myvi? Ada sapa2 nak bagi aku antenna free? Atau kau rasa curik aje kereta lain punya...beli baru is not even worth the hassle?


26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yuup...ada benarnya pendapat mantot ni..hidup ni selalunya tak adil...kalau kita lihat dari sudut insan biasa but setiap yang tak adil tu akan ada juga keadilan.
Contoh...selipar kau asik kena curi..but Allah bagi kau rezeki untuk beli selipar baru (adil tak?) walaupun kita rasa kita ni asyik jadi mangsa..tapi Allah akan bagi kelebihan kat bahagian lain.
Begitu juga kalau orang tu suka mencuri dan suka anaiya orang... Maybe kelebihan dia dapat benda mudah dengan mencuri tapi mungkin kerana Allah uji dia susah untuk dapat duit or banyak halang untuk beli benda tu (Hanya Allah yang tahu). Jujurnya setiap insan normal akan rasa begitu bila diuji but Allah juga beri kita akal untuk menilai sebelum bertindak. Cuma iman yang membezakan resultnya. Tepuk dada tanyalah iman. Walau apapun...tahniah mantot.

Anak Jati KL berkata...

true bro..! sepatu aku selalu hilang kat masjid walaupun buruk nak mampus. kadang2 aku rembat jugak..

Tanpa Nama berkata...

Dear Mantot,

ko pi kedai aksesori je, range rm20-30 je. Aku baru tukar before raya hari tu (rm25, kawtim dgn tokey dpt la rm20), yang asal getah dah hancur, buruk gile...

plain83 berkata...

Aku rasa la nama lebih tepat bagi virus 'kalo dia boleh buat kenapa aku tak boleh?' tu adalah virus 'Malaysia Boleh'...LoL!

Nerzhul berkata...

kisah hilang selipar kat asrama tak dapat dilupakan. walaupun sekolah agama tak terkecuali.

fortuner suv terbaik berkata...

Aku rasa la nama lebih tepat bagi virus 'kalo dia boleh buat kenapa aku tak boleh?' tu adalah virus 'Malaysia Boleh'...LoL!

alpo berkata...

Form1 boleh la.pakai kasut xmalu sngt.budak2.dah besa baligh segan.la abg nk.pakai kasut.jatuh maruah dgn.adik2.apatah lg berkaki ayam pg prep kn.merembat la jawapan paling tepat.huhu

plain83 berkata...

Aii fortuner tiru dan plagiat komen aku nmpak...

Tanpa Nama berkata...

aku dulu beli selipar paling terang abad tu,fluorescent yellow lagi..biar org kate mencapap,janji selipar aku x penah kena curik,hahaha

Tanpa Nama berkata...

'kalo dia boleh buat kenapa aku tak boleh?'kalo dia boleh solat 5 waktu kat surau/masjid, kenapa aku tak boleh.. hehe. gune utk kebaikan nmpak cam lg bagus. Patin Temerloh

Tanpa Nama berkata...

Mana si Noob nie?

ada aku kisah berkata...

Ko pakai antena internal la mantot. Lekat kat cermin depan. Kalau ada org nak curik jugak maknanya org tu mmg bangang tahap gaban la....

Prince of Noob berkata...

Ko sbp mana dulu mantot, apsal aku rasa macam kenal je ko ni. Masa junior, waktu maghrib, pergi musolla, pakai selipar, habis semayang selipar kena rembat, rembat selipar org lain, org tu pulak rembat selipar org lain dan begitulah chain reaction seterusnya. Tapi ko ada tak part ni, lepas tu nak elak org curi selipar lagi, ko nampak la permandangan dekat luar musolla tu berlambak2 selipar jepun ada mangga xnak org curi lg. Tapi dkt musolla tu masa antara maghrib dgn isyak tu ko akan nampak ramai la junior dok kena urut picit2 badan senior. Habis solat isyak naik bilik tukar baju gi prep malam.

Tanpa Nama berkata...

Blah la noob...puiiiiii

plain83 berkata...

kahkahkah...lawak la angkatan anon ni, mula2 tanya mana si noob ni, pstu dah dia muncul suruh blah plak, siap puii lg hahaha...

Tanpa Nama berkata...

montot,ko tanak salahkan manufacturer keta ko ker sbb position antenna tue tak sesuai, senang orang nak curi.

Tanpa Nama berkata...

Penyelesaian mudah = jangan dengar radio, berzikir lebih baik.

Nak dilema2/flashback zaman sekolah wat pe?

3rd world mentality..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih, Tun Dr Mahathir!

TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Thanks Tun!

Mereka yang positif sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk insan lain dan lebih memikirkan kebaikan yang pernah dilakukan orang lain berbanding sedikit keburukan atas kekhilafan diri mereka yang juga manusia biasa. Moga kita semua tergolong dalam golongan yang positif.

Tanpa Nama berkata...

mahathir jugalah yang menentang hudud dan mengatakan rasulullah dulu berjanggut sebab tak ada pencukur janggut. terima kasih tun!

Master Yoda berkata...

Lek la Tot...Antenna kene curi je...

Motor gua kene curi 2 kali...

125 Z ngan Lagenda, dua2 Yamaha...

Sonang citer je...setel kat Padang Mahsyar je, psl dia berdosa sesama manusia, dan hang pon tak redha dg dia...pepandai la si fulan pencuri tu nnt (Wallahu 'alam...)

nadia berkata...

mana ko dpt fakta pasal mahathir ni??? pasal lain aku x nak sentuh. aku nak sentuh pasal bosnia tu... ko tahu x yg pergi ke bosnia berjuang ada antaranya pelajar2 kita (pergi tanpa bantuan sesiapa)... mereka pergi ikhlas & mmg x pernah terlintas utk kembali hidup2. aku pernah jumpa salah seorg drnya. skrg dah berkahwin dgn org bosnia & punya ank2 namun memilih utk menetap d luar negara. antara yg seangkatan dgn beliau adalah ust wan sohor bani leman (penceramah terkenal)... drpd cerita2nya, x ada pulak dia sebut pasal askar2 msia??? x pernah sekali pun dia sebut... beliau ada sebut pasal kwn2nya yg gugur... pasal bantuan2 yg dterima sepanjang d bosnia... mungkin dia terlupa cerita pasal askar msia x? owhh, lupa bosnia tu luas... mungkin askar msia bertugas kat tpt lain... mungkin aku salah... tp re-check fakta ko tu... aku bkn apa, x nak org lain yg bermati-matian, org lain yg dsanjung...

Tanpa Nama berkata...

huhu aku pun penah amik selipar org lepas selipar aku kene kebas...siap senior tu tanya aku pehal aku amik selipar die...pastu aku tipu!!!dosa yang sampai skang aku nyesal!mane nak carik senior tu minta maaf pun tak tau!huhu

Unknown berkata...

pesal msk bab Cek Det plak.. Biar la Cek Det tu.. Muga Allah bukakan pintu hati dia utk kembali ke jalan Allah.. n muga kita smpai trus istiqomah ke jln Allah.. pasal cek det tu mmg ada je cik nadia.. nnt cr sndiri.. even sy penah bc sokkabar ms skolah dia mmg plekeh sunnah rasulullah.. tp isu sini bkn cek det. hidup ni Allah xjdkan kita suruh pertikai adil ke x.. mcm mantot ckp adil ke x kita yg tentukan.. bukan bodoh2 Allah jdkan kita tanpa guide.. Al quran n sunnah kan ade.. pegang tu takkan sesat. Guaranteed. n budaya mbalas smpai kiamat la xabis, nk abis curik slipar org yg curik slipar kita.. hukum qisas. sama adil. mslhnya xtau sape curik kan.. xde pnghujung pun. same goes dgn semua bnda.. xkn habis. biar org bleh wat, (bila bnda tu slah) asalkn kita jgn jd bodoh g ikut. bnda baik follw klu bnda buruk dun fllow. klu Rasulullah bleh memerintah negara dgn adil n saksam dgn berbagai bangsa n kaum bwh satu naungan mnggunakan Al quran n Sunnah.. kita pun bleh wat. KLu Rasulullah bleh jd org yg plg sabar n jd manusia yg plg berakhlak n pemaaf kita pun bleh wat, biar berjangkit yg baik2.. yg tak baik lantak pi.

Tanpa Nama berkata...

Terbaekkkk nurulachal mamat.

NAJIB BINI ROSMAH berkata...

MAMAK MADEY KALAU MENIPU, ULAR PUN TAKUT LORRR...

MADEY MUDAH LUPA... MOGA ALLAH PANJANGKAN USIAMU UNTUK MELIHAT KEHANCURAN HASIL PEMERINTAHANMU SELAMA 22 TAHUN...

Tanpa Nama berkata...

Ak baru lepas hilang antenna kete ak pg td..
Ak try google nk beli baru. Terbaca blog ni jd ak lega ramai berpikiran mcm ak utk tak curi org len punya..hahahha....