Oktober 23, 2012

Orang Cina Yang Sokong Pakatan Juga Menyokong Negara Islam


"Lina Joy boleh tukar agama dia.."


"Hoi!Jangan cabar orang Melayu!"


"Nak hudud? Langkah mayat saya dulu..."


"Hoi! Ini Malaysia! Negara Islam!"


"Malaysia tak boleh jadi negara Islam. Kita adalah sebuah negara sekular.."


"Hoi! Bangun Melayu semua! Sedarlah. Bangun dan selamatkan bangsa kita!"


"Saya ada sex video. Saya tak mau negara Islam. Kenapa orang perempuan Melayu kalau nak bersalam kena pakai sarung tangan? "


"Dia tak mau ada germ infection tu.."


" Kalau sokong Pakatan....PAS akan laksanakan
negara Islam, orang Cina kena sunat! Tinggal panjang ni aje!"


"Betul la tu. I pun tak nak hudud2 ni. I terima ini undang2 Tuhan, 
tapi hudud tak berpaksi kepada realiti."


Selagi BN memerintah,
selagi itulah janji Najib dalam video di atas akan dipegang.
Sesuailah dengan slogan popular pentadbiran Najib.

"Najib berjanji hudud tidak akan dilaksanakan bawah BN.
Janji ditepati."

30 ulasan:

raja_amuk berkata...

First..hahaha

Tanpa Nama berkata...

"Tinggal panjang ni aje!" hahahaha

Prince of Noob berkata...

ni masalah pemimpin islam kita... bila kawan sendiri yg bukan islam bercakap mengenai islam, terus tunduk membisu kelu seribu bahasa... macam mana la umat islam tak kena pijak di sebuah negara islam

Kak Mah berkata...

gambar dan komen soi lek yang second last tak bole bla..

ko boleh menang kalau masuk pertandingan bubuh slogan pada gambar.. kahkah

berkata...

Ignorance is bliss kan Tot?

Tak perlu pencerahan. Tak perlu pendidikan. Hukuman itu penyelesaian muktamad kepada semua masalah orang Islam. Hukuman itu lebih penting dari ilmu.

Semoga semua kekal bodoh dan jahil, pejam mata, semua rasa selamat. Kenapa nak risau, hudud kan ada. Orang Islam tak akan dianiaya lagi asalkan ada hudud.

Semuanya indah belaka.

Dream on.

Tanpa Nama berkata...

Kellasssss....tengok muka toya Jib "dia takut germ infection kot...".
Tinggal pjg ni je....wakaka...best!

pemuda dataran merdeka berkata...

Typical org fuckatan.penyokong anwar aljuburi

plain83 berkata...

germ infection my FOOT! LoL..

LydSunshine berkata...

KO, baca komen ko aku teringat kat aiskrim Bliss Strawberry. Balik kang nak gi cari. *off topic, Sorry.

Aieda Adnan berkata...

"tinggal panjang ni je"..kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

hahaha... kelakar la ko tot.

btw, aku boleh senaraikan 4 orang yg membawakan mesej yg sama iaitu: TAK BOLEH NAK LAKSANA HUDUD DI MALAYSIA tp sorang aje yg mesejnya diterima org ramai berbanding lagi 3 org kena maki kalau x sedikit yg menyokong.

org2 tersebut:
1- Chua Soi Lek
2- Karpal Singh
3- Dr MAZA
4- Dr Mahathir (atau kamu boleh ganti dgn Najib jika suka)

my point: Org2 kita ni lebih suka tengok siapa yg bercakap daripada tengok apakah mesej yg dicakapkan.

adakah ini menepati ajaran Islam? mungkin ayat Quran 49:6 boleh memberi idea.

raja_amuk berkata...

Last..hahaha

Tanpa Nama berkata...

adakah dengan pemerintahan pakatan rakyat, hudud akan terlaksana ? atau ini semua propaganda anwar meraih undi org melayu ? bagaimana kalau selepas PR menang, beliau mengucapi teks yg sama seperti najib, iaitu hudud x sesuai di laksana kan ? andai ia terjadi,
apa tindakan anda masa itu? komen yg matang di alu2 kan..

-spectator-

berkata...

Anon 11:42,
Aku suka point kau (dan aku tau point tu kau refer dari mana). Salut!

spectator,
Itu soalan yang sia-sia. Di Cursing Malay, tak ada siapa yang cukup concern pada masa depan. Semua terlalu occupied dengan drama hari ini. Tak mahu fikir jauh. Selesa dengan ignorance.

Tapi aku ada soalan yang lebih relevan untuk kau: Adakah dengan terlaksana hudud, semua masalah (jenayah, moral, ekonomi, sosial, masa depan etc.) akan selesai?

Bukankah pendidikan itu lebih penting untuk ubah nasib dan bela diri dari dianiaya?

Ayat pertama diturunkan ialah Iqra'.

Tapi aku rasa, di Cursing Malay, ramai yang percaya hukuman itu lebih utama dan pendidikan cumalah kesan sampingan dari hukuman yang dijatuhkan. Maksudnya, hukum dulu seberat-berat hukuman, lepas tu, automatik semua akan belajar darinya.

Adakah itu caranya Rasul sampaikan ajaran Islam? Dengan menghukum sebelum mendidik? Jika itu ajarannya, adalah Islam boleh diterima ramai?

Tepuk tempurung, tanya akal.

Mantot berkata...

Adakah budak2 yang buang baby,bunuh anak,campak anak dr tingkat 3 tu takde ilmu bro? ilmu basic yang semua orang dah tau..jangan buang baby.jangan bunuh baby.

benda tu tak perlu diajar.

apa yang perlu kita buat dekat orang yang dah campak anak dia? nak didik dia? nak hukum dia?

hukuman can be a form of educating.

sebab tak ramai sebenarnya takut nak berzina. tapi ilmu yang kita diajar zaman skrg bukannya untuk menakutkan kita dgn zina...tapi mcm mana nak berzina secara efisien supaya takde terhasil benih.

Mantot berkata...

cuba cerita kat aku...

tiap2 hari ada 6 kes rogol kat Malaysia.jumlah pesakit AIDS melalui seks bebas dah melebihi jumlah pesakit aids melalui dadah.tiap2 hari berapa orang baby luar nikah lahir.

mcm mana nak educate masyarakat camni dengan cara memandang masa depan kalau masalah tu sbnrnya setiap hari makin buruk dan tidak ada stop langsung kenaikan dia?

paling penting, kau rasa, pendidikan kita skrg ni cukup ke utk buat kita tak buat semua tu?

Unknown berkata...

hukum dan mendidik.. klu hukuman skrg tak mampu mendidik..mudah2han dgn hukuman yg dr Allah ni mampu mndidik..zmn Rasulullah.. sahabat2nya cukup takut dgn Allah waima nk bersolat mmpu mbygkn Allah ad depan mata.. skrg nk bzina dlm keta pun x rs malu.
sy tak rs kita perlu persoal mampu atau tak klu kita sndiri tak mampu nk laksana. laksana dlu.. selagi tak laksana mana nk nmpak? dlm ms yg sama utk ank2 ms depan pndidikan berteraskn agama dh kena start.. klu dgr kat ikim.fm aritu topik dinamika fardhu kifayah n fardhu ain.. kita ni sibuk dgn fardhu kifayah.. fardhu ain time sek rendah pdhal penerapan smpai mati.. so hukum dan didik.

Unknown berkata...

hukum dan mendidik.. klu hukuman skrg tak mampu mendidik..mudah2han dgn hukuman yg dr Allah ni mampu mndidik..zmn Rasulullah.. sahabat2nya cukup takut dgn Allah waima nk bersolat mmpu mbygkn Allah ad depan mata.. skrg nk bzina dlm keta pun x rs malu.
sy tak rs kita perlu persoal mampu atau tak klu kita sndiri tak mampu nk laksana. laksana dlu.. selagi tak laksana mana nk nmpak? dlm ms yg sama utk ank2 ms depan pndidikan berteraskn agama dh kena start.. klu dgr kat ikim.fm aritu topik dinamika fardhu kifayah n fardhu ain.. kita ni sibuk dgn fardhu kifayah.. fardhu ain time sek rendah pdhal penerapan smpai mati.. so hukum dan didik.

Tanpa Nama berkata...

tot, pendidikan sekarang caranya tak betul. ye memang ada yg diajar jgn buang baby, jgn buat seks tp ada tak diterangkan dgn mendalam kenapa? dan ada tak ruang utk anak2 muda ni bertanya tanpa prejudis? kalau cara didik pun x user friendly mmg la x berkesan.

apakah jaminan jika hudud dilaksanakan boleh menghapuskan segala masalah yg ada sekarang? cara pelaksanaan di malaysia pun belum dijelaskan, bagaimana kamu yakin hudud yg dilaksanakan manusia itu adil?

AIDS disebarkan secara seks bebas.. macam suami main pelacur maksud ko? industri pelacuran takkan berkembang jika takde permintaan. simple.

AIDS juga dipindahkan kepada isteri2. samada dia tau atau tak suami dia main pelacur, isteri biasanya mengamalkan unprotected sex dgn suami. kebanyakan mereka xtau isteri boleh menolak unprotected sex dgn suami atas sebab2 yg munasabah. ini disebabkan ignorance di pihak isteri dan suami.

Tanpa Nama berkata...

lupa nak mention, dalam melaksanakan sesutu, hendaklah kita pastikan kebenaran. jgn ikut secara buta tuli.

bila kita laksana sesuatu tanpa ilmu, tanpa kebenaran, sanggupkah kamu menanggung dosa menzalimi? adakah kamu akan mengulangi kesalahan yg sama dibuat oleh negara2 yg pernah buat hudud?

apakah kamu tak sedar Allah melarang kita drp taklid? rujuk Quran 5:104, 8:22, 91:7-10, 25:44, 36:62, 17:36

jika kita sendiri tak begitu faham pasal hudud, study dulu (at least cari reference dia dlm Quran) sampai faham bukan ikut cakap tok guru atau pemimpin saja. tuhan bg akal suruh guna, bukan taklid.

Henzy berkata...

Assalamualaikum,

Semua org ada pendapat sendiri, kadang2 pendapat mereka dan kita tu semua ikut nafsu dan hati. Kita tak terkecualilah termasuk dlm hal ni bila bagi pendapat, kita bukan Rasulullah SAW.

Tapi yg saya sedih tgk org bagi pendapat ikut suka hati sampai tak sedar pendapat dia tu telah mencabar hukum yg ALLAH suruh buat.

Contoh paling senang, tutup aurat. Satu hal kalau kau selalu buka aurat, tapi lepas tu kau boleh cakap plak,"saya belum sampai seru" atau "hati saya yg tak tutup aurat ni lebih baik dari yg tutup", maknanya kau cabar suruhan TUHAN. Mana kau boleh cabar macam tu sekali tanpa keuzuran dan sebab2 yg dibolehkan.

Kau cakap pendidikan lebih penting dan cuba belakangkan hukum yg TUHAN dah turunkan. Yang aku tahu, hukum hudud tu, tak kiralah kuat mana iman kau tapi kau kena YAKIN dengannya. Kau kena semat dlm jiwa kau ini suruhan ALLAH yg perlu kau laksanakan. Kau ingat ALLAH dan RasulNYA turunkan hukum2 ni utk kau dahulukan pendidikan atau apa2 perkara yg lain ker? Tak, kau kena laksanakan semuanya. Mana boleh tinggal. Takleh tinggal beb.

berkata...

OK, ini komen panjang bersiri. Tapi kalau taknak baca pun tak apa. Bukan dapat pahala pun kalau baca, kan?

Versi TL:DR - Islam menyeru untuk didik sebelum hukum.

---

Ini versi separa lengkap (yang lengkap panjang sangat, jadi kena potong jugak):


Mantot,
Aku rasa kau keliru. Aku cakap, didik sebelum hukum. Islam bermula dengan Iqra'.

Kau tau Sirah Nabi, kau juga tau yang Muhammad ialah saudagar dan gembala kambing yang buta huruf. Jiwanya mulia sejak lahir tapi tidak berilmu. Arab Mekah ramai yang kaya-raya tapi jahil pada zaman tu. Itu zaman Jahiliah, zaman kejahilan.

Dan ayat pertama diturunkan ialah Iqra'. Apa simboliknya diturunkan surah yang secara ringkasnya meminta seorang yang buta huruf untuk membaca? Kenapa ayat yang pertama menyeru untuk membaca dan bukannya menghukum Arab Mekah Bani Quraish yang terang-terangan korup dan jahil?

Itu soalan retorik. Kau tau jawapannya kenapa. Dan aku rasa kau tau perjalanan Sirah dan perkembangan Islam, jadi aku tak perlu panjangkan.

Jadi, apa maksud aku bila aku kata kau keliru? Apa yang aku faham bila baca komen kau, kau setuju yang masyarakat sekarang jahil. Pergi sekolah, belajar, masuk universiti, ada kelulusan kemudian ada kerjaya, tapi kekal jahil. Tapi kau faham tak kenapa?

berkata...

Versi TL:DR - Moral dan etika itu penting. Dan kerja terjun dulu sebelum fikir itu adalah penyakit orang jahil (yang ni ditujukan secara khas kepada anak cik Mamat, semoga jangan jadi jahil ya dik).

---

Bila aku cakap perlu pendidikan, aku tak maksudkan silibus pelajaran sekolah. Apa yang aku maksudkan lebih halus dari tu. Aku bercakap berkenaan moral dan etika.

Jarang aku nampak parents yang tekankan moral dan etika bila didik anak. Pergi sekolah, belajar ilmu yang praktikal berasaskan fakta. Cara membaca, cara menulis, cara mengira, hafal sifir, hafal formula. Ke sekolah agama, belajar ilmu ritual berteraskan Quran dan Sunnah. Cara mengaji, cara menulis jawi, cara ambil wudhu', cara solat, hafaz niat, hafal surah, hafal doa.

Semua itu bagus dan penting untuk modal insan. Tapi mana kurangnya?

Dari kecil, dididik untuk patuh undang-undang, hormat orang tua. Dan diajar untuk kejar sistem ganjaran dan jauhi hukuman. Atau dalam kata lain, cari pahala, jangan buat dosa. Reward/punishment system.

Dah solat belum? Lambat solat, pahala kurang. Puasa tak? Tak puasa, berdosa. Pakai tudung tak? Tak pakai, masuk neraka.

Adakah ini moral? Adakah ini etika? Tak. Kalau tak ada ganjaran, manusia tanpa moral takkan buat walaupun itu perkara baik even if he's able to. Kalau tak ditakutkan dengan hukuman, dosa dan neraka, semuanya akan jadi halal. Walaupun tau Tuhan nampak dan tau ianya salah, tapi tak apa, parents tak nampak, cikgu tak nampak, ustaz tak nampak, polis tak ada, cctv tak ada, semuanya jadi halal. Reward & punishment mentality.

Apa itu moral dan etika? Manusia jenis macamana yang boleh dianggap bermoral dan beretika? Sepatutnya kau tau tapi tak apa, aku tolong ingatkan: Mereka yang tahu membezakan antara perkara benar & salah & sedar wujudnya grey area antara kedua-duanya dan memilih untuk berbuat baik dan mengelak dari perkara yang salah tanpa dipengaruhi undang-undang atau sebarang hukum hakam dan lebih penting lagi, tanpa dipengaruhi oleh apa-apa ganjaran (duit, pengaruh, populariti, pahala etc.).

Nak contoh ke?

Duduk dalam hutan sorang diri (jangan tanya kenapa, itu tak penting, ini cuma contoh), jauh dari manusia dan tamadun manusia, tapi masih lagi jaga kebersihan, tak membazir, tak kencing merata, tolong selamatkan anak kucing yang patah kaki dalam longkang besar tepi paya walaupun kalau biar je dia mati, bukan orang tau pun. Pendek kata, tau yang mana betul dan yang mana salah (dan menyedari adanya grey area) dan lakukan tindakan yang sewajarnya sebaik yang mampu, itu maksud bermoral dan beretika. Macam pengakap. Atau macam cerita Wall-E, contohnya (walaupun Wall-E robot, bukan manusia, but he's better than most human I know.)

Bukannya lelaki yang takut nak pegang tangan girlfriend sebab brader sebelah jeling-jeling. That's the product of reward/punishment mentality. Manusia yang buat/tak buat sesuatu semata-mata sebab takut. Buat, takut berdosa, tak buat, takut tak dapat pahala. That's shallow and pathetic. Macam tikus yang berlari dalam sangkar sebab nak kejar keju dan kalau tak kejar kena renjatan elektrik. Yang ni dipanggil perumpamaan.

berkata...

Versi TL:DR - aku tak menentang hukum Allah, tapi Islam itu agama yang memaafkan (religion based on mercy and compassion). Fahami & mulakan dengan didikan. Hukuman sebagai alternatif terakhir.

---

Ok, serius.

Kau sebut kes rogol, AIDS dan buang bayi. Dalam ketiga-tiga kes ada mangsa dan ada pemangsanya. Dari apa yang kau tulis, dalam ketiga-tiga kes, kau nak seseorang dihukum. Kau bercakap seolah-olah kau sebagai seorang manusia tak pernah buat silap. Seolah-olah untuk setiap kesalahan (besar atau kecil), keutamaannya ialah hukuman, bukannya kemaafan, bukannya peluang untuk insaf dan taubat. Tiada langsung ruang untuk memahami kenapa ia terjadi.

Bukankah Islam itu agama yang toleran? Bukankah Islam agama yang memaafkan? Bukankah Islam agama yang menyeru manusia kembali ke jalan yang benar?

Untuk setiap manusia yang telah melakukan kesilapan, bukankah perlu ada ruang untuk mereka kembali ke jalan benar? Adakah hukuman boleh mengubah apa-apa kepada mereka yang teraniaya? Bayi yang dibuang boleh hidup kembali selepas ibunya dihukum? Pesakit AIDS boleh disembuhkan melalui hukuman? Wanita dirogol boleh dapat kembali maruah dan harga diri selepas perogol dihukum? Itu cetek, dangkal dan rabun.

Kau keliru. Hukuman ialah jalan terakhir. Untuk manusia yang tanpa belas kasihan walaupun dah diberi belas kasihan. Untuk manusia kejam yang terus kejam walaupun diberikan peluang. Untuk mereka yang telah diberi peluang untuk melalui proses pencerahan tetapi memilih untuk kekal jahil dan kekal jahat. Bukannya untuk digunakan secara pukal tanpa consideration dan belas ihsan. Itu bukan Islam yang aku tahu.

Seperti aku cakap tadi, didik sebelum hukum. Dan langkah utama sebelum mendidik ialah untuk memahami. Kalau kau tak ada masa untuk itu semua, aku rasa tak ada apa lagi untuk aku cakap. Semoga bahagia dalam kejahilan.

Tanpa Nama berkata...

Teraerlah kejahilan dgn komen yg panjang. Suruh org bahagia dalam kejahilan konon. Haih.

Cik Aya berkata...

Aku agree dengan kō. Kita harus mendidik sebelum menghukum. Pendidikan negara kita buat masa ini tidak cukup untuk mendidik masyarakat. Pendidikan negara kita tidak menitikberatkan pendidikan Islam. Sebagaimana sistem pembelajaran dan subjek-subjek di sekolah agama, begitu juga mesti diterapkan di sekolah biasa.

Aku faham maksud Mantot. Tapi Mantot, pendidikan hari ini tidak cukup untuk mendidik masyarakat.

kō tak menentang hudud. Secara ringkasnya kō maksudkan didik dahulu sebelum menghukum. Masyarakat kita tidak boleh dihukum terus atas kejahilan mereka dalam agama. Masih ramai yang jahil agama oleh kerana pendidikan tidak berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Jika hari ini kita terus dihukum, itu sama umpama kita menghukum anak kita tidak solat tapi yang sebenarnya dia tidak tahu cara untuk solat.

Bahkan wahyu pertama diturunkan, ialah membaca. Wahyu pertama bukan hukuman, bukan hukuman ke atas masyarakat jahiliah pada masa itu.

Yes, hukuman can be a form of educating. Tetapi sebelum menghukum, didik dahulu.

Apabila masyarakat sudah diperkenalkan dengan ilmu agama, hukuman boleh dilaksanakan.

Hukuman hudud mesti dilaksanakan. Dengan ilmu agama yang menyeluruh, masyarakat boleh berubah. Justeru itu kita memerlukan pemimpin yang menerapkan agama dalam kehidupan seharian, dalam keluarga, pentadbiran dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

Mane mantot, diam?

Tanpa Nama berkata...

kita ni masih belajar, dan kita akan sentiasa belajar sampai ke liang lahad. oleh itu, kesilapan lebih² lagi dalam berkata-kata harap diberi pencerahan, bukan tohmahan semata.

islam ni agama rasmi negara kita kan? oleh itu apa salahnya kita laksanakan hudud ni. hukuman Allah didunia ni tak berat, kat akhirat sana lagi berat sangat².

siapa yg cakap hukum hudud Allah tu berat, maksudnya dia mesti terlupa tentang ayat² al-Quran yang ada sebut pasal seksaan kat akhirat.

beza masyarakat jahiliyyah dulu, mereka semua tak mengaku Allah tu tuhan. tapi kita yg melayu ni rata² lahir terus Islam.lahir² terus bapak kita azankan kita.betul tak?

oleh itu, aku sokong ckp mantot yg pendidikan melalui hukuman.sbb kita semua ni islam.berbeza dengan masyarakat jahiliyyah dulu yang lahir² kafir dulu.

Najib Bini Rosmah berkata...

Didik dulu sebelum hukum...
Pendidikan dibentuk melalui sistem. Sistem ada pemerintah dan rakyat. Membentuk sistem yang adil dan seterusnya hukum yang adil satu matlamat yang seiring.

Kalau kata mendidik dahulu, bagi tak jahil, tak buang anak - lepas tu baru hukum hudud dijalankan... Bukan macam bermimpi di siang hari ke kenyataan tu di Malaysia @ muka bumi ni?

Sistem pemerintah yang ada tidak menjurus kepada pembentukan ihsan - kita guna pakai sistem pendidikan yang jauh daripada kaedah didikan Rasulullah SAW. Jadi sampai bila nak buat denial statement - HUDUD tak sesuai, tak ikut zaman. Sebenarnya, orang yang bercakap tu pun tak ada fakta.

Nabi 20 tahun je dapat lantikan, tapi hukum Islam bila turun - terus dilaksanakan.. Mamaksia dah umur pencen 55 daa... Judi / Minum Arak / Zina / Fitnah jadi mainan umat Islam je sekarang... Bukan setakat mendidik dan baru laksana, sampai bila-bila pun orang kafir takkan redha hukum Islam di bumi Allah ni. Takkan nak didik semata-mata - nak tengok jantung katak just bagitau jantung dia ada 3 ruang... takyah praktikal wooo... didik dulu...

Tanpa Nama berkata...

mintak Allah jauhkan aku dari pandangan2 zindik dan mulhid dan kufur...apa yang aku nak bagi pandangan ni adalah dari akal aku yang diberi Allah dan sedikit ilmu di dada...

1-Tamadun bermula dengan ilmu dan proses penerimaan ilmu itu berterusan dan tamadun tertegak dengan undang2..kerna tanpa undang2 tamadun akan runtuh..
2.Malaysia bermula dari tamadun melayu lama dan sekitarnya yang ilmu2 telah pon berkembang dan masih berkembang dan terus berkembang..
3.Islam sebagai agama rasmi dari dulu sampai sekarang sebelum merdeka dan selepas merdeka masih agama rasmi..Sultan sebagai mercu penguasa Agama islam
4.rata2 umat islam di malaysia mempunyai basic pengajian agam bermula dari kecil (rumah) sehingga ke sekolah dan masih berterusan..rata2 ramai yang sudah mengetahui hukum berzina,mencuri,minum arak,Rukun Islam Iman dan Ihsan..kerana itu semua perkara2 basic..dan jika tidak berskolah agama pon adat budaya timur kite mengajar kita tentang kesopanan kesusilaan kehormatan dan sebagainya.
5.Allah memberikan AQAL kepada rakyat Malaysia untuk berfikir secara LOGIKA dan semulajadi bahawa zina itu akan meruntuhkan institusi keluarga merosakkan masyarakat dan membawa penyakit..mencuri merompak itu adalah perbuatan yang salah kerana ia satu bentuk penindasan terhadap golongan lemah..minum arak membazir wang dan punca pelbagai penyakit ummah..
6.Tamadun Malaysia bukan satu tamadun yang baru membangun seperti masyarakat Arab Jahiliyah yang perlu kepada pendidikan Aqidah dan Syariah..Tamadun kita sudah subur sejak sebelum kemerdekaan.
6.Alquran itu terpecah kepada 2 bahagian Makki dan Madani..Yang Makki banyak menceritakan tentang Aqidah dan Madaniyah byk menceritakan tentang Syariah..Surah Al-Alaq (Iqra') itu turun di zaman makki (mekah) yang mana penduduk mekah rata2nya jahil dan tidak ada basik2 tauhid dalam diri mereka...tepi rakyat malaysia sudah berpendidikan sejak sebelum kedatangan jepun lagi..
7-Hukum Hudud turun bukan ketika masyarakat sudah rosak dan bobrok..tetapi ketika masyarakat sudah punya Tauhid...jadi..bagaimana cara untuk mentauhidkan rakyat Muslim malaysia..caranya ialah dengan memilih pemimpin yang Tauhid yang boleh membimbing rakyat dengan Islam..baru lah boleh syariat itu dilaksanakan...
8-Bila penukaran pola pemikiran dan tarbiyah rakyat Islam malaysia sudah kepada Tauhid (tukar kerajaan) maka bermula lah era pelaksanaan Hukum Allah...

Pokok pangkal nak laksana hudud kena tukar kerajaan dulu..didik rakyat dengan Tauhid dan Biah Islam dengan Akhlaq yang tinggi disamping merangka enakmen Jinayat Hudud yang kukuh...baru implement Hudud....