November 09, 2010

The Flight of The Middle Man : Lintah Darat Melayu atau Drakula Versi Moden?

Satu-satunya benda yang aku paling tak suka dalam bisnes bangsa Melayu adalah wujudnya budaya middle man atau dalam bahasa Melayunya,orang tengah.Aku gelarkan orang-orang ni,kaki pau professional.Tinjau aje la mana-mana bisnes sekalipun mesti akan wujud golongan ni.

Apa kerja seorang middle man sebenar?Kerja seorang middle man sebenar adalah mencari client dan dari situ diorang dibayar fees diorang.Kita boleh nampak middle man di mana-mana aje.Salesman kereta,salesman rumah,pemborong runcit dan mana2 lagilah yang ada sales.Sindiket gores dan menang juga menggunakan middle man untuk menipu orang ramai.Syarikat gelang useless AC Mizal juga menggunakan downline sebagai middle man.



Tapi,aku tak nak cerita pasal middle man mcm tu.At least middle man tu ada jugak usaha dia.Aku nak cerita pasal middle man yang paling useless antara semua middle man iaitu...

MIDDLE MAN KEPADA MIDDLE MAN

Sangat ramai orang Melayu yang suka buat kerja macam ni.Apa modus operandi diorang?

Mula2 sekali,kita tengok macam mana semua ni boleh berlaku,aku bagi contoh; tender RM20 ribu untuk membuat website dan CMS mana2 Jabatan Kerajaan kat Malaysia ni.

1. Kerajaan bukak tender,jadi selalunya tender ni nama dia aje tender,yang dapatnya kroni.Kita panggil dia Datuk A.Datuk  A adalah seorang berpengaruh dalam politik dan dia juga mempunyai kuasa dalam menentukan siapa yang layak dapat tender.Datuk A langsung tidak tahu menahu apa itu website tapi dia nak RM5 ribu daripada peruntukan kos website tu.Kata dia,nak bawak perempuan simpanan melancong kat Paris.

2. Datuk A akan mencari mana satu anak buah dia yang paling dia sayang.Carik punya carik,dia jumpa Kroni B.Kroni B adalah seorang bisnesman yang berjaya.Apa yang dijualnya?Entah!Apa sebenarnya servis yang dia keluarkan?Tak pasti.Yang pasti hanya satu,Kroni B adalah anak buah Datuk A.Apa yang Kroni B tahu pasal website?Dia reti bukak Facebook.Tugas Kroni B sekarang,adalah untuk menjual tender tu kepada mana-mana syarikat yang nak buat job tu.Fees Kroni B untuk buat semua ni?RM5 ribu jugak.

3. Kroni B akan call mana-mana syarikat yang dia nampak ada potensi buat website.Syarikat-syarikat tu akan quote harga dan kroni B akan pilih syarikat mana yang quote harga paling rendah untuk memaksimakan lebihan baki daripada pembayaran yang perlu dikeluarkan.Asal siap dengan kos yang paling rendah sebab Kroni B tau,paling penting...mesti ada gambar Ketua Jabatan dekat front page.....Itu compulsory.Syarikat C menjanjikan boleh buat website dengan kadar seberapa segera dan hasil yang baik.Masalahnya....Syarikat C adalah sebuah syarikat IT yang tahu macam mana nak pasang network tapi haram tak tahu apa2 pasal website tapi diorang gamble, letak harga RM10 ribu.

4. Masa semakin suntuk.Projek perlu disiapkan dah ni.Syarikat C pun sebab tak nak pening kepala,bukak iklan dekat mana-mana forum komuniti designer dan programmer atau suruh staff tanya mana2 kawan yang boleh buat website.Tiba-tiba antara semua staff ada seorang angkat tangan kata "Saya ada member boleh buat bos!" Bos Syarikat C pun meminta staff dia tadi manage-kan benda tu dan pastikan job tu siap."Duit masyuk ni,kau setelkan,aku bagi kau percent!Aku kira projek ni RM2 ribu,kau punya percent kau mark up sendiri," kata bos dia.Staff tadi pun berkobar2 la.Kita gelarkan dia staff D.

5. Staff D pun dengan pantas menelefon member dia,"Brooooo,gua ada projek besar untuk lu!Website sekali dengan CMS untuk Jabatan Kerajaan..RM1500,amacam?" Member dia tadi,seorang programmer pun angguk aje la sebab bulan tu dah berapa hari makan megi.Programmer tadi pun ambik job tu dengan bayaran RM1500.Member dia,staff Syarikat C sudah makan RM500.

6. Programmer tadi tu pun tersedar yang dia tak berapa pandai mereka grafik website terus menelefon kawan nya seorang designer."Hoi,aku nak mintak tulong hang,design aku website.Aku bagi hang Rm300." Designer tadi pun angguk sebab designer tu memang tengah carik duit nak kawin.Programmer RM1200,Designer RM300.

7. Programmer dan designer tadi buatlah kerja siang malam 3 hari berturut-turut nak siapkan website tu.Siap aje,programmer tadi tu pun tunjuk dekat Syarikat C.Syarikat C tunjuk dekat Kroni B,Kroni B rejek kata HODOH!

8. Syarikat C call Programmer suruh buat ammendment.

(Langkah 7 dan 8 boleh berulang sebanyak mana yang mungkin ikut kemahuan)

9. Website itupun siap selepas dipersetujui oleh Kroni B.Kroni B pun merasa gembira lalu ditunjukkan kepada Datuk A.Datuk A merasa sangat berbesar hati kerana gambarnya jelas terpampang pada muka depan website tu.Datuk A pun mengeluarkan peruntukan Jabatan untuk melakukan perasmian website Jabatan tersebut siap ada upacara memotong riben dan tarian poco-poco oleh semua staff perempuan Jabatan dia.

10. Selepas sebulan website itu online,Programmer itupun menelefon Syarikat C meminta baki duit bayaran yang belum dibayar.Syarikat C kata "next week,tengah proses." Perkara itu selalunya berlanjutan selama beberapa bulan.


....................

Itu adalah budaya kerja di Malaysia di mana ramai orang-orang yang kaya sebab menggunakan taktik ni.Macam mana nak counter benda ni?Open tender boleh meminimakan penyalahgunaan keluaran tender.Selain tu,kerajaan juga boleh mewujudkan sistem grant seperti MDEC dalam menyiapkan projek2 tertentu.Pitching mesti dilakukan secara terbuka dan duit dikeluarkan secara berperingkat.Macam mana nak perbetulkan benda ni?Aku pun takde idea sebab ini adalah sistem yang telah digunapakai sekian lama.Efektif?Percubaan memasak ayam goreng menggunakan kilat dari langit adalah satu benda yang jauh lebih efektif berbanding sistem ni.

Luar sana,ramai orang yang kaya menggunakan cara ni.Sepanjang hidup aku,aku dah jumpa beberapa orang yang sebegini dan apa yang aku boleh simpulkan kat sini mengenai pandangan aku terhadap diorang adalah...diorang ni hidup dalam dunia yang deluded.Takde langsung rasa bersalah dan selalunya..harap maaf lah...mesti Kroni B ahli Pemuda UMNO dan Datuk A adalah orang berpangkat.Mana ada bentuk perniagaan yang membolehkan anda makan untung atas angin macam ni.Semua tu haram.Ramai orang Melayu yang kaya dengan duit haram.Sebab tu ramai orang Melayu beranak anak luar nikah.Nak makan,makan!Tapi berpada-pada la.Macam mana duit cukai negara tak terbuang?

Sebab kita tak peduli lagi dah haram halal.
Asal untung kita sapu.Asal sedap kita tibai.

28 ulasan:

Mohd K. Anuar berkata...

nice & setuju!

unique berkata...

wow,,very nice blog..

manueng berkata...

pastu duk kata malaysia berisiko nak muflis...dah korg duk makan duit cukai rakyat...mane x muflis nye...haih~

Laici berkata...

upacara memotong riben dan tarian poco-poco oleh semua staff perempuan Jabatan dia??

LMAO !! ahaha

Rahika Wahidah berkata...

hmm..Selalunya ingat orang tengah nie melibatkan 3 orang jew. A,B dan C. Rupa-rupnya banyak pulak manusia yang terlibat ea.

Mantot, terangkan perenggan ini dgn lebih jelas, aku tak berapa nak faham lah, tq:sistem grant seperti MDEC dalam menyiapkan projek2 tertentu.Pitching mesti dilakukan secara terbuka dan duit dikeluarkan secara berperingkat.

samanosuke_04 berkata...

hehe.. kalo ko baca buku kiyosaki tue. teknik nie dipanggil buat derivative.. lagi banyak derivative, memang lagi pening pengurusan..

Alexia Aqram berkata...

laksanakan sistem PROPOSAL.

jabatan kerajaan kena teliti proposal dulu sebelum bagi tender.

datuk ke apa ke, takde proposal, proposal tak bagus. reject.

Blogger berkata...

benda2 ni buat gua rasa sesak nafas duduk kat malaysia.

basikal berkata...

hehe sbb mcm ni lh yg rendahkan kualiti binaan..setakat 1 tangan itu biasa..main bg ke sub..dan sub tu buat keje..tapi dh smpai 4,5 tangan..bajet jadi rendah..kualiti bahan binaan turut rendah..hasilnya mesti berkualiti rendah..no wonderlah sebut harga 4,5juta..bila dh siap..tk smpai setaun lubang sana sini..bila ditanya mula lah jadi tipikal orang malaysia masa kini(diri sniri tk salah malah sgt suci dan tunding jari kat org laen)..hehe

ada projek mega harga billion yg dijalankan oleh 2 joint venture company..nama company ckup gah..kalu aku bitau..mesti rmai yg knal..tp syg...ada sesetengah keje yg di buka utk sub smpai 7 tangan...maknanya..kalu buat jambatan sebut harga 2juta...hasil jambatan yg siap hanyalh sekitar 200-300k..

LS berkata...

STRONGLY AGREE WITH U BANG!

de_nataLie berkata...

aku pn setuju..aku mmg xske sistem kroni2 niy, cm siot je x bg peluang kt org...bodo2

Mantot berkata...

maksud aku,grant MDEC tu dikeluarkan secara open.kita tau apa pitching orang lain,orang lain tau apa pitching kita.semua present apa yang kita nak buat/propose depan panel.

waktu present kita cerita pasal bajet,pasal plan,semua sekali.

benda ni direct,takde orang tengah.

kalau kerajaan ambik langkah yang sama...pilih satu tarikh,syarikat2 yang berebut tender cthnya tender bina sekolah,present depan satu panel yang dilantik JKR untuk fight tender tu.presentation mesti open.semua orang boleh masuk dan tengok competitor masing2.

jadi,kita tau apa kekuatan/kelemahan kita dan competitor.

Datin Lulu berkata...

Itulah pasal, diorang ingat menda halal haram ni tang makan minum je. Padahal menda² macam ni la lagi patut diorg tengok.

JAKIM kena bagi cop Halal jugak kot untuk tender². Kehkeh.

ederq berkata...

sangatlah betul. manufacturer dah quote banyak ni. last2 sampai kerajaan dah berganda2 harganya sebab ramai sangat middle man. haih. nak kesian. tapi bodohlah jugak.

shahrin yusof berkata...

bro, lu punye case study/experience ni patot kena print masuk dalam silibus budak2 U...

MEMANG TEPAT SANGAT APA YG LU CKP!!!

miya berkata...

inilah barah Malaysia ni. mcm best ja bunyinya dengar peruntukan mahal2,, last2 hasilnya kejap je da tumbang. haih...

entri baru aku:
cinta ditolak, dukun bertindak!

Tanpa Nama berkata...

ooo. mcm tulah org2 melayu kita buat bisnes..

PutraRocker berkata...

melayu mudah lupa!

Tanpa Nama berkata...

pastu lagi mau bising nak perjuangkan bangsa MELAYU & ISLAM.. Ppttuuiii!! POYO nak mampos!! pk tembolok sendiri aje..

-AROL-

Tanpa Nama berkata...

pastu lagi mau bising nak perjuangkan bangsa MELAYU & ISLAM.. Ppttuuiii!! POYO nak mampos!! pk tembolok sendiri aje..

-AROL-

Sheherazade berkata...

Melayu juga..haishhh :(

pokcik berkata...

aku penah kerje dgn construction company...lepas tu aku berenti...tak sanggup beb...rasuah....

skrg ni aku bukak travel company, airlines pun nak kena rasuah baru boleh setelkan tiket cepat2...adeh...

rasuah di mana2 rupenye...

Bukan si buaya berkata...

dah tak ambil kira dah halal atau haram... ape nak jadi laa... manusia akhir zaman sekarang~~~

Datin Lulu berkata...

Yang ni rupenye

http://chegubard.blogspot.com/2010/11/misteri-bagaimana-pegawai-pm-ada-harta.html

Tanpa Nama berkata...

betul betul. tapi jawablah...WHAT THE FUCK IS TARIAN POCO POCO?!?!?

MOI berkata...

nice one.
totally aggreed!

freelance berkata...

aku setuju dengan kritikan ko tentang budaya sub konrak di kalangan businessman melayu. Pada aku kalau setakat 1 level middle man macam salesman kereta atau hartanah ok lagi sebab agent macam ni memang ada provide service untuk client mereka. Tapi yang haprak business yang ada multi level middle man seperti contoh yang ko berikan. Pada aku diorang ni memang parasit dalam dunia ni.

Tapi apa2 pun bro mantot, janganlah kutuk melayu lebih-lebih sangat. Budaya multi level middle man ni bukan berlaku dalam masyarakat melayu je, aku pun join business dan selalu berhubung dengan businessman dari bangsa lain. Pada pengalaman aku bangsa cina pun amalkan multi level middle man ni malah lagi teruk. Mereka mengaku mereka manufacturer tapi sebenarnya mereka agent kepada agent kepada agent kepada agent manufacturer. Malah di UK dan US pun budaya multi level middle man ni pun perkara biasa. Kalau tak percaya boleh search kat internet berapa banyak kes scam di luar sana. Orang jahat dan penipu ni ada dalam mana-mana bangsa cuma kita orang Melayu ni cuma nampak apa yang orang kita buat je.

Apa-apa pun aku sokong ko mantot

Tanpa Nama berkata...

Fundamentally I can agree with the content, except:

1) There's no need to associate the issue with one single race, since this particular issues is rampant and it transcends ethnicity.

2) Similarly, there's no need to connect the issue with only a single political party. I used to think the same way but now, if you have read enough this issue also transcends political parties, private companies, families etc.

But all in all yeah I do condemn such practice. Solutions? Refer these links: http://myprocurement.treasury.gov.my/ , http://www.mmail.com.my/content/32129-najib-launches-myprocurement-website

It might take sometime to reform, but at least we have to start somewhere.

Cheers!