November 22, 2010

Tips-Tips Untuk Bangkit Semula Selepas Frust Yang Tidak Diiktiraf

Aku tak pernah frust masa bercinta,tapi aku byk kali kena rejek.Adalah dalam 3-4 kali.Pada aku byk la tu kot.Jadi,sebab ada orang tanya,camne nak mengubat hati frust bercinta,aku tak reti nak tulis mcm mana tapi aku tulis aje la secara generalnya mcm mana nak recover hati daripada perasaan frust.

1. Jangan biarkan diri anda berseorangan
Bila anda berseorangan,anda akan mudah terkenang kembali benda2 yang pernah berlaku

2. Buat sesuatu yang mengisi masa anda
Kritikal sewaktu sedang frust  adalah memastikan anda mempunyai sesuatu yang mampu mengisi masa anda.Tengok TV,tengok movie,kumpul setem dan sebagainya.

3. Fokus kepada kerja/study
Ini adalah salah satu cara yang paling banyak dipraktikkan ramai.Fokuskan kepada kemajuan kerja anda.Jika sebelum ini anda tidak gila pangkat atau kuasa,jadikan diri anda gilakan kuasa.Stayback dekat ofis.Masuk pilihanraya kampus.

4. Ubah cara hidup
Selepas bercinta dalam satu tempoh yang agak panjang,ada kemungkinan timeline hidup anda dah terbentuk rutin dia.Kalau selalunya pukul 11 malam anda telefon awek/boifren anda,apa kata tiap2 pukul 11 malam anda pegi merempit.

5. Sorok semua benda yang menggamit memori
Ada gambar dalam wallet?Dekat dinding?Dekat pintu?Dalam bilik air?Cabut semua,sorok.Ada nota2 cinta atau log chat dekat Facebook?Copy masuk notepad,sorok.

6. Un-Friend Dia Daripada Facebook
Susah nak melupakan seseorang bila tiap2 hari anda akan terbaca status update dia,jadi,buang dia drpd friend list anda.Add balik dia sebagai friend bila anda dah dapat boifren atau gelfren untuk menunjuk-nunjuk.

7. Ubah Identiti Lelaki/Wanita Idaman Anda
Jika sebelum ini anda mencari lelaki ala-ala Remy Ishak atau wanita macam Nora Danish,mungkin tiba waktunya anda menurunkan benchmark anda atau mungkin juga anda perlu sedar diri yang anda tidaklah sehebat mana seperti yang anda jangkakan.

8. Kurangkan membaca/tengok cerita cinta
Pegi tengok kedai buku,ada berapa ribu judul buku cinta.Masyarakat kita sangat2 menyukai benda mcm tu.Jika anda salah seorang daripada mereka yang suka dibuai mimpi itu,hentikan.

9. Dekatkan diri dengan keluarga dan Tuhan
Aku rasa aku tak perlu explain benda ni.

10 . Tengok "How I Met Your Mother"
Tengok lah sitcom tu.Ingat senang ke nak dapat isteri?Tak semestinya kekasih first anda adalah si dia walaupun dia terbaik untuk anda.

11. Ingat ayat ni,Tuhan Dah Tetapkan Jodoh Kita
Ingat dan yakin.

52 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cari rebound LOL

Tanpa Nama berkata...

suke yg no 10! berkesan dowww...~~~

ceksumolek's berkata...

nice one laa..

ceksumolek's berkata...

nice one laa..

Marie-Anne Bennett berkata...

Sangat setuju dengan point ke-10! Sitkom itu best!

Apapun, terima kasih kerana menyediakan tips yang berguna ini. Serius.

aitotyati berkata...

paling tak boleh blah, "kumpul setem"


hihihihiihih

ika~~ berkata...

waaaaah..
thx for the advice
berkesan nih

miya berkata...

suka ngan no 5 & 6. hahaha... no. 10 blum pernah tengok lagi..

entri baru:
lagi 2,002 janin ditemui di Thailand
mesin pencetak duit di sini

ejaMaria berkata...

set dalam mind - buat ape nak berduka lara... dia tengah bersukaria berpoya-poya... ah... aku juga harus enjoy life ;p

Tanpa Nama berkata...

buat apa nak frust, pegi merempit lagi bagus, cepat mati di jalan yang lurus. lebih2 lagi kat highway yang belum dibukak..

Munn Jaafar berkata...

slalu tgk yg no 10 sblm ni..skdr suke dorg pny joke.tp mggu lps bru putus ngan bf sbb mak die suh btunang ngn org lain slps 3 taun hbgn kitorg..sedih xhengat pastu tkenang2 sitkom 2...ermm alahai~

Mermaid Ungu berkata...

ko ni perli aku ke hape? uwaaaaaaaa :-(

10minute coffeebreak berkata...

"Tak semestinya kekasih first anda adalah si dia walaupun dia terbaik untuk anda" ... waaa..waaa

setuju! even dia bkn kekasih aku pun, 10 tahun lebeh tunggu tau ..hampa :(

rejek aku byk kali..buduh kn tunggu dia? ni tengah bersihkn hati dari memori lama, try bukak hati tuk org lain plak.. selamat mencuba

AWI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AWI berkata...

Utk aku,bile terigt org yg buat aku frust,aku cari keburukkan die lepastu maki-maki dlm hati.Fikir yang bukan2 smpi benci. Buat banyak kali.

Yana berkata...

aku suggest. mind set. First, kalau dia curang/telah main dengan perempuan. Kau ingat ni, 'dia dah buat dosa. dosa dengan ALLAH. kau masih selamat' OK! then, after kau break, tau lah, ALLAH maybe nak tunjuk something, and dia tak cukup sesuai dengan kau. What u can do is, improve yourself. dalam any segi pun, sebab ALLAH dah kate, dalam surah An-nur, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. haaa. jangan lawan bende tu. kalau kau rase ex kau jahat. kau dah break dengan dia, itu petanda baik, now what u can do, doa and improve yaself, insyaALLAH, dapat yang selari dengan kau.

Lagi, kau boleh delete semua msg or anything about him/her. make it slow, sebab kau tak boleh nak lupe terus, do it slowly. sebab bile break mengejut, aku tau kau rindu dia and masih sayang jugak. xpe, mula2 kau sorok gambar. then bile terpikir, kau buang or bakar. kalau msg or gambar, kau delete. barang2 bagi kat org. it works. finally, cube berhenti stalk dia, jangan ambik kisah apa2 pun.

Then, ingat kat ALLAH, banyak2. insyaALLAH, dia bantu. :))

Tanpa Nama berkata...

sgt susah utk melupakan bekas Bf/GF walaupn byk myakitkan ati..

bak kata org tempat jatuh lagikan di kenang inikan pulak tempat bermanja..cewah..

anyway tq mantot akan dipraktikkan tips di atas(but xmgkn wat yg gi merempit 2)..=)

mis izza

Nerzhul berkata...

love hurts! :\

rekbing berkata...

y last 2 patut letak no1 :)

Unknown berkata...

sume tips kt ats neh aku dh wat.skg tgk name ex aku pn,aku dh muallll..silap bsr la die ptskn aku dlu.hahaha

Tanpa Nama berkata...

ni versi aku:dulu masa aku kat kampus,exbyfren aku buat diploma,aku buat degree.so bila dh grad.aku kerja dulu,aku support dia samb.degree at the same time dia ada awek lain and tup2 dia kawin dulu drp aku,bygkan dia kawin tak ckp ngan aku. aku tabahkan ati beserah pada Allah.skrg aku dah anak 3,hubby lebih baik drp dia.dah almost 8 tahun dia kawin tp takde anak,dia kata mungkin balasan Allah pada dia sebb buat kat aku mcm tu dulu.Wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

kdg2 baca komen2 org lg best dari baca blog org. mcm2 cerita boleh keluar.

btw, saya suka post ini. yeah!

PELiK berkata...

setiap kali aku break, aku akan carik cerita komedi x kira la Melayu ke International pastu tengok sampai pengsan.perasaan sedih memula tengok tu akan berubah bila kita mula senyum :)

eszol raar berkata...

no 4 n 10 terbaeeek

Abe Long berkata...

paling cepat....
apa kata terus cari aweq baru
hahahahahaha

kasih syg kat die...ang tukaq kepada owang len ja....

hahahahaha

60minute lunchbreak berkata...

ubat frust aku:

aku tak kan sumpah2 dia (sbb aku pernah sayang dia) cuma selalu imagine dia dapat pasangan yg lebih sempurna dr aku... camni baru aku tenang *muka tekup bantal* auwww

Kalo dia hidup ngan aku pun, TAKDE apa yg boleh aku offer.. takut aku sia2 kan dia plak... kahkah

45minute teabreak berkata...

time aku putus dulu, aku suka ubah diri aku menjadi lebih bagus tak kira la dari segi ape pun..
carik kawan ramai2, biar je ingt aku heran sgt klo die takde pon..
biar die menyesal sbb tinggalkan aku..

tak guna punya jantan!!~
hak2..

Tanpa Nama berkata...

45minute, ko crk kwn banyak2 pun.. btol ke hati terubat?? kalo menjadi, aku pun stat nak kuar ngan ramai2 kawan la :)

bab, mjadi lebih bagus segala segi tu, aku rasa aku pun hebat gak! ahaks

cume duit saving je xde nk bwk anak org kuar dating, nk meminang lagi la :(

sherliza berkata...

aku pun sama ngan mantot, sejarahnya...aku tak penah direjek tapi x bf aku yg terakhir rejek aku. gila bangang!

skang dah kawin, tgk gambar...sejuta kali lawa aku lah lagik. anyway life goes on...next thing i received from him... "there's a lot of things remind me of u, i miss u".

so...revenge is always the sweetest things in life. serius!

-suaka-

Besi Karat berkata...

aku nak tunggu komen dari 1hour dinnerbreak lak!
hahaha

The Sharkox berkata...

Aku takde tips pasal aku tak pernah rasa lagi..boleh gitu? HIHOHOHO

karatz berkata...

no 10 tu aku mmg sokong.aku tgh cari season 6..

DaNny sAn berkata...

aku mcm ko gak, kena rejek..kena main..kena tipu..dpt alasan x kukuh+klaka g tu..byk tips yg ko bg tu de persoalan tersendiri..tips
plg baik bg aku yg last skali tu..

hidup yg sukar di rungkaikan dgn kata2..

the artist and i berkata...

kalau tak kawai, boleh lead ke depression.

N@d0x $i k0d0x berkata...

tot...tenkiu..... =') terharu aku ko wat gak entry pasal ni.....aku susah nak lupe sbb die seolah2 perfect untuk aku dari segala segi cume dalam 3 tahun ni baru skali die terkantoi mcmni....tu yang aku tak leh terime...
betul tu...rutin hidup aku snetiase ade die...walau aku belajar jauh dari die tapi tiap kali balik umah die akan ambek aku....susah,perit, pedih nk lupekan...aku terasa lagi2 bile kwn2 aku semua ada bf n bile dorg sebuk ngn bf aku still sorg2....ape2 pun thnx a lot tot...aku cube ekot semua tips ko...

Marhaen Kacak berkata...

sungguh berkesan sekali...tapi aku tak pernah tekel orang dan bercinta...hahaha...maybe aku simpan untuk pedoman di hari muka..:P

Ada Persoalan Tentang Masalah Berkenaan Mata dan Penglihatan? Anda Bertanya, Optometrist Menjawab

PutraRocker berkata...

SOLEHkan diri insyaAllah yang SOLEHAH menanti..!!!

Ayyman Rahim berkata...

Fokus kepada kerja dan study tu selalu mengena! :)

Unknown berkata...

yg nombor 7 tu terbaik!!!!!!

Sood&Lamlie berkata...

aku rasa kisah chenta ni memang xleh lupa kecuali kepala korg terhantuk besi, lantai simen or apa2 yg seangkatan dengannya...sebab babit perasaan dowh.
kalau one night stand maybe senang nak lupa. heh.
tapi yg last tu memang aku pegang betul2.
Kalau kita yakin dengan yg last tu, frust tu mungkin tak wujud pun. maybe terasa sikit la, tapi we get on, move on. life goes on.
aku living proof. bercinta sampai 5thn, kalau dh bkn jodoh...bukan jugak.

Tanpa Nama berkata...

wahhh, ramai lak yg wat luahan ati kat cni..cehhh... get a life man!

aku setuju ngan sherliza, 3 cheers for the sweet revenge!

-wizurai malaya-

5h!n0 berkata...

haha...nice..lebey kurang mcm method aku gak...sitcom "how i met ur mather" the best..
nice post mantot..to help people n set their mind free..
peace..salam

amar haziq berkata...

aku tak pernah frust dalam bercinta
sebab aku malu nak tackle perempuan
tapi ntah macam mana
ada sorang perempuan suka kat aku
1st love aku lah kiranya
dan sampai sekarang masih bercinta

=>

http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

Farah berkata...

Salam, I'm just a new follower of your blog. Banyak baca entri archives beberapa hari ni. But this post is simply the best. Tak berkenaan dgn saya pun, tapi very enjoyable. ;)

Farah berkata...

Oh, my favourites are no. 3 & no. 8 btw. Hoyeee.. Gila kuasa & enough of those unrealistic chenta novels. XD

Tanpa Nama berkata...

Masyarakat kita sangat2 menyukai benda mcm tu. <--- 'mcm'??
heh heh heh...

200km/j

faiz berkata...

alo2..aku nak tanyer pendapat la sape2..kalau bf/gf korang la, msg wall kat fb member lame diorang,member dier ni cam dulu2 main2 cinta la dulu ngan bf/gf korang..tapi tak seryes la..tak declare ke ape pun..just main2 camtu.then bf/gf korang msg wall kat fb atau status member lame tu, dan kuar laa joke2 lame pasal bende2 yg time korang main2 cinta tu..kalau korang la, korang raser bf/gf korang tu flirt ke aper??curang ker camtu??adoi..aku cerita ni, sbb bende ni berlaku kat aku..aku dah buntu ahh..aku mmg takleh nak terima ahh reason tu sbb break up..cam tak logik .. seryes tekanan gile camni...sbb bende kecik tu nk jadi besar...please sape2 kasi advice kat aku...aku tak tau nk wat ape..seryes sedey giler...

45minute teabreak berkata...

anon, ko terai la buat..gerenti okey dalam masa sebulan..hak2..hidup mmg asyik teringat die klo sorg2..get a life bebeh!! dunia ni luas..bukannye tertumpu di sekitar kt je..terai get out of circle yg lama tu..mesti ko baru nampak hidup pada sisi yg lain..cewahh!!~
satu lagi, cari hobi baru..contoh, suka flirt..hahaha

faiz, aku tlg bagi pendapat,ko takyah tensen2..pmpuan tu maknenye die tak pcaya kt ko la klo camtu..or mungkin tak sayang ko sepenuh hati, sbb tu senang2 je nk break up utk mende yg kecik2..ye tak? klo dah terus terang, tp die masih nk pegi jugak, biarkan..klo die jodoh ko, nnt mesti die dtg balik..senang kan?
moral of the story, jauhi facebook..ia membahayakan hubungan anda..hahaha

milo boyd berkata...

aku sokong no 10.

now tgh layan house plak..lonesome is awesome.

joe berkata...

kalau da dia nak tinggalkan redha je la, bukan jodoh, teruskan kehidupan anda cam bese dan jgn lupe bg tau mak ayah sedara mara yg anda kembali single, pasti selepas itu banyak offer yg datang, cubalah

tariqz berkata...

aku frust kene tipu dn MLM.. cmne bro.. ade tips x? huhu. bnyak jugak kot.. tmbah sket lg leh wat hantaran kawen..

3173 berkata...

How I Met Your Mother~ Terbaik! haha..been there done it!