November 06, 2010

Sajak Emo : Tuding Jari Pada Tuhan

Ada orang kata,
Bila kita sakit,
Itu tanda Tuhan sayang,
Dia nak ingatkan kita.

Ada juga orang kata,
Bila negara kena timpa bala,
Tu tanda Tuhan sayang kat negara,
Mungkin dah lama sangat lupa dia.

Memang senang nak kata,
Bila ada bencana,
Ramai tunjuk jari kat Tuhan,
Kata tu semua Tuhan punya kuasa.

Tuhan punya kuasa,
Cipta dunia,cipta kita,
Serba serbi lengkap tercipta,
Tak ada benda yang tak sempurna.

Tuding jari kata Tuhan punya kerja,
Bagi turun bala,turun bencana,
Memanglah Tuhan bagi turun bala,
Kau ubah dunia Dia buat apa?

Sungai dah elok-elok ada,
Kau pusing ke arah lain,
Tanah dah elok ada,
Kau korek buat tasik.

Tuhan dah cipta dunia,
Lengkap sempurna,
Kau pegi ubah kenapa?
Sebab Tuhan ke kau ditimpa bala?

Kenapa tak tanya diri sendiri,
Habis tanah semua terokai,
Asalkan duit ke poket sendiri,
Bila banjir kata kuasa semulajadi.

Kepala hotak kau kuasa semulajadi.
Kau dah lupa Tuhan dah cipta dunia sempurna hakiki?
Semua benda mesti ada sebab terjadi,
Tak kisahlah banjir atau gunung berapi.

Semua benda kata bencana semulajadi,,
Apa yang semulajadi kalau air sungai tak berlalu pergi?
Tak malu ke kita manusia ciptaan,
Setiap masa,kena bencana,tuding jari,salahkan Tuhan?

18 ulasan:

mcjust.lol berkata...

fuhhhh terbaik!!

ckindollah berkata...

da best..

sastraboy berkata...

keh keh keh.

pukul rata bro. pukul rata! haha.

err, petang tadi ada tengok tv9 ke?

JePh berkata...

ya. aku setuju.

de_nataLie berkata...

wahhh..kalah a.samad said..hahaha

Khairi berkata...

manusia pun tuhan yg ciptaan. Ada yg berpikiran macam mr bean, ada yg mcm pak lah, ada yg mcm rosmah, ada yg mcm mantot. itu kire kepelbagaian.

kira ok dah tu. jgn kutuk sgt kak mah kita, dia pun keluar secara semulajadi.

Shifa Salim berkata...

apabila manusia jauh dari Allah, ketika itu Allah akan turun bala-Nya sebagai peringatan. Bala akan terkena tidak kira pada orang beriman atau orang ingkar. Ingat kembali kaum-kaum yang telah pupus akibat sombong dan ingkar pada perintah Allah.

miya berkata...

manusia memang Xpernah cukup..

entri best:
kisah jin dengan tiga orang pemuda"

sesegar berkata...

waaa.
mmg terbayek!

PakCik berkata...

Setuju ngn hg tot.
Banjir mmg keja tuhan. Tapi bukan nya kita xleh prevent.
kalau dah selalau sgt banjir, mesti kita bleh buat something.
Project tebatan banjir ka, pindah rumah ka, dalamkan sungai ka.

Adusss.... Kerajaan tolongla.

Paling sakithati bila, buletin utama tayang berita pilihanraya batu sapi/galas dulu. PAstu baru cerita pasal banjir kedah,kelantan perlis.

Banjir ???
Pilihanraya lagi penting la !!!!
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
what the fish.

milo boyd berkata...

"Only after the last tree has been cut down, only after the last river has been poisoned, only after the last fish has been caught, only then will you find, that money cannot be eaten.." ~cree indian prophecy~

NHazirah berkata...

style ar lu bro..wa salute lu..kalo wa sultan, wa anugerahkan lu pingat dh. agagaga

redbean berkata...

a samad said pn kalah laa..hehehe

محمد زهراوي berkata...

terbaek la bro!Allah kata,kemusnahan kat bumi sebab tangan2 manusia

nationalistpunk berkata...

orang malaysia ni bangang ke apa...

kenapa prk baru2 ni bn menang?

dah terang2 malaysia makin jd mcm sial.cukai naik,pekerja swasta/pelajar ipts di anak tirikan sedangkan mereka la pembayar cukai tertinggi lepas orang kerajaan

aku tunggu gempa bumi meletup tgh2 putrajaya je

herman rawi berkata...

The Death Crow edisi melayu
Haha

Tanpa Nama berkata...

kerajaan lagi kena...wakakakaka....dosa sendiri tak ingat plak...hahaha

kucai berkata...

pandai hang bersajak mantot..tukaq profession ka..hahahaha