November 04, 2010

20 Haribulan 10 Pada 20:10 Tahun 2010 Melaka Maju!


Yes.Aku pegi Melaka hari tu,23 hb Oktober 2010, 3 hari lepas Melaka jadi negeri maju.

Ni lah rupanya keadaan Melaka pada hari tu.Penuh dengan robot.Ni baru 3 hari jadi negeri maju.Cuba bayangkan setahun! Aku jeles!

Aku jeles gila Kedah tak maju!
Kedah penuh dengan sawah aje!Tambak lah sawah tu,buatla bangunan tinggi-tinggi!Sampai bila nak maju kalau orang Melayu Kedah asyik nak bersawah aje?Baik jual tanah kat kerajaan kemudian kerajaan jual pulak kepada golongan-golongan yang mampu untuk dinaikkan kawasan perindustrian.Orang Melayu gi duduk kawasan kampung dah la.

Barulah maju.Ada kelas!
Banyak pub,disko,hub hiburan.Kalau tak macam mana nak tarik pelancong luar datang.Mana ada pelancong datang nak tengok sawah?Semua nak berdansa dengan gadis tempatan!Baru maju!

Mari kita lihat lepas ni,siapa yang maju,pemimpin atau rakyat yang makin senang hidupnya.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haha....terbaik la lu mantot. Ni diorang pinjam robat transformer ni.

dizu d. berkata...

salam.peace.

biarlah xberapa maju asal berkat dan diredhoi allah. :)

mista7 berkata...

cess..malu giler aku jd org mlk. Pak ketam menipu rakyat. Berbodong2 rakyat melaka dipaksa kuar menyambut melaka maju. Ishtihar mcm nk rak..sekali kantoi x pnh dpt pengiktirafan. Cpt pulak si ketam ni alih perhatian ugkit psl umno kapir. Hakikatnya byk pasaraya dh membunuh peniaga melayu..sian diroang skang ni keja kilang.

AiTotYati berkata...

Ai juga merasa tertipu.

betul sian peniaga melayu gulung tikar sbb byk sangat hypermarket -_-"

Lann Shaukani berkata...

Bang Mantot, gua org Melaka.

Kalau ada bangunan tinggi-tinggi, robot-robot, itu semua bukan sebab orang melaka sendiri nak majukan negeri sendiri. ni semua sebab ada hidden income came from that projek. Semua org tau, apa projek2 kerajaan negeri semuanya kena mintak endorsement from the CM. Endorsement, mestilah disusuli dengan komisen kpd CM.

Poket CM yg maju. Bukan rakyat. Pfft.

shahrin yusof berkata...

peghhh lann shaukani

Amru berkata...

Sungguh indah sarkastik tuan hamba!

mista7 berkata...

dgr2 la..mana2 projek perumahan nk buat, 1 rumah msti kasi kat pak ketam

Nerzhul berkata...

lebih pentingkan pelancong luar dari rakyat sendiri..

Khairi berkata...

aku ada hajat nak isytihar kampung aku jadi negeri maju gak. buat pintu gerbang besar2, letak kat lorong masuk sebelah kedai pak AKir.

Kalau pak Akir cuba tambat kambing dia kat situ aku akan sepak dia dan kambing dia sekali.

Orang kata, nak claim negeri maju ada specs dia, cth pendapatan perkapita dan GDP. AKu kira robot yg mantot tunjuk tu dah refleks prasarana canggih tahap Megatron punya kat melaka.

Kat kg aku pun dah canggih, diorang dah reti pakai blender.

Anwar berkata...

Kalau kedah tu penuh dengan kelab malam, dan pub seerti yang kau cakap d atas akan menyebabkan manusia lupa akan agama. Sekaligus terdedah dengan maksiat. Jadi, jangan heran kalau satu hari nanti Malaysia ni Tsunami.

jhzh. berkata...

sangat sarcastic!

aku pun tengah tunggu bila kedah nak maju. sana sini slogan 'kedah maju 2010', ni nak masuk 2011, apa pun xda.
tup tup melaka yg maju.

baidewei, malaysia tak layak jadi negara islam. disko, kelab dangdut bersepah. tu tak tengok lagi rakyat2 jelata yg beragama islam. malu!

azmie berkata...

kau tak terserempak ngan ultraman & pulis angkasa gaban?

miya berkata...

kata mereka lah maju... mereka2 ja yg semakin maju. rakyat jelata nganga tekial2 tengok apa kemajuannya.. dari dulu sampai skrg harga barang ja yg makin mahal. Ciss!!

entri terbaru:
Fasha Sanda gedik
Ganesh patahkan kerusi dalam kelas

old mcdonald berkata...

"Dan perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian (yang lain). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya," [17:21]

ielachocolicious berkata...

biarlah kedah dengan sawah2 tu.. ade gak sumber makanan rakyat malaysia..

rudy berkata...

kedah ada apa? dah tenggelam dah!

e©À™ i$ ÀkU (=,=) berkata...

erm...pada pendapat ak la.. akceli..x buleh na salah an spa2??
spe suh malay g rempit?lepak sana cni??
cmne x maju.. den ble bangsa len achieve sumthin.. kte lak kutuk2 gov la pape.. padahal da byk advantages kte da dpt.. bangsa len ad kew?? as a conclusion..cermin2 lah dri anda..(xya na slh an spa2..)

ZaCKiR berkata...

maju dlmn lg bgs

Tanpa Nama berkata...

tu la pasal. aku yang dok kedah ni tpikir gk nk ada robot mcm tu. wakakaka. baik keliling aku sawah bendang dari bangunan tinggi2.