Oktober 17, 2012

Food Review : KFC Double Down

Aku baru try KFC Zinger Double Down semalam. Itupun tergerak sebab aku tengok gambar upload member aku berserta caption "ini adalah kali kesepuluh aku makan Double Down!"

Selalunya, kalau kau gi tengok wayang lepas member kau promote kaw-kaw sesuatu cerita, benda tu akan jadi anti-climaxed. Macam cerita Inception...semua orang kata sedap. Tapi kalau kau dengar betul2 apa yang diorang kata best...semua orang akan kata pasal ending dia aje. Apa jadi kat tengah2? Apa benda sebenarnya cerita dia? Semua orang sibuk pasal ending dia aje yang sangat ambiguous.

Dan aku order la Double Down ni satu semalam sebab dah singgah KFC. First impression; tengok kotak, nampak macam kecik aje. Takpelah..tunggu sampai rumah dulu baru bukak.

Sampai rumah, hati tak dapat nak sabar lagi aku pun ambik la Double Down dan keluarkan dari kotak. Ada wrapper...bila angkat...rasa berat. Padu! Expectation aku memang la tak macam dalam gambar promo dia...tapi Double Down yang aku dapat...ak eleh...kecik aje sebenarnya slice daging kat tengah2 tu dan mayonis dia sikit aje letaknya.

Takpela. Aku try gigit. Ngap.

Pernah tengok satu cerita yang semua orang kata best tapi kau tak nampak apa ke-best-an dia? Itulah yang aku rasa bila aku gigit Double Down tu. Mungkin itulah sebenarnya yang tersirat di sebalik nama dia tu...Double Down....dua kali ganda rasa down.

Nak tau macam mana rasa dia? Macam kau makan ayam KFC Hot n Spicy takde tulang. Itu aje. Tapi promo dia seolah-olah mengatakan makanan itu adalah sebijik burger! Ini bukan burger. Ini ayam goreng tepung pedas.

Takde apa yang specialnya mengenai KFC Double Down ni. Bila kau makan burger, apa yang paling best sekali adalah bila kau gigit burger tu, kau dapat rasa semua bahan dia bergaul dalam mulut kau. Roti...cheese...mayonis....daging....sayur....tapi dengan Double Down ni...bila kau gigit...rasa dia cuma ada sejenis aje. Rasa ayam Hot n Spicy.

Tak ada bezanya kau order Snack Plate Hot n Spicy dengan Double Down ni. Sama aje. Kau ambik dua ketul ayam tadi....kau curah coleslaw atas satu ketul ayam..kemudian kau ambik ayam lagi seketul. Kemudian kepitkan kedua-dua ayam tadi...lalu gigit. Itulah Double Down.

Dan apa yang paling menyedihkan adalah memakan Double Down ni adalah satu pertarungan. Kau nak buang sayang..kau nak simpan nanti dia sejuk tak sedap..jadi kau kena habiskan time tu jugak. Proses menghabiskan Double Down ni adalah satu bentuk penyeksaan sebab tidak ada langsung variety yang ada dalam setiap gigitan kau. Agak sedih bila kau kena push diri kau untuk makan.

Dalam banyak2 burger KFC...ada satu aje burger KFC yang aku paling suka. Tapi sampai sekarang tak muncul2 balik. Burger tu nama dia "Thai Pan burger"...ada kat KFC pun masa aku sekolah dulu. Tah berapa bijik aku makan tapi lepas tu dah tak ada. Sedih gak aku. Tapi tak sesedih selepas aku double down lepas makan Double Down.

Positif :

Saiz besar. Daging banyak. Kenyang. Berat. Padu. Baling anjing, anjing pengsan.

Negatif :

Daging rasa macam Hot n Spicy (aku tak suka tepung dia). Memerlukan kesabaran untuk menghabiskannya. Rasa yang sangat2 plain membuatkan aku loya lepas makan sebab aku kena paksa diri habiskan jugak. Aku rasa..kalau kau tak suka Zinger...kau tak suka Double Down. Aku lagi prefer Colonel Burger.

Rating - 3/10

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcmna bro blh ingat tu burger?sy tgk kt iklan tu sekali je dh tau.hehehe. kfc skrg ni menu makin mengarut.nutrion x balance langsung.dh la iklan murahan.jd xlalu nk mkn

-wan-

Tanpa Nama berkata...

lupe nk bgtau.time sekolah dl saya plg suke deli burger.kecik tp sdp n murah.singgit seposen je. taipan xpenah plk dgr.skrg nk dpt burger singgit tepi jln pn dlm mimpi je la

-wan-

cik siti fairuz berkata...

What? Ko pn suke colonel burger?? Aaahhh ingat aku sorg je suke...aku bole abis 2biji terus (sbb kecik)
Ko bertarung susah nk mkn ddown, mmg agak manja bunyinyer...sbb kalau aku, rezeki kt tgn susah aku nk kondem ;-)

Ahmad Arba'in Ali berkata...

haahahahahahahahahaah. sial lah. klaka sial. ak x tau patut ke rs klakar cmni. hahaahahaha

Tanpa Nama berkata...

Tapi tak sesedih selepas aku double down lepas makan Double Down.

hehehe

Tanpa Nama berkata...

ada hikmahnya aku xdpt g mkn double down smlm. terima kasih atas entry anda ini. "baling kt anjing, anjing pun pengsan"...ayat menusuk jiwa, hahaha

Prince of Noob berkata...

baru makan tadi. burger mcd jauh lagi sedap dari double down. kalau zinger dia letak

roti
ayam
roti

patut untuk double down ni dia letak

ayam
roti
ayam

baru betul, ni bila takde roti rasa macam muak gila.

ck slmh berkata...

nugget kfc jugak yg sedap.
the best!

AkuBukanLelaki berkata...

mekdi dihatiku
awwwwwwwwww

Unknown berkata...

ok.konfem pasni tak makan

Tanpa Nama berkata...

lain gila dengan yg Hanis zalikha iklankan. tapi lps bc review nie terus mcm nak g beli dan rasa, lepas tu baru la tau apa yg mantot ckp ni betul ke tak? ke sbb citarasa mantot ngan hanis zalikha tak sama

Syuhada berkata...

Hanis Zalikha tu memang dah disuruh jadi promoter diorang. Tu pasal la dia cakap sedap.

Aku pun tak suka Double Down. Aku rasa tertipu.

Tanpa Nama berkata...

nak ayam g kfc, nak berger g mcD

Adibah Baharum berkata...

rasa rugi je makan double down tu. Mahal. Bak kate ko, bek beli snack plate tambah je extra cheese. hahaha konfem kenyang. keh8

Amilah Muhammad berkata...

tanpa syak lagi, review ni bukanlah ditaja!

Aieda Adnan berkata...

kfc xde idea da kot tu..kehkeh

Unknown berkata...

sapa ingat Waikiki Burger dari KFC....yang tuh full blast lah weh, siap ada nenas lagi....sekarang dah pupus...

plain83 berkata...

la apsal lak baling anjing mati? baling anjing dia ngap la...aiseh LoL XD

Waikiki burger? Lama dah tak dengar nama tu ^^

Samurai burger mcd paling sedap bagi aku buat masa ni ^^

Tanpa Nama berkata...

beef bege adalah lg sedap dr samurai bege..

Tanpa Nama berkata...

masing2 ada cita rasa sniri.tapi bg sy serius sedap...suka gila ngan double down nie..kenyang kot. nak kata mahai x jgk logik la 2 ktol ayam ada slice ayam tgh2 2, campo mayo n cheese...nak murah mcm mn lg. sapa yg blom pnah try, jgn judge dlu..p try mkn tgk..then bru komen k..^^

alien berkata...

rasa berminyak..
xde variety dilidah..
muak!

Tanpa Nama berkata...

seriously aku tertipu sebab aku baca blog hanis zalikha tula..hahaha..bodohnya la aku pegi beli burger tu..ayam goreng dengan cheese memang tak masuk langsung! pheww azab gile nak habiskan muak doh. mcm mane la hanis zalikha boleh makan smpai berkali-kali. nampak sangat la nipunyew

HAAKKTTUUUII berkata...

anon atas, kalau da mmg hanis zalikha tu suke burger ni knp plak nipunyerr?? Ape ko ingat taste org glamer ni sume bagus sangat ke?? HAKKKTUUUIII