Oktober 16, 2012

Najib, Hero Umat Islam

KUDAT 14 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan pembangkang boleh dianggap sebagai sebuah kerajaan munafik kerana tidak menunaikan segala janji yang dibuat kepada rakyat.

Tegas beliau, terdapat tiga ciri orang munafik seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhamad SAW iaitu tidak bercakap benar, memungkiri janji dan apabila diberikan amanah dikhianati.

Beliau berkata, berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah memungkiri janji, sebab itulah ungkapan Janji Ditepati digunakan secara meluas oleh parti itu.

"Pepatah Melayu ada menyebut, binatang dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya. Janji dan jaminan BN dibuat berdasarkan pada kemampuan kita.

"Janji yang dibuat tetapi tidak ditepati bukan sahaja akan dilaknat oleh Tuhan tetapi turut akan dihukum oleh rakyat," katanya pada majlis Jelajah Janji Ditepati di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, pimpinan parti-parti komponen dan lebih 50,0000 rakyat yang memenuhi Kompleks Sukan Kudat.

Menurut Najib, Sabah amat unik dan mencerminkan gagasan 1Malaysia kerana walaupun mempunyai berpuluh jenis etnik, mereka masih mampu hidup dengan aman dan harmoni.

"Atas semangat 1Malaysia itulah, kita berjanji akan mengangkat Sabah menjadi lebih maju lagi. Jika sokong BN, Sabah akan terus membangun, ini janji kita dan ia akan ditepati," katanya.

................. 

Sebelum apa-apa...

WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH! KELAKAR! WAHAHAHAHAHAHAHAHHAHHAHAHAH!

Sehari lepas bentang bajet, ramai2 tak datang Parlimen. Laporan Audit Negara keluar, dia ada di Filipina. Katanya, nak jadi orang tengah mendamaikan dua pihak yang bertelagah. Last sekali aku ukur, jarak ke Parlimen dengan jarak ke Filipina dari Putrajaya, Parlimen lagi dekat. Bukannya kena tempuh jam pun...kan polis halau orang ke tepi bila PM nak lalu. Ambulans pun tak dapat layanan camtu.

Dah baca Laporan Audit? Dah tau ke mana hilangnya duit kutipan cukai? Still masih percaya yang ayat kerajaan "Kerajaan tak cukup duit sebab kos tinggi dan kutipan cukai tak cukup" ?

Kalau belum, boleh baca sini. 

Kemudian tanya diri sendiri, kenapa cukai kereta masih lagi tinggi? Kenapa masih ada lagi family naik motor anak beranak 4 orang, sorang anak dalam bakul, sorang lagi tersepit antara mak dengan bapak? Adakah sebab diorang tak mampu nak beli kereta sebab cukai tinggi? Atau diorang terasa pengangkutan awam lagi menyusahkan daripada bawak motor ramai2 membahayakan diri macam tu, sebab pengankutan awam membuang masa menunggu aje?

Tak cukup ke duit kutipan cukai ni? Atau sebenarnya tak cukup sebab banyak berjoli? Buat duit atas angin? Melayu suka kan makan duit atas angin?

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaaa klako giler!!

Tanpa Nama berkata...

kasihan sama dia...

cakap pun dah tak tau apa dia cakap...huhuhu

Tanpa Nama berkata...

mcm mana seorg Perdana Menteri boleh ckp macam tuh?? kah3.... mmg x ptut.. Sabah skrg ni dah bnyk pmbangkang woaa.... BN bila nk pancing undi mesti ckp "akan majukan negeri ni" ~ apa igt org teringin sgt ke nk maju kalo org miskin masih terkapai2 hidup diorg... itu ke sikap seorg pemimpin??

Tanpa Nama berkata...

pendek kata dua2 parti munafik.

Saya Suka Baca Blog! Ninie Simmons berkata...

Pemimpin sekarang, nak senang sorang2. Tak fikir rakyat & orang bawah dia yang susah.

Contohilah Rasulullah SAW & Para sahabat.

plain83 berkata...

mcm budak2 kecik berebut buah rambutan kat atas pokok dlm iklan tv apa ntah...

Prince of Noob berkata...

tot, ko asyik cerita pasal pemimpin2 najib dan kerajaan bn saja... apa kata ko cerita juga pasal masalah pemimpin2 di kalangan raja2 seperti yg dah byk didedahkan... ada komen tak?

Tanpa Nama berkata...

tot, baik ko cerita pasal noob.... dia kan banyak peminat seluruh malaysia...ada komen tak?