Oktober 22, 2012

10 Perkara Mengenai Final Piala Malaysia 2012

1. Entah kenapa...semua negeri yang penyokong dia hardcore bolasepak tempatan adalah negeri di mana PAS memerintah atau berpengaruh besar. Kedah,Kelantan,Terengganu

2. Kesian aku tengok keeper ATM...dengan bola bouncing merata2 atas padang yang tak rata. Memang senang nak salahkan keeper macam commentator buat...cuba kita suruh commentator jadi keeper.

3. Keadaan padang tu membuatkan bola sepak kita nampak sangat2 amatur.

4. Zaq One? Hai-O? Ejai? Ni player bolasepak professional atau player bolasepak yang tengah main peringat zon pakai nama kat jersi camtu? Apa kejadahnya? Apa kerja FAM sebenarnya kalau benda2 camtu pun takde guideline?

5. Masya Allah jersi Kelantan. Sampai satu masa nanti, nak letak logo persatuan pun tak cukup sebab jersi dah penuh dengan sponsor.

6. Lakonan terbaik malam itu, Norshahrul Idlan Talaha kena siku...meraung2. 4 orang datang usung stretcher bawak dia keluar. Sampai kat track, bangun sengih puas hati. Mungkin balasan untuk orang yang menyiku.

7. Walaupun aku tak berapa setuju tapi aku kagum dengan kawan wife aku yang bawak anak dia umur 7 bulan gi stadium satu family, sebab tak ada pengasuh. Agak gila tapi kagum.

8. Khairul Fahmi.....walaupun aku menyampah dengan exposure yang dia dan orang keliling dia dapat (ramai benar selebriti segera wujud lepas ada skandal dengan Khairul Fahmi) tapi malam final tu..dia memang perform. Blog-blog gosip pasti gembira.

9.  Menonton di rumah dengan mendengar commentator Dez Corkhill dan Abbas Saad membuatkan anda rasa teruja....mendengar commentator berbahasa Melayu membuatkan anda rasa nak tekan butang mute.

10. Dalam era tahun 2000...final tahun 2012 adalah final terbaik setakat ni daripada segi kualiti permainan dan kerancakan game.Gol Indera Putra world class.


19 ulasan:

Cik Siti Fairuz berkata...

profesional ethics diperlukan:
4. Zaq-One, Hai-O, mcm nickname zaman aku sekolah rendah. ~ct.fai-ruzz.
5. jersi meriah dr mee-segera hingga ubat-pemecah-angin semua pakat sponsor.
7. aku tak kagum langsung, ape kejadah kau usung baby 7 bulan kt stadium sesak tu?? aku yg selalu gi stadium hoki pn tak teringin nk angkut budak sekali..agak2 la woi. Da tau ada anak kecik biar laki je kuar, yg selebih duk umah jg baby.
9. ya btol sila tekan mute.

Unknown berkata...

apa2 pun the red warriors mmg power..

Kak Mah berkata...

dengan gelagat yang tidak dijangka oleh penyokong bolasepak kita dewasa ini, tak sepatutnya ko biarkan bini ko bawak sekali baby tu.
1. pencemaran bunyi diatas 80db
2. potensi nak kena tempias mercun

tak kena tak apa, kalau dah kena satu sen pun tak guna.

Tanpa Nama berkata...

kawan wife mantot ler yg bw ...bukan Mtot..

berkata...

1. Kurang tepat. Sebenarnya semua negeri pun ada penyokong hardcore. Bagi aku, penyokong Perak, Negeri Sembilan & Selangor lagi hardcore dari tiga negeri yang kau sebutkan. Tapi kalau kau nak cakap kuasa besar baru bola sepak tempatan ialah tiga negeri yang PAS kuat pengaruhnya, mungkin aku setuju. Kenapa jadi macam tu? Sebab walaupun pemimpin PAS buta bola (sama macam pemimpin UMNO jugak), tapi diorang tak ada nak menyibuk tolong rosakkan sukan macam kebanyakan pemimpin UMNO yang bodoh sombong. Itu fakta.

2. Memang senang nak salahkan padang macam kau buat...cuba kita suruh kau jadi padang.

3. Bola sepak kita memang amatur pun. Tak layak main padang cantik. Elok main tepi pantai je sebab passingnya asyik ke laut jugak.

4. Pele, Zico, Bebeto, Ronaldinho, Dida, Kaka, Garrincha. Soalan: cuba teka yang mana guna nama penuh dan yang mana guna nickname (nama timangan, nama manja, nama baby baby) sebagai nama professional kat jersi diorang? Tak professional la kalau tak guna nama sebenar kan?

5. Jelly bro?

6. Dalam sukan bolasepak moden, lakonan dan persembahan adalah sebahagian dari taktik yang digunakan untuk menang. Kalau dulu orang menari lepas jaringkan gol je, akan datang tengah menggelecek pun diorang akan menari. Diversion tactic. Peduli ah fair play, janji menang. Aku tak setuju, tapi itu arah tuju bola sepak. Bukan lagi sukan, tapi sekadar hiburan. Macam WWE.

7. Aku setuju kawan wife kau gila tapi kegilaan ni selalunya diwarisi. Kesian anak dia.

8. Itu orang putih panggil to put your money where your mouth is. Dia show-off tapi dia boleh back it up. Bukan macam orang lain (Sharbinee, contohnya).

9. Itu dinamakan anglophile dan mungkin sedikit xenocentric.Tapi tak guna jadi patriotik membabi buta untuk back up sub par performance. Juruhebah kita, kualitinya sama macam sukannya dan padangnya jugak. Amatur. (Tapi aku suka Shauki Kahar. Aku rasa dia best.)

10. Bagusla kalau kau rasa macam tu.

Irfa berkata...

rumah dah siap,tukul masih berbunyi..
ni la contohnya ;)

Ahmad Arba'in Ali berkata...

Nama blog pun dah cursing malay. ape hal nak bising2.
haih.
penulis menepati tema blognya.
that's great. :)

Sood&Lamlie berkata...

Kalaulah nak guna pemahaman 'rumah dah siap, tukul masih berbunyi' mcm kat atas tu...
Mohon jangan guna buku sejarah. Tu lagi power. Rumah dah siap, dah roboh menyembah bumi pun. Tapi tukul tak habis2 bertukang lagi.

Tanpa Nama berkata...

paling dekat dgn pdg. bukan org fam ataupun astro. aku tak amik port. nk jahanam sukan bola sepak pun takpe..aku sokong bola malaysia kalau ada pemain tempatan yg ala2 ronaldinho,misi mustahil kan FAM? sebab depa tak suka pegi tgk budak2 main bola kat tepi2 jalan kotor..kat situ bakat ronaldinho dikesan..ada seorang pemain mirip ronaldo brazil (jiran aku)..syg, bila injured kena bedah, satu cikgu pun tak nak tlg..last2 dia amik sains sukan dan jadi polis.

Tanpa Nama berkata...

5. Tu tandanya pengurusan KAFA pandai cari penaja. Byk penaja, besarlah kantung wang. Tak mcm sesetengah pasukan yg jersinya kosong. Hanya ada logo pasukan dan jenama jersi.

M berkata...

tak tahu kenapa
tp tergelak baca semua respon2 yg berbnyi melenting dari komentor2 disini

peace

:P

Prince of Noob berkata...

tapi gol indera putra tu seriously mmg sangat hebat. nak mengalir air mata aku player malaysia boleh buat gol macam tu, plus dengan hantaran yang sangat cantik kepadanya dari tengah padang. harap2 bila pasukan malaysia main dengan team negara lain dapat terbitkan juga gol2 yg menarik mcm tu...

Tanpa Nama berkata...

ape masalah klu letak name jersi Zaq One? Hai-O? Ejai? pg klab2 eropah? pemain MU chicarito nme sbna die ape? kaka? ronaldinho? bodo noob!

Tanpa Nama berkata...

ni mesti player yg tulis name budak skola yg mrh2 ats ni. kekekekek. butthurt detected.

kueh bakar berkata...


negeri yang penyokong best :

kelantan, terengganu, perak, kedah,selangor, kuala lumpur, dan johor.

negeri penyokong tak best :
pahang, n.9, melaka, penang, perlis.

sabah dan sarawak susah mahu kira.

my dream final kelantan vs johor..tgk stadium pecah ker tak..

-ygmenyokongTrg.ha ha ha-

Tanpa Nama berkata...

attitude main bola malaysia kena upgade skit nampak gayanye terutama bila time nak habis masa tu...setiap player kena praktis control bola sampai tamat mcm spain or baca or MU or arsenal o mana2x tema pro..bukan dok asyik injured je sbb bila asyik berlakon injured time last2x minute ni boleh makan diri balil

Tanpa Nama berkata...

yg bab commentator BM tu aku setuju.. tp bab player pakai nick name tu aku rase ko ni mcm x pernah tgk bola je..chicharito, pele, zico, kaka, tu semua pakai name manje diorang..name penuh diorang mmg lain terus kot..mohon study pasal tu lg ye..

shida idris berkata...

aku nak komen 3 je

5) penaja sangat perlu, sbb nak dapat duit untuk menjana kelab, bagi aku lagi banyak penaja, lagi terer team tu

6)aku x setuju sebab mat yo kena siku kat muka je, so x der masalah dia nak jalan pun. in fact, standard la drama dalam bola

10) yang ni aku setuju gila sebab sampai sekarang, aku dok tengok ulang tayang kat arena banyak kali, x boring...kahkah

Tanpa Nama berkata...

pasal nama jersi tu tak nampak budak2 ke ? zaq one . Hai-o . Gila lah . Ronaldinho dan laen2 sekurangnya nama market . ada dia guna ronal-doe ? Ka 2 ? Zick_ko ? Pe-le ? Tak kan ? Maksudnya pengunaan nama yg nampak tak matang disitu .