Memang sebelum2 ni aku pakai Windows Pirate aje, tak pernah aku teringin nak beli yang ori. Tapi once aku beli laptop dan pakai Windows 7 Original... aku terasa yang pirate ni tah hapa-hapa sebenarnya. Mungkin kepada orang yang tak nampak , dia akan kata "Hak eleh..sama aje, ori ke pirate ke, beli pirate pun murah bai!" tapi percayalah, tak sama sebenarnya.
Selalunya orang kata ; original software mahal. Memang la mahal tapi lama kelamaan sekarang ni software sebenarnya makin murah. Microsoft Office, Rm120. Aku pakai 3Ds Max...sekarang ni..harga dia free. Tapi still Windows harga dia makan ratusan jugak la. Lagilah bengang kalau kau beli WIndows Vista ori kan? OS yang ori pun macam haram performance dia.
Jadi, beberapa hari lepas Microsoft Windows 8 dah dilancarkan. Harga dia sebenarnya ratus2, TAPI....kalau kau beli sebelum 31 Disember 2012, kau dapat diskaun yang agak hebat jugak la. Tapi kat sini, aku just nak tunjuk macam mana kau nak dapat diskaun yang MAHA HEBAT menggunakan online key yang Microsoft akan email kau.
Syarat2 dia;
1. Kau kena ada credit card nak beli
2. Kau kena ada line internet bagus untuk download file 2GB.
Firts step ; bukak link ni... (Link) dan tekan continue.
Kemudian isikanlah detail2 ni. AKu tak pasti sama ada menipu akan menjejaskan anything or not tapi aku isi betul2. Sebab aku nak beli 3 copy. Satu untuk aku, satu untuk wife aku dan satu lagi untuk anak aku sebab aku plan nak bagi dia laptop khas untuk tengok Upin Ipin dan tak kacau aku tengok bola.
Part penting dalam borang ni adalah ini;
Pastikan kau isi tarikh pembelian tu adalah dari Jun 2012 atau hari kau isi borang tu. Nama kedai apa semua tak kisah sangat. Kau nak taruk Kedai Komputer Nenek Belah Abah Hang Sdn.Bhd pun boleh.
Kemudian tekan send.
Kalau nasib kau baik ; kau dapat email. Dalam email, ada promo code macam ni.
Begitulah caranya untuk dapat Windows 8 murah dengan diskaun.
9 ulasan:
aku beli online version 39 dollar
Aku beli dengan harga RM50.
Erk.. Sini xder open source fan ke?..
Try la ubuntu.. free n best drp win8.
Try google ubuntu vs win
hehe.. jimat duit
pakai debit card pon boley, lg slamat ^^
piratebay...free
Teringin nak beli, tapi aku noob gila. Tak tau nak proceed with the whole upgrading thing nanti. Haha
rasa cam tak best je pakai windows 8 ni, lain gila feel dia dengan windows2 sebelum ni
Salam pada semua...
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
terima kasih admin
Hurm.. USD 50 kira mcm affordable la jgk utk yg dah bkerja..
Catat Ulasan