Oktober 11, 2012

Monyet Ada Lesen Memandu Masih Lagi Seekor Monyet Pakcik!

Tiap2 hari bila aku balik dari kerja, aku akan melalui sepasang kamera AES (agaknya lah). Dari jauh lagi dah boleh nampak flash menyala dan apa yang menyeronokkan aku adalah, tiap2 kali nak lalu situ, dalam 200 meter, orang akan slow ikut had laju. Semua orang sopan. Even lori pun sopan. 

Tapi bila dah lepas aje 200 meter melepasi kamera tu....semua jadi hantu balik.

Jadi, aku still tak faham kenapa ada lagi orang yang mempersoalkan ada 2500 saman yang sudah sepatutnya dikeluarkan sebab sistem ni masih dalam ujian. Kalau sistem ni berkesan untuk tangkap orang buat salah...tolonglah sokong...tak kiralah kau pembangkang sekalipun. Takkanlah sebab kau pembangkang kau nak persoalkan kesemua?

Adakah kau nak nafikan yang pemandu-pemandu Malaysia ni majoritinya bawak macam tak wujud langsung undang2? Betul kan? Selama ni dah berpuluh2 tahun....speed limit hanyalah satu bahan mainan dalam undang2 trafik..kalau keberkesanan AES ni pun kau nak bangkang sebab kau pembangkang...gila lurus bendul kepala hotak sesetengah pihak pembangkang ni.

Orang buat salah la layak dihukum. Ambik la duit diorang ni. Sampai bila nak beringat? Lama-kelamaan kalau seseorang tu dah kerap sangat kena saman dengan sistem ni dia paham2 la sendiri.

Kata nak mencapai negara maju 2020?

Tapi masalahnya mentaliti sesetengah pihak pembangkang masih lagi mentah. Driver di Malaysia bawak macam tak wujud undang2. Kalau ada diwujudkan satu sistem yang ENFORCE dan EXECUTE driver2 haram jadah ni...sokong la.

Sampai bila budaya slow bila ada speed trap (atau kamera AES) dan laju balik bila line clear nak kekal dalam masayarakat Malaysia? Nak jadi negara maju tapi masyarakat yang ada tak faham apa itu speed limit buat apa? Samalah macam orang gua tapi diberikan ofis kat KLCC contohnya. Sama la tu. Tapi apa yang nak dipelikkan sangat kot? Even kat Alamanda Putrajaya sendiri, kau nak keluar lift pun kadang2 susah sebab ramai berebut nak masuk dulu. Itu masyarakat "elit" tu.

Dan kitaa akan terjemahkan perangai yang sama atas jalan raya.

Mungkin apa yang JPJ boleh buat, khasnya, adalah dengan mula memberikan penerangan mengenai "apa itu sebenarnya speed limit" dalam televisyen sebab aku sure masih ramai yang tak faham. Kalau speed limit adalah 90km/j..kalau kau nak memotong, berapa speed kau untuk memotong? Cuba jawab...hehehe.

Banyak benda mengenai undang2 trafik tak dicover dalam sekolah memandu punya syllabus. Buat2 paham sendiri aje kebanyakannya jadi ramai driver atas jalan di Malaysia ni interpret undang2 ikut pemahaman sendiri.

Buat syllabus cincai dalam latihan sekolah memandu macam mana nak lahirkan driver yang patuh undang2? Sistem AES ni katanya nak mendidik, kan?

Kau cuba tengok...bila kau dah dapat lesen L, kau dah boleh sebenarnya bawak kereta atas jalan, asalkan ada driver yang berlesen penuh dalam kereta. Senangkan dapat L? Kau first time bawak kereta pun kau boleh dapat L...dan kau dah boleh drive atas jalan asal tampal sticker L. Kau tak rasa itu satu undang2 yang ridiculous? Kalau yang bawak kereta tu melilau merata2...apa gunanya ada driver berlesen tu?

Nak tambah bilangan mangsa?

Kenapa tak mendidik masa orang ramai baru nak mula ambik lesen? Setakat bagi buku suruh study, kemudian ambik test, ceramah 2-3 jam...kau expect itu akan melahirkan driver yang berhemah? Gunakan sistem AES ni untuk menghukum..kemudian revise balik syllabus sekolah memandu. Lahirkan generasi baru pemandu yang paham apa itu undang2.



23 ulasan:

cik T berkata...

aku sokong tang golongan 'elit'..even nak msk tren pun same..semua berebut nak msk dulu sampai kite yg nak keluar pun susah..

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju kalau orang langgar speed limit kena saman... tapi, kalu speed limit tu slow gila babi, sampai basikal pun boleh potong, nak kena ikut jugak ker? tolong jangan tanya aku balik, kalu jumpa traffik light warna merah waktu tengah malam buta, kenapa stop plak? rasanya, speed limit nie tak berubah-ubah dari zaman 60an atau 70an dulu. masa tu bukan ada kereta yg laju skit macam skang nie... so, tak kan keta tahun 2000an kena ikut speed limit tahun 60an/70an dulu? fikir-fikir kan...

Mantot berkata...

http://en.wikipedia.org/wiki/Speed_limits_by_country

Tanpa Nama berkata...

pegi Jepun / Korea Selatan brapa speed limit? lebih kurang Malaysia.. kat autobahn Germany takde speed limit tapi hukuman kalau bw laju dan mengakibatkan kemalangan... abisla lesen memandu tu...

Tanpa Nama berkata...

harap2 AES boleh saman skali yg bawa slow sangat, guna h/phone, tak bagi signal, tak pakai seatbelt..........

Tanpa Nama berkata...

Jad8 highway 110 kn? Knapa skve punya speed limit 80? Ridiculus tk?

Anak Pak Muin berkata...

penguatkuasa lagi suke menghukum berbanding bagi didikan pada org ramai..

Tanpa Nama berkata...

laju tak salah tapi perangai pemandu yg salah, jadi fikir la macam mana nak "betulkan" pemandu yg buat salah... bukan main saman ja, asal laju saman...

nurulachal mamat berkata...

betul2.. mcm kes2 rogol yg blambak2 kat mesia nie,,,sehabuk pun xamik pengajaran.. dh xdhukum utk bg pengajaran.. same goes dgn AES,, sy pun xtahu kaedah ape yg bleh bg pendidikan pd semua pesalah2 di malaysia ni utk semua kesalahan termasuk perokok2 tegar.. tampalla gmbo mcm2 pun.. haram heran pun x..

Tanpa Nama berkata...

apa susah sgt...kasi tune semua kereta paling laju pon 110 km...kerata import yang laju lebih 110 km...xboleh masuk malaysia...geng vip pon kena bawa slow juga..

Tanpa Nama berkata...

urm betul ke org ade lesen L boleh bawa kereta on road?even ditemani org berlesen full?
bukan even ade lesen L kereta org tu kna drive dlm kereta sekolah memandu je ke?
xpena pulak tgk private vehicle ade tampal L kat kereta dia..


motor mmg for sure boleh tapi dia kena menunggang seorang..

bawai berkata...

betui ka kemalangan byk sbb speeding?
just off my head aku rasa:

1.kenderaan tak menten dgn bagus (mahal kot)-tayar botak, brekpad haus, absorber kong.ni semua mmg mintak eksiden

2.pemandu tak cekap (lesen terbang gamaknye)- u cant handle 110km/h kat skve? kau tak layak jadi driver.sila guna pengangkutan awam malaysia yg super efficient ni

3.bwk slow tapi leka.keta dpn brek dia tgh sibuk suap mcd sambil tweet.dah bercium dgn keta dpn

4.mamat motor bwk keta kt comercial area tapi mata sibuk usha nama kedai.keta kuar parking dahh bedentum

5. bwk slow tapi mabuk.yg ni aku dh byk kali tgk (ko bygkan aku tgh jam nk kuar dari sri hartamas tiba2 kene sondol...rupanya mabuk)-yg ni BAN FOR LIFE

aku tak nafikan sekali sekala mmg ada driver gila bwk kancil turbo 180km/h kat jalan persekutuan pulak tu.yg ni mmg bahaya la.kalau tertangkap menyebabkan kemalangan BAN FOR LIFE

bila letak 80km/h kat jln lurus yg x bahaya mana pun utk driver bertauliah (bukan lesen terbang) kita jadi geram la.tambhana AES mmg kuar statement aku baca kat The Edge awal tahun haritu-

"kita target nk collect balik modal dlm tempoh 2 tahun sbb lpstu ramai yg dah super aware dgn lokasi kamera so tak berkesan dah"

tak ke menyebabkan rakyat marhaein miskin dan keje hari2 outstation rasa teraniaya sikit2?

oh ya, bini aku bwk super slow dari aku tapi dah 3 kali eksiden tahun ni.alhamdulillah aku punya rekod masih ok

salam sekalian!

Tanpa Nama berkata...

Kalau keta bawak Lebih 110kmsj kena saman....tapi bas,Lori,treler bawak 110 kmsj tak kena.....pasal aes detect 110 kmsj....padahal sah-sah Kat Lori Ada tulis 80/90 kmsj.Cuba anda bayangkan Lori bawak 110km sejam.....woooo..nak takut apa aea detect 110kmsj.kejadian baru ni melibatKan alza dgn bas.....berapa kelajuan bas tersebut?boleh mengheret kereta sejauh 20 meter....prinsip inertia?hahaha....laluan sekolah .....tak kurang Dari 90 kmsj di kawasan sekolah hanya 40kmsj....tp tv3 highlight alza terbabas....ya terbabas.....tp kalu 50kmsj.....apa yang Akan berlaku.....mkgn 6 nyawa Akan selamat......

Prince of Noob berkata...

salam 1Malaysia!

benda yg paling susah nak diubah adalah mentaliti org malaysia, tak kira la mentaliti atas jalanraya ke, mentaliti politik ke, mentaliti pendidikan ke, mentaliti pekerja gomen ke, buatlah sistem apa ke transformasi apa ke mmg payah. so apa yg perlu dibuat utk ubah mentaliti rakyat malaysia ni?

azam berkata...

Anonymous
October 11, 2012 1:18:00 PM GMT+08:00

Speed limit ikut density traffic jgk. SKVE punye traffic sama ka mcm utara-selatan punya traffic? Kena igt juga, had laju ditetapkan turut amik kira jiga berlaku kecemasan. So bayangkan bila jadi emergency (eksiden ke apa ka) kat area traffic penuh n drive 110km/h even kat highway apa jadi?

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah dah 3 tahun aku duduk luarnegara. Tiap-tiap kali orang kafir sambut Christmas tak dengar pulak kemalangan maut. Tapi Islam di Malaysia tak boleh bersabar di jalanraya bila nak sambut Hari Raya.

Kenapa ye?

apekah berkata...

aku sure yg pemimpin2 pembangkang x stuju psl aes bkn la smata2 x sokong pesalah2 trafik dikenakan saman, tapi mereka mempersoalkan CARA @ PENGENDALIAN aes tuh sebenarnya. honestly, ko bleh percaye ke kt government yg tahap rasuah nya yg tinggi,yg cakap kurangkan 20 sen subsidi gula utk kurangkan penyakit etc, yg kontrek aes pon dapat kt kroni mca & mcm2 lgi bulls***??

aku pasti korang smua xkan naik sebuah bas yg mana driver nya pemabuk tegar, walaupon die cume bawak bas 10 min. tpi aku plik knape kita brani utk naik 'bas' yg driver nya seekor malaun barua nasional (bn), pemabuk tegar san miguel, memandu selama 50 tahun lebih. walaupon dah bnyk kali eksiden, org pon rmai mati, tpi kite still boleh percaya idea2 yg dibawa oleh driver malaun neh. yg paling ajaibnya, 'penumpang2' msih memilih utk stay with driver, in this bus.....

Tanpa Nama berkata...

bagi aku menatliti.sng je bro. bile ko dok atas highway, and klu ko tgk eksiden, kereta ape yg slalu kemalangan, sorry to say but aku hanya bg contoh, viva ko naik 8 org.and viva bg aku xlayak lgsg utk travel long distance.speed limit tu ade had die.110km adelah had bg sesetengah kereta.ko bwk viva 110, xcdent, insyaallah total. ini pengalaman aku yg biase bwk kereta2 tersebut. vios pn sm, brek terlalu sensitif.korg blh refer dgn miros psl bnda ni. bg aku satu je, mentaliti, and onyet x sepatutnya dibenarkn memandu.

its not about the speed, its about the driver

Tanpa Nama berkata...

bosan gila babi tak habis cerita pasal aes... takde idea lain ke bro?

Tanpa Nama berkata...

Aku bangkang bukan apa, cuma mentaliti penulis perlu diperbetulkan dulu. Hari2 aku bayar saman dgn harapan tidak lambat kerja(tol).......tapi hmmm hampes. Harapkan public transport,......nkorang tahu kan masalahnya. Patutnya gunakan duit pasang kamera tu utk perbaiki sistem transport kita.........asyik nak saman je....hukuman/saman tak menyelesaikan masalah. Or is it of ulterior motive....inilah mentaliti pentadbir malaysia.

azhar berkata...

Mengikut Sheikh di TV Alhijrah, kisah di zaman Nabi bilamana sahabat bkata celaka syaitan semasa diperjalanan, syaitan tersebut akan mbesar sebesar bangunan. Sebaliknya Syeikh tersebut meminta kita membaca Bismillah dan syaitan akan mengecil sebesar lalat. Marah adalah dari syaitan dan bila difikirkan kita marah semasa jem dsb nya adalah dari pengaruh perkara di atas bilamana syaitan dah "sebesar bangunan"?
Kalau mngikut falsafah pensyarah sy, dia mengatakan manusia dari tanah dan bilamana dia bpijak ditanah seharusnya dia menginsafi asal kejadiannya. Sebaliknya bila kaki dipedal, hubungan terus dgn tanah hilang, keinsafan itu mulai terbang dan mmaki mbodoh mengisi ruang. Sama2 kita bermuhasabah diri. Mohon maaf kerana agak lari dari tajuk asal.

100% Jade berkata...

Dah berbuih sekolah memandu ajar tentang kepentingan ikut speed limit. Baguslah ada AES ni. Malangla, lepas je AES, terus speeding balik. Even di lane laju pun, kau still kena patuhi speed limit.

untuk "Apekah", bukan semua ada wide range of choices when it comes to pilih nak naik bas apa. Tapi, when it comes to driving, you can make a difference. Tu je.

Hi Hi berkata...

Keto dongan bas lain meter eih...nampk cam laju cam keto tompi tak sampai do...meter bas dongan lori 2 kali keto do..